You are on page 1of 3

ROSES PEMILIHAN PENGAWAS

Pemilihan Pengawas Biasa


Pemilihan Pengawas Sekolah melalui beberapa peringkat iaitu:

1.

Borang Permohonan akan dibuka pada bulan Februari bagi menampung penyusutan
bilangan Pengawas akibat daripada pertukaran pengawas ke sekolah lain pada bulan Februari
dan pengurangan tugasan bagi Pengawas Tingkatan 3 dan 5 pada bulan Jun.

2.

Guru Kelas juga akan mencalonkan nama-nama yang sesuai di dalam kelas seliaannya
melalui borang yang disediakan dan penama-penama dalam borang tersebut juga perlu
mengambil Borang Permohonan Pengawas Sekolah untuk digunakan ketika sesi temu duga.

3.

Seterusnya calon-calon ini akan ditemu duga oleh Panel Penemu duga yang terdiri
daripada guru-guru disiplin sekolah. Pemarkahan akan berdasarkan beberapa kriteria khas
yang telah ditetapkan.

4.

Murid yang melepasi proses temuduga itu akan disenarai pendek dan dibentangkan
dalam mesyuarat Jawatankuasa Disiplin Sekolah sebagai tapisan terakhir.

5.

Murid yang berjaya akan diberi peluang/tugas yang bertindak sebagai Pengawas
Percubaan selama 3 bulan.

6.

Pengawas Percubaan akan dibimbing dan dipantau oleh Pengawas Senior dalam
bidang tugas yang telah ditetapkan. Perjumpaan dan nasihat akan dilakukan oleh Guru
Penasihat Badan Pengawas dari semasa ke semasa.

7.

Selepas itu, pengawas percubaan yang telah lulus ujian tersebut akan dilantik secara
rasmi dalam Majlis Anugerah Watikah Pelantikan pada bulan Jun setiap tahun.

Pemilihan Ketua Murid / Penolong Ketua Murid

1.

Calon Ketua Murid dan Penolong Ketua Murid akan dicalonkan oleh guru penasihat,
dan guru-guru disiplin dengan persetujuan pihak pentadbir.

2.

Undian akan dijalankan dalam kalangan pengawas sendiri kerana mereka lebih
mengenali kelayakan rakan sebaya, dan juga guru-guru melalui kertas undian yang
disediakan sekiranya calon ramai.

3.

Seterusnya, calon ini akan menghadiri sesi temuduga yang diketuai oleh Pengetua
sekolah, dan disertai oleh Kaunselor dan Guru-guru Kanan Pentadbiran.

4.

Calon yang lulus dalam sesi temuduga ini akan diumumkan secara rasmi pada bulan
Jun setiap tahun di hadapan khalayak umum iaitu murid dan guru dalam satu majlis
perhimpunan rasmi khas.

5.

Mereka akan mengambil alih tugas murid tingkatan 5 yang akan menduduki
Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

6.

Akhirnya, Jawatankuasa Induk yang baru pula akan terbentuk untuk memimpin
organisasi sehingga ke pertengahan tahun berikutnya.

KRITERIA-KRITERIA
UTAMA SEBAGAI
PENGAWAS SEKOLAH.

Bersifat Kepimpinan.
Berdisiplin.
Bertanggungjawab.
Berdikari.
Berakhlak Mulia.
Tegas.
Amanah.
Akademik yang Cemerlang.

Menjadi Contoh Teladan.


Bekerjasama.
Proaktif.
Hormat Menghormati.
Ambil peduli.
Bersopan Santun.
Kemas dan Bersih.

You might also like