You are on page 1of 23

1

Pengenalan
(a) Jelaskan maksud dan latar belakang nasionalisme
Nasionalisme bermaksud perasaan cinta akan bangsa dan negara. Perasaan ini akan
mencetuskan gerakan untuk membebaskan tanah air daripada belenggu penjajahan.
Contohnya penjajahan British di Tanah Melayu.
Gerakan nasionalisme merupakan usaha masyarakat tempatan menentang apa sahaja
bentuk penjajahan oleh kuasa luar. Penentangan di dorong oleh hasrat membebaskan negara
daripada kuasa penjajah. Di Malaysia penentangan terhadap British dilakukan oleh pemimpin
dan rakyat tempatan sejak abad ke-19.
Gerakan ini bertujuan untuk menjaga kepentingan mereka daripada oleh penjajah.
Contohnya sejak abad ke-19, penentangan telah dilakukan oleh beberapa pemimpin
tempatan seperti Dol Said, Dato Maharajalela, Rentap dan Mat Salleh. Gerakan
nasionalisme secara menyeluruh telah bermula pada awal abad ke-20.
(i) Huraikan sebab-sebab penentangan pemimpin tempatan terhadap British di Tanah
Melayu, Sabah dan Sarawak pada abad ke-19.
Antara sebab penentangan masyarakat tempatan terhadap British di Tanah Melayu
ialah dasar penaklukan British. Penentangan terhadap British oleh masyarakat tempatan
adalah disebabkan oleh dasar penaklukan British di daerah mereka seperti di Naning,
Pahang, Kelantan, Terengganu, Sarawak dan Sabah. Dasar penaklukan British terhadap
Negeri-Negeri Melayu bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan kuasa politiknya. Melalui
dasar ini, penguatkuasaan politik British menjadi luas dan kawasan itu akan terikat dengan
perintah dan peraturannya. Contohnya, Penentangan Dol Said terhadap British kerana
mengambil alih Melaka daripada Belanda. Ini kerana Naning dipaksa menjadi jajahan takluk
British dan membayar ufti.
Selain itu, eksploitasi terhadap ekonomi tempatan menjadi sebab penentangan
masyarakat tempatan terhadap British di Tanah Melayu. Penentangan terhadap British
berlaku kerana British ingin menguasai ekonomi tempatan bagi kepentingannya. Penguasaan
ekonomi dilakukan melalui perjanjian yang dimeterai oleh British dengan pemimpin
tempatan. Menerusi perjanjian ini, saudagar dari Negeri-Negeri Selat dibenarkan
menjalankan aktiviti perlombongan dan perdagangan bijih timah . Ini menimbulkan
kemarahan penduduk tempatan terhadap British.
Seterusnya, perlaksanaan pentadbiran Barat terhadap masyarakat tempatan. British
memperkenalkan sistem cukai, undang-undang, dan peraturan-peraturan tanah untuk
mendapatkan hasil yang maksimum. Peraturan British juga bertentangan dengan amalan
tradisi masyarakat tempatan. Contohnya, tanah boleh dibuka mengikut keperluan mereka
dan tidak perlu membayar cukai. British telah memaksa sistem pentadbiran Barat
kepada penduduk tempatan. Sebagai contoh, di Terengganu, penentangan berlaku kerana

2
British menetapkan bahawa setiap tanah yang hendak dibuka oleh penduduk tempatan
mesti mendapat kebenaran British dan tanah dikenakan cukai.

Campur tangan British dalam adat resam tempatan turut membawa kepada penentangan
penduduk tempatan. British telah memaksa penduduk tempatan menerima nilai-nilai British
yang amat bertentangan dengan budaya masyarakat tempatan. Misalnya di Perak, J.W.W.
Birch telah campur tangan dalam adat resam masyarakat Melayu, iaitu
amalan
menggunakan orang suruhan. Tindakan Birch telah ditentang oleh pemimpin dan
masyarakat tempatan.
Di samping itu, pembesar tempatan kehilangan kuasa dan pengaruh. Ini kerana British
telah mengambil kawasan pentadbiran mereka. Sebelum penjajahan, kebanyakan pemimpin
tempatan telah dilantik oleh sultan untuk mentadbir kawasan tersebut. Perlantikan ini
memberi kuasa untuk kepada mereka untuk menjaga hal ehwal daerahnya seperti soal
pentadbiran, ekonomi dan sosial.. Keadaan ini telah menimbulkan perasaan tidak puas hati
dalam kalangan pemimpin tempatan sehingga mendorong mereka menentang British.
Akhir sekali, kesulitan penduduk tempatan. Penduduk tempatan tertekan dengan
pelaksanaan undang-undang British yang menyulitkan kehidupan mereka. Mereka telah
memberi sokongan kepada penentangan pemimpin tempatan. Kesetiaan kepada pembesar
tempatan sebagai ketua turut mendorong penduduk tempatan memberikan kerjasama dalam
menentang British.
(i)

Huraikan faktor-faktor pemangkin nasionalisme sehingga perang dunia kedua

Faktor-faktor pemangkin kebangkitan semangat nasionalisme ialan tindakan Sir Andrew


Clarke telah memperkenalkan sistem politik barat. Ini telah memusnahkan sistem politik
tradisional tempatan. British telah meletakkan seorang residen yang mengambil alih
pentabdiran negeri daripada pembesar tempatan. Para pembesar diberikan pencen dan
tempat mereka digantikan oleh pegawai British. Bagi orang tempatan perubahan ini
mencabar sistem atau amalan tradisi mereka dan juga menjatuhkan maruah mereka.
Hal ini membangkitkan kebencian penduduk tempatan terhadap British.
Faktor pemangkin seterusnya ialah sistem pendidikan Inggeris dan vernakular Melayu
yang diperkenalkan pada akhir abad ke-19, telah melahirkan golongan intelek melayu
yang mampu berfikir tentang kemajuan bangsanya. Mereka menyedari perlunya
sumbangan tenaga dan fikiran mereka untuk menyedarkan bangsa Melayu. Mereka telah
menggunakan idea baru untuk memajukan diri dan menolak penjajahan British.
Selain itu, dasar British dalam mentadbir Tanah Melayu telah menggalakkan sesiapa
sahaja yang datang untuk melabur, berniaga, berdagang, bekerja dan menetap di Tanah
Melayu. Ramai orang asing telah datang ke Tanah Melayu dan menetap di sini. Kemasukan
orang asing yang berterusan telah meningkatkan jumlah imigran dan menimbulkan
persaingan kepada penduduk tempatan. Mereka menguasai ekonomi Tanah Melayu
dalam bidang perlombongan bijih timah, perladangan getah dan perniagaan. Orang Melayu

mula kekal dengan pertanian padi yang tidak dimajukan oleh British.

