You are on page 1of 12

1)

Teknik Lukisan

Lukisan merupakan hasil kerja seni yang dibuat untuk meluahkan perasaan
berbentuk imej dengan menggunakan media kering atau menggunakan warna
yang paling sedikit yang dihasilkan diatas sesuatu permukaan rata dengan
aplikasi garisan, rupa, bentuk, saiz warna dan jalinan. Penggunaan alat dalam
sesebuah lukisan terhad kepada media kering seperti pensel, pensel warna,
pastel, arang, pen dan dakwat. Setiap proses melakukan garisan, melorek ton
dan menggosok juga dinamakan lukisan dan diaplikasikan melalui garisan, rupa,
bentuk, saiz, warna dan jalinan ke atas sesuatu hasil kerja dengan pelbagai
teknik yang boleh dihasilkan bergantung kepada kesan jalinan sesuatu
permukaan dari aras mudah ke aras sukar.

2)

Teknik Kolaj

Kolaj bermakna potong, koyak, gunting, gam dan tampal sesuatu bahan
ke atas sesuatu permukaan seperti cebisan kertas-kertas, kain atau bahan lain di
atas permukaan 2D yang mengandungi sebahagian imej seperti gambar foto
atau dari cetakan majalah disusun dan ditindih untuk menjadi satu komposisi.
Berbagai jenis bahan dilekat disatu permukaan khas daripada imej yang
berlainan dan daripada berbagai media.

Ia juga dapat menghasilkan satu

komposisi artis daripada imej atau gambar yang berlainan, latarbelakang yang
berbeza dan daripada berbagai warna dan corak berjalinan dihasilkan secara
superimpose di antara satu sama lain dengan menggam berbagai elemen
supaya menjadi satu gambar bagi sesuatu tajuk atau tema tertentu.

3)

Teknik Resis

Resis atau dalam perkataan inggeris resis ialah satu aktiviti menggambar
yang dihasilkan dari warna basah dan contengan lilin. Ianya satu aktiviti dalam
kegiatan menggambar yang menggunakan warna-warna basah dan contengan
lilin. Lilin digunakan untuk menutup kawasan permukaan kertas atau kain.

Ini

menyebabkan permukaan kertas yang diliputi lilin tidak akan menyerap warna
dan dalam keadaan warna asal.

Resis juga boleh dijalankan dengan cara

menggunakan tindihan-tindihan lilin dan menyapu warna dari peringkat warna


terang ke peringkat warna gelap.

Teknik ini membolehkan murid meneroka

dengan lebih jauh lagi tentang alatan dan bahan dalam kegiatan menggambar.

4)

Teknik Gosokan

Gosokan adalah satu proses menggosok dan merekod corak daripada


permukaan yang berjalinan.

Ia adalah satu psoses penerokaan murid mula

menggambar melalui deria sentuh yang terdapat di sekeliling mereka. Gosokan


adalah satu cara paling mudah dan terbaik untuk merakamkan berbagai jalinan
pada sesuatu permukaan. Apabila salah satu atau kedua-dua objek digerakkan
di antara satu sama lain, maka gosokan akan terhasil. Hasil cetakan dibuat
dengan menggosok dakwat, pensel, kapur ke atas sekeping kertas yang
diletakkan di atas suatu permukaan yang berjalin.

Satu representasi yang

mengandungi salinan dibuat supaya dapat mengembangkan pemahaman dalam


penggunaan jalinan dan ton.

5)

Teknik Gurisan

Gurisan ini merupakan satu karya yang dihasilkan dengan teknik gurisan
dengan menggunakan sesuatu objek

atau alat yang tajam untuk mengguris

keluar sesuatu bahan yang lembut dari sesuatu permukaan. Permukaan kertas
boleh disapu dengan warna krayon secara berlapis-lapis supaya bahan krayon
yang tebal melekat di atas kertas. Alat yang keras atau tajam seperti kayu, paku
atau plastik boleh digunakan untuk mengguris pada krayon tebal itu supaya
menghasilkan gambar.

