You are on page 1of 7

M O N D AY, F E B R U A R Y 2 5 , 2 0 0 8

HTTP:/ /A GA MA B ER ITAH A R IA N.B LOG SPOT.M Y/2 0 0 8 /0 2 /PE M IM PINPERLU-UTAMAKAN-KEBAJIKAN.HTML

Pemimpin perlu utamakan kebajikan rakyat


Oleh Engku Ahmad Zaki Engku Alwi
KEPEMIMPINAN adalah satu bentuk amanah yang cukup berat, sarat dengan tanggungjawab dan
kewajipan. Ini selaras dengan kewajipan sebagai khalifah di muka bumi ini yang Allah SWT kurniakan
kepada manusia dengan misi membangun dan memakmurkan bumi.
Kepemimpinan itu bukanlah satu keistimewaan, sebaliknya adalah tanggung jawab cukup getir. Ia bukan
satu kelebihan atau kemegahan tetapi satu pengorbanan. Ia juga bukannya kesenangan dan kemewahan
tetapi kerja keras dan usaha bersungguh-sungguh.
Bahkan ia bukan tindakan secara semberono dan membuta tuli tetapi tindakan penuh strategi dan
perancangan. Pendek kata, kepemimpinan adalah wadah pembangunan, kemajuan, kesejahteraan dan
kebahagiaan di dunia dan akhirat.
Perlu diinsafi, Islam menganggap setiap manusia sama ada lelaki mahupun perempuan secara umumnya
adalah pemimpin. Paling minimum, setiap orang adalah pemimpin terhadap dirinya sendiri dan yang
paling tinggi ialah tanggungjawab pemimpin terhadap rakyat bawahannya.
Dalam hal ini, Baginda Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Setiap daripada kamu adalah
pemimpin dan kamu akan dipertanggungjawabkan terhadap orang yang di bawah pimpinan kamu;
seorang pemerintah adalah pemimpin dan akan dipertanggungjawabkan terhadap rakyatnya; seorang
lelaki adalah pemimpin kepada anggota keluarganya dan akan dipertanggungjawabkan terhadap anggota
keluarganya; seorang wanita adalah pemimpin di rumah suaminya dan akan dipertanggungjawabkan
terhadap anak-anaknya dan pimpinannya; dan khadam adalah diamanahkan terhadap harta tuannya dan
akan dipertanggungjawabkan terhadap apa yang berada di bawah amanahnya." (Hadis riwayat Bukhari)
Jelas daripada maksud hadis itu bahawa tanggungjawab dan kewajipan terpikul di bahu setiap Muslim
berbeza antara satu sama lain bergantung kepada kedudukan dan kuasa kepemimpinan yang
diamanahkan kepadanya.
Namun, tanggungjawab terbesar yang akan dipertanggungjawabkan kelak pada hari akhirat ialah
tanggungjawab pemimpin terhadap rakyatnya. Tidak hairanlah Rasulullah SAW pernah memberi
peringatan kepada setiap pemimpin mengenai tanggungjawab pemimpin yang sebenarnya.
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Pemimpin yang menguasai urusan kaum Muslimin tetapi tidak
bersungguh-sungguh memerhatikan kepentingan kaumnya, tidak nasihat menasihati demi kebaikan dan
kesejahteraan mereka, kelak dia tidak dapat masuk syurga bersama-sama mereka." (Hadis riwayat
Bukhari dan Muslim)
Demikianlah betapa besar dan beratnya tanggungjawab seorang pemimpin yang diamanahkan Allah SWT
kepadanya kuasa kepemimpinan untuk menerajui rakyatnya ke arah kesejahteraan dan kebahagiaan
abadi di dunia dan akhirat.