Seterusnya, British juga telah membuka bandar baru sebagai pusat pentadbirannya
sedangkan orang Melayu tetap tinggal di kampung-kampung dengan segala kekurangan.
Kemajuan ekonomi seperti perniagaan serta kewujudan prasarana contohnya elektrik,
perkhidmatan pos, telefon, sekolah, hospital dan lain-lain telah meningkatkan taraf hidup di
bandar. Keadaan ini menjarakkan lagi jurang taraf hidup antara orang tempatan di luar
bandar dengan imigran dan penduduk di bandar. Ternyata, dasar British telah memundurkan
lagi taraf hidup orang Melayu. Hal ini disedari oleh golongan intelek melayu dan mereka
menjadikannya isu gerakan nasionalisme Melayu.
Faktor pendudukan Jepun juga menjadi pemangkin terhadap gerakan nasionalisme di
Tanah Melayu. Pihak Jepun dengan konsep kawasan Kesemakmuran Asia telah menekankan
kebebasan Negara-negara Asia untuk menentukan kemajuan masing-masing. Dengan konsep
ini Jepun menggalakkan orang tempatan berkerjasama dengannya dan berjanji akan
memerdekakan mereka. Bagaimanapun kesengsaraan hidup akibat kekurangan makanan dan
ubat-ubatan serta kekejaman pentadbiran Jepun menyebabkan sebilangan besar penduduk
Tanah Melayu membenci penjajahan sama ada oleh kuasa Barat atau Timur. Bagi mereka
semua penjajah tetap zalim dan menekan kehidupan orang tempatan.
Seterusnya, penguasaan Parti Komunis Malaya (PKM) selama 14 hari pada tahun 1945
juga telah membangkitkan semangat menentang penjajahan dan memulakan penyebaran
ideologi komunis. Dalam tempoh itu, PKM telah menguasai balai-balai polis dan memerintah
dengan kejam. Mereka membunuh dan menangkap sesiapa sahaja yang dianggap sebagai
penyokong Jepun. Gerakan ini telah mencetuskan konflik perkauman. Banyak orang Melayu
terbunuh dan rumah mereka dibakar oleh anggota PKM. Serangan mereka telah dibalas oleh
orang Melayu di Perak, Johor, dan Pahang.
Kemunculan mesin cetak telah memberikan kesan kepada penyebaran ilmu pengetahuan
dan mendorong penentangan terhadap British. Perkara ini berlaku kerana melalui buku,
akhbar, majalah, kitab agama dan lain-lain idea menentang penjajah itu dapat disebarkan.
Faktor pemangkin seterusnya ialah Gerakan Pan Islamisme yang telah membangkitkan
kesedaran semangat kebangsaan Tanah Melayu. Gerakan Pan Islamisme merupakan gerakan
intelektual Islam seluruh dunia untuk membangkitkan pemahaman yang lebih progresif
terhadap Islam untuk menentang penjajahan Barat ke atas Negara-negara Islam.
Gerakan ini didokong oleh pelajar Islam dari seluruh dunia. Gerakan reformis islam yang
dimulakan oleh Syeikh Muhammad Abduh, pensyarah di Universiti Al-Azhar Mesir telah
tersebar luas. Dalam tulisannya beliau telah memberikan kupasan bahawa islam ialah cara
hidup yang menekankan kepentingan dunia dan akhirat, disamping mendorong umatnya
menuju kejayaan. Tulisan Syeikh Muhammad Abduh ini disebarkan dalam majalah al-Manar.
Selain itu gerakan Wahabi yang berlaku di Arab Saudi juga mendesak matlamat sama.
Faktor yang terakhir ialah kesedaran politik serantau yang berlaku di sekitar Asia
Tenggara, terutama di Indonesia turut mendorong kebangkitan nasionalisme di Tanah

4
Melayu. Indonesia yang amat rapat dengan Tanah Melayu dari segi geografi dan budaya
telah mempengaruhi gerakan nasionalisme di Tanah Melayu. Kesedaran ini telah melahirkan
ramai golongan intelektual. Contohnya, Zaba yang banyak mengkritik dasar British.

Peristiwa Kebangkitan Pemimpin Tempatan menentang Pentadbiran British diTanah


Melayu
Penghulu Dol Said di Naning.
Penjajah Inggeris telah berjaya menduduki Melaka selepas Perjanjian InggerisBelanda pada tahun 1824. Pihak British telah mendakwa bahawa Naning merupakan
sebahagian daripada wilayah Melaka. Oleh itu, British menganggap Naning berada dibawah
kekuasaan mereka. Oleh itu, Naning terpaksa membayar cukai ke Melaka iaitu 1/10
daripada hasil yang terdapat di Naning. Selain itu, British juga telah mengarahkan supaya
semua kesalahan-kesalahan jenayah yang berlaku di Naning diselesaikan di Melaka kerana
British menyalahkan tindakan Dol Said yang menyelesaikan kesalahan jenayah di Naning
pada tahun 1828.
Faktor penentangan di oleh Penghulu Dol Said berlaku apabila beliau menolak dakwaan
British yang mengatakan Naning berada di bawah wilayah British. Beliau juga telah menolak
tindakan British yang meletakkan Naning didalam wilayah mereka dengan tidak membayar
ufti 1/10 yang dituntut British kepada Melaka.
Peristiwa penentangan di Naning berlaku apabila tindakan Penghulu Dol Said yang
menolak untuk membayar ufti kepada Melaka telah menyebabkan British menghantar
tentera ke Naning untuk menawan Naning pada tahun
1831. Penghulu Dol Said telah berjaya menewaskan serangan British yang membawa
seramai 150 tentera British
yang dipimpin oleh Kapten Wylie dalam usaha mereka menawan Taboh.
Kejayaan Penghulu Dol Said menewaskan tentera British ini kerana Naning telah
mendapat bantuan daripada Yamtuan Ali, Syed Shaba, Penghulu Remai dan Rchat, Dato
Kelana Sungai Ujong serta Penghulu Gemencheh. Pada Jun 1832, British sekali lagi telah
menghantar seramai 1200 orang tentera untuk menawan Naning. British telah berjaya
menewaskan Penghulu Dol Said kerana Naning telah menghadapi serangan ini sendirian
dengan tidak dibantu oleh sesiapa. Kekalahan Naning kepada British telah menyebabkan
Penghulu Dol Said terpaksa menyerah diri kepada British pada Febuari 1833. Oleh itu
Tok Janggut di Kelantan
Faktor penentangan menentang British di Kelantan oleh Tok Janggut berlaku apabila
British memperkenalkan Sistem Penasihat British di Kelantan. Selain itu, pihak British
telah memaksa penduduk tempatan untuk menerima pakai sistem cukai yang diperkenalkan
oleh mereka.
Peristiwa penentangan Tok Janggut di Kelantan bermula apabila beliau telah membantah
sistem cukai yang telah diperkenalkan oleh British. Beliau enggan untuk membayar cukai

5
sebagai tanda bantahan kepada sistem cukai yang diperkenalkan oleh British namun
tindakan beliau tersebut tidak dilayan oleh Pegawai Daerah Pasir Puteh. Sebaliknya British
telah mengarahkan pihak polis untuk menangkap Tok Janggut tetapi gagal. Pada tahun
1915, Tok Janggut bersama-sama dengan Engku Besar Jeram, Tuan Ahmad, Penghulu Adam,
Haji Said, Che Ishak serta rakyat tempatan telah membuat pakatan untuk menyerang Pasir
Puteh. Mereka telah berjaya menawan daerah Pasir Puteh seterusnya membentuk sebuah
kerajaan baru di Pasir Puteh. Kerajaan baru itu diketuai oleh Engku Besar Jeram sebagai
raja, Tok Janggut sebagai Perdana Menteri dan Che Ishak sebagai Pegawai Daerah.

Bagi menawam semula Pasir Puteh, British telah menggunakan nama sultan bagi
menentang Tok Janggut. Oleh itu, British telah membawa masuk pasukan tentera daripada
Negeri-Negeri Selat dengan kapal perang H.M.S.Cadmus yang telah mendarat di Tumpat
Kelantan. British telah memulakan serangan mereka pada Mei 1915 di Saring. Serangan
British yang tersusun dan penggunaan senjata yang moden telah berjaya melumpuhkan
perjuangan Tok Janggut dan pengikutnya. Selain itu, Tok Janggut juga telah terkorban
semasa serangan yang dilakukan oleh British. Mayat beliau telah diarak ke seluruh pecan
Kota Bharu sebelum digantung di pasar dengan kepala di bawah sebagai amaran kepada
masyarakat tempatan supaya jangan berani menentang British.
Dato Maharajalela di

Perak

Penentangan di Perak
dipimpin oleh Dato Maharaja lela dengan dibantu oleh semua
pembesar dan sultan. Sebab-sebab penentangan ialah residen J.W. W Birch
memungkiri fungsinya sebagai penasihat seperti yang terkandung dalam Perjanjian
Pangkor 1874. Para pembesar menolak system cukai yang menghapuskan hak mereka.
Para pembesar menolak pengguasaan British terhadap kawasan mereka Sebab yang ketiga
para pembesar menolak campur tangan British dalam adat resam dan hal ehwal tempatan.
Contoh larangan menggunakan hamba. J.W.W. Birch tidak menghormati sistem sosial
tempatan dan tidak pandai berbahasa Melayu.
Peristiwa penentangan bermula apabila Dato Maharaja Lela bermesyuarat dengan
pembesar Melayu di Durian Sebatang untuk menentang undang- undang British pada 21
Julai 1875. Dato Maharaja Lela, Dato Sagor, Pandak Anduk, Seputum telah membunuh J.W.
W Birch pada 2 Nov 1875 di Sungai Perak, Pasir Salak. Pihak British dengan 500 orang
tentera melancarkana serangan terhadap Pasir Salak . Dato Maharaja lela dan Dato Sagor
melarikan diri ke Kota Lama. Pada 20 November 1877 Dato Maharaja lela, Dato Sagor dan
Pandak Lam, Seputum dan Pandak Indut dijatuhkan hukuman gantung. Sultan Abdullah
, Menteri Ngah Ibrahim , syahbandar dan laksamana telah dibung negeri ke Pulau
Seychelles.

