You are on page 1of 12

AKAUN SIMPANAN DAN PELABURAN DALAM SISTEM PERBANKAN ISLAM

Oleh: Ezry Fahmy Eddy Yusof


Zaman menimpan duit di bawah bantal atau katil telah lama berlalu, rata-rata semua kita tidak
mengira peringkat umur pasti mempunyai akaun di mana-mana bank, baik ianya akaun simpanan
mahupun akaun pelaburan. Setiap kita yang membuka akaun di mana-mana bank pasti
mempunyai sebab yang tersendiri, dan antaranya adalah sebab faktor-faktor keselamatan. Tetapi
daripada perspektif sistem perbankan pula, mereka berlumba-lumba meningkatkan jumlah akaun
simpanan dan pelaburan kerana dari situlah datangnya dana yang bakal digunakan oleh
perbankan untuk menawarkan perkhidmatan mereka kepada individu dan organisasi yang
memerlukan modal.
Duit yang diletakkan di bawah jagaan sistem perbankan dikenali umum sebagai wang deposit.
Deposit inilah yang menjadi dana untuk bank terus beroperasi dan berkembang. Kemampuan
bank untuk menarik para pendeposit daripada individu dan organisasi perniagaan adalah kayu
ukur penting dalam meraih kepercayaan awam.
Sistem operasi bank konvensional meletakkan harga awal ke atas deposit yang diterima yang
mana pelanggan mengetahui jumlah dividen yang akan diterima oleh mereka ke dalam akaun
mereka.
5.1 Akaun Simpanan dan Pelaburan di perbankan konvensional

Jenis-jenis akaun
(Konvensional)

Akaun Simpanan Biasa


(Ordinary Saving
Account)

Akaun Pelaburan
Dengan Pulangan Tetap
(Fixed Deposit
Account)

Akaun Semasa
(Current Account)

5.1.1 Akaun Simpanan Biasa (Ordinary Saving Account)


Dalam konteks perbankan, akaun simpanan ini dibuka oleh masyarakat umum yang menyimpan
jumlah wang yang kecil. Kadar minimum dalam membuka akaun simpanan ini secara umumnya
ialah RM100 sehingga RM250 bagi peringkat dewasa. Mereka dianggap penyimpan wang yang

stabil oleh bank. Dalam bank konvesional yang berasaskan sistem dividen, dividen itu ditetapkan
di awal kontrak sebagai bayaran kepada pelanggan.
Secara umumnya pula, baik akaun simpanan biasa di bank konvensional dan juga perbankan
islam, akaun simpanan biasa ini boleh dibuka oleh:

Individu
Bawah umur (kanak-kanak)
Perkongsian (dua pihak atau lebih)
Persatuan, pertubuhan, dan institusi selain firma, organisasi dan pengusaha perniagaan
lain-lain.
Trustee
Setiap jenis akaun memerlukan borang permohonan yang berlainan untuk memenuhi syaratsyarat sah undang-undang.
Para pelanggan akan diberikan buku akaun dan juga kad ATM (Automated Teller Machine), para
pelanggan juga boleh melihat transaksi keluar-masuk duit dengan mengemas kini buku akaun
atau melalui internet-banking. Kad ATM pula diberikan kepada para pelanggan untuk
menyenangkan pengeluaran duit melalui mesin-mesin ATM yang disediakan. Melalui kad ATM
tersebut para pelanggan boleh:
Mengeluarkan duit dalam simpanan bank di luar waktu operasi bank
Para pelanggan tidak perlu mengambil cuti semata-mata untuk mengeluarkan duit di
bank
Tidak perlu mengeluarkan duit dengan banyak dalam satu masa, boleh mengeluarkan duit
mengikut keperluan.

