You are on page 1of 38

PROGRAM SULUH BUDIMAN

SK PULAU SUMANDI
1.

PENDAHULUAN

Penguasaan 3M melalui Program Literasi dan Numberasi Sub NKRA LINUS yang diperkenalkan
pada tahun 2008, masih terdapat lebih kurang 13% (54,000) murid Tahun 1 yang tidak menguasai 2M
iaitu Membaca dan Menulis. Perkara ini dianggap amat serius kerana apabila melangkah ke Tahap II,
masih terdapat murid-murid yang tidak menguasai 3M membaca, menulis dan mengira. Dapatan
kajian juga menunjukkan murid-murid yang tidak menguasai 3M akan menyumbang kepada
peningkatan kadar keciciran di sekolah, selain meingkatkan masalah disiplin. Selain itu, murid-murid
yang tidak menguasai 3M dari peringkat awal akan menyebabkan berlakunya kegagalan akademik
secara kumulatif dan perkara ini amat sukar diperbaiki apabila mereka berada di peringkat yang lebih
tinggi.
Menyedari perkara ini, maka penekanan diberikan kepada penguasaan 3M untuk murid Tahun 1
sehingga Tahun 3. Program LINUS diperkenalkan supaya masalah murid yang tidak menguasai 3M
akan dapat diatasi dan saringan yang dijalankan dalam program ini adalah mengenalpasti masalah
sebenar yang dihadapi oleh seseorang kanak-kanak samada mempunyai masalah pembelajaran atau
murid keperluan khas.
Ini memberi gambaran bahawa mereka tidak diberi pendedahan ilmu asas membaca dan menulis
di rumah oleh keluarga mereka. Antara faktor fenomena ini adalah keluarga miskin, tidak
mementingkan pelajaran, keluarga terumbang-ambing dan keluarga itu sendiri juga buta huruf.
Terdapat beberapa tahap kategori kelemahan penguasaan 2M di antaranya ialah:
1. Kenal huruf tetapi belum boleh membaca.
Ramai kanak-kanak kenal A hingga Z, sama ada melalui cara menghafal huruf tersebut (biasanya
melalui nyanyian) atau mengenal bunyi huruf-hur uf tersebut.
Ini bermaksud mengenali huruf tidak bermakna mereka boleh membaca. Malah, ribuan murid di
sekolah-sekolah mampu mengenal huruf tetapi mereka masih tidak boleh membaca dengan baik.
2. Hanya boleh membaca perkataan dengan dua suku kata.
Sistem pembelajaran membaca di negara ini kebanyakannya berdasarkan binaan dan gabungan bunyi
suku kata serta bermula dengan perkataan dua suku kata terlebih dahulu. Malangnya, kategori murid
yang hanya mampu membaca dua suku kata merupakan majoriti di kalangan kanak-kanak yang maju
ke peringkat seterusnya di sekolah. Mereka mampu membaca perkataan-perkataan dua sukukata ini
dengn lancar dan yakin tetapi hanya terbatas serta belum menguasai kemahiran membaca dengan
sempurna.

3. Mampu membunyi sukukata tetapi tidak boleh membunyikan perkataan.

Ada kanak kanak menghadapi masalah ingatan yang lemah.Mereka terpaksa berpandukan dengan
gambar dikenali supaya boleh menyebut perkataan tersebut. Ini menjadi masalah sekiranya perkataan
atau yang dibaca tidak dibantu dengan gambar.
4. Kelihatan seakan-akan boleh membaca.
Kanak-kanak tertarik kepada gambar berwarna-warni yang menghiasi buku. Ini penting untuk
menarik minat tetapi pada peringkat awal pembelajaran sahaja. Buku seumpama itu mengakibatkan
segelintir murid menghafal cerita tersebut. Ini seolah-olah, anak tersebut boleh membaca dengan
lancar sebaliknya ia hanya menghafal ayat-ayat di dalam buku tersebut. Ibubapa sukar mengesan
tabiat ini dan boleh mengakibatkan murid itu tidak mampu membaca perkataan yang ditulis pada kertas
lain

Sebagai sebuah sekolah rendah di pendalaman masalah penguasaan 2M dikalangan pelajar masih
lagi amat rendah dan agak membimbangkan.Ini berdasarkan kepada keputusan UPSR tahun 2012
mendapati hanya 3 orang sahaja yang lulus daripada 29 orang pelajar yang menduduki peperiksaan
tersebut. Bagi pencapaian ProTim tahun 4 dan tahun 5 agak membimbangkan dimana bagi tahun 4
seramai 15 orang pelajar dari 38 pelajar tidak dapat menguasai kemahiran membaca dan menulis.
Begitu juga bagi tahun 5 seramai 18 orang pelajar dari 23 orang pelajar tidak menguasai kedua dua
kemahiran tersebut.Ini sudah pasti akan menimbulkan masalah pada tahun 2014 dimana pelajar ini
akan menduduli UPSR.
Jadual1: Pencapaian ProTiM bagi pelajar tahun 4 dan 5 bagi Sk Pulau Sumandi tahun
2013 setakat bulan September.
JUMLAH
TAHUN KEMAHIRAN
ITEM
L
P JUMLAH
PELAJAR
MENGUASAI
10 13
23
MEMBACA
38
T.MENGUASAI 7
8
15
4
MENGUASAI
10 13
23
MENULIS
38
T.MENGUASAI 7
8
15
MENGUASAI
2
3
5
MEMBACA
23
T.MENGUASAI 9
9
18
5
MENGUASAI
2
3
5
MENULIS
23
T.MENGUASAI 9
9
18