Haji Abdul Rahman Limbong di Terengganu

Haji Abdul Rahman Limbong mengetuai penduduk kampong membersihkan tanah


di
Kuala Telemong tanpa menghiraukan peraturan tanah British. Pada Mei 1925, kira-kira 300
penduduk kampong telah berkumpul dan membuka tanah milik Tengku Nik Maimunah ibn
Sultan Zainal Abidin III. Tindakan ini telah membimbangkan pihak British. Namun dengan
jasa baik Tengku Nik Maimunah, mereka dapat di suraikan. Kemuncak kemarahan rakyat
ialah pada Mei 1928, iaitu dengan melakukan serangan bersenjata terhadap bangunan
kerajaan di Kuala Berang. Mereka telah berjaya menawan bangunan kerajaan tersebut.
Manakala satu kumpulan lagi berkumpul di Kuala Telemong bersiap sedia
menunggu arahan untuk menentang British. Dengan menggunakan kuasa dan nama sultan,
British menghantar tiga pembesar untuk menawan semula Kuala Berang serta menangkap
dan memburu sesiapa sahaja yang menghalangnya.Ini memudahkan British menghadapi
penentangan rakyat kerana orang Melayu tidak akan menderhaka kepada sultan. Sepasukan
polis seramai 25 orang telah menyerang Kuala Telemong dan berjaya menumpaskan
kebangkitan penduduk tempatan dengan membunuh sebelas orang. Haji Abdul Rahman
Limbong telah diserang oleh 50 orang polis yang dibawa dari Singapura. Haji Abdul Rahman
Limbong berjaya di tahan dan telah dibuang negeri ke Makkah.
Dato Bahaman di Pahang
Pada tahun 1888, Dato Bahaman dan pembesar-pembesar Pahang yang lain bangkit
menentang Residen British pertama di Pahang, iaitu J.P. Rodgers. Dato Bahaman
menentang perlaksanaan undang-undang British yang bertentangan dengan adat resam dan
sistem politik tempatan seperti system kehakiman, pungutan hasil tanah, sistem cukai, dan
penubuhan pasukan polis luar. Ini kerana undang-undang tersebut telah menghakis kuasa
Dato Bahaman sebagai Orang Kaya Setia Perkasa Pahlawan Semantan. Dato Bahaman dan
rakan-rakannya seperti Tok Gajah dan Iman Rasul telah bersatu menentang British
selama lima tahun.
Siri penentangan Dato Bahaman ialah pada 1890 iaitu menentang pembinaan Balai Polis
Lubuk Terua, Pada 1891-menyerang British kerana menangkap anak buahnya, pada 1892menyerang dan menawan semula Lubuk Terua, 1894- Menyerang dan menguasai Kuala
Tembeling dan Jeram Ampai. Dan akhir sekali pada 1895- Akibat tekanan British, Dato
Bahaman berundur ke Kelantan.
Dato Bahaman dan rakan- rakan mendapat pelindungan daripada penduduk dan pembesar
Terengganu dan Kelantan Dato Bahaman kemudiannya menetap di Hulu Kelantan. Manakala
Tok Gajah dan keluarganya menetap di Hulu Terengganu. Pada tahun 1896, Dato Bahaman
berpindah ke Bangkok dan diberikan perlindungan politik oleh Raja Chulalongkorn. Beliau
telah menetap di Cheing Mai dan diberikan wang sara hidup sebanyak 1000 baht. Dato
Bahaman kemudiannya meninggal di sana.

Yam Tuan Antah di Negeri Sembilan

Penentangan oleh pembesar tempatan terhadap penguasaan British telah dilakukan oleh
Yam Tuan Antah Sri Menanti dan Dato Syahbandar Sungai Ujong, iaitu Abdullah Tunggal.
Kedua-duanya telah menentang kemasukan British di Sungai Ujong. Malah Dato
Syahbandar Sungai Ujong enggan menandatangani perjanjian dengan British pada 21 April
1874. Dato Syahbandar juga menentang Dato Kelana Sungai Ujong, iaitu Syed Abdul
Rahman yang mempelawa British untuk campur tangan dalam pertikaian mereka.
Kedua-dua pemimpin tempatan ini, berebut kawasan sempadan untuk mengenakan
cukai kepada pedagang bijih timah dari Negeri-Negeri Selat. Dengan kerjasama
British, Dato Kelana Syed Abdul Rahman berjaya mengalahkan Dato Syahbandar
Abdullah Tunggal untuk menguasai Sungai Ujong. Dato Syahbandar Abdullah Tunggal
terpaksa berundur ke Selangor. Bagaimanapun, beliau kembali semula ke Sungai Ujong dan
menandatangani perjanjian dengan British pada 10 November 1874. Dato Syahbandar
bersetuju meletakkan jawatan dan berhijrah ke Singapura. Dengan itu, Dato Kelana
Syed Abdul Rahman dapat menguasai seluruh Sungai Ujong tetapi tertakluk di bawah
penguasaan British.
Perjuangan di Sarawak
Rentap
Rentap pemimpin Iban menentang James Brooke pada tahun 1853 kerana bertindak
menghapuskan orang Iban di Sungai Skrang yang dianggap sebagai lanun. Beliau telah
menyerang pasukan James Brooke di kubu Nanga Skrang bagi menghalang kezaliman James
Brooke di daerah tersebut.
Rentap dan pengikutnya berjaya mengusir James Brooke tetapi tentera James Brooke
telah bertindak balas dengan membakar kampung mereka. Rentap dan pengikutnya berundur
ke Bukit Sadok, namun sekali lagi mereka diserang oleh James Brooke. Tentera James
Brooke berjaya mengalahkan Rentap pada tahun 1861. Rentap terpaksa berundur ke Ulu
Sungai Entabai dan serangannya semakin lemah.
Linggir
Linggir iaitu pemimpin Iban di Saribas menentang penaklukan James Brooke pada tahun
1849 dengan menyerang kapal Nemesis dekat Batang Lupar. Serangan ini merupakan
tindak balas terhadap langkah James Brooke dan kapten Farquhar menghalang pelayaran
mereka di Sungai Saribas. Bagaimanapun, Linggir dan pengikutnya tewas dalam pertempuran
tersebut.

Syarif Masahor
Penentangan orang Melayu di bawah pimpinan Syarif Masahor dan Datuk Patinggi
Abdul Gapur berlaku kerana mereka menolak penguasaan James Brooke di wilayah mereka,
iaitu di Sungai Rajang pada tahun 1857. Hal ini disebabkan mereka kehilangan kuasa
memungut cukai dan pengaruh terhadap penduduk tempatan. Pada tahun 1858, James
Brooke telah membina sebuah kubu di Kanowit. Syarif Masahor telah menyerang kubu
tersebut. Beliau dan Datuk Patinggi Abdul Gapur kemudian menyerang James Brooke
di Kuching.
Bagaimanapun, tentangan mereka gagal. Syarif Masahor melarikan diri ke Brunei tetapi
beliau telah diserahkan oleh Sultan Brunei kepada British di Singapura. Datu Patinggi Abdul
Gapur melarikan diri ke Betawi tetapi beliau berjaya ditahan oleh Belanda dan diserahkan
kepada James Brooke.
P e n e n t a n g a n d i Sabah
Mat Salleh
Di Sabah, terdapat beberapa penentangan oleh pemimpin tempatan terhadap Syarikat
Borneo Utara British (SBUB). Bagaimanapun, penentangan terbesar telah dilakukan oleh
Mat Salleh. Beliau ialah pemerintah daerah Tambunan dan Sungai Sugut. Namun, pihak
SBUB tidak menghiraukan kedudukan Mat Salleh. Bukan sahaja mereka menduduki kawasan
pengaruh Mat Salleh, malah mereka turut melaksanakan sistem cukai kepala dan surat
perahu. Pegawai-pegawai syarikat itu juga bersikap kasar kepada penduduk tempatan.
Mat Salleh telah ke Sandakan berbincang dengan SBUB pada tahun 1895, tetapi tidak
dilayan. Sebaliknya, gabenor Beaufort telah menyerang dan membakar kampungnya. Mat
Salleh terpaksa melarikan diri. Pada tahun 1897, beliau dan para pengikutnya telah
melakukan serangan mengejut terhadap kubu SBUB di Pulau Gaya.
Ekoran itu, SBUB telah menawarkan pelan damai pada Mat Salleh, iaitu menyerahkan
Tambunan kepadanya. Namun, SBUB mungkir janji dan hal ini menyebabkan Mat Salleh
sekali lagi menyerang kubu SBUB. Serangan ini dibalas oleh pasukan tentera SBUB dengan
menyerang kubu Mat Salleh. Beliau akhirnya tewas dan meninggal dunia pada 31 Januari
1900.