Pemimpin yang baik adalah pemimpin yang sentiasa ingin berkhidmat dan berkorban demi kebahagiaan
rakyat yang dipimpinnya dan tidak sekali-kali mengutamakan kepentingan dirinya, keluarganya mahu pun
kerabat terdekatnya.
Lebih daripada itu, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Pemimpin sesuatu bangsa pada hakikatnya
adalah pelayan bagi bangsa itu." (Hadis riwayat Abu Na'im dan Ibnu Babuwaih)
Sehubungan itu, memadailah Rasulullah SAW dan Khulafa' al-Rasyidin sebagai contoh ikutan terbaik
dalam konteks kepemimpinan unggul dalam lipatan sejarah Islam. Baginda Rasulullah SAW sendiri adalah
pemimpin yang amat mengambil berat kebajikan rakyatnya dan Baginda sanggup berkorban demi
kesejahteraan mereka.
Pernah satu hari, Saidatina Aisyah kebingungan untuk menyediakan hidangan makanan Baginda. Di dapur
tidak ada bahan yang boleh dimasak kecuali segenggam gandum. Akhirnya, gandum yang sedikit itulah
yang dimasaknya untuk hidangan bersama Rasulullah SAW.
Tatkala Rasulullah SAW hendak makan, tiba-tiba daripada depan pintu rumahnya datang seorang
mengucapkan salam, iaitu seorang lelaki yang kurus kering tubuhnya dan pakaiannya nampak lusuh. Dia
pun berkata: "Ya Rasulullah! Saya ini orang miskin. Kami sekeluarga dalam beberapa hari ini menahan
lapar kerana kami tidak memiliki apa-apa lagi untuk dimakan. Oleh kerana itu, tolonglah kami."
Rasulullah SAW hanya terdiam dan Baginda tidak tahu bagaimana dia harus menjawab kerana Baginda
sendiri pun tidak memiliki apa-apa. Akhirnya Baginda berkata: "Wahai saudaraku! Aku pun hari ini tidak
mempunyai apa-apa untuk dimakan kecuali sekeping roti bakar. Namun, kalau kamu mahu menerimanya,
dengan senang hati akan aku berikan kepadamu.
Saidatina Aisyah tidak senang hati kerana tidak ada makanan lagi yang dapat mereka berdua makan pada
hari itu. Lalu Aisyah berkata: "Mengapa Rasulullah lebih mementingkan orang lain daripada diri sendiri?"
Baginda menjawab: "Wahai isteriku! Aku adalah pemimpin rakyatku. Kewajipanku adalah memberikan
layanan dan perkhidmatan terbaik kepada mereka. Ingatlah, bagaimana aku harus menjawab apabila
kelak Allah SWT bertanya kepadaku: Wahai Muhammad! Mana tanggungjawabmu sebagai pemimpin?
Mengapa rakyatmu kelaparan sedangkan perutmu selalu kenyang?"
Begitulah contoh teladan ditunjukkan Rasulullah SAW sebagai pemimpin. Seorang pemimpin
berkewajipan memberi layanan dan perkhidmatan terbaik kepada rakyat di bawah pimpinannya. Pendek
kata, kebahagiaan dan kesengsaraan rakyat adalah cermin kejayaan atau kegagalan pemimpin.
Keadaan ini amat berbeza dengan realiti masyarakat dewasa ini yang rata-rata tertipu dengan kekuasaan
sehingga mereka sanggup berusaha mendapatkannya dan meraihnya dengan berbagai taktik serta cara
biarpun dengan saluran yang kotor dan terlarang.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya kalian semua berlumba-lumba untuk
mendapatkan kekuasaan padahal pada hari akhirat nanti akan menjadi penyesalan kamu sekalian.
Berbahagialah orang yang tidak mengejarnya dan celakalah orang yang berlumba-lumba
mendapatkannya." (Hadis riwayat Jama'ah)
Sabda Baginda lagi yang bermaksud: "Apabila amanah disia-siakan, maka tunggulah saat kehancuran.

Seorang sahabat bertanya: Apakah yang dimaksudkan dengan mensia-siakan amanah itu, wahai
Rasulullah? Rasulullah SAW menjawab: Apabila sesuatu urusan diserahkan kepada orang yang tidak
berkelayakan, maka tunggulah saat kehancurannya." (Hadis riwayat Bukhari)
Kepemimpinan dalam Islam bukan sekadar kontrak perjanjian yang termeterai antara seorang pemimpin
dengan masyarakat pimpinannya, tetapi juga satu ikatan perjanjian yang suci antaranya dengan Allah
SWT dalam menjunjung titah dan perintah Ilahi serta menjauhi segala larangan-Nya. Pemimpin yang
sebenar akan berkhidmat kerana Allah SWT dan akan berjuang menegakkan keadilan Islam demi
kesejahteraan hidup rakyatnya.
Posted by Agama Berita Harian at 5:31 PM
Labels: (A) Dr Engku Ahmad Zaki Engku Alwi, Kepemimpinan, Pemimpin