2. KEPUTUSAN MELAKSANAKAN PROGRAM

Memandangkan perkara ini amat serius, maka saya mengambil inisiatif untuk mengadakan
Program Suluh Budiman. Pelajar yang menjadi tumpuan utama ialah pelajar yang masih lagi
dikategori sebagai murid PorTiM di kelas tahun 5 . Keputusan ini dipilih oleh pihak sekolah kerana
pelajar ini akan menghadapi UPSR pada tahun 2014 dan diharapkan sekurang kurangnya pelajar ini

lulus dalam gred C atau D. Modul khas telah dicipta oleh Cikgu Haris Bin Muhammad iaitu Modul
Iqfon telah dijadikan sebagai bahan bantu mengajar membaca. Modul IqQrum digunakan sebagai
bahan untuk pelajar belajar menulis. Guru guru akan menggunakan kedua dua modul ini. Selain itu
beberapa bahan cerita pendek telah dipilh oleh guru dan dijadikan sebagai bahan bacaan untuk
menilai tahap pencapaian bacaan pelajar.Bahan-bahan bantu mengajar ini disediakan oleh guru
penyelaras program dan diberi kepada pelajar untuk dibawa pulang supaya pelajar boleh
mengulangkaji pelajaran di rumah dengan bantuan ibubapa
Pelaksanaan Program Suluh Budiman ini dicetuskan dalam mesyuarat kurikulum sekolah ke tiga
sesi 2013 bagi membantu murid-murid ProTiM tahun 5 yang belum penguasaan 2M. Projek ini
melibatkan 2 orang guru sebagai tenaga pengajar dan mensasarkan 90 % murid-murid ProTiM tahun
5 supaya dapat menguasai kemahiran 2M dalam masa yang ditetapkan. Projek yang mendapat
kerjasama positif daripada warga sekolah terutama Panitia Bahasa Malaysia dan guru pemulihan dan
telah dilaksanakan secara terancang dan sistematik mulai 28hb Okt.hingga 08hb.Nov 2013 pada
sepanjang hari bermula dari jam 7.20 pagi hingga 12.40 tengahari.

Mesyuarat Program Suluh Budiman yang diadakan pada 20/10/2013

3. PELAKSANAAN PROGRAM SULUH BUDIMAN


Program Suluh Budiman merupakan salah satu program yang dilaksanakan di sekolah ini yang
membantu murid yang mengalami masalah dalam kemahiran asas 2M. Program Suluh Budiman ini
merupakan satu salah satu usaha murni untuk membantu murid murid yang sangat lemah dalam
penguasaan kemahiran membaca dan menulis.Bahan utama yang digunakan dalam modul ini ialah
Modul IQ Fon yang telah dicipta oleh Cikgu Haris Bin Muhammad yang mengandungi 6 buah buku

iaitu buku 1 hingga 6.Program ini meletakkan sasaran utama pelajar tahun 5 seramai 10 orang yang
menghadapi masalah membaca dan menulis
Kumpulan murid ini adalah terdiri daripada mereka yang kenal huruf tetapi lambat atau belum
menguasai kemahiran asas membaca dan menulis. Mereka ini bukan hanya terdiri daripada murid
pemulihan khas tetapi juga dari kalangan murid yang hanya perlukan pemulihan dalam kelas. Fokus
Program Suluh Budiman adalah untuk membolehkan murid menguasai kemahiran asas Bahasa
Melayu secara intensif. Program Suluh Budiman ini akan dijalankan sepenuh masa oleh guru Bahasa
Melayu dan Guru Pemulihan.Program yang dirancangkan ini dijalan selama 2 minggu dan
dibahagikan kepada dua kumpulan dan dibimbing oleh 2 orang guru secara bersemuka.

Gambar : Menunjukkan aktiviti Suluh Budiman dilaksanakan

3.1 Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran Modul


Modul IQ Fon kaedah belajar membaca yang merangkumi gabungan huruf konsonan dan vokal.
Ia terdiri daripada 6 siri/buku mengikut huruf huruf vokal. Cara pengajarannya ialah dengan
membunyikan sukukata selepas itu daripada sukukata akan membentuk perkataan. Cara penyusunan
dan penyampai bemula dengan belajar bunyi sukukata gabungan konsonan dan vokal a,i,u,o,e
bergabung dengan huruf konsonan b,c,d,f,g,j,k,l,m sehingga z. Setiap satu siri buku, setelah belajar
semua bunyi vokal dengan gabungan konsonan terdapat pengulangan dan himpunan perkataan yang
telah dipelajari.Setelah selesai sesebuah buku sukukata yang telah dipelajari juga akan diulang untuk

gabungan bentuk perkataan.Guru akan membimbing pelajar belajar secara individu dengan teknik
teknik yang tertentu dan bersesuaian mengikut situasi.
3.2. Strategik
Di antara strategik yang digunakan dalam Program Suluh Budiman ialah:
a. Berpusatkan Guru
Guru merancang dan menjalankan tugas secara individu dan murid akan belajar berdasarkan apa
yang disampaikan dan diarahkan oleh guru sahaja.
b. Berpusatkan Murid
Murid diberi galakan untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti yang dirancangkan sama
ada secara individu, kumpulan kecil ataupun kelas.
c. Berpusatkan Bahan
Bahan-bahan pembelajaran yang diperlukan telah disusun, sesuai dengan perancangan yang
dibuat. Murid diberi penerangan yang jelas tentang keperluan aktiviti yang akan dijalankan. Bahan
yang disediakan adalah Buku IQ FON,buku bacaan mudah bergambar dan lembaran karangan
pendek.
3.3. Pendekatan
Dalam pelaksanaan Program Suluh Budiman pendekatan secara individu, kumpulan dan juga perlu
digunakan mengikut kesesuaian dari segi kebolehan murid, aktiviti yang dirancang dan juga
kemahiran yang hendak diajar.
Di antara pendekatan yang digunakan dalam program ini ialah:
1. Pendekatan secara individu
Guru menumpukan perhatian kepada murid secara individu bagi membantu membimbing untuk
mengatasi masalah yang dihadapinya. Selain itu bantuan daripada rakan sebaya juga boleh
digunakan jika perlu.

2. Pendekatan secara berkumpulan


Konsep pengajaran dan pembelajaran berkumpulan berasaskan kepada perubahan strategik
pengajaran yang berpusatkan guru kepada strategik yang berpusatkan murid. Kumpulan kecil
yang ahlinya terdiri daripada murid yang menghadapi masalah yang sama atau hampir sama
dibentuk. Guru menjalankan pengajaran dengan menggunakan modul pengajaran yang
disediakan.
3.4. Teknik
Pengendalian suatu perancangan untuk menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih
untuk mencapai sesuatu objektif. Tujuan menggunakan pelbagai teknik adalah untuk menarik minat,

