You are on page 1of 16

ALATAN DAN UKURAN ELEKTRIK

1. AM
Kebanyakan alatan-alatan dan meter diasaskan kepasa prinsip magnetic atau
arohan elektro-magnet. Terdapat juga alatan-alatan yang lain yang menggunakan
kesan kimia pemanasan dan elektrostatik, masing-masing mempunyai kegunaan
yang tersendiri.
2. BACAAN METER
Dengan jarum penunjuk menunjuk pada garis sekil tetap, tidaklah menjadi
masaalah untuk membuat bacaan dengan memandang tepat di atas jarum dan
bukan menyerong. Gambarajah 1a membaca 1 ampiar dan gambarajah 1b
membaca 35V. Jika bacaan diambil tidak tepat di atas jarum penunjuk, kesilapan
parallex akan berlaku. Apabila jarum menunjuk diantara dua garisan sekil,
penelitian adalah diperlukan.
Dalam gambarajah 1c bacaannya ialah 67V. Penelitian yang lebih patut juga
diberi apabila membaca meter Kilowatt-Hour jenis lama untuk membaca jumlah
kuasa yang digunakan. Seperti yang dapat dilihat dalam gambarajah 1d,
bacaannya ialah 2753.54 KWh. Trend alatan pada masa kini adalah lebih mudah
lagi iaitu jenis elektronik digital. Tiap-tiap angka diasaskan kepada tujuh bahagian
yang terpisah. Bahagian-bahagian ini dinyalakan berasingan oleh electronic light
emitting diode (liquid crystal displays) untuk menjadikan angka dalam bentuk
empat segi.
3. JANGKA ARUS DAN JANGKA VOLTAN
Alatan biasa yang digunakan untuk mengukur arus dan voltan adalah sama pada
prinsipnya dimana pasangan berkadar dengan arus yang melalui alatan itu. Meter
ini ialah jangkarus, tetapi untuk jangkavoltan pula sekil untuk membaca bacaan
berkadar dengan voltan pada alatan itu.
4. JENIS-JENIS ALATAN YANG DIGUNAKAN
a.
b.
c.
d.
e.
f.

Besi bergerak sesuai untuk DC dan AC


Gegelong bergerak magnet tetap sesuai untuk DC sahaja
Gegelong bergerak jenis Dynamometer sesuai untuk DC dan AC
Elektrostatik untuk jangka voltan AC dan DC
Arohan sesuai untuk AC sahaja
Dawai panas dan Thermo-couple sesuai untuk AC dan DC
Perhatian Gegelong bergerak magnet tetap boleh digunakan pada AC asalkan
dilengkapkan dengan alaterus.