Bagaimana perbankan konvensional mengira dan memberikan dividen kepada para


pelanggan mereka?
Dividen diberikan kepada para pelanggan/pendeposit dikira berdasarkan jumlah akhir (balance
outstanding) dalam akaun simpanan pada hari akhir. Pada kasarnya, dividen itu diberikan oleh
pihak bank dan dimasukkan ke dalam akaun para pendeposit pada akhir setiap 6 bulan, contoh
pada 30 Jun dan 31 Disember. Ada juga yang memasukkan jumlah dividen ke dalam akaun para
pendeposit pada setiap akhir bulan. Formulanya ialah seperti berikut:
Dividen = Jumlah Wang Deposit(P) x Waktu (T) x Kadar faedah (DT)

P = Jumlah deposit (Principle amount)


T = Waktu atau jumlah hari deposit di bawah simpanan bank, Cth. 1 / 365. (Duration of
investment)

DT = (Interest rate)
Di Malaysia, penggunaan 365 hari walaupun tahun tersebut mempunyai 366 hari.
Contoh pembayaran dividen oleh bank konvensional untuk kes di bawah adalah seperti berikut:
Ah Leong mempunyai deposit berjumlah RM10,000 pada 1 Januari 2009 pada kadar faedah
4.5% selama sebulan (Contoh: 1 Januari 2009 hingga 31 Januari 2009).
Dividen = RM10,000 x 31 x 4.5
365 x 100
= RM 38.22

Kesimpulannya, dividen yang diperolehi oleh Ah Leong di atas dengan jumlah deposit sebanyak
RM10,000 selama sebulan pada kadar faedah sebanyak 4.5% ialah RM38.22.
Dividen yang diberikan oleh perbankan konvensional dari perspektif Islam
Apa jua nama baik ianya digelarkan sebagai dividen, faedah, bunga mahupun caj perkhidmatan,
para pelanggan perlu mengetahui konsep yang diguna pakai bagi melihat apakah ianya halal atau
sebaliknya. Dalam konteks akaun simpanan biasa oleh perbankan konvensional, akaun simpanan
ini berkait rapat dengan beberapa isu riba yang mana dividen yang diperoleh itu tidak boleh
digunakan atau dimanfaatkan oleh para pelanggan kerana ianya adalah daripada hasil riba. Riba
yang melibatkan diri para pendeposit di dalam akaun simpanan bank konvensional berlaku dalam
kes berikut:
Para pendeposit dianggap meminjamkan bank konvensional melalui wang deposit yang
disimpan di dalam akaun dengan mengenakan caj atau faedah ke atas pinjaman yang dilakukan
ke atas bank.
1. Mendeposit
(Memberi pinjaman)
RM10,000
Pendeposit
(Pemberi pinjaman)

Pihak bank
(Peminjam)

2. Membayar dividen
RM 38.22 pada
kadar faedah 4.5%
1. Ah Meng menyimpankan RM10,000 di dalam akaun simpanan. Pendeposit dianggap
sebagai pemberi pinjaman dalam situasi ini, manakala bank sebagai peminjam, yang
diperolehi daripada wang simpanan itu.

2. Mendapat dividen daripada simpanan tersebut daripada pihak bank seperti yang
termaktub dalam kontrak akaun simpanan. Berdasarkan kiraan dividen di dalam contoh
sebelum ini, RM38.22 pada kadar faedah 4.5% dan deposit disimpan (dipinjamkan)
selama sebulan.
Pelanggan dianggap seolah-olah telah menawarkan pulangan tetap atas pinjaman (simpanan)
yang diberikan oleh pelanggan kepada pihak bank. Bank dikehendaki membuat pembayaran
tambahan (faedah) menurut kadar yang telah di tetapkan (dividen) walau dalam keadaan apa jua
sekalipun.Lebihan atas pinjaman pihak bank ke atas wang deposit itu dianggap riba.
Wang deposit dalam akaun simpanan yang dipinjam oleh pihak bank itu akan digunakan pula
oleh pihak bank konvensional untuk tujuan pinjaman dan juga pelaburan. Sistem perbankan
konvensional melakukan pinjaman kepada para pelanggannya berasaskan sistem riba yang mana
pinjaman yang diberikan akan dikenakan kadar faedah ke atas jumlah pinjaman itu, manakala
dalam pelaburan pula, pihak bank konvensional akan melaburkan wang deposit dalam akaun
simpanan para pelanggannya kepada pelaburan-pelaburan yang tidak patuh Shariah (yang
mungkin terlibat dalam kegiatan haram seperti judi, alkohol, dan sebagainya). Maka para
pelanggan dikira terlibat sama dalam kegiatan sedemikian kerana daripada wang simpanan para
pelangganlah pihak bank konvensional mendapatkan dana untuk mengenakan faedah atas
pinjaman dan juga melabur di dalam aktiviti yang tidak patuh Shariah.
Kesimpulannya, para pelanggan yang mempunyai akaun simpanan di dalam perbankan
konvensional akan terlibat dalam dosa-dosa seperti berikut:
1. Beri pinjaman kepada pihak bank untuk buat pinjaman dengan mengenakan riba ke atas bank
melalui sistem dividen, ianya adalah jaminan keuntungan berbentuk tetap.
2. Memberi peluang kepada bank menggunakan deposit untuk tujuan pinjaman yang dikenakan
riba (kadar faedah)
3. Memberi peluang kepada pihak bank untuk membuat pelaburan kepada industri atau sektor
yang melibatkan aktiviti yang haram dan tidak patuh Shari'ah.
5.1.2 Akaun Semasa (Current Account)
Akaun semasa ialah akaun yang mana para pelanggan mendepositkan sejumlah wang ke dalam
akaun dan mendapat kemudahan pembayaran dengan mengeluarkan cek. Jumlah minimum
membuka akaun semasa adalah RM500 (bergantung kepada ketetapan pihak bank).
Akaun semasa ini boleh dibuka oleh:

Individu
Sole proprietors
Perkongsian (dua pihak atau lebih)
Persatuan, pertubuhan, dan institusi

Trustee
Syarikat
Firma, organisasi dan pengusaha perniagaan lain-lain.
Permohonan membuka akaun semasa lebih ketat berbanding akaun simpanan biasa. Antara yang
diperlukan ialah kad pengenalan (atau passport jika perlu), manakala untuk syarikat,
Memorandum dan Artikel syarikat (Memorandum and Article of Association) dan juga resolusi
diperlukan, sebagai kebenaran untuk membuka akaun.
Seorang yang dikenali oleh pihak bank yakni introducer atau referee juga selalunya diperlukan
oleh pihak bank, kerana introducer atau referee dikenali oleh pihak bank kerana mereka
mempunyai akaun semasa dengan bank yang sama. Hal ini untuk mengelak akaun dibuka oleh
mereka yang tidak dikenali yang mungkin menggunakan akaun semasa tersebut untuk aktiviti
yang tidak sah dan segala perkara yang tidak diingini.
5.1.3 Akaun Pelaburan Dengan Pulangan Tetap (Fixed Deposit Account)
Akaun pelaburan dengan pulangan tetap atau dikenali juga sebagai conventional fixed deposit
account ini adalah satu bentuk akaun pelaburan. Individu akan menyimpan wang deposit seperti
mana akaun simpanan biasa, akan tetapi wang simpanan dalam akaun ini akan digunakan oleh
pihak bank untuk melabur ke mana-mana syarikat yang kukuh bagi mendapatkan pulangan
pelaburan yang baik dan juga memberikan pinjaman kepada syaraikat-syarikat untuk
mendapatkan faedah atas pinjaman yang diberikan.
Dan pelanggan atau pelabur akan mendapat pulangan yang bersifat tetap sebagai contoh 2.5%
atas pelaburan atau wang simpanan yang digunakan oleh pihak bank untuk suatu tempoh
tertentu. Ianya digelar tempoh matang seperti tempoh 11 bulan dan mendapat pulangan sebanyak
2.5% daripada jumlah deposit yang diletakkan. Ini jelas lebih kurang sama seperti akaun
simpanan biasa dan melibatkan riba apabila jumlah keuntungan yang diberikan itu bersifat tetap
dan melibatkan kadar faedah yang telah ditetapkan pada awal kontrak.
Muslim dan akaun perbankan konvensional
Justeru, menjadi saranan untuk seorang muslim yang mempunyai akaun di perbankan
konvensional untuk menutup akaun mereka bagi menngelakkan dari terlibat dalam dosa riba.
Wang simpanan di dalam akaun konvensional itu hendaklah dikeluarkan dan hanya boleh
diambil wang asal pemilik akaun, manakala sebarang tambahan hasil dividen itu tidak boleh
dimanfaatkan oleh pemilik akaun. Apa yang boleh dilakukan dengan wang pemberian dividen
oleh bank konvensional ialah disedekahkan. Pemilik akaun konvensional yang muslim
dicadangkan membuka akaun simpanan atau akaun pelaburan di perbankan Islam untuk
mengelak dari terlibat dalam dosa riba. Berikut dijelaskan dengan lebih terperinci akaun di
perbankan islam.