mengekalkan perhatian serta membangkitkan rasa ingin tahu murid untuk mencapai objektif
pengajaran guru. Di antara teknik pengajaran bahasa yang dicadangkan ialah:
1. teknik latih tubi
2. teknik bersoal jawab
3. teknik menyanyi
4. teknik kuiz/imlak
4. PENILAIAN PROGRAM
Program Suluh Budiman yang telah dilaksanakan didapati dapat memenuhi objektif yang diperlukan.
Melalui program ini yang telah dijalankan selama 2 minggu diapati ada berlaku peningkatam dalam
pembacaan dan juga perubahan tingkahlaku. Mereka dapat menyebut dua sukukata dengan baik serta
dapat membaca ayat mudah dengan baik. Apa membanggakan adalah guru guru lain juga turut
membantu membimbing pelajar ini ketika mempunyai masa yang terluang malah bersemangat untuk
membimbing pelajar.Keberkesanan program ini di nilai melalui 2 cara iaitu:4.1. Pemerhatian
Pemantauan telah laksanakan sepanjang masa didapati pelajar dapat membaca dua suku kata dengan
baik dan lancar.Selain itu juga mereka dapat menulis perkataan dengan baik dan tulisan mereka dapat
diperbaiki daripada sebelumnya. Menurut guru yang membimbing, mereka juga terdapat perubahan
tingkahlaku yang positif diantara mereka seperti bertambah keyakinan diri,bersemangat,aktif dalam
kelas dan mudah berinteraksi diantara mereka dan juga guru.
4.2. Ujian Pencapaian
Ujian pencapaian telah dilaksanakan untuk menilai keberkesanan program. Ujian sebelum (Pre Test)
diambil dari pencapaian ujian akhir tahun 2013 dan ujian selepas (Post Test)dibuat selepas program
ini tamat dilaksanakan.Kertas Ujian yang sama telah diberikan kepada pelajar untuk menjawab ujian
selepas(Post Test) dan dijawab mengikut masa telah ditetapkan.

Jadual 2: Ujian Sebelum Dan Selepas Pemahaman Bahasa Malaysia


Bil

Nama Calon

No. KP

PRE
TEST

POST
TES

NURUL NADIAH BT ABDUL SAH

SB053381

38

TH

TH

MOHAMAD AZRUL B. BISLANU

021102120699

28

38

ARNI BINTI NULMAJIN

021116120788

28

38

SITI FAEZAH BINTI ABD MASA

020831120176

25

25

MOHD DALIM BIN PASAIN

021010121387

25

TH TH

SAZRINAH BINTI MAD MAJIH

020718121468

25

TH

TH

MAZLAN BIN NULJARI

020630121105

23

33

NURUL SAZUANAH BT SARI

021101121008

20

25

NURIEMAANIZA BINTI GANTIANI

020204120900

20

TH TH

020204120898

20

30

10 MOHD SEFAN BIN MAD SUPAN

Jadual 3. Ujian Sebelum Dan Selepas Penulisan Bahasa Malaysia


Bil

Nama Calon

No. KP

PRE
TEST

POST
TES

NURUL NADIAH BT ABDUL SAH

SB053381

TH

TH

MOHAMAD AZRUL B. BISLANU

021102120699

17

ARNI BINTI NULMAJIN

021116120788

10

28

SITI FAEZAH BINTI ABD MASA

020831120176

17

MOHD DALIM BIN PASAIN

021010121387

TH TH

SAZRINAH BINTI MAD MAJIH

020718121468

TH

TH

MAZLAN BIN NULJARI

020630121105

15

NURUL SAZUANAH BT SARI

021101121008

12

NURIEMAANIZA BINTI GANTIANI

020204120900

TH TH

020204120898

15

10 MOHD SEFAN BIN MAD SUPAN

Jadual 4: Pencapaian terkini Pemahaman Bahasa Malaysia Ujian Pra UPSR 2014
Mar Gred
Bil
Nama Calon
No. KP
23
D
SB053381
1 NURUL NADIAH BT ABDUL SAH
D
021102120699 25
2 MOHAMAD AZRUL B. BISLANU
C
021116120788 45
3 ARNI BINTI NULMAJIN
TH
TH
020831120176
4 SITI FAEZAH BINTI ABD MASA
021010121387 TH TH
5 MOHD DALIM BIN PASAIN
D
020718121468 33
6 SAZRINAH BINTI MAD MAJIH
C
020630121105 40
7 MAZLAN BIN NULJARI
33
D
NURUL
SAZUANAH
BT
SARI
021101121008
8
E
020204120900 13
9 NURIEMAANIZA BINTI GANTIANI
D
020204120898 28
10 MOHD SEFAN BIN MAD SUPAN
Jadual 5: Pencapaian terkini Penulisan Bahasa Malaysia Ujian Pra UPSR 2014
Mar Gred
Bil
Nama Calon
No. KP

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10

NURUL NADIAH BT ABDUL SAH


MOHAMAD AZRUL B. BISLANU
ARNI BINTI NULMAJIN
SITI FAEZAH BINTI ABD MASA
MOHD DALIM BIN PASAIN
SAZRINAH BINTI MAD MAJIH
MAZLAN BIN NULJARI
NURUL SAZUANAH BT SARI
NURIEMAANIZA BINTI GANTIANI
MOHD SEFAN BIN MAD SUPAN

SB053381
021102120699
021116120788
020831120176
021010121387
020718121468
020630121105
021101121008
020204120900
020204120898

10
8
5
TH
TH
32
20
5
5
5

E
E
E
TH
TH
D
D
D
D
D

4.3. Rumusan Penilaian Program


Pada keseluruhannya, program ini berjaya bukan sahaja meningkatkan pencapaian markah
pelajar malah dari segi pembacaan dan penulisan tetapi juga berlaku perubahan tingkahlaku yang
positif. Merujuk kepada keputusan di atas didapati hampir semua pelajar dapat meningkatkan markah
samaada dalam kefahaman dan penulisan walaupun masa pelaksanaan hanya 8 hari sahaja. Dengan
kejayaan program ini,melalui perbincangan diantara kepimpinan sekolah dengan guru guru maka
program ini telah dilaksanakan pada bulan Januari tahun 2014.

5.

REFLEKSI

5.1. Kekuatan Program


Menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) Kementerian Pendidikan Malaysia
telah mengenal pasti 11 anjakan yang perlu dilakukan bagi menghasilkan perubahan yang dihasratkan
oleh semua rakyat Malaysia. Ini sudah pasti melibatkan kesemua kepimpinan organisasi, guru guru,
pelajar dan komuniti yang yang hampir dengan sekolah.
Program Suluh Budiman merupakan program yang telah dilaksanakan untuk meningkatkan
pencapaian pelajar dengan melibatkan kos yang diperuntukkan. Hanya dengan kos sebanyak seratus
ringgit (RM 100.00) sahaja program ini dapat dilaksanakan dan mencapai objektif yang rancang.
Dengan kejayaan program ini sudah pasti setiap ringgit yang diperuntukkan tidaklah sia sia.

