You are on page 1of 13

SEKOLAH KEBANGSAAN KPG DATO SERI KAMARUDDIN

32040 SERI MANJUNG, PERAK


MESYUARAT

: MESYUARAT AGUNG PIBG KALI 13/2013

TARIKH

: 23 FEBRUARI 2013

MASA

: 8.00 PAGI

TEMPAT

: DEWAN SK KDSK

PENGERUSI : EN. BAHARUDIN B. RAMLI


KEHADIRAN
1.

: 120 ORANG

Mesyuarat Agung dengan sebulat suara melantik Pengerusi


Mesyuarat dan Pencatat seperti berikut :
Pengerusi

: En. Baharudin B. Ramli

Pencatat

: Pn. Fadlyaton Bt. Ishak


Pn. Fairul Adilah Bt. Abd Lah
Pn. Ummu Habibah Bt Mohamad
Pn. Siti Musliha Bt Mohd Sharif

2.

Ucapan Pengerusi
2.1

Pengerusi mengalu-alukan kedatangan para ibubapa dan guru


serta mengucapkan ribuan terima kasih.

2.2

Pengerusi memaklumkan bahawa pada jam 12.30 tengahari


seorang Tetamu Kehormat akan hadir.

2.3

Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada Pn. Hidayu Haniz


Binti Khalid, Wakil dari Vale Malaysia Minerals Sdn. Bhd. di atas
kesudian beliau meluangkan masa untuk hadir dalam mesyuarat
agung PIBG kali ke-13.

2.4

Pengerusi juga mengucapkan tahniah kepada ibu bapa yang hadir


kerana yang hadir ini merupakan ibu bapa yang prihatin serta
mewakili ibu bapa yang lain.

2.5

Pengerusi menekankan tiga aspek dalam pendidikan di sekolah


iaitu perkongsian dalam pendidikan anak-anak, keserasian dengan
ibu bapa dan guru dan juga guru perlu mencari keserasian dalam
menarik minat murid untuk belajar.

2.6

Pengerusi mencadangkan pihak PIBG menjemput Tan Sri Dato Haji


Alimuddin bin Haji Mohd Dom bagi memberi ceramah Parenting

Skills untuk menambahbaikan dan pengetahuan dalam mendidik


anak dari muda hingga dewasa.
3.

Ucapan Penasihat
3.1

Guru besar mengucapkan terima kasih kepada pengerusi majlis ,


Yang Di Pertua PIBG En Baharudin b. Ramli, barisan AJK PIBG,
Penolong Kanan,guru-guru, ibu bapa dan semua yang hadir kerana
meluangkan masa untuk hadir ke mesyuarat kali ini.

3.2

Guru

besar

menjelaskan

sahsiah

adalah

penting

di

mana

pengajaran dan pembelajaran akan menjadi mudah jika sahsiah


diri murid baik.
3.3

Guru besar berharap pihak sekolah dan ibu bapa serta guru dapat
membimbing murid dalam pengurusan masa.

3.4

Guru besar mengharapkan kerjasama daripada ibu bapa untuk


memastikan anak-anak mereka lengkap berpakaian seragam
sekolah. Ini penting bagi meningkatkan displin murid. Semua
murid wajib memakai pakaian seragam sekolah yang lengkap
pada hari Isnin. Manakala hari Selasa dan Jumaat berpakaian
sukan dari pagi sehingga waktu pulang dan hari Rabu pula
berpakaian unit beruniform.

3.5

Guru Besar berharap semua murid datang lebih awal ke sekolah


supaya mereka dapat menjalankan tugas di bilik darjah dan murid
akan beratur di luar kelas untuk bacaan doa sebelum pengajaran
dan

pembelajaran

dimulakan.

Secara

tidak

lansung

dapat

mendidik murid berdisplin dan menjalankan tanggungjawab serta


membentuk sahsiah murid.
3.6

Guru Besar juga meminta ibu bapa menyemak jadual waktu anak
mereka dan memastikan buku yang dibawa mengikut jadual waktu
bagi mengelakkan masalah buku tertinggal dan beg sekolah yang
berat.

4.

Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Kali ke


12

4.1

Encik

Abdul

Hadfizi

Muhammad

B.

Abdul

Zaman

telah

membentangkan minit mesyuarat kali ke-12.


Cadangan untuk disahkan: Puan Norlela Bt. Abu Bakar
Sokongan
5.

: Puan Amhani Bt. Mohd Judi

Pembentangan dan Meluluskan Penyata Kewangan 2012


5.1

Bendahari

Kehormat

Puan

Mahzum

Bt.