No comments:

http://umpir.ump.edu.my/4376/1/Siyasah_Syariah_KUIM.pdf
Sesungguhnya kebajikan rakyat hanya dapat disempurnakan dengan wujudnya
pemerintah. Peranan tersebut adalah sukar dilaksanakan secara individu,
kewujudan pemerintahan adalah cara terbaik untuk menyempurnakan kebajikan
rakyat. Ia meliputi pengurusan dan pentadbiran yang cekap serta memerlukan
kepada pemerintah sebagai penyelaras kuasa. Tolong menolong, bekerjasama dan
bersatu padu adalah unsur-unsur yang perlu dan penting supaya kebajikan rakyat
dapat dipenuhi. Unsur-unsur ini selamanya tidak akan mencapai tahap
kecemerlangan tanpa wujudnya pemerintah yang adil
Boleh dikatakan keseluruhan masyarakat Malaysia hari ini heboh memperkatakan
tentang politik tanah air. Walaupun begitu masih ada golongan yang tidak
memahami maksud sebenar politik yang sering diperkatakan itu. Definisi politik
mengikut Kamus Dewan membawa tiga maksud iaitu: 1) Ilmu (pengetahuan)
berkenaan cara pemerintahan (dasar-dasar pemerintahan dan lain-lain). 2) Segala
sesuatu berkenaan pemerintah sesebuah negara atau hubungannya dengan negara
lain. 3) Kelicikan, muslihat dan tipu muslihat. Sekiranya ketiga-tiga maksud ini
digabungkan dapatlah kita membuat satu kesimpulan dengan mengatakan bahawa
politik adalah satu cabang dari cabang-cabang ilmu pengetahuan berkenaan dasardasar pemerintahan sesebuah negara meliputi hubungan dalam dan luar negara
berdasarkan pengalaman, gaya tadbir, kelicikan dan tipu muslihat. Manakala
Political Sciences pula adalah subjek yang membicarakan tentang ilmu
pemerintahan dan politik. Kalimah siyasah syariyyah kini sangat popular pada
masa kini yang juga boleh diertikan sebagai politik. Definasi siyasah atau politik
sepertimana terkandung di dalam kitab sahih Muslim syarah Imam an-Nawawi
adalah "Mentadbir sesuatu bagi kemaslahatannya". Secara sepintas lalu inilah
definasi kepada politik atau siyasah yang dijalankan pada hari ini secara global
sama ada ianya bersistemkan demokrasi atau autokrasi. Kesemuanya menjurus
kepada mentadbirkan selok belok masyarakat dan negara dengan mempamerkan
pelbagai senario. Politik atau siyasah secara global adalah bermaksud cara
mentadbir sesuatu atau mengurusnya. Adapun mafhum siyasah syar`iyyah
sepertimana yang disebut oleh ulamaulama terdahulu mempunyai dua makna. 13 1)