Buktikan Kejayaan pemimpin tempatan menentang British pada abad ke 19.

Penghulu Dol Said


Penghulu Dol Said mengingkari arahan British supaya naning menghantar 1/10 hasil sebagai
ufti kepada Melaka. Penghulu Dol Said Berjaya mengalahkan 150 orang tentera British
pimpinan Kapten Wyllie.
Dato Maharaja Lela
Sultan Abdullah dan Dato Maharaja Lela serta pembesar Perak telah melakukan bantahan
terbuka terhadap campur tangan British di Perak. Dato Maharajalela juga berjaya
membina kubu di Pasir Salak. Selain itu, kejayaan lain yang lebih besar ialah berjaya
membunuh residen British di Perak iaitu J.W.W. Birch.
Dato Bahaman
Dato Bahaman menyerang British kerana menangkap anak buahnya. DatoBahaman
menyerang dan Berjaya menawan semula Lubuk Terua. Beliau juga berjaya menguasai Kuala
Tembeling dan Jeram Ampai.
Tok Janggut
Kejayaan yang di capai oleh Tok Janggut ialah ketika menentang British di Pasir Puteh
dan berjaya menawan daerah tersebut. Penawanan daerah Pasir Puteh berjaya membentuk
sebuah kerajaan di mana Engku Besar Jeram telah di lantik sebagai Raja, Tok Janggut
sebagai Perdana Menteri dan Che Ishak sebagai Pegawai Daerah.
Haji Abdul Rahman Limbong
Haji Abdul Rahman Limbong mengetuai penduduk membersihkan tanah di Kuala Berang
tanpa menghiraukan peraturan tanah British. Beliau juga bersama penduduk tempatan
melancarkan penentangan bersenjata pada tahun 1928. Mereka telah menyerang dan
berjaya menduduki bangunan kerajaan di Kuala Berang.
Rentap
Di Sarawak, Rentap telah menyerang tentera James Brooke di Kubu Nanga Skrang dan
berjaya mengusir James Brooke dari kawasanya.
Mat Salleh
Akhir sekali ialah kejayaan pemimpin Mat Salleh di Sabah,yang melakukan serangan
mengejut terhadap Kubu SBUB di Pulau Gaya. Ini menyebabkan SBUB terpaksa
menawarkan pelan damai kepada Mat Salleh dengan menyerahkan Tambunan kepadanya.

Jelaskan keberkesanan penentangan pemimpin tempatan terhadap British pada abad


ke-19.

10

Keberkesanan penentangan pemimpin tempatan terhadap Bitish pada abad ke-19 ialah
kejayaan Dato Maharajalela menyatukan pembesar dan Dalam peristiwa ini, penduduk
Melayu untuk sama-sama menentang British. Dalam peristiwa ini Sepuntum berjaya
membunuh J.W.W Birch dan Kapten Innes menyebabkan British terpaksa meminta bantuan
daripada tentera SHTI di Hong Kong dan India.
Selain itu,
keberkesanan penentangan pemimpin tempatan juga dapat dilihat
melalui kejayaan Dol Said dalam mengalahkan British semasa serangan ke atas Naning
pada tahun 1831. Kebijaksanaan Dol Said mendapatkan bantuan tentera dari Yam Tuan
Ali Rembau, Syed Shahban dan Penghulu Remai dapat mengalahkan tentera British seramai
150 orang.
Seterusnya, kejayaan Mat Salleh melancarkan serangan mengejut terhadap kubu SBUB
di Pulau Gaya telah memaksa SBUB mengadakan pelan damai kepada Mat Salleh dan berjanji
akan menyerahkan Tambunan.
Sehubungan dengan perkara di atas, perjuangan Tok Janggut juga berjaya mencabar
British. Keberkesanan perjuangan Tok Janggut terbukti apabila pihak polis yang diarahkan
menangkap Tok Janggut gagal menangkapnya. Malah beberapa pembesar tempatan juga
telah menyerang Pasir Puteh dan mereka Berjaya mendudukinya.
Di samping itu, perjuagan Tuan Haji Abdul Rahman Limbong juga memperlihatkan
keberkesanan pada tahap awal. Beliau bersama rakyat Telemong telah beberapa kali
mengingkari peraturan tanah yang ditetapkan oleh British. Beliau mengetuai penduduk
kampong membuka tanah pada tahun 1922 dan 1925.
Seterusnya, perjuangan Dato Bahaman juga memperlihatkan keberkesanannya
kerana berjaya menyerang British dan menawan semula Lubuk Terua yang telah dikuasai
oleh British. Dato Bahaman dan pengikut juga berjaya menguasai Kuala Tembeling dan
Jeram Ampai.
Strategi perjuangan pemimpin tempatan menentang penjajahan British.
Dol Said menggunakan taktik dengan cara mendapatkan bantuan ketenteraan daripada
Yam Tuan Ali dari Rembau, Syed Shaban, Penghulu Remai dan Rechat, Dato Kelana Sungai
Ujung serta Penghulu Gemencheh telah berjaya mengalahkan 150 orang tentera British.
Rentap menentang penaklukan James Brooke dengan menyerang Kapal Nemesis dekat
Batang Lupar. Syarif Masahor telah menyerang kubu James Brooke di Kanowit. Seterusnya,
menyerang James Brooke di Kuching bersama-sama dengan Datu Patinggi Abdul Gapur.
Mat Salleh telah menggunakan strategi melalui perbincangan tetapi tidak dilayan
oleh pihak SBUB. Mat Salleh dan pengikutnya telah melakukan serangan mengejut terhadap
kubu SBUB di Pulau Gaya.