Bertepatan dengan Pelan Pembanguan Pendidikan Malaysia menerusi anjakan yang ke sepuluh iaitu
memaksimunkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit melalui program yang jelas.
Penentu utama dalam memastikan kejayaan dan kegagalan sesuatu program adalah peranan
pemimpinnya. Guru Besar sekolah ini En.Ong Yong Heng

sentiasa peka dan proaktif dalam

mengesan cabaran dan peluang yang akan menjana keberkesanan organisasinya. Melalui kepimpinan
instruksional, beliau sentiasa memastikan proses pengajaran yang baik dan pembelajaran dijalankan
dengan berkesan melalui pengkongsian pendapat untuk menyelesaikan masalah dengan guru guru
telah menjadikan program ini memberi impak yang positif kepada sekolah.
Selain itu dengan mempamerkan gaya kepimpinan tranfomasi beliau berkebolehan
membentuk dan menterjemahkan tujuan

dan matlamat di kalangan pengikut untuk mencapai

perubahan signifikan melalui kepentingan dan tenaga secara kolektif. Beliau menunjukkan
komunikasi berkesan dalam penyampaian dengan cara yang berhemah tetapi tegas. Bagi saya beliau
adalah seorang pemimpin berwibawa dan berkarisma.Kejayaan beliau dapat dibuktikan melalui
peningkatan selama tiga tahun berturut turut melalui Ujian Pencapaian Sekolah Rendah(UPSR) mulai
tahun 2011,2012 dan tahun 2013.Beliau telah membawa perubahan yang ketara walau baru tiga tahun
menjawat jawatan sebagai Guru Besar.Ini bertepatan dengan PPPM menerusi anjakan yang yang ke
lima memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di sekolah.
Kepimpinan autokratik dan ciri ciri kepimpinan situasi yang dipamerkan oleh guru besar
banyak membawa kepada kejayaan program ini. Sikap keterbukaan dan keikhlasan serta komitmen
yang tinggi yang ditujukkan oleh guru guru didapati program ini dilaksanakan dengan baik walaupun
menghadapi gangguan bebanan tugas dan aktiviti akhir tahun yang banyak di peringkat sekolah
maupun daerah. Guru guru dapat menarik perhatian pelajar untuk belajar. Guru guru juga membentuk
pasukan kerja yang berkesan melalui semangat kerjsama erat turut menjadi faktor penting program
ini berjalan lancar dan mencapai matlamat yang diharapkan. Guru guru dapat membentuk kombinasi
melalui komunikasi berkesan dapat memupuk persefaham yang utuh untuk melaksanakan program
ini mencapai kejayaan yang cemerlang.
5.2. Kelemahan Program
Kelemahan kelemahan yang dapat dilihat dalam melaksankan program ini pertama adalah masa.
Masa amat terlalu singkat.Pelaksanaan program sebegini diakhir tahun amatlah kurang sesuai kerana
diakhir tahun banyak tugas yang perlu disiapkan oleh guru dan juga kepimpinan sekolah. Pihak
pentadbir sekolah perlu menyiapkan persiapan perancangan pengurusan sekolah untuk

tahun

berikutnya serta aktiviti aktiviti kokurikulum. Kedua guru guru pula terpaksa menyelesaikan aktiviti
akhir tahun seperti pengisian data online sama ada data peringkat sekolah,daerah,negeri serta
kementerian. Selain itu guru guru terpaksa menghadiri kursus kursus yang dianjurkan oleh pejabat
pendidikan daerah dan Negeri. Ketiga kehadiran pelajar ke sekolah amat kurang memuaskan kerana
mereka kurang bermotivasi untuk belajar kerana sudah selesai mengikuti ujian akhir tahun.Ini jelas
dapat dilihat dijadual 3 dan 4 di atas didapati empat dari sepuluh pelajar tidak hadir untuk mengikuti
ujian selepas program. Selain itu masalah yang kelima ialah aktiviti yang laksanakan oleh komuniti

luar seperti aktiviti pemeriksaan gigi,suntikan penyakit dan ceramah dari agensi kerajaan seperti
Jabatan Kesihatan Daerah turut memberi kesan kelicinan pelaksanaan program ini.
5.3.Cadangan Penambahbaikan.
Sebagai pemimpin sekolah perlu melakukan tranfomasi dalam pendidikan demi untuk bersaing
dalam peringkat global. Petikan kata kata Perdana Menteri dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia perlu difahami dengan jelas.
Bagi mencapai aspirasi yang tinggi di tengah-tengah persekitaran global yang semakin
berdaya saing, kita tidak boleh berdiam diri. Negara memerlukan transformasi sistem pendidikan
yang menyeluruh
YAB Dato Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak (2012)
Untuk ke arah itu, satu perubahan yang besar perlu dilakukan dalam sekolah
Pemimpin sekolah akan menjadi pemimpin instruksional yang cemerlang, dan bertindak sebagai
ejen perubahan. Pemimipin perlu bersikap berani mengambil risiko dan berfikiran strategik seperti
Think Big,Deep and Long bagi mencapai sesuatu matlamat. Pemimpin perlu mengembangkan
program pemulihan sebegini ini kepada subjek lain seperti Bahasa Inggeris,Matematik dan lain lain
lagi dimasa akan datang dan melibatkan komuniti luar terutama ibubapa. Keberkesanan komunikasi
pemimpin amat diperlukan untuk menarik minat komuniti luar mengambil bahagian dalam usaha
membangunkan sekolah.
Membangun kapisiti guru perlu diambil perhatian oleh pemimpin supaya mereka mendapat
kemahiran membimbing pelajar, supaya belajar bukan guru mengajar pelajar tidak belajar. Pemimpin
perlu menerapkan pemahaman konsep kreatif dan inovatif kepada guru supaya elemen ini dapat
diajar melalui pendekatan pengajaran berpusatkan kepada pelajar.Pemimpin juga perlu memupuk
semangat kerja berpasukan supaya menjadikan hubungan rakan sekerja yang erat bagaikan keluarga
dan secara tidak langsung dapat memupuk sikap keseronokan dalam pekerjaan seterusnya dapat
mengupayakan mereka bekerja secara optimum.
Pemimpin perlu merancang program sebegini dengan lebih awal,sebaik baiknya awal tahun.
Perancangan awal sekiranya dilaksanakan dapat membantu guru memberi tumpuan sepenuhnya
kepada pelajar yang bermasalah sebegini.Guru dapat mengenalpasti masalah yang dihadapi dan
dengan masa yang panjang pelajar ini dapat dipulihkan dengan sebaik mungkin.