5.1 Akaun Simpanan dan Pelaburan di perbankan Islam

Jenis-jenis akaun
(Perbankan Islam)

Akaun Simpanan Biasa


(Wadiah Saving
Account)

Akaun Pelaburan
Umum
(Fixed DepositMudharabah General
Investment Account)

Akaun Semasa
(Wadiah/Mudharabah
Current Account)

5.1.1 Akaun Simpanan Wadiah (Wadiah Saving Account)


Akaun simpanan wadiah ternyata sangat berbeza dengan akaun simpanan biasa yang digunakan
oleh perbankan konvensional. Jika akaun simpanan biasa di perbankan konvensional banyak
melibatkan riba, akaun simpanan wadiah ini melibatkan kontrak wadiah.
Kontrak Wadiah
Dari perkataan wadaa, wadiah difahami secara literal sebagai deposit, atas dasar kepercayaan,
manakala secara teknikal pula bermaksud kontrak yang mana seseorang meninggalkan barangan
berharga atas tujuan jagaan supaya ianya selamat.
Ia adalah satu kontrak berdasarkan prinsip amanah, tiada libailiti melainkan wujud kecuaian atau
salah laku oleh pihak penjaga. Jagaan berlaku atas dasar sukarela yang dilakukan oleh
penyimpan barangan justeru tiada sebarang caj atau pulangan balik.
Kontrak wadiah tidak disebutkan secara jelas di dalam al-Quran, tetapi wujud beberapa ayat di
dalam al-Quran menceritakan tentang konsep ini.
Dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat (yang dipikulnya) dan
janjinya.[Surah al-Mukminun 23:8]
Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak
menerimanya [Surah an-Nisa 4:58]

Dalil dari sudut as-Sunnah pula adalah seperti berikut:


Dari Abu Hurairah ra berkata, Sampaikanlah amanah kepada yang berhak menerimanya,
dan janganlah membalas khianat kepada yang telah mengkhianati kamu. [Hadith
direkodkan oleh Imam Abu Daud]
Menjadi kesepakatan para ulamak tentang kebenaran kontrak al-Wadiah ini.
Walau bagaimanapun, terdapat perbezaan pandangan apakah kontrak ini status hukumnya mubah
atau hanya sekadar harus.
Mazhab Hanafi: Mubah
Mazhab Shafie & Hanbali: Mubah hanya jika pada mereka yang mempunyai
kemampuan, haram kepada mereka yang tidak pasti dan tidak mampu menjaga wadiah
secara selamat.
Mazhab Maliki: Secara umumnya diharuskan. Boleh menjadi wajib sekiranya keperluan
diperlukan bagi menjaga barangan tersebut. Haram sekiranya barangan tersebut adalah
barangan yang diperolehi secara haram.
Rukun kontrak Wadiah
1. Sighah (Ijab dan Qabul penawaran dan penerimaan)
2. Barang jagaan (Wadiah)
3. Pemilik barangan/wang (Muwadi')
4. Penjaga barang/wang (Mustawda')
Jenis-jenis Wadiah
Para ulamak membahagikan wadiah kepada dua kategori
Wadiah Yad Amanah
Jagaan berasaskan konsep amanah.
Jagaan perlu dipastikan tidak berlaku
kerugian atau kerosakan, barang jagaan yang
berlainan perlu diasingkan dan diberikan
pengawasan yang maksimum.
Sebarang syarat tambahan dibenarkan jika
perlu, contoh jika melibatkan tempat jagaan
dan penggunaan barangan

Wadiah Yad Dhamanah

Kontrak hasil kombinasi


Tidak memerlukan pengasingan barangan
selagi mana penjaga barangan boleh
membezakan di antara aset di bawah
jagaannya
Barang dibawah jagaan diberikan keizinan
untuk kegunaan memandangkan jaminan
diberikan oleh penjaga amanah dan
bertanggung jawab atas sebarang kerugian
Tiada liabiliti melainkan disebabkan daripada Berhak atas keuntungan memandangkan
kecuaian dan kesilapan penjaga amanah
pihak penjaga menggalas liabiliti atas
sebarang kerugian yang berlaku
Tida berhak atas sebarang keuntungan Pihak penjaga amanah boleh memberi hibah
daripada barang jagaan yang diamanahkan
(hadiah) atas keuntungan yang diperolehi
sebagai tanda terima kasih dan membalas
budi pemilik
Kebenaran untuk sewaan,pajakan dan Perlu dipulangkan atas permintaan pemilik

digunakan barangan yang diamanahkan


sekiranya mendapat kebenaran daripada
pemilik asal.
Perlu dipulangkan kepada pemilik sekiranya
diminta (kos penjagaan dan penghantaran
ditanggung oleh pemilik)
Sebarang manfaat daripada barangan adalah
hak pemilik barangan.