5. ALATAN BESI BERGERAK (MOVING IRON)


Alat jenis ini biasa digunakan di kilang memandangkan harganya yang murah dan
ketahanannya. Walaupun sesuai digunakan pada AC dan DC tetapi kegunaannya
lebih kepada AC. Terdapat dua jenis alatan besi bergerak jenis tarikan dan jenis
penolakan dimana jenis penolakan lebih banyak digunakan daripada jenis tarikan.
6. JENIS PENOLAKAN (REPULSION TYPE)
Gegelong dawai dililit pada pembentuk silinder tanpa magnetic membawa arus
dalam alatan ini. Satu besi bengkok soft atau mumetal ditentuletak di dalam
pembentuk bobbin dan dimagnetkan apabila arus memasuki gegelong. Besi
bengkok yang lain pula dipasang pada sepindal yang bergerak mamaksi melalui
gegelong, dan dalam keadaan tidak bergerak, ia berada dekat dengan besi yang
ditentuletak.
Penolakan berlaku diantara dua besi, menyebabkan besi bergerak membuat
pergerakan pusing disepindal dalam arah jam. Satu jarum penunjuk dipasang pada
sepindal supaya pergerakan ditunjukkan pada sekil. Kawalan pergerakan ialah
dengan spring rerambut apabila diguna dalam sebarang kedudukan atau
menggunakan berat pengimbang apabila operasinya dalam kedudukan menegak.
Satu alat damping adalah perlu untuk mengelakkan pembuaian jarum penunjuk
dan ia mengandungi aluminium vane fitting yang dekat dengan ruang angin.
Penolakan besi-besi ini berkadar dengan gandadua arus dengan itu sekilnya tidak
rata dimana terlalu rapat untuk bacaan rendah dan renggang untuk bacaan tinggi
pula.
Besi-besi ini boleh dibentuk dan diatur supaya sekilnya merenggang sedikit untuk
bacaan arus rendah. Jika arah arus melalui gegelong bertukar, polar kedua-dua
besi turut bertukar dan penolakan berlaku kearah yang sama. Oleh yang demikian
alatan ini boleh digunakan pada arus terus dan juga arus ulangalik.
Alat besi bergerak lebih murah dan tahan daripada alat gegelong bergerak, tetapi
ketepatannya adalah berlainan. Kuasa yang digunakan oleh alat ini lebih tinggi
jika dibandingkan dengan alat gegelong bergerak.
7. JENIS PENARIKAN
Apabila arus terus melalui gegelong dawai insulated medan magnet dihasilkan
yang mana boleh menarik ketul-ketul besi atau logam ke dalam gegelong. Satu
bilah besi lembut yang dipangsi agar boleh berpusing menuju gegelong magnet
apabila arus melalui gegelong itu. Satu jarum penunjuk ditentuletakkan pada bilah
dan menunjuk di atas sekil yang sesuai. Kawalan dan damping adalah sama

3
dengan alat jenis penolakan dimana sekilnya tidak rata. Alat ini boleh digunakan
pada arus terus dan juga arus ulangalik.
8. SEBAB-SEBAB SELISEH
a. Medan Magnet Kesasar Oleh kerana pesongan berkadar medan magnet yang
dihasilkan didalam gegelong, uratdaya magnet berpunca dari luar boleh
memberi kesan pada pesongan. Seliseh-seliseh seperti ini boleh dikurangkan
dengan cara magnetic screening yang sesuai pada pesawat.
b. Histerisis walaupun dengan pengunaan besi yang paling sesuai, terdapat
juga sedikit histerisis yang menyebabkan bacaan berubah-ubah. Seliseh yang
berpunca dari histerisis boleh direndahkan dengan merekabentuk angker agar
ia tidak terlalu besar dan mempunyai ketumpatan uratdaya yang agak rendah.
c. Ulangan disebabkan ulangan dalam litar mengubah regangan, bacaan yang
berlainan akan kedapatan untuk ulangan yang berlainan dan juga terdapat
kesan berpunca dari arus pusar. Walaubagaimanapun ini tidak begitu ketara
sangat memandangkan sekarang ulangan sudah diseragamkan dan jika perlu,
kapasitor boleh digunakan untuk menjadikan alatan secara praktiknya tidak
bergantung kepada ulangan.
9. ALATAN MAGNET TETAP GEGELONG BERGERAK
Pada keperluannya alatan ini ialah alatan AC dan tidak boleh digunakan untuk
arus DC. Alatan ini boleh digunakan untuk ukuran arus terus dengan
melengkapkan alat terus di dalam litarnya supaya arus satu arah sahaja akan
memasuki alatan.
Operasi alatan jenis ini boleh dilihat daripada gambarajah 2a. Dengan
menggunakan magnet tetap yang sesuai dan satu silinder besi lembut diantara dua
kutub, satu bulatan ruang angin dihasilkan dalam mana gegelong yang
dipangsikan boleh bergerak.
Gegelong ini membawa arus yang hendak diukur atau sebahagian sahaja dan oleh
kerana medannya segaya didalam ruang angin, kilas adalah berkadar dengan arus.
Pesongan dikawal dengan menggunakan satu spring puntiran dengan alat
pengubah yang sesuai dan arus diukur melalui gegelong bergerak dari spring ini
atau yang lain.
Alatan ini hanya sesuai untuk arus kecil yang sesuai untuk tujuan-tujuan
menggerak dan dengan itu kedua rintangan SHUNT dan MULTIPLIER
digunakan pada kadar yang patut. Damping diperolehi dengan menggunakan arus
pusar terarah didalam pembentuk logam yang digunakan pada gegelong bergerak
seliseh yang ketara untuk alatan ini hanyalah berpunca dari geseran dan suhu.