11

Dato Maharaja Lela membuat bantahan terbuka terhadap campur tangan


British dan mengarahkan pengikutnya untuk membunuh J.W.W. Birch di Sungai Perak,
Pasir Salak.
Dato Bahaman menyerang dan menawan semula Lubuk Terua. Kemudian menyerang dan
menguasai Kuala Tembeling dan Jeram Ampai. Engku Besar Jeram, Tuan Ahmad, Penghulu
Adam, Haji Said, Che Ishak dan rakyat tempatan menyerang Pasir Puteh dan berjaya
mendudukinya.
Haji Abdul Rahman Limbong mengetahui membersihkan tanah di Kuala Telemong dan
tanah milik Tengku Nik Maimunah ibn Sultan Zainal Abidin III. Haji Abdul Rahman Limbong
menyerang bangunan kerajaan di Kuala Berang dan telah berjaya mendudukinya.
Tindak balas British terhadap kebangkitan pemimpin tempatan
Tindakan British terhadap penentangan di Tanah Melayu ialah, di Naning British telah
menghantar tenteranya untuk menakluki Naning pada tahun 1831 tetapi dikalahkan oleh
penghulu Dol Said. Pada akhir tahun 1832, seramai 1200 orang tentera telah dihantar
oleh British sekali lagi menyerang Naning dan berjaya mengalahkan penghulu Dol Said.
Seterusnya di Perak pula, pihak British dengan 500 orang tentera melancarkan serangan
terhadap Pasir Salak dan kawasan yang terlibat. Mereka yang terlibat seperti Dato
Maharaja Lela, Dato Sagor, Pandak Lam, Seputum dan Pandak Indut dihukum gantung.
Manakala Sultan Ibrahim dibuang negeri ke Johor dan Sultan
Abdullah dan yang lain
dibuang ke Pulau Seychelles.
Di Kelantan pula, British telah menggunakan nama sultan Kelantan bagi membawa
masuk pasukan tentera dari negeri selat dengan kapal Perang H.M.S Cadmus yang
mendarat di Tumpat dan memulakan serangan pada bulan Mei 1915 di Saring. Tok Janggut
terkorban dan mayatnya di arak di seluruh pekan Kota Bharu sebelum digantung di pasar
dalam keadaan kepala ke bawah dan kaki ke atas sebagai amaran kepada penduduk
tempatan yang menentang British.
Tindakan British di Terengganu pula ialah pihak British menggunakan kuasa dan nama
sultan Terengganu dan menghantar tiga orang pembesar untuk menawan semula Kuala
Berang dan menangkap serta memburu sesiapa sahaja yang menghalang mereka. Selain itu,
British juga mengarahkan seramai 25 orang polis menyerang Kuala Telemong dan berjaya
mengorbankan seramai 11 orang penentang.
Manakala Haji Abdul Rahman Limbong
ditangkap dan dibuang ke Makkah.
Bagi menghadapi tentangan di Sarawak, James Brooke telah bertindak membakar
kampung Rentap dan menyerang sekali lagi apabila Rentap berundur ke Bukit Sadok.
Di Sabah pula, Gabenor Beufort telah menyerang dan membakar kampung Mat Salleh
apabila beliau membuat perundingan di Sandakan tentang kedudukannya. Tindak balas di
atas serangan Mat Salleh terhadap kubu SBUB telah menamatkan penentangan terhadap
British di Sabah.

Jelaskan keberkesanan peranan pertubuhan dan kesatuan dalam memupuk semangat


nasionalisme di negara ini.

12

Keberkesanan pertubuhan dalam memupuk semangat nasionaisme di negara ini


dapat dilihat melalui penubuhan Kesatuan Melayu Singapura (KMS) oleh Mohammad Eunos
Abdullah. Tujuan penubuhan KMS ialah menjaga kepentingn sosioekonomi penduduk Melayu
Singapura. Melalui desakannya, beliau memperoleh sebuah kawasan penempatan khas bagi
orang melayu di Singapura.
Selain itu, Persatuan Sahabat Pena Malaya (PASPAM) di tubuhkan oleh S.M Zainal
Abidin B.A. Persatuan ini ditubuhkan dengan tujuan menggalakkan ahli-ahlinya berkenalkenal dan bertukar-tukar pendapat bagi memajukan diri sendiri dan bangsa serta
menggalakkan perpaduan dan persaudaraan di kalangan orang Melayu di Semenanjung Tanah
Melayu.
Seterusnya, Persatuan Negeri-negeri yang ditubuhkan di Perak, Selangor, Pahang dan
Negeri Sembilan. Persatuan-persatuan ini berjaya menggabungkan tenaga intelektual
Melayu untuk membincangkan nasib orang melayu dalam soal ekonomi. Ini bertujuan untuk
menggalakkan perpaduan orang melayu.
Di samping itu, di negeri Sarawak pula, Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak yang
telah ditubuhkan oleh Datu Patinggi Abang Haji Abdillah pada tahun 1939. Persatuan ini
ditubuhkan untuk mengeratkan perpaduan Melayu. Selain itu untuk menggalakkan
masyarakat memperolehi pendidikan untuk kemajuan bangsa. Malahan persatuan ini turut
menjaga maruah bangsa dan menegakkan ajaran agama Islam.
Salah satu lagi keberkesanan dapat dilihat melalui penubuhanKesatuan Melayu Muda
(KMM) pada tahun 1939. Tokohnya ialah Ibrahim Haji Yaakob dan Mustapha Husein. KMM
bertujuan menggalakkan perpaduan di kalangan pemuda melayu, meningkatkan tahap
pendidikan orang melayu, bekerjasama dengan Jepun menghalau British, menjadi
propaganda Jepun dengan membeli Warta Malaya untuk dijadikan alat propaganda antiBritish dan menyediakan kader-kader yang dikenali sebagai tentera semut untuk menentang
British.
Akhir sekali, Kongres Melayu 1939 dan 1940. Tujuan pertubuhan ini membincangkan
kemunduran orang Melayu dalam pendidikan dan layanan pilih kasih British terhadap anak
negeri, Resolusi kongres dengan menggambarkan perpaduan melayu untuk mengatasi
permasalahan sosioekonomi dan politik mereka yang lemah dan akhir sekali orang melayu
dapat mengatasi perasaan kenegerian yang memisahkan mereka selama ini.

Terangkan kesan gerakan nasionalisme sehingga membawa kepada penyatuan orang

Melayu dalam persatuan.

13

Kesan gerakan nasionalisme membawa kepada kesan positif dalam penyatuan


orang Melayu. Persatuan Sahabat Pena (PASPAM) antara pertubuhan yang wujud hasil
daripada gerakan nasionalisme. Ditubuhkan pada 1934 yang dipimpin oleh S.M
Zainal Abidin. Penubuhannnya bertujuan untuk menggalakkan ahlinya berkenal-kenal
dan bertukar-tukar pendapat bagi memajukan diri dan bangsa. Hal ini secara tidak
langsung telah menggalakkan perpaduan dan persaudaraan dikalangan orang Melayu di
seluruh semenanjung Tanah Melayu
Pertubuhan negeri juga telah ditubuhkan di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu seperti di
Perak (1937), Selangor (1938), Negeri Sembilan (1938) dan Pahang (1938). Objektif
utama penubuhan persatuan negeri ini adalah untuk menggabungkan tenaga intelektual
Melayu bagi membincangkan nasib orang Melayu dalam soal ekonomi, pendidikan dan
perkhidmatan kerajaan.
Disamping itu,kesan dari gerakan nasionalisme juga telah mewujudkan sebuah persatuan
separa politik yang dikenali sebagai Kesatuan Melayu Muda (KMM). Kesatuan ini dipimpin
oleh Ibrahim Hj Yaakob. Objektifnya untuk menggalakkan perpaduan dikalangan pemuda
Melayu di seluruh semenanjung dan meningkatkan tahap pendidikan orang Melayu.
Manakala di Sarawak pula, Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak
(1939) telah
ditubuhkan Persatuan ini dipimpin oleh Datu Patinggi Abang Haji Abdillah. Tujuan
penubuhannya adalah untuk mengeratkan perpaduan Melayu, menggalakkan pendidikan,
manjaga budaya dan maruah bangsa serta menegakkan ajaran agama Islam.
Di Sabah, walaupun kesedaran untuk berpersatuan tidak menonjol tetapi masih terdapat
cawangan Persatuan Sahabat Pena yang bergiat di Jesselton (Kota Kinabalu), Labuan
dan Tawau. Walaubagaimanapun, kegiatannya mirip kepada kegiatan persatuan di
Semenanjung. Anggota-anggotanya terdiri daripada peniaga kecil, pegawai rendah
kerajaan dan guru sekolah Melayu.

Bagaimanakah kita memanfaatkan perjuangan pemimpin tempatan pada abad ke


19 dalam memupuk semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat Malaysia.

