You are on page 1of 12

Sejarah Kertas 3 SPM : Contoh Soalan Dan Skema Markah

Nasionalisme di Malaysia sehingga Perang Dunia Kedua


(Tingkatan 5 Bab 2)

Soalan : Penjajahan British di Tanah Melayu telah


membangkitkan semangat nasionalisme dalam kalangan
masyarakat tempatan.Pada pendapat anda mengapakah
semangat patriotisme menjadi tonggak dalam mengekalkan
kedaulatan negara?
Peringatan: Calon hendaklah menjawab berdasarkan kerangka
jawapan di bawah

Format

Aspek

Perincian

Markah Penuh

Pengenalan

Memahami latar
belakang gerakan
nasionalisme di Tanah
Melayu sehimgga
Perang Dunia Kedua

1 Pengenalan

5 markah

Memahami sebabsebab penentangan


pemimpin tempatan
terhadap British

2 Sebab-sebab
penentangan

Isi dan Huraian

Menganalisis
peristiwa
penentangan
pemimpin tempatan

Jelaskan latar
belakang
nasionalisme di
Tanah Melayu
sehingga Perang
Dunia Kedua.
30 markah

Bincangkan
sebab-sebab
penentangan
masyarakat
terhadap British di
tanah Melayu.

3 Peristiwa
penentangan
pemimpin
tempatan
Terangkan
peristiwa

15 markah

penentangan
pemimpin
tempatan
terhadap British di
(a)

Naning

(b) Kelantan
Mengaplikasi
kepentingan
semangat patriotisme
dalam mengekalkan
kedaulatan negara.

4 Semangat
patriotisme
mampu
mengekalkan
kedaulatan negara

15 markah

Bagaimanakah
generasi muda
hari ini dapat
menjadi
warganegara
Malaysia yang
mampu
mengekalkan
kedaulatan
negara?
Menilai kejayaan
Malaysia dalam
pelbagai aspek.
10 markah

5 Kemakmuran
negara hasil
daripada
semangat
perpaduan dalam
kalangan
masyarakat
Pada pendapat

Mencipta/menjana
idea dalam usaha
mengekalkan
keamanan dan
kemakmuran
Malaysia.

anda,apakah
kejayaan yang
dicapai oleh
Malaysia hasil
daripada
semangat
perpaduan dalam
kalangan
masyarakat
pelbagai kaum.

10 markah

6 Cabaran dan
langkah
mengekalkan
keamanan dan
kemakmuran
negara.
(a) Jelaskan
cabaran yang
dihadapi oleh
negara untuk
mengekalkan
keamanan dan
kemakmuran
negara[5 markah]
Menghayati nilai-nilai
murni/iktibar/patriotis
me dalam usaha
mengekalkan
kedaulatan negara.

(b) Nyatakan
langkah-langkah
untuk mengatasi
cabaran di atas.[5
markah]
10 markah
7 Nilai-nilai
murni
/iktibar/patriotism
e daripada usaha
mengekalkan
kedaulatan negara

Nyatakan nilainilai murni yang


perlu ada pada
setiap
warganegara
Malaysia dalam
usaha
mengekalkan
kedulatan negara.

Kesimpulan

Merumus secara
keseluruhan isi yang
telah dibincangkan

8 Rumusan

5 markah

Pengetahuan yang
diperoleh

Iktibar
kepada
diri,bangsa dan
negara

Harapan
untuk masa depan
Malaysia yang
lebih
cemerlang,gemila
ng dan terbilang.

Cadangan Skema Pemarkahan Kertas 3 - Nasionalisme di


Malaysia sehingga Perang Dunia Kedua
1.
Pengenalan/Latar belakang gerakan nasionalisme di Tanah Melayu
sehingga Perang Dunia Kedua.

Gerakan nasionalisme merupakan usaha masyarakat tempatan


menentang apa sahaja bentuk tekanan atau penjajahan terhadap mereka
oleh kuasa luar.
Penentangan bertujuan untuk membebaskan negara mereka daripada
penjajah.
Di Malaysia,penentangan terhadap British dilakukan oleh pemimpin dan
rakyat tempatan sejak abad ke-19.
Gerakan nasionalisme secara menyeluruh pula bermula pada abad ke20
Gerakan pemimpin tempatan berlaku pada awal kedatangan British ke
Malaysia.
Gerakan ini merupakan reaksi spontan masyarakat tempatan untuk
menjaga kepentingan mereka daripada dicerobohi dan dikuasai oleh
orang luar.
Antara pemimpin penentangan ialah Penghulu Dol Said/Dato Maharaja
Lela/Rentap /Mat Salleh.
[7x1m] [Maksimum:5 markah]

2.