4
10. METER DAWAI PANAS
Alatan ini menggunakan kesan pemanasan apabila arus melalui satu rintangan
yang menyebabkan pesongan terjadi. Oleh kerana kendaliannya bergantung pada
kesan pemanasan sahaja, alatan ini boleh digunakan untuk bacaan arus DC dan
AC yang berlainan ulangan.
Jangkarus jenis dawai panas menggunakan kembangan pada dawai rintangan
tinggi disebabkan oleh pemanasan pada dawai apabila arus melaluinya. Satu
dawai rintangan ditegangkan diantara dua punca meter dengan satu benang
disangkut disudut tepat ditengah dawai. Satu spring dipasang dihujung benang
yang berlawanan untuk memberi tarikan yang tetap pada dawai rintangan. Arus
yang mengalir akan memanaskan dawai, yang menyebabkan pengembangan.
Pergerakan ini dialihkan pada penunjuk meter melalui benang dan satu pangsi.
11. METER THERMO-COUPLE
Alatan ini juga menggunakan kesan pemanasan dan dengan itu boleh digunakan
untuk mengukur arus terus dan arus ulangalik yang berlainan ulangan. Meter ini
mempunyai satu wayer rintangan pada punca meter yang kepanasannya berkadar
kepada banyaknya arus yang mengalir. Terpasang pada rintangan panas ini ialah
satu simpang thermo-couple yang kecil mengandungi dua dawai logam yang
berlainan, dipasang pada pergerakan meter arus terus yang cukup sensitive.
Apabila arus yang diukur memanaskan dawai rintangan, satu voltan kecil
dijanakan oleh simpang thermo-couple. Voltan ini akan menyebabkan arus terus
kecil mengalir melalui meter. Pesongan yang dihasilkan oleh arus ini adalah
berkadar dengan suhu dijanakan disimpang thermo-couple dan juga berkadar
dengan arus yang diukur.
12. SAMBUNGAN ALATAN
Jangkarus mengukur arus dan dengan itu disambung sederet atau bersiri dengan
beban (gambarajah 3a). Jika tidak kerana rintangan yang rendah, satu arus yang
agak tinggi boleh merosakan alatan.
Oleh kerana jangkavoltan menunjukkan beza upayaan, sambungan selari diperlukan
(gambarajah 3a).

13. RINTANGAN SHUNT DAN MULTIPLIER


Kawalan atau penurunan arus asal yang mengalir dalam berbagai litar alatan atau
meter boleh didapati dengan menggunakan rintangan (untuk kedua-dua AC dan
DC) atau dengan menggunakan alatubah alatan (AC sahaja). SHUNT rintangan
tanpa arohan untuk menambahkan julat jangkarus dipanggil SHUNT. Ia
disambung sederet dengan jangkarus.
14. MULTIPLIER
Untuk jangkavoltan pula adalah tidak praktikal membenarkan semua voltan
diterima oleh gegelong alatan. Satu rintangan yang dikira nilainya disambung
selari dengan jangkavoltan untuk menghasilkan susutan voltan yang dikehendaki.
Soalan
Satu meter bergerak mengandungi satu rintangan 8 ohm dan memberi pesongan
sekil penuh untuk satu arus serendah 10mA. Adalah dimahukan meter boleh
membaca hingga (a) 10A (b) 100V. Cari nilai rintangan yang diperlukan.
Jawapan
a. Rintangan SHUNT diperlukan seperti dalam gambarajah 4a.

