You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN LABU BESAR

09010 KULIM
KEDAH DARUL AMAN

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PERSATUAN SAINS DAN


MATEMATIK 2015
Tarikh:

14 Mei 2015

Hari

Khamis

Masa

2.00 petang

Kehadiran

1. Pn. Shafinaz bt Saad


2. Pn. Masita bt Ismail
1. Ucapan aluan daripada ketua guru penasihat
Guru penasihat mengucapkan terima kasih kepada semua ahli kerana sudi hadir
ke Mesyuarat Persatuan Sains dan Matematik bagi kali kedua. Mesyuarat ini
bertujuan untuk memaklumkan kepada AJK berkaitan aktiviti yang akan
dijalankan.
AJK yang telah dilantik akan bertanggungjawab bagi melaksanakan serta
menjayakan aktiviti tersebut yang akan diadakan mengikut tarikh yang telah
ditetapkan dalam perancangan tahunan.
Tindakan dan makluman

Semua ahli

2. Pelaksanaan dan Penglibatan Murid


Guru penasihat sangat berpuas hati dengan kadar penglibatan ahli yang tinggi
dalam semua aktiviti yang dijalankan oleh persatuan.Peranan yang telah
dimainkan oleh AJK yang dilantik amatlah baik dalam semua aktiviti yang telah
dijalankan.
Tindakan dan makluman

Semua ahli

3. Matlamat dan Objektif Persatuan Sains dan Matematik


Kelab dan persatuan ditubuhkan berdasarkan kepada mata pelajaran yang diajar
di sekolah. Ahli kelab dan persatuan yang berasaskan mata pelajaran lebih
menekankan pada aspek memantapkan lagi pembelajaran formal dalam
kurikulum.
Matlamat :
Memupuk keyakinan pada diri sendiri.
Menggalakkan dan mendidik murid agar berdikari dan membuat

keputusan sendiri dalam sesuatu keadaan.


Melahirkan murid yang boleh memimlin sesuatu aktiviti dan persatuan.
Mencungkil bakat dan kemahiran murid dalam beberapa bidang.
Menarik minat murid terhadap mata pelajaran yang diajar di sekolah.

Objektif :
Persatuan Sains dan Matematik ditubuhkan bertujuan untuk menyedarkan
murid tentang kepentingan sains dan matematik dalam kehidupan
seharian, menarik minat murid terhadap sains dan matematik serta
bagaimana untuk mengaplikasikan sains dan matematik dalam kehidupan
harian.
4. Ucapan penangguhan
Pn. Shafinaz mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua AJK Persatuan
Sains dan Matematik diatas kejayaan menjalankan program yang dirancang
dengan baik.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.00 petang.
Disediakan oleh,

Disemak oleh,

...................................
MUHAMMAD AIQIL IRFAN B ISMADI
Setiausaha
(Persatuan Sains dan Matematik)

.....................................
SHAFINAZ BT SAAD
Guru Penasihat
(Persatuan Sains dan Matematik)

You might also like