Lampiran 1

PERANCANGAN STRATEGIK
1Analisis SWOT
Setelah membuat perbincangan dengan pihak pentadbir dan guru-guru Bahasa Melayu yang
berpengalaman mengajar di sekolah ini, saya mendapati bahawa analisis persekitaran yang dapat
dibina melalui kaedah SWOT bagi bidang pengurusan adalah seperti berikut:
Kekuatan / Strength ( S )
1.
2.
3.
4.

100 % guru-guru Tahap 2 adalah terlatih.


Guru-guru masih muda dan sihat fizikal serta mental.
Stail kepimpinan yang mantap
Sebahagian besar guru yang mengajar Bahasa Melayu dan Matematik adalah guru opsyen

5.
6.
7.
8.

dengan pengkhususan bidang Bahasa Melayu dan Matematik.


90 % guru memberi sedia memberi kerjasama
Pembinaan bahan bantu mengajar dibantu oleh guru-guru
Mendapat pandangan dan tunjuk ajar dari guru-guru yang berpengalaman
Persekitaran sekolah yang kondusif menggalakkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
murid berlangsung dengan aktif.

Kelemahan / Weakness ( W )
1. Pencapaian UPSR masih rendah

2. Keupayaan guru-guru dalam menyampaikan pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan


dan bermakna adalah agak rendah.
3. Pengajaran dan pembelajaran terganggu
4. Guru-guru kurang gemar menggunakan ABM dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
5. Murid terlalu bergantung sepenuhnya kepada pengajaran guru
Peluang / Opportunities ( O )
1. Hubungan baik PPD & JPN dengan sekolah.
2. PIBG, ibu bapa dan komuniti sedia menyokong program peningkatan kurikulum
3. Kursus jangka pendek untuk guru anjuran Kementerian dan Jabatan
4. Majoriti pelajar mempunyai latar belakang keluarga yang baik.
5. Sokongan dan kerjasama yang baik daripada pihak pentadbiran.
6. Kursus jangka pendek untuk guru anjuran Kementerian dan Jabatan
7. Mempunyai seorang guru pemulihan yang terlatih.
Cabaran / Treats ( T )
1. Murid selalu ponteng ke sekolah.
2. Murid belajar sambil lewa atau tiada kesungguhan.
3. Tidak bertanggungjawab menjaga bahan bacaan.
4. Tahap kesedaran sebilangan kecil ibu bapa terhadap pencapaian akademik murid masih
rendah
2. TOWS Metrik
Pada peringkat ini saya menjana dan memilih strategik yang sesuai. Hasil daripada analisis
SWOT di atas, satu analisis yang dikenali sebagai TOWS Metrik telah dibuat seperti dalam Jadual 6
di bawah. Melalui analisis TOWS Metrik saya dapat menentukan beberapa strategik yang difikirkan
sesuai.
Jadual 6 : TOWS Matrik

DALAMAN

Kekuatan / Strength ( S )

Kelemahan / Weakness ( W )

S1. 100 % guru-guru Tahap 2

W1. Pencapaian UPSR masih

adalah terlatih berpengalaman.

rendah

S2. Guru-guru Tahap 1 masih

W2. Keupayaan guru-guru

muda dan sihat fizikal serta

dalam menyampaikan p&p

mental.

dengan berkesan dan

S3. Stail kepimpinan yang

bermakna adalah agak

mantap
S4. Sebahagian besar guru yang

rendah.

mengajar Bahasa Melayu dan


Matematik adalah guru opsyen
dengan pengkhususan bidang
Bahasa Melayu dan Matematik.
S5. 90 % guru memberi sedia
memberi kerjasama
S6. Pembinaan bahan bantu

W3. Kekurangan bahan ABM


yang benar-benar efisyen /
benar-benar membantu atau
bersesuaian.
W4. Guru-Guru kurang
gemar menggunakan ABM
dalam P & P.

mengajar dibantu oleh guru-guru W5. Murid terlalu bergantung


S7. Mendapat pandangan dan

tunjuk ajar dari guru-guru yang

sepenuhnya kepada

berpengalaman
S8. Persekitaran sekolah yang

pengajaran guru

kondusif menggalakan aktiviti


pengajaran dan pembelajaran
LUARAN

murid berlangsung dengan aktif.

Peluang / Opportunities
(O)
O1. Hubungan baik PPD &
JPN dengan sekolah.

S1+S2+

S3+W1+O2+O5+T4

+S5+W1+W3+W5+O5+O6

Mengadakan Program

Mengadakan program

Konsultasi untuk

O2. PIBG, ibu bapa dan

menyediakan bahan

membincang prestasi

komuniti sedia menyokong

bantu belajar dan bahan

anak anak

program peningkatan

bacaan untuk program

kurikulum

ProTiM.

O3. Kursus jangka pendek


untuk guru anjuran
Kementerian dan Jabatan
O4. Majoriti pelajar

Mengadakan satu projek

mempunyai latar belakang

tahap penguasaan literasi

khas untuk meningkatkan

keluarga yang baik.