Sebab-sebab penentangan

Dasar penaklukan British


Penentangan terhadap British oleh masyarakat tempatan adalah
disebabkan dasar penaklukan Britishdi daerah mereka.
Seperti di Naning,Pahang,Kelantan,Terengganu,Sarawak dan Sabah.
Dasar penaklukan British terhadap negeri-negeri Melayu bertujuan
untuk mengukuhkan kedudukan politiknya.
Melalui dasar ini,penguatkuasaan politik British menjadi luas dan
kawasan itu akan terikat dengan perintah dan peraturannya.
Contohnya,apabila British mengambilalih Melaka daripada
Belanda,Naning dipaksa menjadi jajahan takluk British dan dipaksa
membayar ufti.
Penentangan Dol Said terhadap kehendak British mencetuskan
peperangan.

Eksploitasi terhadap ekonomi tempatan


Penentangan terhadap British berlaku kerana British ingin menguasai
ekonomi tempatan bagi kepentingannya.
Penguasaan ekonomi dilakukan melalui perjanjian yang dimeterai oleh
British dengan pemimpin tempatan.
Menerusi perjanjian,saudagar dari Negeri-negeri Selat dibenarkan
menjalankan aktiviti perlombongan dan perdagangan bijih timah.
Ini menimbulkan kemarahan penduduk tempatan terhadap British.

Pelaksanaan pentadbiran Barat terhadap masyarakat tempatan


...British telah memaksa sistem pentadbiran Barat kepada penduduk
tempatan.
British memperkenalkan sistem cukai,undang-undang dan peraturanperaturan tanah untuk mendapatkan hasil yang maksimum.
Di Terengganu,penentangan berlaku kerana British menetapkan
bahawa setiap tanah yang hendak dibuka oleh penduduk mesti
mendapat kebenaran British dan tanah dikenakan cukai.
Peraturan British bertentangan dengan amalan tradisi masyarakat
tempatan.
iaitu tanah boleh dibuka mengikut keperluan mereka dan tidak perlu
membayar cukai.

Campurtangan British dalam adat resam tempatan


Campurtangan British dalam adat resam tempatan turut membawa
kepada penentangan tempatan.
British telah memaksa penduduk tempatan menerima nilai British yang
bertentangan dengan budaya tempatan .
Di Perak,J.W.W Birch telah campur tangan dalam adat resam
masyarakat Melayu,iaitu amalan menggunakan orang suruhan.
Tindakan Birch telah ditentang oleh pemimpin dan masyarakat
tempatan.

Pembesar tempatan kehilangan kuasa dan pengaruh

Pemimpin tempatan kehilangan kuasa dan pengaruh pentadbiran ke


atas kawasan dan anak buah mereka setelah British menjajah kawasan
mereka.
Sebelum penjajahan,kebanyakan pemimpin tempatan telah dilantik
oleh sultan ataupun masyarakatnya untuk mentadbir kawasan tersebut.
.Perlantikan ini memberikan pemimpin tempatan kuasa untuk menjaga
hal ehwal daerahnya.
Seperti soal pentadbiran,perundangan,ekonomi,dan sosial.
Penjajahan British terhadap daerah mereka menyebabkan pemimpin
tempatan kehilangan kuasa.
Keadaan ini menyebabkan rasa tidak puas hati dlam kalangan
pemimpin tempatan yang mendorong mereka menentang British.

Kesulitan penduduk tempatan


Penduduk tempatan tertekan dengan pelaksanaan undang-undang
British.
yang menyulitkan kehidupn mereka telah memberi sokongan kepada
penentangan pemimpin tempatan.
Kesetiaan kepada pembesar tempatan memberikan kerjasama dalam
menentang British.
[29x1m] [Maksimum:30 markah]

3.

Peristiwa penentangan pemimpin tempatan


a)

Naning

Penentangan Penghulu Dol Said di naming antara tahun 1881


-1833 merupakan penentangan paling awal berlaku di tanah Melayu.

Sebab penentangan Dol Said ialah beliau tidak bersetuju dengan


tindakan British meletakkan Naning sebagai sebahagian daripada wilayah
jajahan British.

Tidak bersetuju dengan arahan supaya Naning menghantar 1/10


hasilnya kepada Melaka sebagai ufti.

Pada tahun 1831,British menghantar pasukan tenteranya untuk


menakluki Naning.

Dol Said menentang pasukan british.

Dol Said mendapat bantuan ketenteraan daripada Yam Tuan Ali


daripada Rembau/Syed Shaban/Penghulu Remai dan Rechat/DatoKelana
Sungai Ujong/Penghulu Gemencheh.

Dol Said berjaya mengalahkan pasukan tentera British yang


berjumlah 150 orang di bawah pimpinan kapten Wyllie yang ingin
menawan Taboh,daerah Naning.

Pada akhir tahun 1832,British dengan tentera seramai 1200 orang


menyerang Naning.

Dol Said dan pengikut-pengikutnya tidak mendapat bantuan dari


mana-mana pihak.

Pasukan British berjaya mengalahkan tentera Penghulu Dol Said.

Beliau diberi pencen dan sebuahrumah di sana.

(b)

Kelantan

Penentangan dilakukan oleh Tok Janggut.

Penentangan terhadap penjajahan British berlaku di Paser Putih


pada tahun 1910 apabila British memperkenalkan Sistem Penasihat
British.

British memaksa penduduk tempatan menerima pakai sistem cukai


yang diperkenalkan.