Berbagai jenis alat yang keras dan tajam itu akan

memberi berbagai kesan yang berlainan pada garisan yang dihasilkan.

1) IKATAN DAN CELUPAN


Aktiviti corak tidak terancang.

PENGENALAN

Celupan yang terlalu dalam menghasilkan corak yang besar, sebaliknya


jika dicelup cetek, coraknya yang terhasil adalah kecil.

Teknik ikat dan celup dalam batik juga dikenali sebagai batik pelangi.

Haji Che Su b. Ishak adalah antara tokoh batik yang terkenal di Malaysia.

Garam digunakan sebagai bahan penyerapan.

Jenis kain yang biasa digunakan ialah kain kapas, sutera dan organza.

DEFINISI

Teknik ikat dan celup yang digunakan ialah simpulan, ikatan, lipatan dan
jahitan yang menghasilkan corak yang menarik.

ALAT DAN BAHAN IKATAN DAN CELUPAN

Kain

Tisu

Dye

Tali

Manik, batu atau bahan lain yang boleh menimbulkan lebih kesan jalinan.

2) RENJISAN DAN PERCIKAN


Aktiviti corak tidak terancang.
DEFINISI

Reka corak renjis didefinisikan sebagai suatu teknik dalam menghasilkan

corak terancang atau tidak terancang dengan cara semburan, percikan atau
tiupan.

Bentuk kreativiti artistik dapat memenuhi keperluan domain kognitif,

psikomotor dan afektif.

Reka corak terancang dan tidak terancang mewujudkan kesan tampak

yang berbeza tetapi memerlukan kemahiran, kesedaran dan pengetahuan seni


untuk menghasilkannya.

Mencipta reka corak renjis melibatkan proses latihan berfikir yang

berhubung dengan asas rekaan dan prinsip rekaan.


ALAT DAN BAHAN

Warna air

Warna poster

Berus warna

3) TIUPAN STRAW
DEFINISI

Tiupan straw adalah salah satu teknik dalam bidang mencorak dan
membuat rekaan

Dengan munggunakan straw warna air yang terdapat pada permukaan


kertas ditiup sehingga mendapat kesan yang diingini.

ALAT DAN BAHAN

Warna air

Warna poster

Straw

Kertas

4) LIPATAN DAN GUNTINGAN

PENGENALAN

Aktiviti lipatan dan guntingan ialah aktiviti melipat kertas dan menggunting
mengikut corak yang dikendaki.

Kertas boleh dilipat beberapa kali atau disusun secara bertindih dan dilipat
bagi mendapatkan corak atau imej yang berulang.

Bahan-bahan yang diperlukan


1. gunting
2. gam

3. pensil tulis
4. kertas lukisan
5. kertas 'sugar paper' (boleh juga digunakan kertas kolaj atau kertas warna yang
lain)

5) CETAKAN
PENGENALAN

Seni cetak ialah proses penghasilan karya seni melalui teknik percetakan,

biasanya di atas kertas. Kecuali dalam kes monotaip, proses ini mampu
menghasilkan salinan karya yang sama dalam jumlah banyak, yang dikenali
cetakan atau gambar teraan.
Cetakan dalam mencorak dan membuat rekaan

Lazimnya dalam mebuat karya cetakan dalam mencorak bahan yang

digunakan ialah papan lino atau alam semual jadi yang ditebuk dan diukir seperti
kentang

Bahan diukir dengan corak yang diingini dan dicetak di atas permukaan

yang rata.

4) LUKISAN CORAK
CATAN
PENGENALAN

-Proses melukis dengan menggunakan bahan pewarna atau cat yang disapu di
atas permukaan.
- Komponen alat dan media yang digunakan ialah seperti cat air, cat minyak, cat
akrilik, cat gouce, cat fresko, minyak linsip, turpentin, kertas, kanvas dan berus

-Di dalam bidang mencorak dan membuat rekaan catan digunakan bagi
menghasilkan corak yang terdiri daripada penggunaan warna air.

You might also like