O5. Sokongan dan
kerjasama yang baik
daripada pihak pentadbiran.
O6. Pentadbir mempunyai
pengetahuan dan kemahiran
berkaitan pengajaran dan
pembelajaran.
O7. Mempunyai seorang
guru pemulihan yang
terlatih.
Cabaran / Treats ( T )
T1. Murid selalu ponteng ke
sekolah
T2. Murid belajar sambil
lewa atau tiada
kesungguhan.
T3. Tidak
bertanggungjawab menjaga

S3+O2+O1+T4
Mengadakan program
khas kesedaran ibubapa

bahan bacaan.
T4. Tahap kesedaran
sebilangan kecil ibu bapa
terhadap pencapaian
akademik murid masih
rendah

3 Matrik Ranking
Matrik Ranking dilakukan untuk menentukan strategik yang benar-benar sesuai untuk
mencapai objektif yang ditentukan. Seterusnya pemilihan strategik dibuat berdasarkan pemberatan
yang diperolehi. Jadual 7, di bawah menunjukan matrik ranking yang telah dilakukan.
Jadual 7: Senarai strategik yang telah dijana
Jenis

Strategik
S1 Mengadakan program menyediakan bahan bantu belajar dan bahan bacaan
SSSWWOO
dan tulisan
SSSWWOO S2 Mengadakan satu projek khas untuk meningkatkan tahap penguasaan literasi
SWOOT
S3 Mengadakan Program Konsultasi untuk membincang prestasi anak anak
SOOT
S4 Mengadakan program khas kesedaran ibubapa
4 . Analisis Pemilihan Strategik Berdasarkan Pemberatan.
Berikut adalah skala pemberatan yang digunakan dalam menentukan pemilihan strategik.
Skala
1 sangat kurang 2 kurang 3 sederhana
4 tinggi
Jadual 7 : Analisis pemilihan strategik berdasarkan pemberatan.
Kriteria pemilkihan
Tahap kesukaran proses kerja
Kompetensi staf yang bertanggungjawab
Sumber kewangan dan kos pembiayaan yang terlibat
Kemudahan infrastruktur dan peralatan
Andaian keupayaan mengatasi halangan
Andaian hasil yang dijangkakan/impak untuk mencapai
objektif, matlamat, misi dan visi
Rekod keberkesanan yang lepas
Kesesuaian dengan persekitaran terkini
Jumlah skor
Keputusan

5 amat tinggi

S1
4
3
4
4
3

S2
3
5
4
5
4

S3
3
3
4
4
3

S4
3
3
3
4
3

3
4
2
2
3
4
3
3
27
33
26
24
2
1
3
4
S2 menjadi keutamaan pemilihan
strategik kerana berada pada tahap

Ulasan

pemberatan yang paling tinggi


dalam potensi mencapai objektif
program.

Berikut adalah senarai strategik mengikut keutamaan yang diperolehi daripada analisis
pemilihan strategik berdasarkan pemberatan.
Jadual 8 : Senarai strategik mengikut keutamaan

Bil
1
2
3
4

Strategik
S2 Mengadakan satu projek khas untuk meningkatkan tahap penguasaan literasi
S1 Mengadakan program menyediakan bahan bantu belajar dan bahan bacaan dan
tulisan
S3 Mengadakan Program Konsultasi untuk membincang prestasi anak anak
S4 Mengadakan program khas kesedaran ibubapa

5 Pelan Strategikk
Berdasarkan Isu, Matlamat, Objektif, KPI serta sasaran yang telah dikenalpasti satu Plan Strategik telah diwujudkan seperti jadual berikut :Jadual 9 : Pelan Strategik
Isu strategikk

Matlamat

Objektif

Petunjuk Prestasi
Utama ( KPI )

ISU 1
Peningkatan bilangan
murid yang dapat
menguasai asas literasi.
ISU 2
Pertambahan bilangan
BBM untuk kegunaan
setiap individu murid
demi menjana
pembelajaran berkesan.
ISU 3
Peningkatan kesedaran
ibu bapa dalam
membantu
pembelajaran anak-anak
di rumah.

6.Pelan Taktikal

Sasaran
2013

2014

2015

(TOV)
75%

(OTI)
80%

(ETR)
90%

Melahirkan murid yang dapat


menguasai asas literasi
setelah mengikuti pendidikan
sebelum ke tahun 6.
Melahirkan guru yang kreatif
dan mempelbagai teknik
pengajaran untuk menjana
pembelajaran berkesan.

Mencapai 100% bilangan murid


menguasai kemahiran asas
literasi dan numberasi.

90% murid dapat


menguasai
kemahiran membaca

Mencapai 100% murid tahap 2


tidak lagi mengalami masalah
lupaan terhadap isi pelajaran
yang telah dipelajari.

95% bilangan murid


dapat mengingat
semula isi pelajaran
yang telah diajar .

75%

90%

100%

Menjana komitmen antara


waris dengan pihak sekolah
dalam bidang pendidikan.

Menambah keprihatinan ibu


bapa terhadap pembelajaran
anak-anak agar berterusan di
rumah.

100% bilangan
murid dipantau oleh
ibu bapa ketika
membuat latihan dan
kerja sekolah di
rumah.

75%

90%

100%

Seterusnya dengan merujuk strategik melalui kaedah matrik ranking satu program telah dikenal pasti ke arah mencapai objektif seperti
mana yang tertera dalam Jadual 10.
Jadual 10 : Pelan Taktikal
ISU STRATEGIK 1

Peningkatan bilangan murid yang dapat menguasai asas literasi.

BIL

PROGRAM

T/JAWAB

TEMPOH

KOS/
SUMBER

HASIL AKHIR

KPI

PELAN KONTIGENSI

Program
Suluh
Budiman

GPK Kurikulum
Penyelaras
ProTiM
Guru Pemulihan

Setiap
Bulan
January
( 2 Minggu)

RM100
Sekolah

Murid diajar
secara lebih
berfokus terhadap
kelemahannya
berdasarkan
bacaan dan tulisan

Peningkatan
kepada 100%
bilangan murid
yang menguasai
kemahiran asas
literasi

Kelas PorTiM berfokus


dan terancang.
Ditambah sepanjang
tahun diluar pdp
sekiranya tidak
mencapai objektif

7. Pelan Operasi.

Nama program : Program Suluh Budiman


Matlamat

: Melahirkan lebih ramai murid yang dapat menguasai asas literasi sebelum ke tahun 6

Objektif

: Mencapai 90% bilangan murid menguasai kemahiran asas literasi

Tempoh

: 28.10.2013 hingga 8.11.2013 ( 2 Minggu)

Sasaran

: Murid ProTiM Tahun 5

Jadual 11: Pelan Operasi


Langkah

Proses kerja

Tanggungjawab

Mesyuarat jawatankuasa :

Setiausaha

-pembentangan kertas kerja

Saya NPQEL

KPI
100 % guru.

Sasaran
Semua

guru

Status / Pelan
Kontegensi
yang

Selesai dilaksanakan.

terlibat.

-perlantikan jawatan kuasakerja


-penetapan tarikh
-anggaran perbelanjaan / sumber
-pengagihan tugas

Taklimat kepada jawatan kuasa kerja.

Saya NPQEL

Semua jawatan
kuasa.

Mempromosikan projek
-mengedarkan surat pemberitahuan.