Makna umum/am iaitu pentadbiran urusan-urusan manusia dan juga selok belok
kehidupan dunia mereka berasaskan syarak. Dengan itu mereka mendefinasikan
khalifah sebagai pengganti kepada Rasulullah s.a.w pada urusan menjaga agama
dan politik pentadbirannya dengan agama. 2) Makna khas iaitu perkara yang dilihat
oleh pemerintah atau yang dikeluarkannya daripada hukum-hukum serta
perlembagaan untuk menghalang keburukan yang sedang berlaku atau dijangka
akan berlaku atau untuk membaiki keadaan yang khusus/khas. Banyak politik hari ini
terang-terang melanggar syariat Islam. Banyak politik hari ini tidak memperdulikan
syarak. Banyak politik hari ini tidak mengenal batas haram dan halal, boleh diterima
atau tidak. Politik hari ini berjalan mengikut persepsi, acuan dan hawa nafsu
pendokongnya. Antara mereka ada yang menjadikan falsafah, fikrah-fikrah serta
ideologi tertentu sebagai sumber rujukan yang dijadikan pegangan sepertimana
yang dilakukan oleh puak sekularisme sama ada mereka yang menyokong dasar
liberal mahupun berfahaman Marx. Ada juga yang mengamalkan politik gaya nafsu
syahwat, kepentingan individu atau parti bagi mengekalkan kedudukan atau
kerusinya tanpa memandang kepentingan masyarakat bersama, cita-cita serta nilai
kewujudan mereka. Sistem politik-politik seperti ini tidak layak mendapatkan gelaran
siyasah syar`iyyah atau politik yang dibenarkan, kerana ianya tidak menjadikan
syarak sebagai dasar kegiatan dan sumber rujukan politiknya. Apabila kalimah
siyasah atau politik dikaitkan atau diiringi dengan syarak dengan kata-kata siyasah
syar`iyyah atau politik syar`iyyah, ada pihak-pihak yang cuba menyangkal dengan
mengatakan bahawa tiada kalimah politik atau siyasah di dalam Islam - there is no
political in Islam. Golongan-golongan yang memperjuangkan politik Islam dengan
syiar "Islam adalah agama dan politik" diserang oleh puak-puak sekularisme atau
yang berfahaman serta memperjuangkan dasar-dasar sekularisme dengan syiar
mereka "Mengasingkan agama dari negara", atau "Mengasingkan agama dari
kehidupan seharian". Dalam ibarat yang lain sekularisme bermaksud tiada atau anti
agama dan mengasingkan kehidupan dari kongkongan agama. Mereka mengatakan
bahawa golongan yang menjadikan "Islam adalah agama dan politik" sebagai syiar
mereka telah mencampuradukkan politik dengan agama seterusnya
mengeksploitasikan agama untuk kepentingan politik. Mereka-mereka yang berkata
sedemikian adalah puak-puak sekularisme atau mendokong dasar fahaman sekular.
Dengan itu politik Islam mendapat tentangan hebat dari puak berfahaman sekular
yang cuba mencelah masuk ke negara-negara Islam hari ini. Sistem politik
demokrasi berparlimen adalah satusatunya sistem yang paling mirip dengan politik
Islam. Politik demokrasi yang mirip kepada politik Islam adalah dilihat dari aspek
kebebasan bersuara, mengeluarkan pendapat, mengkritik atau menegur
kepimpinan. Walaupun begitu politik Islam tetap mempunyai gaya dan uslub
(method) yang tersendiri mengatasi segala sistem politik yang lain. Politik Islam
merupakan salah satu dari pelbagai cabang-cabang feqah Islami yang mencakupi
keseluruhan kehidupan manusia. Sebagaimana dimaklumi Islam menitik beratkan
kepada beberapa hubungan yang telah disebutkan sebagai asas kepada politik
Islam iaitu adalah seperti berikut : i) Merangkumi hubungan manusia dengan
Penciptanya yang disebut sebagai feqah ibadah. 14 ii) Merangkumi hubungan
manusia dengan kehidupan dirinya secara khusus yang disebut sebagai feqah halal
dan haram. iii) Merangkumi hubungan individu dengan keluarganya mengenai
urusan nikah, cerai, wasiat, harta pusaka dan sebagainya yang disebut sebagai alAhwal as-Syakhsiyyah. iv) Merangkumi hubungan individu dengan masyarakat
dalam segala urusan dan tindakan seharian yang disebut sebagai al-Qanun alMadani atau Tijari (urusan perniagaan). v) Merangkumi hubungan dua hala di antara

sebuah negara Islam dengan negara-negara Islam yang lain juga negara bukan
Islam atau dalam erti kata lain hubungan antarabangsa dalam semua aspek dan
situasi, dalam keadaan aman mahupun darurat atau peperangan. Politik Islam juga
merangkumi hubungan manusia dengan negara atau hubungan pengadilan dengan
yang diadili atau pemerintah dengan rakyat jelata atau Kerajaan dengan masyarakat
atau dalam erti kata lain sebagai al-Feqah ad-Dusturi (Feqah Pelembagaan).
http://www.ukm.my/hairun/EX3613/kuliah%201.pdf