Tok Janggut membantah pelaksanaan sistem ini dan bertindak


enggan membayar cukai.

Bantahan Tok Janggut enggan dilayan Pegawai Daerah Paser Putih


yang telah mengarahkan pihak polis menangkap tok Janggut tetapi
gagal.

Pada tahun 1915,Engku Besar Jeram,Tuan Ahmad,Penghulu


Adam,Haji Said,Che Ishak,dan rakyat tempatan menyerang Pasir Putih
dan berjaya menawannya.

Mereka menduduki Pasir Putih selama 3 hari

Sebuah kerajaan telah dibentuk dengan Engku Besar Jeram sebgai


Raja,Tok Janggut sebgai perdana menteri,dan Che Ishak sebagai pegawai
daerah.


Dengan menggunakan nama Sultan Kelantan,British membawa
masuk pasukan tentera dari negeri selat bersama kapal perang H.M.S
Cadmus yang mendarat di Tumpat.

Pada Mei 1915 British menyerang Tok Janggut yang berkubu di


Saring.

Serangan British yang tersusun dengan penggunaan senjata yang


lebih moden berjaya melumpuhkan perjuangan Tok Janggut dan
pengikutnya.

Tok Janggut terkorban dalam serangan tersebut dan mayatnya


telah diarak ke seluruh pekan Kota Bharu sebelum digantung di pasar
dalam keadaan kepala di bawah dan kaki ke atas.

Tindakan ini merupakan amaran kepada masyarakat tempatan


yang berani menentang British.
[23x1 m] [Maksimum:15 markah]

4.
Bagaimanakah generasi muda hari ini dapat menjadi warganegara
Malaysia yang mampu mengekalkan kedaulatan negara
...Mempunyai semangat setia negara yang tinggi
Sanggup berkorban untuk bangsa
Mempunyai sifat kerjasama.
Melengkapkan diri dengan segala ilmu pengetahuan yang berguna.
Menguasai pelbagai kemahiran.
Mengekalkan perpaduan kaum.
Mengukuhkan jati diri bangsa Malaysia.
Menguasai kepakaran sains dan teknologi.
Jangan mudah terpengaruh dengan agenda anasir luar.
Mengelakkan diri daripada nilai-nilai negative.
Menjaga keamanan negara.
Patuh pada ajaran agama.
Hormat-menghormati sesame individu
[16x1m] [Maksimum:15 markah]

5.
Kejayaan yang dicapai oleh Malaysia hasil daripada semangat
perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum
Membina Menara Berkembar Petronas
Perisytiharan Melaka sebagai Bandaraya Bersejarah Warisan Dunia
Perisytiharan Pulau Pinang sebagai Bandaraya Warisan Dunia.
Pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)
program Angkasawan Negara.
Melancarkan Koridor Raya Multimedia (MSC)
Pelaksanaan K-ekonomi.
Sistem perbankan elektronik
Kemajuan sistem pengangkutan/LRT/MRT/Komuter/Monorail.
Pembinaan Jambatan Pulau Pinang
Pembinaan Menara Kuala Lumpur.
Pelancaran Kapal Selam KD Tun Razak.
[13x1m] [Maksimum 10 markah]
[Mana-mana jawapan lain yang munasabah]

6.
(a) Cabaran yang dihadapi oleh negara untuk mengekalkan
keamanan dan kemakmuran negara .
Mengukuhkan perpaduan kaum
Pelbagai bahasa
Pelbagai budaya
Pelbagai kepercayaan/agama
Pelbagai fahaman politik
Pendudukan yang berbeza
Polarisasi kaum
Merapatkan jurang perbezaan pendapatan/ekonomi
Merapatkan jurang perbezaan pendidikan

Keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja


Mudah terpengaruh dengan anasir luar
[12x1m] [Maksimum:5 markah]

(b) Langkah-langkah untuk mengatasi cabaran di atas ialah


Menjayakan konsep 1 Malaysia.
Pengamalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan.
Pengamalan Prinsip Rukun Negara.
Penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Pelaksanaan Dasar Pendidikan kebangsaan
Penganjuran Sukan Malaysia(SUKMA)
Konsep Rumah Terbuka setiap musim perayaan.
Program latihan Khidmat Negara(PLKN)
Pengagihan ekonomi secara seimbang
[Mana-mana jawapan lain yang munasabah]

7.
Penerapan nilai murni/iktibar/patriotisme dalam usaha
mengekalkan kedaulatan negara.
Cinta akan negara.
Kerjasama antara pelbagai kaum.
Bertolak ansur.
Kebijaksanaan pemerintah.
Keadilan.
Berani mempertahankan negara.
Berakhlak mulia.
Menghormati hak asasi manusia.
Permuafakatan antara pemimpin-pemimpin rakyat.
Sanggup berkorban untuk negara.

[10x1m] [Maksimum:10 markah]

8.

Rumusan

Pengetahuan yang diperoleh


Iktibar kepada diri bangsa dan negara.
Harapan untuk masa depan Malaysia yang lebih cemerlang,gemilang
dan terbilang.

Sumber

You might also like