Ahmad

Kamal

membentangkan penyata kewangan PIBG SK KDSK 2012 berakhir


pada 19/2/2013.
Cadangan untuk disahkan: Encik Yusaini b. Abdul Rahman
Sokongan
6.

: Encik Akashah B. Abdullah

Laporan aktiviti PIBG 2012


Setiausaha memaklumkan aktiviti sepanjang tahun 2012/2013 yang
telah
dilaksanakan dengan jayanya.

7.

Pembubaran AJK PIBG Tahun 2012/2013


Pengerusi PIBG mengumumkan pembubaran AJK PIBG 2012/2013 pada
tarikh 23/02/2013 pada jam 10.40 pagi.

8.

Melantik pengerusi mesyuarat sementara


8.1

Puan Hamidah Bt Isa mencadangkan En. Baharuddin B. Ramli


dilantik sebagai pengerusi sementara.

8.2

9.

Ahli mesyuarat sebulat suara menyokong cadangan tersebut.

Pelantikan Jawatankuasa PIBG 2013/2014

9.1

Pemilihan AJK ibubapa telah dijalankan melalui undian oleh semua


ahli yang hadir manakala jawatan kuasa guru dipilih oleh pihak
sekolah. Senarai AJK PIBG Sesi 2013/2015 seperti berikut :

Penasihat

: Puan Hajah Hamidah Bt. Isa

Yang Dipertua PIBG

: En. Mohd Noor B. Hashim

Naib Yang dipertua

: En. Mohd Zu B. Md Jusoh

Setiausaha Agung

: Puan Noor Hidayah Binti Rosli

Penolong Setiausaha

: Puan Mimi Farizianawaty Bt. Ariffin

Bendahari Kehormat

: Puan Faridatul Akmal Bt. Ismail

AJK (Guru)

: En. Abdul Latif B. Mohamad Ghazali


Puan Wan Noranita Bt. W. Abdullah
Puan Zunaidah Bt. Ishak
Puan Dayang Chalemut Anak Bharat
Puan Faudzah bt. Mohd Yusof
Puan Sabariah Bt. Yusof

AJK (ibu bapa)

: Encik Ku Abdul Halim


Encik Affendi B. Mohamad Nayan
Encik Arshad B. Sebot
Puan Norlela Bt. Abu Bakar
Encik Ishak B. Hj. Ahmad
Puan Halimahtun Saadiah Bt. Alang

Jahderi
Pemeriksa Kira-kira

: Puan NorAin Bt. Musa


Encik Norzet B. Jusoh

10.

Membahas dan menerima usul


10.1

Usul utama berkaitan kutipan bayaran PIBG tahun 2013. En.


Arshad B. Sebot mencadangkan kutipan bayaran dinaikkan dari
RM25.00 kepada RM30.00 bagi setiap keluarga memandangkan
perbelanjaan semakin tinggi dan telah 5 tahun kutipan tidak di
tambah.

Pn. Azirdawati

Bt.

Mustafa mencadangkan

kutipan

bayaran dikekalkan. Puan Fazilah Bt Zainal Abidin mencadangkan


cadangan ditutup. Undian dibuat untuk menetapkan kutipan
bayaran yang sepatutnya. Sokongan seramai 15 orang untuk
kutipan bayaran sebanyak RM30.00 dan 40 orang menyokong
kutipan bayaran sebanyak RM25.00. Maka kutipan bayaran PIBG

bagi Tahun 2013 telah ditetapkan sebanyak RM25.00 bagi setiap


keluarga.
10.2 KESELAMATAN (5 USUL)
10.2.1Keselamatan

murid-murid melintasi

jalan besar di hadapan

sekolah waktu pergi dan pulang.


(En. Fairulkhan Hasan)
-

En. Osman B. Ahmad Razali memaklumkan pada 22.02.2013 jam


12.10 tengahari seorang murid nyaris dilanggar lori kerana tiada
petugas lalulintas untuk menjaga lalulintas.

Pengerusi sementara menjelaskan usul ini diterima dan akan


dibawa ke mesyuarat PIBG.