Arus melalui rintangan SHUNT, IS =


=
=

I - IA
10A 10mA
9.99A

Voltan pada pergerakan meter, VA

0.01A X 8

Jadi nilai rintangan SHUNT, RS

=
=
=
=

V A IS
0.08 9.99
0.008
8m

= 0.08V

b. Untuk ini rintangan MULTIPLIER diperlukan seperti dalam gambarajah 4b

Voltan pada jangkavoltan Vv =


0.08V
Jadi voltan pada rintangan MULTIPLIER, Vm = V - Vv
= 100 0.08
= 99.92V
Dari hukum ohm, rintangan Rm

= 99.92 0.01 = 9.992K

Atau
Jumlah rintangan RT =

100 0.01 = 1000

Jadi rintangan MULTIPLIER, RM

= 1000 8
= 9992
= 9.992K

15. PEMBINAAN RINTANGAN SHUNT DAN SERIES


Biasanya SHUNT mengandungi keeping manganin dipateri pada dua punca blok
ditiap satu hujung dan diatur supaya angin boleh beredar diantara keeping-keping
ini untuk tujuan penyejukan. Gelongan rintangan sederet yang digunakan dalam
jangkavoltan mestilah tetap pada ulangan yang berbeza-beza iaitu arohannya tidak
boleh berubah. Untuk ini gegelong rintangan (manganin) diliut diatas kepingan
mica rata untuk mengurangkan kawasan yang ditutup oleh dawai dan dengan itu
mengurangkan uratdaya tertutup untuk satu arus.
16. METER WATT
Alatan ini diguna untuk mengukur kuasa di dalam litar. Oleh kerana untuk litar
arus terus, kuasa ialah hasil dharab voltan dan arus, P = VxI, meter watt tidak
diperlukan dan jarang digunakan. Dengan arus ulangalik pula, kuasa bukanlah
hasil dharab voltan dan arus sahaja (kecuali pada faktur kuasa satu), dan diberi
oleh formula P = VI cos.
Daya guna pusingan di elemen meter pada sebarang saat adalah berkadar dengan
hasil dharab arus dan voltan pada saat itu. Hitung panjang pusingan daya guna
ialah ukuran hitung panjang pada nilai kuasa (lihat gambarajah 5a).
Terdapat dua jenis utama meter watt iaitu meter watt dynamometer digunakan
pada arus terus dan arus ulangalik dan meter watt arohan hanya digunakan untuk
arus ulangalik saja.

17. METER WATT DYNAMOMETER


Alatan ini mempunyai sepasang gegelong tetap yang membawa arus kecil
berkadar dan sefasa dengan voltan pada litar itu (lihat gambarajah 5b). Gegelong
tetap dan bergerak dipasang didalam litar seperti yang ditunjuk dalam gambarajah
5c. Medan magnet untuk gegelong tetap dan bergerak bertindakbalas sesama
sendiri, menyebabkan gegelong bergerak berpusing pada paksinya. Pergerakan
dikawal dengan spring rerambut yang juga dilalui oleh arus masuk dan keluar
daripada elemen bergerak itu. Damping dihasilkan dengan cara bilah aluminium
ringan bergerak masuk dan keluar dari dashpat angin.