Setiap kaedah pinjaman (Qardh) diaplikasi


dalam konsep Wadi'ah Yad Dhamanah ini
Tidak dibenarkan perjanjian sebarang manfaat
di awal kontrak memandangkan ianya boleh
jatuh ke dalam kategori riba (setiap manfaat
yang diperoleh daripada pinjaman adalah
riba)

Daripada penerangan konsep Wadiah di atas, jelas di sini bahawa perbankan Islam melalui
akaun simpanan biasanya menggunakan konsep Wadiah Yad Dhamanah. Sebab itu perbankan
Islam menawarkan produk dan perkhidmatan akaun simpanan yang dinamakan Akaun Simpanan
Wadiah.
Dalam akaun simpanan wadiah, pihak bank menerima deposit daripada para pelanggan yang
inginkan jagaan yang dijamin. Pihak bank menjadi penjamin atau penjaga wang yang dideposit
dan menjamin wang dikembalikan setiap kali para pelanggan inginkan. Wang yang diseposit itu
mengikut kontrak Wadiah Yad Dhamanah, mendapatkan keizinan daripada pemilik wang untuk
digunakan semasa dalam jagaan pihak bank untuk digunakan, dengan menggunakannya untuk
pembiayaan para pelanggan bank yang lain atau dilaburkan ke dalam pelaburan yang menepati
Shariah. Justeru pihak pelanggan tidak berhak menuntut sebarang pulangan atas manfaat yang
diperolehi oleh pihak bank daripada wang deposit tersebut. Walau bagaimanapun, pihak bank
berhak memberi hibah (hadiah) atas keuntungan yang diperolehi sebagai tanda terima kasih dan
membalas budi pemilik atau pendeposit.
Selain perbezaan kontrak dan operasi, perkara lain seperti prosedur membuka akaun simpanan
Wadiah adalah sama dengan akaun perbankan konvensional seperti mereka yang layak
membuka akaun simpanan ialah

Individu
Bawah umur (kanak-kanak)
Perkongsian (dua pihak atau lebih)
Persatuan, pertubuhan, dan institusi selain firma, organisasi dan pengusaha perniagaan
lain-lain.
Trustee
Setiap jenis akaun memerlukan borang permohonan yang berlainan untuk memenuhi syaratsyarat sah undang-undang.
5.1.2 Akaun Semasa (Wadiah/Mudharabah Current Account)
Dalam sistem operasi perbankan, akaun semasa ialah akaun yang mana para pelanggan
mendepositkan sejumlah wang ke dalam akaun dan mendapat kemudahan pembayaran dengan

mengeluarkan cek. Secara teori ianya difahami sama dengan perbankan konvensional, walau
bagaimanapun, kontrak yang digunakan ialah berbeza. Sama seperti kontrak akaun simpanan
Wadiah, akaun semasa juga menggunakan kontrak Wadiah yang boleh dibuka dengan jumlah
minimum RM500. Selain itu, akaun semasa juga terdapat dalam kontrak Mudharabah, akaun
semasa Mudharabah ini boleh dibuka dengan jumlah minimum RM5,000 (bergantung kepada
ketetapan pihak bank).
Akaun semasa ini boleh dibuka oleh:
Individu
Sole proprietors
Perkongsian (dua pihak atau lebih)
Persatuan, pertubuhan, dan institusi
Trustee
Syarikat
Firma, organisasi dan pengusaha perniagaan lain-lain.
Konsep Wadiah dalam akaun semasa adalah sama seperti yang telah dijelaskan di dalam akaun
simpanan biasa. Tetapi konsep Mudharabah adalah satu konsep pelaburan dalam Islam.
Mudharabah bermaksud suatu perjanjian antara pemodal (Rabbul Mal) yang memberi 100%
modal untuk perniagaan dengan usahawan (Mudharib) yakni pihak yang menguruskan
perniagaan atau pelaburan dengan menggunakan kepakarannya. Di bawah kontrak ini,
keuntungan yang diperoleh akan dibahagikan antara mereka mengikut nisbah yang dipersetujui
sebelumnya atau di awal kontrak (seperti Rabbul Mal 30% dan Mudharib 70%) , sementara
sebarang kerugian akan ditanggung sepenuhnya oleh pemodal. Dalam menggunakan konsep ini
di dalam akaun semasa Mudharabah, pihak pelanggan atau pendeposit ialah Rabbul Mal,
manakala pihak bank sebagai Mudharib. Konsep Mudharabah ini akan diterangkan lebih lanjut
dari sudut Shariah di dalam subtopik berikut dalam akaun pelaburan.