10.2.2Mohon jasa baik pihak sekolah menempatkan PDP murid tahun 1


di tempat yang sesuai yakni ditingkat bawah kerana di tingkat
atas sekali tidak sesuai bagi tahap umur murid yang sebegitu atas
dasar faktor keselamatan.
(En. Abdul Razak B. Jahaya)
(En. Mohd Faizal B. Raji)
(En. Mohd Azam B. Mat Saad)
(En. Abd Sharezam B. Abd Wahab)
(En. Mohd Sopian Razali)
(Encik Megat Amri B. Megat Mahamad)
-

Guru Besar menjelaskan bilik di setiap bangunan telah ditetapkan


sebagai bilik-bilik khas. Tahun 1 menggunakan bilik darjah dan
tidak menggunakan bilik-bilik khas. Oleh itu, tahun 1 sesuai di
tempatkan di bangunan Blok D di samping dapat menjimatkan
masa.

10.2.3

Keselamatan kanak-kanak sekolah terlalu bahaya di jalan


raya waktu pagi. Adalah dicadangkan lori-lori tidak dibenarkan
beroperasi

jam 6.00 hingga 7.30 pagi untuk mengelakkan

kemalangan.
(En. Rosli B. Shaharuddin)

10.2.4Meletakkan seseorang yang cekap seperti polis untuk menolong


budak-budak sekolah melintas jalan besar(utama) beredkatan
simpang Klinik Desa Dato Seri Kamaruddin. Memandangkan
sebelah pagi dan tengahari terlalu sibuk dengan kenderaan besar.
(En. Harun B. Din)
(Pn. Nor Rehan Bt. Abdul Latif)
-

Usul 2 dan 3 sama seperti usul pertama dan akan dibincangkan di


dalam mesyuarat jawatankuasa PIBG.

Penasihat PIBG mencadangkan jalan masuk ke sekolah dijadikan


jalan sehala pada waktu puncak iaitu pada waktu 6.30 hingga 7.30
pagi dan 12.00 tengahari hingga 2.00 petang.

10.2.5Naiktaraf jalan masuk dari simpang tiga utama ke sekolah hingga


pintu pagar utama.
-

Penasihat PIBG menjelaskan bajet telah dihentikan tetapi beliau


akan memanjangkan usul ini ke Majlis Perbandaran Manjung.

10.3 KANTIN (5 USUL)


10.3.1Pastikan air yang dijual dikantin dimasak terlebih dahulu serta
makanan yang dijual tidak terdedah terlalu lama.
(En. Ahmad Fauzi B. Hamid)
-

En. Akashah B. Abdullah telah memaklumkan pada pihak kantin


untuk memasak air dan beliau dimaklumkan bahawa air yang
digunakan air yang telah ditapis.

10.3.2Menu makanan hendaklah sentiasa bertukar supaya mereka tidak


jemu.
(En. Mior Sulman B. Mior Hamzah)
-

En. Akashah B. Abdullah menjelaskan bagi menu RMT telah


ditetapkan manakala menu lain ada pertukaran dan nasi adalah
wajib ada pada setiap hari.

10.3.3Kurangkan makanan segera seperti sosej, nuget dan lain-lain.

(En. Fauzi B. Mat Noor)


10.3.4

Kurangkan makanan bergoreng


(En. Yusuf B. Mohd Yap)

Bagi usul 2 dan 3, En. Akashah B. Abdullah menjelaskan pihak


sekolah akan memastikan dan memantau perkara ini

10.3.5Menjaga kebersihan sekolah


(En. Muhammad Khairul)
-

En.

Akashah

kebersihan

B.

Abdullah

sentiasa

akan

diadakan.

memastikan

Tandas

baru

pemantauan
yang

terletak

berhampiran di kantin juga dipastikan tahap kebersihannya.


10.4 KOKURIKULUM (2 USUL)
10.4.1Memberitahu sehari lebih awal kepada murid-murid sekiranya ada
sebarang

aktiviti

kokurikulum

pada

setiap

hari

Rabu.

Ini

memudahkan ibu bapa menjemput anak-anak pulang dari sekolah.


(Pn. Norhayati Bt. Tugiman)
-

En. Akashah B. Abdullah menjelaskan hari Rabu adalah waktu


rasmi sekolah mengadakan aktiviti kokurikulum. Murid tidak perlu
datang sebelah petang dan waktu balik adalah jam 2.00 petang.

Bagi aktiviti 1 Murid 1 Sukan adalah setiap hari dan surat telah
dihantar ke sekolah agama untuk lepaskan murid pada jam 5.00
petang. En. Akashah mengharapkan kerjasama daripada ibu bapa
untuk memantau anak mereka.

10.4.2Tetapkan lebih awal perubahan jadual kokurikulum sekiranya


dibatalkan.
(Pn. Juliana Bt. Ismail)
-

En.

Akashah

B.