PEMERINTAH ISLAM DAN EKONOMI Konsep Pemerintah dan Negara Dalam Islam
Islam adalah satu cara hidup yang lengkap. Untuk melaksanakan cara hidup ni, ia
memerlukan satu organisasi masyarakat yang tersusun berdasarkan kepada ajaran
yang telah ditentukan oleh Allah dan RasulNya. Lapisan organisasi masyarakat
manusia yang tertinggi ialah kerajaan atau pemerintah. Ini kerana pemerintah
mempunyai kuasa politik untuk memastikan semua kegiatan sosio-ekonomi dalam
masyarakat dapat dilaksanakan dengan teratur berdasarkan kepada prinsip dan
dasar yang telah ditentukan. Apabila anggota masyarakat mematuhi dan
melaksanakan segala prinsip dan dasar ditetapkan oelh pemerintah, maka akan
wujud satu negara. Apabila pemerintah itu menentukan prinsip dan dasar yang
dikehendaki oleh Islam, maka pemerintah tersebut dinamakan pemerintah atau
kerajaan Islam dan negara yang dihasilkan adalah negara Islam. Kemuncak kepada
kerajaan Islam ini ialah khalifah, imam atau ketua negara. Tugas utama pemerintah
Islam ialah bertindak sebagai khalifah Allah di bumi dengan menguruskan segala
urusan sosial, politik dan ekonomi dalam negara berkenaan berdasarkan kepada
syariah supaya aqidah Islam yang kuat sentiasa dapat dipertahankan. Justeru itu,
pemerintah dan negara adalah merupakan alat untuk mencapai matlamat akhir
kehidupan manusia iaitu mencapai keredhaan Allah. Melalui sistem bernegara,
mereka yang beriman kepada Allah akan dapat mengagungkan Allah dengan
sempurna kerana mereka mampu melaksanakan segala urusan berdasarkan
kepada hukum ketuhanan. Manusia sebagai hamba Allah, tidak berhak
membatalkan hukum ketuhanan ini. Dengan keyakinan yang sedemikian, negara
Islam dapat diwujudkan kerana segala perancangan dan perlaksanaan mudah
dilakukan melalui musyawarah daripada semua lapisan masyarakat daripada pihak
pemerintah sehingga kepada rakyat biasa. Dalam hal yang sedemikian, maka
kebanyakkan ahli fikir menyatakan bahawa negara Islam adalah bersifat demokratik.
Antara perlaksanaan konsep musyawarah yang penting adalah pemilihan ketua
negara atau khalifah. Khalifah juga boleh dipanggil sebagai amir atau imam. Para
ulama sepakat mengatakan bahawa adalah satu kemestian bagi orang Islam untuk
memilih seorang ketua bagi memudahkan urusan negara. Khalifah atau ketua
negara itu akan bertanggungjawab membentuk satu sistem pemerintahan supaya
menjaga kebajikan kerohanian dan kebajikan kebendaan rakyatnya. Manakala tuga
setiap rakyat adalah untuk mematuhi pemerintah. Oleh kerana itu, pemerintah perlu
terlibat dalam membentuk dasar dan strategi yang boleh membantu meningkatkan
kebajikan rakyatnya. Antara dasar dan strategi berkenaan yang berkaitan dengan
ekonomi adalah melalui dasar fiskal dan kewangan. Pemerintah juga
bertanggungjawab dalam melaksanakan strategi dan dasardasar yang lain dalam
memastikan kebajikan rakyatnya terpelihara. Banyak ayat-ayat Al-Quran dan hadith

yang menunjukkan hak pemerintah mengawasi serta memandu rakyat dalam


pelbagai lapangan kehidupan. Contohnya Surah 4 : 59, 5: 52, 3: 139 dan
sebagainya. 1 Fungsi Pemerintah dalam Ekonomi 1. menghapuskan kemiskinan,
mencapai gunatenaga penuh dan pertumbuhan ekonomi yang optimum. Allah
menjadikan manusia bersama-sama dengan pelbagai sumber dan ia adalah amanah
Allah. Manusia perlu menggunakannya secara cekap dan optimum melalui panduan
dan arahan daripada pemerintah. Kesannya kemiskinan boleh di atasi dan ekonomi
akan sentiasa berada dalam gunatenaga penuh. Perancangan penggunan tenaga
perlu dilakukan seperti latihanlatihan, pendidikan, R&D dll perlu dilaksanankan.
Penyediaan infrastruktur perlu dilaksanakan seperti jalanraya, sekolah dsb ke arah
pencapaian matlamat tersebut. 2. Mengekalkan kestabilan Nilai Benar Wang Ia
penting bukan sahaja utk menjamin pertumbuhan ekonomi tetapi juga berkaitan
dengan keadilan sosial. Nilai wang adalah ukuran perlu disempurnakan dalam
kegiatan masyarakat Kesan negatif akan timbul jika nilai wang tak stabil o
Terkurang nilai o Terlebih nilai 3. Menjamin keadilan sosial dan ekonomi Aspek
pendidikan, kesihatan, perumahan & kebajikan masy. Hub ant pekerja & majikan
Setiap transaksi ekonomi dll 4. Memastikan kesaksamaan agihan pendapatan &
kekayaan Jika jurang adalah besar- timbul permusuhan ant kaya & miskin.
Pemerintah akan menjalankan pelbgi dasar termasuklah percukaian agar rakyat
dapat menikmati kemudahan asas seperti bekalan air, elektrik, pendidikan dsb. 5.
Memelihara undang-undang & ketenteraan Penggubalan undang-undang agar
wujud ketenteraman Penguatkuasaan oleh kerajaan melalui pelbagai gensi
termasuklah pihak polis. Melengkapkan aspek ketenteraan supaya dapat
pertahankan tanah air dari pelbagai musuh terutamanya bukan Islam 6. Menyelaras
hub Antarabangsa Antara negara-negara Islam dan negara bukan Islam
Kerjasama dilakukan bukan sahaja aspek ekonomi, malah aspek sosial, politik dsb.
https://www.academia.edu/3997126/Erti_Ekonomi_Politik_Islam_oleh_Mohd_Syakir
_Mohd_Rosdi
bahan tak copy lagi..................................