Setiausaha
Penyelaras

6 dan 7

Penyediaan modul bacaan


Pelancaran Porgram

terlibat.

Guru-guru dan murid


yang terlibat

Selesai dilaksanakan.
Selesai dilaksanakan.

-guru-guru
-murid ProTim

-mengadakan perjumpaan dan taklimat

Jawatan kuasa yang

Saya NPQEL -AJK Penyediaan

AJK Penyediaan

Selesai dilaksanakan

bahan/modul bacaan

bahan/modul bacaan

secara berperingkat.

Guru Besar,Penyelaras

10 pelajar ProTiM

Berjaya dilaksanakan

Semua guru

Telah dilaksankan

Saya NPQEL

Penilaian, Pelaporan dan Post Mortem

8. Carta Gantt
Bidang 2

: Pengurusan Kurikulum

Saya NPQEL -Penyelaras

Topik

: Program Suluh Budiman

Perkara

: Peningkatan bilangan murid yang dapat menguasai asas literasi

Jadual 12: Carta Gantt


Proses kerja
Mesyuarat jawatankuasa :
-pembentangan kertas kerja
-perlantikan jawatan kuasa kerja
-penetapan tarikh
-anggaran perbelanjaan / sumber
-pengagihan tugas
Taklimat kepada jawatan kuasa kerja.
Mempromosikan projek
-mengedarkan surat pemberitahuan.
-mengadakan perjumpaan dan taklimat.
Penyediaan modul bacaan.
Pelancaran Porgram
Penilaian, Refleksi,Pelaporan dan Post Mortem

Minggu
1

Minggu
2

Minggu
3

Minggu
4

Minggu
5

Minggu
6

Minggu
7

Minggu
8

9.Carta Aliran Proses Kerja Suluh Budiman


Jadual 13: Carta Aliran Kerja
Perbincangan/Taklimat
Perbincangan/Taklimat
mengenai
mengenai program
program serta
serta
penetapan
penetapan tarikh
tarikh dengan
dengan Guru
Guru
Besar
Besar

Mengadakan
Mengadakan perbincangan
perbincangan
rumusan
rumusan dapatan
dapatan program
program
Membuat
Membuat laporan
laporan program
program
kepada
kepada Guru
Guru besar
besar

Mengadakan
Mengadakan mesyuarat
mesyuarat
Jawatankuasa
Jawatankuasa
-- Penetapan
Penetapan tarikh
tarikh
-- Pembentangan
Pembentangan kertas
kertas
cadangan/perlatikan
cadangan/perlatikan AJK
AJK

Menjalan
Menjalan ujian
ujian Post
Post
Mentyemak
Mentyemak ujian
ujian post
post
Membuat
Membuat Analisis
Analisis keputusan
keputusan
ujian
ujian

Memantau
Memantau perjalanan
perjalanan program
program
Serta
Serta
Membuat
Membuat penilaian
penilaian dari
dari masa
masa
ke
semasa
ke semasa

Surat
Surat perlantikan
perlantikan dan
dan Taklimat
Taklimat
Pelaksanaan
Program
Pelaksanaan Program kepada
kepada
guru
guru yang
yang terlibat
terlibat

Menyediakan
Menyediakan
-- Ujian
Ujian Pra(ujian
Pra(ujian Akhir
Akhir tahun)
tahun)
-- Menyemak
Menyemak ujian
ujian pre
pre test
test
-- Menyediakan
Menyediakan bahan
bahan program
program

Melaksanakan
Melaksanakan Program
Program

Taklimat
Taklimat kepada
kepada pelajar
pelajar dan
dan
menghantar
surat
makluman
menghantar surat makluman
kepada
kepada ibubapa
ibubapa pelajar
pelajar yang
yang
terlibat
terlibat

Lampiran 2

SK.PULAU SUMANDI
W.D.T. 71
91309 SEMPORNA SABAH

KERTAS CADANGAN
Pengenalan
Projek Suluh Budiman merupakan projek yang mendukung program Protim peringkat
sekolah. Projek ini adalah salah satu usaha murni untuk membantu murid murid yang lemah
dalam penguasaan kemahiran membaca dan menulis, selain dari dari program khas sekolah iaitu
pemulihan. Bahan utama dalam melaksanakan program ini ialah menggunkan modul yang
dicipta khas En.Haris Bin Muhammad dari Sk Bukit Lalang.
Pelaksanaan program ini adalah menggabungkan kaedah pengajaran tradisional dan
pendekatan pembelakjaraan masteri yang telah diakui keberkesanannya. Tenaga penggerak untuk
program ini terdiri daripada guru dan ibubapa/penjaga murid selain murid itu sendiri sebagai
individu penting terhadap pelaksanaan program ini.
Tujuan
Membantu murid Protim menguasai kemahiran 2M iaitu membaca dan menulis
Bimbingan guru secara bersemuka melalui modul yang telah cipta khas.
Setiap murid sentiasa mendapat tunjuk ajar, bimbingan dan perhatian.
Memupuk semangat kerjasama dalam kalangan guru.
Objektif
90 % murid yang terlibat akan menguasai kemahiran membaca dan menulis
Meningkatkan keyakinan keyakinan murid dalam pembelajaran
Meningkatkan prestasi UPSR tahun 2014
Mengurangkan masalah protim di sekolah
Sasaran.
10 0rang murid yang terlibat dalam Program Portim
Jangka masa projek.
Dilaksanakan selama 2 minggu mulai 28/10/2013 hingga 8/11/2013
Kos perbelanjaan.
Segala perbelanjaan menjalankan projek adalah diambil daripada peruntukkan PCG
panitia mata pelajaran Bahasa Malaysia/Sumbangan PIBG.
Anggaran perbelanjaan RM100.