Jarum penunjuk dipasangkan pada sepindal gegelong bergerak dan bergerak


diatas satu sekil tentukur yang sesuai. Untuk tugas satu fasa satu elimen saja
dikehendaki untuk 3 fasa seimbang litarnya, juga satu elimen diperlukan dengan
sekil tentukur yang sesuai. Untuk tiga fasa litar tak seimbang dua elimen
diperlukan, mengikut prinsip dua meter watt. Elimen-elimen ini ditebat diantara
satu sama lain dan dilekatkan satu diatas yang satu lagi. Satu sepindal tengah
membawa kedua-dua gegelong. Jumlah dayaguna pusingan pada sepindal ialah
jumlah alegebra tiap-tiap dayakilas (torque) yang berlainan.
18. METER WATT JENIS AROHAN
Ia mengandungi satu gegelong voltan dan gegelong arus. Gegelong voltan dililit
pada teras besi bertebat menjadikan satu litar magnetic yang hampir tertutup.
Dengan ini litar mempunyai arohan yang tinggi dan arus didalam gegelong sudut
mengekor lebih kurang 85 dibelakang voltan. Gegelong arus dililit pada litar
magnetic terbuka yang mempunyai arohan terlalu sedikit. Satu cakera aluminium
ringan (light aluminium disc) dipasang didepan magnet agar rimnya melepasi
diantara dua pasang kutub. Setiap pasang kutub menghasilkan arus-arus pusar
dalam cakera. Arus-arus pusar ini bertindak balas sesama sendiri dan
menyebabkan ia bergerak. Kawalan ialah dengan spring rerambut. Damping
didapati daripada magnet tetap yang menghasilkan arus pusar didalam cakera bila
ia bergerak. Gambarajah 5d ialah meter-watt satu elimen.
19. MENGUKUR KUASA CARA DUA METER-WATT
Kuasa didalam satu litar tiga fasa seimbang boleh diukur menggunakan dua
meter-watt disambung seperti didalam gambarajah 5d. Daripada teori, boleh
ditunjukkan bahawa jumlah kuasa ialah campuran kedua-dua bacaan meter-watt.
Dengan menganggap bacaan kedua-dua P1 dan P2, jumlah kuasa ialah:
P

P1 + P2

Faktur kuasa pula boleh diketahui daripada formula:


Tan =

3 (P1 P2)
(P1 + P2)

dengan anggapan P1 lebih besar bacaannya, dengan ini Kos boleh didapati
daripada jadual-jadual. Juga, jika bacaan-bacaan sama dan positif, faktur kuasa
adalah unity, pada satu faktur kuasa 0.966, satu daripada bacaan adalah dua kali
ganda daripada yang satu lagi, pada satu faktur kuasa 0.5, satu bacaan ialah
kosong dan pada satu faktur kuasa dibawah 0.5, satu bacaan ialah negatif.

9
SOALAN
Bacaan yang tetap oleh dua satu fasa meter-watt didalam litar tiga fasa ialah
35KW dan 14KW. Nilaikan yang berikut:
i.
ii.
iii.
iv.

Kuasa diambil oleh beban


Faktur kuasa
Beban dalam unit KVA dan
Arus talian, jika bekalan bernilai 415V

Jawapan
i. Kuasa dalam KW
ii. Faktur kuasa, Tan =
Jadi Kos

=
35 + 14
= 49KW
3 (35 14) = 0.4285
(35 + 14)

0.9191

iii. Beban dalam unit KVA

=
=

KW Kos = 49 0.9191
53.4KVA

iv. Arus talian,

=
=

Watt (3x415x0.9191)
74.24A

Jika didalam kes diatas, bacaan ialah P1 = 35KW dan P2 = -14KW jadi,
i.
ii.

Kuasa dalam KW
Tan

=
=

35 14
= 21KW
3 {35 (-14)} = 2.333
{35 +(-14)}

Daripada jadual, Kos

= 0.4083

iii.

Beban dalam KVA

21 0.4083

iv.

Arus talian

21,000 (3x415x0.4083) = 71.6A

= 51.4KVA

20. METER KUASA ATAU METER BEKALAN


Alatan ini adalah perlu jika mahu tenaga bekalan kepada pengguna pada tempoh
yang tertentu didaftarkan. Tenaga ialah hasil kuasa dan masa, dan satu meter watt
dimana pergerakan dibenarkan berterusan dan menggunakan satu teren giar
dengan jejari penunjuk menjadikan satu meter tenaga, jika ditentukur dengan
betul. Terdapat berbagai jenis meter tenaga, seperti dibawah:

10
a. Meter mercury ampere-jam arus terus, ditentukur untuk membaca
kilowatt-jam pada voltan yang diistiharkan.
b. Meter Electrolytic ampere-jam arus terus, atau arus ulangalik yang
dialatubah, ditentukur untuk membaca kilowatt-jam atau kilowatt-amperejam.
c. Meter tenaga jenis arohan arus terus
d. Meter jenis arohan pendulum
21. UKURAN RINTANGAN
Cara mengukur rintangan ialah:
a. Dengan jangka arus dan jangka voltan
b. Dengan tetimbang wheatstone
c. Dengan membaca terus daripada alatan mengukur rintangan (Ohm meter)
22. CARA JANGKARUS DAN JANGKAVOLTAN
Hukum ohm boleh digunakan pada satu litar yang sempurna atau kepada manamana bahagian satu litar. Timbangkan litar seperti dalam gambarajah 6a. Nilai
rintangan ialah R dalam unit ohm () ialah umumnya diberi oleh formula,
V
R

=
I

Dimana V ialah beza upaya pada rintangan dalam unit volt dan I ialah arus dalam
unit ampere.

Gambarajah 6a
Keputusannya tidaklah begitu tepat sekali kerana bacaan jangkarus I ampere melibatkan
arus jangkavoltan. Satu sambungan cara lain ialah seperti dalam gambarajah 6b. Dalam
kes ini, jika formula mudah digunakan R = VI, bacaannya juga melibatkan susutan
voltan pada rintangan R dan rintangan jangkarus.

11

Gambarajah 6b
Dalam kedua-dua kes, untuk ketepatan pada jawapan pembetulan mestilah dibuat,
seperti contoh berikut:
SOALAN
Didalam kedua-dua litar 6a dan 6b rintangan jangkarus dan jangkavoltan ialah
0.05 dan 350. Dalam kedua-dua kes bacaan jangkarus dan jangka voltan ialah
5A dan 35V. Cari nilai rintangan dalam ohm.
Jawapan
Kiraan biasa untuk kedua-dua kes,

R = VI = 355 = 7

Pembetulan dalam kes (a):


Arus jangkavoltan, Iv = 35 350 = 0.01A
Jadi, arus dalam rintangan
= 5 0.1A = 4.9A
Dengan ini, rintangan sebenar R = 35 4.9 = 7.14
Pembetulan dalam kes (b):
Susutan voltan pada jangkarus Va = 0.05 x 5 = 0.25V
Jadi, susutan voltan pada rintangan R = 35 0.25 = 34.75V
Dengan ini rintangan sebenar R = 34.75 5 = 6.95
Pertimbangan yang teliti pada perkara diatas akan menunjukkan apabila
menggunakan formula R = V/I tanpa pembetulan, keputusannya akan lebih tepat
untuk nilai rintangan yang rendah apabila sambungan (a) digunakan dan untuk
nilai rintangan yang tinggi sambungan (b) digunakan.
23. TETIMBANG WHEATSTONE

12

Kalau misalnya empat rintangan A, B, C dan D disambung seperti didalam


gambarajah 7a dengan satu bateri menyenggara satu beza upaya diantara p dan r,
dan dengan satu meter galvani (galvanometer) disambung diantara q dan s. Jika
suis meter galvani dibuka, arus yang mengalir daripada bateri akan terbahagi,
sebahagian mengalir melalui A dan B sederet, dan yang sebahagian lagi melalui D
dan C sederet.