Sebagai kesimpulan, pendidikan memain peranan penting untuk mencapai hidup


yang berkualiti kerana pendidikan merupakan antara petunjuk terpenting dalam
kualiti hidup manusia. Pendidikan mempunyai hubungan rapat dengan ilmu, dan
ilmu dikenalpasti sebagai faktor hasil. Pendidikan membantu individu membina
keyakinan diri untuk berhadapan dengan dunianya, menikmati kemudahan yang
ada dipersekitarannya, serta memahami diri sendiri. Pendidikan juga bertindak
sebagai pemangkin kesejahteraan hidup dengan cara memimpin individu ke arah
sumber-sumber ekonomi yang mantap, keupayaan kawalan diri, dan kestabilan
hubungan sosial. Individu yang mempunyai taraf pendidikan yang tinggi
cenderung untuk mengalami gangguan emosi dan tekanan fizikal yang rendah.
Taraf pendidikan yang baik memberikan seseorang individu itu laluan ke arah

pembangunan diri, bergantung bagaimana ilmu tersebut distruktur dan


dilaburkan dalam pendidikan. Justeru itu, untuk mencapai kecemerlangan kualiti
hidup melalui pendidikan, perhatian awal harus tertumpu kepada kanak-kanak.
Kanak-kanak adalah khazanah dunia yang paling berharga kerana pendidikan
terawal bermula dari zaman kanak-kanak
, pendidikan memain peranan penting untuk mencapai hidup yang berkualiti
kerana pendidikan merupakan antara petunjuk terpenting dalam kualiti hidup
manusia
KEPENTINGAN PENDIDIKAN DALAM PENBENTUKAN KUALITI HIDUP SEJAHTERA Dr
Affizal Ahmad Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia, Kubang
Kerian, Kelantan
http://web.usm.my/education/MEDC/Vol2/1.%20KEPENTINGAN%20PENDIDIKAN
%20DALAM%20PENBENTUKAN%20KUALITI%20HIDUP.pdf
Kewujudan perlembagaan sebagai asas undang-undang menpunyai peranan yang sangat
besar dalam membentuk perjalanan pemerintahan di negara ini.Walaupun perlembagaan
negara merupakan sebuah perlembagaan yang terlalu panjang dan
terperinci,Namun,perlembaggaan tersebut telah berjaya menlicinkan pertadbian negara dan
mewujudkan keamanan serta kestabilan negara.Perlembagaan merupakan tunjang kepada
keamanan dan perpaduan kaum di Malaysia.Hal ini kerana,sejarah pembentukan
perlembagaan adalah atas dasar persetujuai semua kaum.Perlembagaan juga menjadi
dasar kepada perbentukan sistem Demokrasi berparlimen di Malaysia.Melalui
perlembagaan,setiap warganegara sama pemerintah atau rakyat mendapat hak masing
-masing dan pembelaan yang sewajarnya.
Para pemimpin bertanggungjawab menjaga hal-ehwal keselamatan, perundangan
(termasuk perlaksanaan syariat hudud), menjaga ekonomi negara, dan keperluan rakyatnya
yang bersesuaian dengan agama. Termasuk dalam urusan pemimpin adalah memerangi
orang-orang yang menentang Islam dan ahli bidah. Semua ini selain menjadi
tanggungjawab utama para pemimpin, ia perlu dibantu pula oleh para ulama (para ilmuan)
dalam bidangnya masing-masing bagi memperkukuhkan kebaikan-kebaikan demi
kepentingan bersama dan bagi meraih keredhaan Allah Subhanahu wa Taala.

You might also like