Tempat pelaksanaan.
Di bilik pemulihan Dan Bilik jQAF
Cara pelaksanaan.
Murid membaca Modul IQ Font yang dibekalkan secara beramai ramai dengan suara
yang kuat tanpa bimbingan guru
Murid akan dipanggil oleh guru satu persatu untuk membaca buku
Seorang guru akan membimbing 5 orang pelajar yang dipilih dengan menggunakan
modul IQ Fon
Selepas membaca, murid akan diberikan aktiviti menulis ayat ayat mudah.
Guru akan menetapkan muka surat dan murid membaca bahan di rumah dengan
bimbingan ibubapa dan mengulang semula bacaan tersebut di sekolah pada hari
berikutnya
Pelaksanaannya akan dibuat setiap hari Isnin hingga Jumaat .
Masa pelaksanaan bermula jam 7.20 hingga 12.40 tgh dan jam 11.30 pada hari Jumaat
Guru bertugas akan membimbing pelajar membaca,menulis dan merekodkan pencapaian
pelajar setiap hari selepas
Konsultasi bersama ibubapa/penjaga murid secara bersekala.
Penutup
Harapan agar Projek Suluh Budiman ini dapat mencapai matlamatnya dan mendapat
sokongan, kerjasama serta idea daripada semua pihak. Semoga program ini dapat membantu
sekolah mengatasi maslah celik baca seterus meningkatkan prestasi sekolah dalam ujian UPSR
serta digunakan oleh guru pemulihan bagi menyelesaikan masalah linus tegar.

Disediakan oleh,

.....................................................
HASSAN BIN MAT
PK PENTADBIRAN
MERANGKAP PESERTA KURSUS NPQEL

Disahkan oleh,

...........................................................
EN.ONG YONG HENG
GURU BESAR
SEKOLAH KEBANGSAAN PULAU SUMANDI SEMPORNA.

Lampiran 3
AHLI JAWATANKUASA INDUK
PROJEK SULUH BUDIMAN
SK PULAU SUMANDI BAGI TAHUN 2013
PENASIHAT
PEGAWAI PELAJARAN DAERAH SEMPORNA.
PENGERUSI
EN.ONG YONG HENG @ MOHD FIRDAUS
GURU BESAR
N. PENGERUSI
EN.HASSAN BIN MAT
GPK PENTADBIRAN
(SAYA NPQEL)
PENYELARAS PROJEK
EN. MUHMMAD RATIB MATAL
KETUA PANITIA BAHASA MALAYSIA
PENOLONG PENYELARAS
EN. SUHAIRA BIN HASSAN
GURU PEMULIHAN
SETIAUSAHA
EN. MD. ZAIDY BIN OMAR
SETIAUSAHA KURIKULUM

AHLI JAWATANKUASA

SEMUA GURU

Lampiran 4
SENARAI AJK PELAKSANA
PROJEK SULUH BUDIMAN
SK PULAU SUMANDI BAGI TAHUN 2013
PENGERUSI
EN.HASSAN BIN MAT
GPK PENTADBIRAN
PENYELARAS PROJEK
EN. MUHMMAD RATIB MATAL
KETUA PANITIA BAHASA MALAYSIA
PENOLONG PENYELARAS
EN. SUHAIRA BIN HASSAN
GURU PEMULIHAN
SETIAUSAHA
EN. MD. ZAIDY BIN OMAR
SETIAUSAHA KURIKULUM
PENOLONG SETIAUSAHA
EN.ALMMI BIN MOHD.NURIH
GURU BAHASA MELAYU
AHLI JAWATANKUASA KECIL

SEMUA GURU SK PULAU SUMANDI

SENARAI NAMA MURID

KUMPULAN 1 ( Cikgu Muhmmad Ratib Bin Matal)


1.
2.
3.
4.
5.

ARNI BINTI NULMAJIN


MAZLAN BIN NULJARI
MOHD AZRUL BIN BISLANU
MOHD DALIM BIN PASAIN
NURIEMAANIZA BINTI GANTIANI

KUMPULAN 2 (Cikgu Suhaira Hassan)


1.
2.
3.
4.
5.

MOHD SEPAN BIN MAD SUPAN


NURUL NADIAH BINTI ABDUL SHAH
NURUL SAZUNAH BINTI SARI
SAZRINAH BINTI MAD MAJIH
SITI FAEZAH BINTI ABD MASA

Lampiran 5

SEKOLAH KEBANGSAAN PULAU SUMANDI


W.D.T 71, 91309 SEMPORNA
TEL: 089-786895

Rujukan : XBA336/600/1/1(04)
Tarikh:____________________
Kepada:
__________________________
__________________________
Tuan/Puan
PROGRAM KONSULTASI IBUBAPA
Merujuk kepada perkara di atas dimajukan untuk perhatian dan tindakan
02. Dimaklumkan bahawa anak tuan telah terpilih mengikuti Program Suluh Budiman peringkat
sekolah yang akan diadakan mulai 28 hingga 8/11/2013 ini,dipohon tuan/puan untuk hadir
pada ketetapan berikut:
2.1. Tarikh : 28/10/2013(Isnin)
2.2. Masa: 8.00 pagi
2.3Tempat: Bilik Pemulihan/jQAF

03. Kehadiran tuan /puan adalah diwajibkan kerana untuk membantu anak tuan berjaya melalui
program di atas.
Sekian Kerjasama tuan/puan amatlah diharapkan demi anak anak tuan
Sekian Terima Kasih
Yang Menjalankan tugas

Lampiran 6

MEMO DALAMAN
SEKOLAH KEBANGSAAN PULAU SUMANDI
W.D.T 71, 91309 SEMPORNA
TEL: 089-786895

Rujukan: XBA336/600/1/1(03)
Tarikh: _________________
Semua Guru Guru
Sk Pulau Sumandi
Tuan
MESYUARAT PELAKSANAAN PROGRAM SULUH BUDIMAN
Merujuk kepada perkara di atas dimajukan untuk perhatian dan tindakan tuan selajutnya
02. Sukacita dimaklumkan tuan/puan diwajibkan hadir ke mesyuarat di atas pada ketetapan
seperti berikut:Tarikh : 22 Okt 2013
Hari
: Selasa
Masa :12.30 Tgh
03. Agenda mesyuarat:
3.1. Ucapan Pengerusi
3.2. Pembentangan Program Suluh Budiman
3.3. Perlantikan AJK
3.5. Lain lain Hal
Sekian Segala perhatian mengenai perkara ini diucapkan ribuan terima kasih

Sekian Terima Kasih


BERKHIDMAT UNTUK AGAMA DAN NEGARA
..
Sk.
SU Kurikulum.
_____________________________________________________________________________
__
NOTHING IS IMPOSSIBLE
Lampiran 7
Majlis Taklimat Program Kepada pelajar dan Guru Guru

Lampiran 8
Mesyuarat Pelaksanaan Program Suluh Budiman

Lampiran 9
Pelaksanaan Program Suluh Budiman

Lampiran 10

Lampiran 11

Lampiran 12

You might also like