You are on page 1of 3

KENYATAAN MEDIA

MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA


TINDAKAN MENANGANI ISU JEREBU DI SEKOLAH
Berdasarkan pemantauan berterusan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) berkaitan isu jerebu yang melanda negara pada masa kini,
suka saya menyatakan bahawa isu ini amat perlu ditangani secara
bijaksana dan cepat kerana ia boleh mendatangkan mudarat kepada anakanak kita yang masih bersekolah, terutamanya terhadap keselamatan,
kesihatan dan kebajikan mereka. Dalam hal ini KPM tidak akan
berkompromi dengan mana-mana perkara yang boleh mendatangkan
mudarat kepada anak-anak kita.
Bencana jerebu yang berlaku ini adalah di luar kawalan kita. KPM juga
telah menetapkan Prosedur Operasi Standard (SOP) agar menutup
sekolah sekiranya mencapai tahap-tahap tertentu dalam bacaan IPU.
Saya juga ingin maklumkan bahawa sejak 15 September 2015 hingga 30
September 2015, KPM telah membuat keputusan menutup sejumlah 4,561
buah sekolah melibatkan seramai 2,617,432 orang murid. Penutupan ini
adalah berdasarkan bacaan IPU yang mencecah bacaan Tidak Sihat dan
Sangat Tidak Sihat pada hari-hari tertentu. Ia juga melibatkan sejumlah 9
buah negeri iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah
Persekutuan Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Johor, 4
Bahagian di Sarawak iaitu Kuching, Samarahan, Sri Aman, dan Betong
serta Tanjung Malim di Perak.
Sebagai Menteri Pendidikan, saya juga amat memahami akan kesukaran
yang dihadapi oleh pihak sekolah dan ibu bapa akibat penutupan tersebut.
Sehubungan itu, KPM telah memutuskan bahawa sekolah-sekolah
terlibat tidak perlu mengganti persekolahan mereka akibat penutupan
ini. Langkah ini diambil supaya tidak membebankan pihak pengurusan
sekolah bagi menggantikan hari-hari penutupan tersebut. Namun, saya
mohon semua guru yang terlibat agar dapat mempercepatkan serta
menggunakan budi bicara sekolah masing-masing bagi memastikan
Pengajaran dan Pembelajaran di sekolah dapat diselesaikan dalam tempoh
persekolahan sedia ada bagi tahun 2015.

PT3, PEPERIKSAAN STAM, SPM DAN STPM 2015


Saya juga ingin maklumkan bahawa sekiranya isu jerebu ini berlaku
berpanjangan sehingga musim peperiksaan awam iaitu PT3 yang akan
dilaksanakan pada 12 hingga 15 Oktober 2015, SPM pada 2 November
hingga 8 Disember 2015, Peperiksaan STAM pada 19 hingga 27 Oktober
2015 dan Sijil Tinggi Persekolah Malaysia (STPM) maka peperiksaan
tersebut akan diteruskan juga mengikut jadual yang ditetapkan. Walau
bagaimana pun calon-calon akan dibantu serta diberi peringatan agar
sentiasa mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak berwajib semasa
bencana jerebu.
Peperiksaan adalah aktiviti yang berlaku di dalam bangunan dan tidak
dianggap sebagai aktiviti luar. Justeru, peperiksaan akan diteruskan
walaupun sekolah ditutup setelah bacaan IPU mencapai lebih daripada
200.
PENANGGUHAN PEPERIKSAAN AWAM
Penangguhan Peperiksaan Awam adalah pilihan terakhir di mana akan
dilakukan apabila;
a.

Bacaan IPU bagi sesuatu kawasan telah mencapai 500, iaitu tahap
yang dikategorikan sebagai berbahaya kepada kesihatan;

b.

di mana pada tahap ini, Kerajaan akan mengisytiharkan


jerebu.

darurat

Dalam hal ini, sekiranya penangguhan dilakukan, pihak Lembaga


Peperiksaan akan memaklumkan kepada semua calon menerusi pelbagai
media massa tentang tarikh baru sesuatu peperiksaan awam tersebut akan
dilaksanakan.

Sekian, terima kasih.

DATO SERI MAHDZIR BIN KHALID


Menteri Pendidikan
4 Oktober 2015

LAMPIRAN

JUMLAH SEKOLAH YANG DITUTUP AKIBAT JEREBU 2015


BIL.

BAHAGIAN
/DAERAH

SELURUH NEGERI

JUMLAH
SEKOLAH
931

JUMLAH
MURID
916,223

15,16 & 28.9.2015

JUMLAH
HARI
3

TARIKH TUTUP

SELANGOR

WP KUALA LUMPUR

304

219,066

15,16 & 28.9.2015

WP PUTRAJAYA

25

19,228

15,16 & 28.9.2015

NEGERI SEMBILAN

473

191,857

15,16 & 28.9.2015

MELAKA

314

156,635

15,16 & 29.9.2015

PAHANG

731

274,467

28.9.2015

JOHOR

1,178

618,326

29 & 30.9.2015

KUCHING

265

129,832

17,18 & 28.9.2015

SAMARAHAN

198

54,976

17,18 & 28.9.2015

SRI AMAN

70

15,570

28.9.2015

BETONG

55

14,991

28.9.2015

TANJUNG MALIM

17

6,261

28.9.2015

4,561

2,617,432

SARAWAK

PERAK

JUMLAH

You might also like