Upayaan (voltan) pada q dan s adalah rendah daripada upayaan P, dan tinggi
daripada upayaan r. Oleh sebab susutan upayaan didalam kedua-dua rintangan
sederet berkadar dengan rintangan-rintangan itu, jadi:
Potential A
Potential B
Juga

Resistance of A
Resistance of B

13

Potential D
Potential C

Resistance of D
Resistance of C

Jika q dan s berada pada upayaan yang serupa, arus tidak akan mengalir dalam
meter galvanic apabila suis meter galvanic di ON kan. Dengan anggapan ini
sebagai kesnya, jadi
Potential drop across A
Potential drop across B

Potential drop across D


Potential drop across C

Oleh yang demikian dalam jangka rintangan,


A
B

D
C

Jika mana-mana rintangan diketahui, rintangan yang keempat boleh dikira, iaitu
jika nilai rintangan A, B, D diketahui, jadi rintangan
C

BD
A

Susunan ini digelar tetimbang wheatstone dan digunakan untuk mencari nilai
rintangan dengan ketepatan yang tinggi. Rintangan A, B dan D boleh diubah-ubah
berasingan, dan C ialah rintangan dimana nilainya ingin dicari. Ketiga-tiga
rintangan tadi akan diubah-ubah nilainya sehingga arus tiada mengalir dalam
meter galvanic. Dengan ini tetimbang dikatakan sudah seimbang dan formula
berikut digunakan, iaitu:
C

BD
A

SOALAN
Tetimbang didapati seimbang apabila nilai A = 100, B = 10 dan D = 397.
Carikan rintangan C.
Jawapan
Rintangan C = BD = 10 X 397
A
100
The Slide Wire

= 39.7

14

Satu dawai rintangan yang rata sepanjang 1m dipasangkan diantara dua busbar p
dan r. Meter galvanic disambungkan diantara satu busbar q dan satu sambungan
slider S. Satu rintangan D yang diketahui dan rintangan C yang tidak diketahui
disambungkan seperti didalam rajah. Penyambung S disegerakkan diatas dawai
sehingga tetimbang menjadi seimbang. Rintangan dawai untuk bahagian A dan B
adalah berkadar dengan kepanjangnya dan dengan itu kepanjangan dawai-dawai
ini boleh digunakan didalam formula:
Rintangan D =
Rintangan C

Panjang A
Panjang B

Rintangan C =

Rintangan D x Panjang B
Panjang A

24. ALATAN ALATUBAH


Alat ini ialah satu alatubah yang istimewa untuk menukar arus dan voltan kepada
nilainya yang sesuai untuk ukuran. Alatubah arus berkendalian dalam keadaan
litar-pintas, akan tetapi alatubah voltan pula bertugas dalam keadaan tiada beban.
Lilitan utama membawa arus utama atau disambungkan pada voltan utama.
Lilitan kedua membawa arus kedua atau ia membekal voltan kedua seperti yang
ditentukan oleh nisbah pengubahan. Kedua-dua lilitan ditebat diantara satu
dengan yang lain untuk satu voltan sepadan dengan alatubah sederet dan hanya
dicantum oleh medan magnet saja.

15

25. KEBAIKAN DAN KEBURUKAN


Gegelong Bergerak Magnet Tetap:
Kebaikan:
a. Mempunyai kuasa penggunaan yang rendah
b. Sekilnya sama dan direkabentuk untuk menunjuk dalam angka lebih dari 370

16
c. Tiada kehilangan histerisis
d. Mempunyai damping arus pusar yang sekap dan berkesan
e. Tiada mempunyai banyak kesan daripada medan mengetik kesasar
Keburukan:
a. Harganya mahal sedikit jika dibandingkan dengan jenis besi bergerak oleh
kerana pembuatannya yang halus dan teliti
b. Mempunyai seliseh berpunca dari penuaian spring kawalan dan magnet tetap
Dawai Panas
Kebaikan
a. Oleh kerana pesongannya bergantung pada nilai rms untuk arus ulangalik, ia
boleh digunakan untuk arus terus
b. Bacaannya tidak bergantung pada ulangan dan gelombang
c. Tiada kesan terhadap medan kesasar
Keburukan
a.
b.
c.
d.

Bacaannya agak lambat kerana menunggu dawai menjadi panas dahulu


Pengunaan kuasanya tinggi berbanding dengan alatan gegelong bergerak
Kedudukan kosong memerlukan pengubah suaian yang kerap
Ia adalah mudah rosak

You might also like