14

Antara usaha bagi memanfaatkan perjuangan pemimpin tempatan dalam memupuk


semangat nasionalisme adalah menghayati perjuangan pemimpin tempatan yang sanggup
berjuang untuk kedaulatan negara.
Seterusnya, bagi memanfaatkan perjuangan pemimpin tempatan dalam memupuk
semangat nasioanilsme dengan menghidupkan semula watak-watak mereka melalui filem dan
drama agar menjadi tatatpan rakyat Malaysia hari ini.
Kita juga boleh memanfaatkan perjuangan pemimpin tempatan melalui pameran yang
menarik dan kreatif di muzium yang dilawati untuk menimbulkan kesedaran tentang
kehebatan perjuangan pemimpin tempatan
Di samping itu, aktiviti penulisan seperti menulis esei bertemakan perjuangan
pemimpin tempatan juga mampu memupuk semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat
Malaysia. Aktiviti ini sesuai dilakukan sempena sambutan bulan kemerdekaan yang perlu
dibuka penyertaan untuk pelbagai lapisan masyarakat.
Seterusnya, perjuangan pemimpin tempatan dimanfaatkan untuk memupuk semangat
nasionalisme dengan memuatkan peristiwa berkenaan dalam silibus pembelajaran bagi murid
sekolah rendah dan menengah agar dapat mencontohi keberanian dan kegigihan para
pejuang lampau.
Selain itu, kita dapat memupuk semangat nasionalisme dengan mengenali pejuangpejuang terdahulu serta menghayati hasil perjuangan mereka dalam membebaskan negara
daripada cengkaman penjajah. Seterusnya, menghargai jasa-jasa dan pengorbanan para
pejuang bangsa terutamanya dalam kalangan generasi muda.
Dalam pada itu juga, semangat nasionalisme ini dapat dipupuk dengan memelihara
keamanan yang sudah sekian lama dikecapi untuk meneruskan legasi pembangunan negara
secara berterusan. Kita juga wajar mencontohi sikap perjuangan pemimpin tempatan
seperti berani dalam mempertahankan hak walaupun mereka tidak mempunyai senjata
yang canggih. Malahan mereka juga tidak mudah putus asa kerana sentiasa berusaha untuk
mempertahankan kedaulatan negara.
Akhirnya, kita hendaklah sentiasa menyedari bahawa pembangunan yang dikecapi
sehingga kini tidak akan tercapai tanpa pengorbanan dan perjuangan tokoh-tokoh terdahulu.
Justeru melalui penghayatan ini kita dapat memupuk semangat cintakan negara.

Melalui semangat nasionalisme warga Malaysia mampu mempertahankan kedaulatan

negara. Berikan alasan anda.

15

Semangat nasionalisme yang ada pada warga Malaysia sememangnya mampu


mempertahankan kedaulatan negara, ini kerana semangat nasionalisme akan mengukuhkan
jati diri bangsa Malaysia seterusnya mendorong kepada semangat setia negara yang tinggi
dan semangat sanggup berkorban untuk negara.
Di samping itu, dapat melahirkan warga Malaysia yang tidak mudah terpengaruh
dengan agenda anasir luar dan mengelakkan diri daripada perkara-perkara negatif seperti
rasuah, penyalahgunaan dadah dan pemerdagangan orang.
Selain itu, semangat nasionalisme bukan sahaja memupuk semangat sifat bekerjasama
antara rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan bersama-sama menjaga maruah bangsa
Malaysia yang berdaulat.
Selanjutnya semangat nasionalisme akan mengekalkan perpaduan antara kaum.
Perpaduan antara kaum akan dapat memastikan keamanan negara dan kemajuan yang
dirancang akan tercapai.
Selain itu, warga Malaysia yang memiliki semangat nasionalisme akan patuh kepada
ajaran agama masing masing. Masyarakat yang patuh kepada ajaran agama akan mematuhi
undang-undang dan mudah diuruskan.
Seterusnya warga Malaysia yang mempunyai semangat nasionalisme akan melengkapkan
diri dengan segala ilmu pengetahuan yang berguna dan menguasai pelbagai kemahiran
seperti ilmu komputer, sains dan teknologi. Masyarakat berpengetahuan amat diperlukan
untuk merealisasikan wawasan negara.
Berdasarkan pemerhatian anda, jelaskan keberkesanan yang boleh dicapai oleh
negara melalui media massa untuk mengekalkan kedaulatan negara
Media Massa merupakan medium berkesan dalam membantu negara mengekalkan
kedaulatan negara. Buktinya, media massa dapat menyampaikan dasar-dasar kerajaan
kepada umum dengan lebih cepat.Malahan maklumat berkaitan dengan dasar baru
kerajaan dapat di peroleh dan di akses dengan lebih mudah sama ada melalui media
sosial, internet mahupun melalui media penyiaran seperti berita dan hebahan umum.
Di samping itu, media massa juga dapat menyampaikan maklumat dengan tepat kepada
umum.
Hampir 90% maklumat yang disampaikan melalui media massa adalah sahih dan
boleh dipercayai. Oleh yang demikian, kebanyakan rakyat Malaysia kebanyakkannya
bergantung sepenuhnya kepada media massa untuk mendapatkan berita terkini.
Keberkesanan media massa juga dapat dilihat dalam memartabatkan bahasa Melayu
sebagai bahasa perpaduan. Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar di media
massa. Hal ini dapat dilihat melalui penyampaian berita, rancangan-rancangan ilmiah dan
forum yang kebanyakkannya disampaikan dengan menggunakan bahasa Melayu. Hal ini
sekaligus membantu ke arah perpaduan kaum di negara ini.

16

Selain itu, media massa juga merupakan agen perpaduan dan medium penting dalam
mengekalkan keamanan negara. Buktinya, penyiaran berita yang berkaitan dengan
perjuangan tokoh-tokoh kemerdekaan dapat menyemarakkan semangat patriotik dalam
kalangan masyarakat. Mesej berunsurkan semangat keberanian dan kerjasama juga jelas
berjaya disampaikan melalui program-program radio atau siaran rancangan televisyen.
Jelaskan ciri-ciri warga Malaysia yang mempunyai semangat nasionalisme yang tinggi.
Antara ciri warga Malaysia yang mempunyai semangat nasionalisme yang tinggi adalah
mempunyai semangat cintakan negara yang kental. Perasaan sayangkan negara
diterjemahkan dengan mematuhi undang-undang negara. Malahan perasaan bangga menjadi
warga Negara Malaysia melangkaui semangat perkauman dan kenegerian.
Selain itu , menghormati tokoh-tokoh negarawan yang banyak berjasa sebelum dan
selepas kemederkaan perlu dipupuk sebagai tanda penghargaan kepada mereka. Jasa dan
pengorbanan mereka perlu diingati dan dihargai serta dijadikan sumber inspirasi terutama
kepada generasi muda.
Seterusnya, setiap warga Malaysia mesti berpegang teguh dengan prinsip Rukun
Negara yang menjadi panduan kepada semua warga. Nilai agama dan budaya perlu
diamalkan demi memperkukuhkan jati diri sebagai rakyat Malaysia yang baik. Warga
Malaysia seharusnya berani,bijak dan yakin dalam sebarang tindakan demi menjaga nama
baik negara sama ada di dalam dan di luar negara.
Di samping itu, mempunyai semangat juang untuk mempertahankan kedaulatan negara
daripada ancaman penceroboh atau anasir asing. Ini penting untuk mengekalkan
keharmonian dan kemakmuran negara.
Warga Malaysia yang mempunyai semangat nasionalisme yang tinggi akan mengutamakan
perpaduan dan sanggup bekerjasama dengan pelbagai kaum untuk memastikan
kesejahteraan dan keamanan negara.Warga Malaysia juga sewajarnya mendaulatkan
bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan sebagai melambangkan penyatuan bangsa.
Seterusnya, warga Malaysia juga mesti menguasai pelbagai cabang ilmu pengetahuan
seperti teknologi dan kemahiran ICT untuk menjadi sebuah negara maju menjelang tahun
2020.Akhir sekali warga Malaysia seharusnya mengutamakan pembelian barangan buatan
Malaysia sebagai sumbangan dalam pembangunan ekonomi negara.

Adakah anda bersetuju bahawa perjuangan pemimpin tempatan tidak berjaya. Berikan
hujah anda.