Abdullah

akan

memastikan

pihak

sekolah

memberitahu lebih awal pada ibu bapa jika ada sebarang


perubahan.

10.5 KURIKULUM (4 USUL)


10.5.1Wujudkan kelas tambahan untuk tahun 5 bagi persiapan UPSR
tahun 2014.
(En. Nazari B. Mat Rashid)
(Pn. Rozita Bt. Mat Nor)
(En. Raja Mat Jasin)
(En. Mohamad Fadhil B. Sulaiman)
-

Puan

Hajjah

Zuraini

Bt.

Abdul

Murad

memaklumkan

kelas

tambahan Tahun 6 telah bermula. Kelas tambahan ini diadakan


pada hari Selasa hingga Jumaat pada jam 1.00 hingga 2.00 petang
dan pada hari Sabtu dan cuti sekolah.
-

Kekangan guru untuk mengadakan kelas tambahan bagi tahun 5


kerana guru yang mengajar tahun 6 juga turut mengajar tahun 5.
Puan Hajjah Zuraini turut mencadangkan menjemput guru dari
luar untuk membuat kelas tambahan tetapi perlu dibayar.

Puan Hajjah Zuraini turut memaklumkan kehadiran murid ke kelas


tambahan amat mendukacitakan.

10.5.2Memberi tumpuan kepada murid-murid yang agak lemah.


-

Puan Hajjah Zuraini menjelaskan murid yang agak lemah diberikan


pemulihan di kelas sewaktu pdp. Guru pemulihan hanya seorang
iaitu En. Mahathir Bt. Ismail.

Puan

Hajjah

Zuraini

turut

memohon

kerjasama

ibu

bapa

memantau kerja rumah yang telah diberikan di rumah.


(En. Raja Mat Jasin)
10.5.3Mengadakan Kem Motivasi untuk pelajar yang akan menduduki
peperiksaan UPSR.
-

Puan Hajjah Zuraini memaklumkan program ini sedang diusahakan


dan akan dilaksanakan. Pihak sekolah telah menghantar kertas

kerja ke TNB. Tetapi dana daripada TNB telah tamat setelah 5


tahun.
(En. Mohd Nasir B. Harun)
10.5.4Semasa pelajaran agama atau jawi. Tulis dalam jawi jangan tulis
rumi bermula dari darjah satu amalkan menulis jawi.
-

Puan Hajjah Zuraini memaklumkan Ustaz dan Ustazah yang


mengajar mengikut ketetapan yang ditetapkan. Guru tidak boleh
mengajar secara sesuka hati dan perlu mengikut peraturan yang
ditetapkan.
(Pn. Siti Sanizah Bt. Mohd Sahli)

10.6 KEDAI BUKU (6 USUL)


10.6.1Meminta lebihkan tempahan t-shirt sukan lengan panjang.
(Pn. Juliana Bt. Ismail)
10.6.2Mohon pihak sekolah sediakan buku sekolah dan buku kerja
secukupnya tanpa mengarahkan ibu bapa membeli di kedai buku.
(En. Shafie B. Mohamed)
10.6.3Lencana sekolah sepatutnya sentiasa memenuhi kehendak dan
setiap tahun stok mencukupi.
-

Penasihat PIBG memaklumkan kedai buku merupakan program


sekolah

untuk

bantu

keperluan

murid.

Sekolah

sebagai

perantaraan dengan ibu bapa dan pihak pembekal. Sekolah tiada


modal yang banyak disebabkan itu pihak sekolah tidak boleh
membeli stok yang banyak sebab tidak mahu menanggung
kerugian.
(En. Sopian Razali)
10.6.4Membuka kedai buku sekolah pada masa rehat agar memudahkan
murid-murid membeli barang keperluan belajar.

Guru besar memaklumkan kedai buku memang beroperasi pada


waktu rehat.
(Pn. Norhayati Bt. Tugiman)

10.6.5Buku kerja yang perlu dibeli oleh pelajar tidak disediakan di


koperasi sekolah.
(En. Mohd Zambri B. Arshad)
10.6.6Tidak puas hati terhadap sistem penjualan buku.
(Pn. Padma Bee Bee Bt. Samsuddin)
-

Penasihat PIBG menjelaskan penjualan buku ikut jadual dari


pembekal. Jika lambat smpai pihak pembekal akan maklumkan
dan kebiasaanya semua buku dihantar tepat pada masanya.

