You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN SRI LANGAT,

JALAN SULTAN ABDUL SAMAD, 42700 BANTING


SELANGOR DARUL EHSAN
MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN JASMANI
BILANGAN 1 TAHUN 2014
Tarikh

: 30 Disember 2013

Masa

: 10.00 pagi

Tempat

: Bilik Gerakan Sekolah Kebangsaan Sri Langat

Kehadiran :
1. En. Nur Hazizi bin Amir Hamzah
2. En. Mohamad Fadley bin Zakaria
3. En. Yusni bin Yunus
4. En. Rajman bin Ishak
5. En. Mohd Rahim bin Mohd Sharif
6. En. Sabiq bin Husin
7. En. Muslim bin Zakaria
8. En. Wan Kamarul Arifin bin Mohamed
9. Cik Norlela binti Nasir
10. Pn. Zurina binti Abidin
11. En. Ahmad Fazry Izane bin Mohd

Urus Setia Mesyuarat :


1. En. Mohd Fadley bin Zakaria

(PENGERUSI)
(SETIAUSAHA)

Setiausaha Panitia Pendidikan Jasmani

PERUTUSAN PENGERUSI
1.1.
Perutusan Pengerusi
1.1.1 Tuan Pengerusi selaku Ketua Panitia Pendidikan Jasmani bagi tahun
2014 mengucapkan terima kasih kepada guru guru yang sudi hadir
ke mesyuarat panitia Pendidikan Jasmani bagi sesi 2014.
1.1.2 Berharap sema ahli panitia dapat memberikan kerjasama untuk
menjayakan program yang dirancang bagi tahun 2014.
1.2
Perutusan Wakil Penasihat (En. Yusni bin Yunus)
1.2.1 En. Yusni mengalu alukan kedatangan dan mengucapkan terima
kasih kepada semua guru pendidikan kesihatan dan menyampaikan
salam daripada tuan guru besar yang tidak dapat hadir mesyuarat kali
pertama 2014.
1.2.2 Beliau juga mengingatkan kepada Program Pembangunan Pendidikan
Malaysia, guru guru perlu memberi perhatian kepada pelan
pembangunan tersebut. Dibentuk untuk menggantikan PIPP dan
mengandungi tiga fasa iaitu
i.
Fasa Pertama (2013 2015) dimana ianya memberi sokongan
kepada guru dan memberi fokus kepada kemudahan prasaran.
ii.
Fasa Kedua (2016 2020) untuk memajukan peningkatan
sistem.
iii.
Fasa Ketiga (2021 2025) untuk menganjak kearah
*RUJUK PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 1991
PANDUAN PENGURUSAN MESYUARAT DAN URUSAN JAWATANKUASAJAWATANKUASA KERAJAAN

1.2.3

1.2.4

1.2.5
1.2.6

kecemerlangan.
Bertujuan untuk meningkatkan kadar akses untuk mencapai potensi,
meningkatkan prestasi dalam kualiti pendidikan, ekuiti dalam
pendidikan dan meningkatkan prestasi membina perpaduan serta
memaksimumkan kecekapan.
Tindakan:Makluman
Beliau juga mengingatkan bahawa semua dokumen Pengajaran dan
Pembelajaran dapat disediakan. Contoh, Huraian Sukatan Pelajaran,
Dokumen Standard iaitu sebelum sesi persekolahan bermula.
Program SEGAK perlu dijalankan mengikut prosedur seperti yang
telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Laporan
hendaklah disiapkan pada bulan Mac bagi penggal pertama, manakala
bulan Ogos bagi penggal kedua.
Pemakaian bagi sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
Jasmani perlu dipatuhi seperti di dalam pekeliling.
Guru hendaklah prihatin kepada murid yang mengalami masalah
kesihatan untuk mengelakkan masalah atau perkara yang tidaka
diingini berlaku. Murid yang mengalami masalah kesihatan perlu
memberikan surat daripada doktor untuk pengesahan dan makluman
kepada pihak sekolah.
Tindakan:Semua Guru Pendidikan Jasmani

PERKARA PERKARA BAHARU


2.1 Penubuhan ahli jawatan kuasa Panitia
2.1.1 Carta Organisasi perlu dibuat.
Tindakan:Setiausaha
2.2 Persediaan mengajar dan Rancangan Tahunan
2.2.1 Cara menulis rekod persediaan mengajar adalah seperti yang dinyatakan
oleh pihak pentadbir.
2.2.2 Cara penulisan rekod persediaan mengajar bagi KBSR dan KSSR adalah
berlainan.
2.2.3 Rancangan Pengajaran Tahunan boleh didapatkan di dalam fail Panitia
Pendidikan Kesihatan di dalam bilik fail atau minta pada Ketua Panitia.
2.2.4 Bagi Pendidikan Khas, sila rujuk kepada Pn Rosni mengenai, Pengajaran
dan pembelajaran, Rancangan Tahunan serta Huraian Sukatan Pelajaran)
bagi KBSR, Pn Siti Farhana untuk KSSR.
Tindakan: Semua Guru Pendidikan Jasmani

2.3 Aktiviti Tahunan


2.3.1 Aktiviti tahunan dirancang seperti tahun 2013, segala penambah baikan
akan diberitahu kelak.
Tindakan:Ketua Panitia dan Setiausaha
3

HAL HAL LAIN


3.1 Pembelian peralatan perlu mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
Tindakan:Ketua Panitia

*RUJUK PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 1991


PANDUAN PENGURUSAN MESYUARAT DAN URUSAN JAWATANKUASAJAWATANKUASA KERAJAAN

3.2 Pendidikan Jasmani berkait rapat dengan satu murid satu sukan. Berkaitan
dengan sukan, permainan dan kemahiran bagi sesuatu permainan.
Tindakan:Semua Guru Pendidikan Jasmani
3.3 Penilaian
3.3.1 Penilaian akan diadakan sebanyak 2 kali setahun iaitu Peperiksaan
Pertengahan Tahun dan Peperiksaan Akhir Tahun.
3.3.2 Markah perlu diambil dengan cara 60% peperiksaan dan 40% praktikal.
Tindakan: Semua Guru Pendidikan Jasmani
3.4 Pemantauan
3.4.1 Pemantauan akan dibuat oleh Guru Besar, Penolong Penolong Kanan
dan Ketua Panitia.
3.4.2 Guru perlu bersedia dan rancangan mengajar perlu disiapkan dan lengkap.
Pemantauan akan diadakan pada bila bila masa sahaja.
Tindakan: Semua Guru Pendidikan Jasmani

PENUTUP
4.1 En Hazizi mengucapkan terima kasih kepada guru guru di atas komitmen
kerana sudi melapangkan masa untuk hadir ke mesyuarat panitia Pendidikan
Jasmani sesi 2014.
4.2 En Hazizi menangguhkan mesyuarat Panitia Pendidikan Jasmani kali
pertama sesi 2014 pada jam 11.00 pagi.
Tindakan:Makluman

Urus Setia
Panitia Pendidikan Kesihatan
Sekolah Kebangsaan Sri Langat
Tarikh : 02 Januari 2014

*RUJUK PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 1991


PANDUAN PENGURUSAN MESYUARAT DAN URUSAN JAWATANKUASAJAWATANKUASA KERAJAAN

You might also like