17
Saya tidak bersetuju dengan pernyataan ini walaupun dari segi perjuangan
menentang penjajah itu gagal namun kesan yang ditinggalkan ekoran penentangan tersebut
telah menaikkan semangat patriotisme yang sangat tinggi dalam kalangan penduduk Tanah
Melayu .Contohnya perjuangan Dato Maharajalela, Pandak Lam, Pandak Indut, Dato, Sagor
dan Seputum sehingga titisan darah terakhir. Perjuangan mereka telah menunjukkan
semangat setia negara yang mendalam kerana sanggup berkorban untuk bangsa dan tanahair
tercinta. Akhirnya kemerdekaan mampu kita perolehi pada 31 Ogos 1957

Selain itu juga, sifat bekerjasama dan tolong menolong antara pemimpin dengan
pengikut dalam menentang penjajahan British telah menyumbangkan ke arah kejayaan
generasi hari ini. Contohnya kemenangan Dol Said menentang British pada 1831 mendapat
bantuan ketenteraan dari Yam Tuan Ali, Syed Shaban, Penghulu Ramai dan Rechat, Dato
Kelana Sungai Ujong serta Penghulu Gemenchah. Sifat inilah yang akhirnya
menjadikan Malaysia negara yang aman dan makmur walaupun terdiri daripada berbilang
kaum, agama dan kebudayaan.
Di samping itu, penentangan ini jelas memperlihatkan sikap tidak mudah putus asa.
Buktinya perjuangan sehingga ke titisan darah yang terakhir
yang ditunjukkan oleh
pejuang tempatan seperti Tok Janggut, Mat Salleh dan Rentap sebenarnya telah mampu
mengugat kedudukan British di Tanah Melayu. Sikap ini yang telah diaplikasi oleh generasi
hari ini mampu melahirkan ramai atlet sukan yang bertaraf antarbangsa seperti Dato Lee
Chong Wei, Pandalela Rinong, Dato Nicol David dan ramai lagi.
Kesabaran perjuangan
pemimpin tempatan yang lampau sebenarnya mencetuskan
kebimbangan pihak penjajah yang akhirnya mengakui kehebatan para pemimpin dan
kemudian akur untuk membebaskan Tanah Melayu daripada belenggu penjajahan.
Kesabaran ini juga yang diamalkan oleh generasi hari ini yang akhirnya menjadikan negara
Malaysia sebuah negara industri yang akhirnya mampu menghasilkan kereta nasional
yang boleh dipasarkan di luar negara.
Seterusnya, keberanian perjuangan tokoh tempatan telah memberi inspirasi dan mampu
melahirkan ramai pemimpin negara yang mampu bersuara dan mengeluarkan pendapat
dalam arena perbincangan antarabangsa seperti Persidangan PBB. Buktinya keberanian
Perdana Menteri kita dalam membela nasib mangsa yang terlibat dengan kemalangan kapal
terbang MH17 yang ditembak jatuh oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Perdana
Menteri lantang untuk membawa mereka yang bersalah ke muka pengadilan.

Pada pendapat anda, apakah peranan yang patut dimainkan oleh penulis akhbar
bagi mengekalkan politik yang stabil di Malaysia pada hari ini?

18
Pada pendapat saya, peranan yang patut dimainkan oleh penulis akhbar bagi
mengekalkan politik yang stabil di Malaysia pada hari ini ialah hanya menyiarkan berita yang
benar atau sahih sahaja supaya rakyat memahami perkembangan semasa politik tanah air
yang sebenar.

Seterusnya, penulis akhbar perlu kerap memaparkan isu yang menggalakkan kerjasama
dalam masyarakat. Contohnya, menulis berita mengenai aktviti gotong-royong dan aktiviti
Rukun Tetangga yang melibatkan pelbagai kaum di negara ini.
Di samping itu,penulis akhbar juga perlu menyediakan ruangan khas untuk memberi
kesedaran tentang kepentingan perpaduan kaum. Hal ini bertujuan untuk memupuk
perpaduan kaum yang menjadi nadi kestabilan politik sehingga hari ini. Contohnya, gambar
sukan yang memupuk perasaan muhibbah antara pelbagai kaum
Selain itu, penulis akhbar tidak seharusnya menimbulkan isu-isu sensitif yang boleh
menyemarak api perkauman namun penulis boleh membantu mengekalkan politik yang stabil
melalui bahasa. Contohnya, memartabatkan Bahasa Melayu sebagai perhubungan utama di
negara Malaysia. Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan dan alat penyatuan antara
kaum seperti yang termaktub dalam perlembagaan 152.
Akhir sekali ialah penulis akhbar perlu berusaha untuk meningkatkan perasaan cinta
akan bangsa dan negara terutama dalam kalangan generasi muda. Contohnya menyediakan
ruangan Sejarah untuk mengetahui tentang peristiwa penting negara seperti kemerdekaan
dan perjuangan pemimpin tempatan agar rakyat tidak melupakan sejarah perjuangan negara
demi mengekalkan politik yang stabil di Malaysia pada hari ini.
Sekiranya anda adalah seorang penulis akhbar, majalah atau novel pada hari
ini,
apakah
tema penulisan yang akan anda pilih untuk menaikkan semangat
nasionalisme dalam kalangan rakyat? Berikan alasan anda.
Sekiranya saya
adalah seorang penulis akhbar, majalah atau novel pada hari ini,
tema penulisan yang akan saya pilih untuk menaikkan semangat nasionalisme kalangan
rakyat ialah tema Perpaduan. Ini kerana Malaysia terkenal sebagai sebuah negara yang
terdiri daripada rakyat pelbagai kaum tetapi mampu hidup dengan aman dan makmur.
Sebagai contoh, tema perpaduan yang ditonjolkan melalui pengamalan Rumah Terbuka oleh
kaum-kaum yang menyambut perayaan masing-masing pada setiap tahun dan diraikan secara
bersama dengan rasa gembira. Hal ini pasti akan berjaya menaikkan dan menyuburkan
semangat nasionalisme kalangan rakyat.
Seterusnnya ialah tema Malaysia Boleh merupakan slogan yang diilhamkan oleh Tun Dr.
Mahathir bin Mohamad. Slogan ini merupakan ciptaan terulung yang berjaya mengikis
persepsi orang luar bahawa Malaysia adalah negara kampung. Pada asalnya, slogan ini dicipta
untuk menyuntik semangat atlet Malaysia dalam arena sukan tetapi slogan ini akhirnya
telah berkembang dan berjaya melakukan transformasi besar dalam aspek politik, ekonomi
dan sosial sehingga dikagumi oleh negara luar. Contohnya, kejayaan dua orang pendaki
negara iaitu Mohandas dan Magendran yang berjaya sampai ke puncak Gunung Everest
kerana semangat Malaysia Boleh! Semangat ini tentunya akan terus menaikkan semangat

nasionalisme kalangan rakyat.

19

Selain itu, tema Keistimewaan Malaysia. Dalam tema ini, saya akan memaparkan
keistimewaan Malaysia yang mempunyai kepelbagaian etnik dan budaya etnik terutama di
Sabah dan Sarawak. Ini kerana, Sabah dan Sarawak mempunyai lebih 32 etnik yang terdiri
daripada pelbagai budaya, makanan dan adat tradisi. Hal ini pasti menimbulkan semangat
kebanggaan kalangan rakyat Malaysia kerana mempunyai keunikan yang tersendiri.
Seterusnya ialah tema Kejayaan Rakyat Malaysia. Semua kejayaan yang pernah
dicipta oleh rakyat Malaysia akan dikumpulkan dalam Malaysia Boof Of Record untuk
dijadikan inspirasi oleh generasi pada hari ini. Contohnya, kejayaan Datuk Sheikh Muzaffar
sebagai angkasawan pertama negara dan Datuk Nicol David sebagai pemain nombor satu
dunia dalam sukan Skuasy. Melalui penulisan ini, pastinya akan menyuntik semangat generasi
muda untuk terus melakar kejayaan dan seterusnya menaikkan semangat nasionalisme
kalangan rakyat.
Akhir sekali ialah tema Patriotik. Tema ini mengangkat perjuangan tokoh-tokoh yang
sering dilupakan setiap kali sambutan ulangtahun kemerdekaan negara. Contohnya,
perjuangan Tok Janggut di Kelantan, Rosli Dhobi di Sarawak dan Mat Salleh di Sabah.
Melalui tema ini adalah diharapkan generasi pada hari ini akan sentiasa merasa bersyukur
kerana hidup dalam suasana aman damai dan berusaha untuk menjaga keamanan negara.
Untuk itu, semangat nasionalisme harus subur sentiasa dan mekar mewangi setiap masa
demi kedaulatan negara tercinta.
Jelaskan cabaran yang dihadapi oleh negara dalam usaha memupuk semangat
nasionalisme dalam kalangan rakyat.
Cabaran yang dihadapi dalam usaha memupuk semangat nasionalisme adalah kesukaran
mengukuhkan perpaduan di Malaysia kerana kepelbagaian kaum yang terdapat dalam
negara.
Selain itu pengaruh luar juga menyebabkan kurangnya semangat nasionalisme dalam
kalangan rakyat kerana mereka lebih tertarik dengan budaya luar berbanding budaya
sendiri,
Perkembangan teknologi yang melalaikan juga menyebabkan kurangnya semangat
nasionalisme terutama dalam kalangan remaja. Mereka lebih suka berhibur daripada
membaca dan mencari maklumat berkaitan sejarah negara.
Disamping itu kurang kerjasama pelbagai pihak berwajib dalam mengadakan
program-program yang berunsur patriotisme menyebabkan semanagat nasionalisme kurang
dihayati.
Akhir sekali wujudnya jurang perbezaan pendidikan seperti memilih sekolah mengikut
kelompok kaum masing-masing. Ini menyebabkan sukar untuk menwujudkan semangat
nasionalisme dalam diri pelajar.
Nyatakan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran di atas.
Langkah-langkah untuk mengatasi cabaran dalam memupuk semangat nasionalisme dalam

20
kalangan rakyat adalah semua rakyat haruslah mengukuhkan perpaduan dengan menjayakan
konsep 1 Malaysia yang dapat menyatupadukan semua kaum dan menwujudkan perpaduan.