10.7 LAIN-LAIN (4 USUL)


10.7.1Cat bangunan sekolah kerana sudah buruk dan terlalu lama.
(En. Fauzi Bt. Mat Noor)
-

Penasihat PIBG memaklumkan perkara ini telah dipanjangkan


kepada pihak jabatan.

10.7.2Mohon

agar

murid

dibenarkan

ke

tandas

berkawan

demi

keselamatan.
-

Guru Besar menjelaskan murid Tahap 1 memang dibenarkan dan


murid Tahap 2 dirasakan tidak perlu. Ini kerana kawasan sekolah
merupakan kawasan yang selamat dan murid perlu diberi peluang
berdikari dan membina keyakinan diri.
(En. Khairul Anuar B. Jamaluddin)

10.7.3Mencadang tempat berteduh untuk kemudahan murid dari panas


dan hujan semasa menunggu untuk ibu bapa yang datang awal.
(Pn. Rohana Bt. Hassan)
(Pn. Fadilah Bt. Awang)

10

Guru Besar memaklumkan kertas cadangan telah diberikan


kepada pihak Vale Malaysia Minerals Sdn. Bhd.

10.7.4Pemakaian kasut putih kepada kasut hitam kerana kasut hitam


dapat mengelak dari seseorang murid itu nampak kotor dan
comot.
-

Guru Besar menjelaskan pemakaian kasut putih telah ditetapkan


mengikut dasar kerajaan bukan secara suka-suka. Jika mahu
dijalankan pihak sekolah perlu memanjangkan kepada pihak
atasan.
(En. Abu Hassan B. Salleh)

11.

Ucapan penangguhan
11.1

Guru besar memaklumkan bahawa seorang murid tahun 6 Nur


Farha Latisha menghidap kanser otak dan kini terlantar dan masih
dirawat. Beliau menyarankan pihak ibu bapa membuat kutipan
untuk meringankan beban keluarga murid tersebut. Guru Besar
juga

memaklumkan

AJK

PIBG

yang

baru

dilantik

akan

menguruskan akaun Kewangan PIBG sekolah. Di harap Setiausaha


dan Bendahari dapat berurusan dengan pihak bank untuk
penukaran tanda tangan cek. Penandatangan cek adalah Yang
Dipertua PIBG dan Bendahari seperti senarai berikut :
Bi

Nama

Jawatan

No. Kad pengenalan

Yang Dipertua

580309-07-5769

l
1. En. Mohd Noor b.
Hashim

PIBG

2. Faridatul Akmal Bt.

Bendahari

841015-08-6166

Ismail

11.2

En. Mohd Nor B. Hashim mengucapkan terima kasih kerana


melantik beliau sebagai Yang Dipertua dan beliau memohon
kerjasama daripada semua pihak dalam menjalankan tugas.

11

11.3

Encik Affendi B. Mohd Nayan memohon kerjasama ibu bapa yang


menghantar anak ke sekolah memandu dalam keadaan yang
selamat dan tidak mementingkan diri sendiri. En. Affendi juga
menegaskan pemakaian kasut hitam ke sekolah murid adalah
tidak relevan.

11.4

Encik Baharudin B. Ramli mencadangkan lampu limpah diletakkan


di simpang sekolah. Encik Baharudin B. Ramli juga mengucapkan
ribuan terima kasih kepada AJK sesi 2012/2013 di atas kerjasama
sepanjang beliau menjalankan tugas. Beliau juga mengucapkan
terima kasih kepada guru-guru yang telah mendidik anak beliau.
Mantan Yang dipertua PIBG ini juga turut menyeru AJK PIBG yang
baru dilantik memikirkan cara bagi mendapatkan dana bagi pihak
PIBG.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.55 tengahari.

Pencatat pertama :

Pencatat Kedua :

.............................................

............................................

......
(Pn. Fadlyaton Bt. Ishak)

(Pn. Fairul Adilah Bt. Abd Lah)

Pencatat ketiga :

Pencatat Keempat :

12

.............................................

............................................

......
(Pn. Ummu Habibah Bt Mohamad)

(Pn. Siti Musliha Bt Mohd Sharif)

Disediakan oleh :

Disahkan oleh :

...............................................

............................................

.........
(Pn. Noor Hidayah Binti Rosli)

(En. Mohd Noor B. Hashim)

Setiausaha PIBG SK KDSK

YDP PIBG SK KDSK

Sesi 2013/2015

Sesi 2013/2015

SK :
1. Jabatan Pelajaran Negeri Perak
2. Pejabat Pelajaran Daerah Manjung
3. Fail PIBG

13

You might also like