You are on page 1of 5

Masakan Hutan

Masakan Hutan merupakan salah satu tajuk daripada sukatan pengakap pada peringkat
tiga. Oleh itu, En. Azmi Bin Ayub dan Dr. Kharuddin telah mengajar kami tentang caracara memasak Masakan Hutan di bawah bantuan En. Fazrul Bin Sulaiman dari Kuala
Pilah.
Masakan Hutan yang diajar pada kali ini adalah Masak Telur Dalam Limau, Masak Telur
Dengan Salutan Tanah Liat Basah, Masak Nasi Dalam Kelapa, Masak Nasi Dalam Buluh dan
Roti Lilit.
Apakah Masakan Hutan? Sebelum diajar pensyarah-pensyarah pengakap, kami tidak
pernah mendengar nama ini, jangan kata akan cara-cara memasaknya. Nasib baik, kami
datang ke IPRM dan bertuah menyertai Gerko Pengakap, maka berpeluanglah kami belajar
tentang cara-cara memasak Masakan Hutan.
Masakan Hutan adalah makanan yang dimasak oleh pengakap semasa dalam hutan. Oleh
kerana, bahan-bahan dan peralatan yang digunakan adalah terhad, maka perlulah
pengakap belajari tentang cara-cara memasak Masakan Hutan supaya tidak akan
berlaku masalah kelaparan semasa kempen di hutan atau sesak di hutan semasa aktiviti
pengakap dijalankan.
Berikut adalah cara-cara masakan hutan yang kami belajar:

Masak Telur Dalam Limau

Ramuan :
1 biji telur
1 biji limau
Langkah-langkah :

1. Sediakan sebiji telur dan limau


2. Membuat satu lubang kecil pada permukaan limau
3. Mengeluarkan isi limau dengan cermat supaya kulit limau tidak terkopek
4. Telur dituangkan ke dalam mangkuk lalu dikacau
5. Masukkan telur yang dikacau ke dalam limau yang telah dibuang isi
6. Letakkan limau tersebut ke dalam api untuk dibakar
7. Bakar sehingga kulit limau menjadi warna coklatMasaklah telur dalam limau
Masakan Telur Dengan Salutan Tanah Liat

Ramuan :
1 biji telur
tanah liat
air
Langkah-langkah :
1. Sediakan sebiji telur dan sedikit tanah liat
2. Campurkan tanah liat dengan sedikit air untuk meliatkannya
3. Salutkan telur yang disediakan dengan tanah liat yang basah
4. Letakkan telur yang salut dengan tanah liat ke dalam api untuk dibakar
5. Bakar sehingga tanah liat basah itu keringTelur yang salut dengan tanah liat pun masak

Masak Nasi Dalam Kelapa

Ramuan :
1 biji buah kelapa
beras
air kelapa
Langkah-langkah :
1. Sediakan sebiji buah kelapa dan sedikit beras
2. Kopekkan kulit buah kelapa sehingga bersih
3. Membuat satu lubang pada permukaan buah kelapa
4. Tuangkan air kelapa ke dalam mangkuk
5. Cucikan beras yang disediakan
6. Masukkan beras yang telah dicuci ke dalam mangkuk yang berisi air kelapa
7. Masukkan air kelapa bersama beras ke dalam buah kelapa melalui lubang kecil yang
dibuat
tadi
8. Letakkan buah kelapa tersebut ke dalam api untuk dibakar
9. Bakarkan buah kelapa itu sehingga berwarna hitam 10. Masak lah nasi dalam buah
kelapa
Masak Nasi Dalam Buluh

Ramuan :
seruas buluh
beras
air
daun pisang
Langkah-langkah :
1. Sediakan seruas buluh dan sedikit beras
2. Cucikan buluh dan daun pisang yang disediakan dengan bersih
3. Masukkan daun pisang ke dalam buluh mengikut bulatan buluh
4. Cucikan beras yang disediakan
5. Masukkan beras yang telah dicuci ke dalam buluh dan jangan terlalu penuh
6. Masukkan air yang cukup ke dalam buluh yang berisi beras
7. Bina satu alat penyokong dengan ranting kayu
8. Letakkan buluh tersebut pada alat penyokong itu untuk dibakar
9. Bakar dengan api yang sederhana besar dan dibalik-balikkan agar masaknya sama rata
10. Bakarkan buluh itu sehingga nasi dalam buluh itu masak

Roti Lilit

Ramuan:
tepung gandum
air
gula
buluh yang dibelah
Langkah-langkah :
1. Campurkan sedikit air dan gula ke dalam tepung
2. Ulikan tepung sehingga sebati
3. Tepung dibiarkan kering
4. Lilitkan tepung pada buluh yang telah
5. Pastikan tepung tersebut lilit dengan kemas
6. Panggangkan tepung yang siap dililit dengan bahang dan haba supaya roti tidak
hangusBakarkan roti lilit itu sehingga berwarna sedikit coklat

You might also like