Selain itu pihak yang berkenaan contohnya pihak media haruslah menapis pengaruh luar
sebelum disiarkan.di mana rakyat haruslah bijak memilih maklumat yang disampaikan.
Seterusnya ibu bapa haruslah memantau penggunaan teknologi supaya anak-anak hanya
mengakses maklumat yang positif dan bermanfaat. Ini penting supaya anak-anak
mempunyai ilmu pengetahuan tanpa mengenepikan nilai-nilai murni seperti berakhlak mulia
dan bertanggungjawab.
Kerajaan
wajib
meningkatkan
kerjasama
daripada
pelbagai
pihak
untuk
menganjurkan program-program berunsurkan nasionalisme. Contohnya, Syarahan
kemerdekaan dan kuiz kenegaraan.
Akhir sekali menubuhkan sekolah wawasan boleh menaikkan semangat nasionalisme
rakyat kerana pelajar boleh bergaul dan bekerjasama dalam satu sekolah walaupun
berlainan kaum.
Jelaskan sebab-sebab semangat nasionalisme semakin luntur dalam kalangan generasi
muda pada hari ini.
Semangat nasionalisme semakin luntur dalam kalangan generasi muda hari ini adalah
disebabkan generasi muda kini tidak mempunyai semangat cinta akan tanah air . Mereka
juga tidak memahami maksud sebenar patriotisme. Selain itu, generasi muda juga mudah
terpengaruh dengan anasir-anasir yang negatif dari media massa ataupun internet.
Generasi muda juga terlalu leka dengan lambakan hiburan yang menyeronokkan. Di
samping itu,generasi muda turut terpengaruh dengan budaya asing yang kini semakin
berleluasa di negara kita. Seterusnya, kurang didikan agama dan kesedaran sivik
juga menyebabkan semangat nasionalisme semakin luntur dalam jiwa generasi muda.
Selain itu,sikap suka mementingkan diri sendiri juga antara sebabnya. Tidak
dapat dinafikan bahawa semangat nasionalisme juga semakin luntur kerana generasi muda
kini
tidak memahami konsep Rukun Negara. Generasi muda juga kurang menghayati
perjuangan tokoh-tokoh tempatan. Seterusnya,kurangnya ilmu pengetahuan turut
menyebabkan kurangnya semangat nasionalisme dalam diri generasi muda kini.

21

Nyatakan kesan yang akan berlaku sekiranya sikap ini tidak dibendung.
Kesan yang akan berlaku sekiranya sikap ini tidak dibendung ialah generasi muda akan
berpecah belah yang akan menyebabkan keamanan dan keharmonian negara juga akan
terancam. Seterusnya, lahirnya individu yang mementingkan diri sendiri yang sanggup
menjual maklumat Negara.
Di samping itu, generasi muda juga akan hilang jati diri kerana terpengaruh budaya
negatif. Seterusnya, minda generasi muda akan mudah dijajah kerana terpengaruh
dengan anasir-anasir luar. Gejala sosial dalam kalangan generasi muda turut
meningkat dan sukar dibendung kerana pemikiran yang sempit dan tidak cintakan
negara.
Selain itu,perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia tidak akan
wujud kerana
generasi muda tidak akan menghormati Rukun Negara. Seterusnya, pertahanan negara
juga akan menjadi lemah kerana kurangnya perpaduan. Wawasan 2020 turut tidak
akan tercapai kerana rakyat tidak inovatif.
Iktibar /Nilai/Unsur Patriotisme yang diperoleh berdasarkan tajuk yang dikaji.
Antara iktibar yang diperoleh ialah kita hendaklah sentiasa menunjukkan kecintaan
kepada
negara untuk mengekalkan kedaulatan negara. Selain itu, kita haruslah
bekerjasama dalam mencapai matlamat negara. Kita juga perlu berganding bahu untuk
membangunkan negara supaya negara kita setanding dengan negara-negara maju.
Seterusnya, kita mestilah berani dan tabah menghadapi cabaran. Disamping itu, kita
haruslah setia kepada pemimpin dan berhati-hati dengan orang asing supaya negara kita
tidak lagi dijajah semula.
Antara nilai yang kita perlu amalkan ialah sentiasa menunjukkan semangat kekitaan dan
kesamarataan dalam apa jua tindakan yang dilakukan. Selain itu, kita perlu
menunjukkan kerjasama dan hidup saling hormat-menghormati di antara pelbagai kaum
di Malaysia. Kita juga perlu menunjukkan nilai menghargai dan menghormati agama kaum
lain. Kita juga sentiasa saling memahami dan bertoleransi dalam apa jua perkara yang
dilakukan.
Sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai unsur patroitik, kita perlu bersifat terbuka
dengan menyokong perubahan dari semasa ke semasa untuk kearah kebaikan. Selain itu,
perpaduan harus diamalkan sepanjang masa supaya keamanan negara dapat dikekalkan.
Sebagai rakyat juga, kita perlu berbangga dengan kejayaan dan keunikan negara yang
terdiri daripada pelbagai kaum dan budaya. Akhir sekali kita juga wajar menunjukkan
penghormatan terhadap kepimpinan negara dan sentiasa bersyukur dengan kemerdekaan
Malaysia yang sudah
Kesimpulan
Pengetahuan

22

Antara Pengetahuan yang saya perolehi ialah mengetahui usaha masyarakat tempatan
penjajahan oleh kuasa luar. Penentangan di dorong oleh hasrat membebaskan negara
daripada kuasa penjajah. Abad ke-19 dan abad ke-20 mengetengahkan ramai pemimpin
tempatan daripada pelbagai latar belakangan bangkit menentang penjajah. Perubahan
pentadbiran penjajah mendatangkan pelbagai kesulitan kepada penduduk tempatan.
Penjajahan British telah meninggalkan pelbagai impak dalam aspek politik, ekonomi dan
sosial.
Nilai Murni
Antara nilai murni yang dapat diterapkan ialah semangat juang yang kental dalam
mempertahankan tanah air. Selain itu mempertahankan kedaulatan negara dengan memiliki
sikap berani menentang musuh. Disamping itu, memiliki jati diri yang tinggi agar tidak
mudah menerima pengaruh luar. Selanjutnya tidak mudah berputus asa dengan menunjukkan
semangat setia negara yang tinggi. Akhirnya kesangupan bekorban demi agama, bangsa dan
negara dengan mengetepikan kepentingan diri.
Unsur Patriotik
Antara unsur patriotik yang boleh diterapkan dalam diri ialah cinta akan negara yang
tinggi dan berkorban nyawa. Contohnya penentangan Tok Janggut. Selain itu, bersatu padu
dan mempunyai semangat kekitaan bagi mewujudkan keharmonian negara.
Harapan dan masa depan
Harapan saya agar rakyat Malaysia dapat memperkukuh semangat nasionalisme yang
tinggi. Hal ini juga,supaya dapat pertahan negara daripada campur tangan kuasa asing dan
seterusnya dapat mengekalkan kedaulatan negara. Akhir sekali semoga rakyat Malaysia
saling menghormati antara satu sama lain untuk mewujudkan keamanan.

23

You might also like