5.1.3 Akaun Pelaburan Umum (Fixed Deposit- Mudharabah General Investment Account)
Akaun pelaburan ini ialah suatu bentuk akaun deposit yang mana sejumlah wang diletakkan di
dalam tempoh yang dipersetujui dan ditetapkan bagi mendapatkan pulangan hasil daripada
pelaburan yang dibuat. Tempoh tetap yang dibuat mungkin 1,2,3 hinggakan 60 bulan tempohnya.
Jumlah minimum untuk 1 bulan ialah RM5000, untuk 2 bulan dan seterusnya jumlah minimum
ialah RM500. Jika di dalam perbankan konvensional, kadar faedah yakni keuntungan telah
ditetapkan lebih awal.
Tetapi dalam perbankan Islam, kaedah asas akaun pelaburan ini adalah sama dari segi tempoh
matang dan operasi, tetapi tiada perjanjian awal bagi keuntungan tetap kerana ianya
berlandaskan konsep Mudharabah, ianya lebih dikenali sebagai Mudharabah General Investment
Account (MGIA). Adapun dividen MGIA yang dipamerkan di premis-premis bank adalah
berdasarkan kadar keuntungan pelaburan terdahulu (historical rates),atau juga difahami
sebagai kadar pulangan rata berdasarkan prestasi lepas (indicative rates), dan ianya

digunakan sebagai kayu ukur dan bukan keuntungan tetap seperti yang dijanjikan perbankan
konvensional memandangkan ianya menggunakan konsep Mudharabah.
Kontrak Mudharabah
Definisi mudharabah
Mudharabah berasal dari kata dharb yang bererti memukul atau berjalan. Yang dimaksud
adalah proses seseorang memukulkan kakinya dalam menjalankan usaha. Definisi yang lebih
jelas seperti:
Seorang memberi seorang yang lain satu jumlah modal untuk diusahakan dengannya, lalu
disepakati oleh kedua-duanya satu juzuk (nisbah) yang tertentu daripada keuntungan, sama ada
1/3, 1/4, 1/2, (daripada keuntungan) dan ia dinamakan sebagai Mudharabah (oleh mazhab Hanafi
dan Hanbali) dan Qirad (oleh mazhab Maliki dan Syafie) [Bidayatul Mujtahid, 2/236]
Dalil-dalil Mudharabah
Ayat-ayat al-Quran berikut menerangkan keharusan kerja pada harta melalui kontrak
Mudharabah:
..dan orang-orang yang berjalan di muka bumi mencari sebagian kurnia Allah.. [Surah
al-Muzammil 73:20]
Kemudian setelah selesai solat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk
menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah
kurnia Allah [Surah al-Jumuah 62:10]
Tidak menjadi salah, kamu mencari limpah kurnia dari Tuhan kamu (dengan
meneruskan dengan meneruskan perniagaan ketika mengerjakan Haji.. [Surah alBaqarah 2:198]
Dalil dari sudut as-Sunnah pula adalah seperti berikut:
Saidina Abbas bin Abdul Mutalib apabila menyerahkan harta sebagai Mudharabah
mensyaratkan kepada kawannya (pekerja) supaya jangan mengambil hartanya
menyeberang laut, menuruni lembah dan memberli binatang yang hidup. Jika dia
melalukan juga demikian hendaklah dia menanggung ganti rugi.Syarat yang diletakkan
oleh al-Abbas ini, telah sampai kepada pengetahuan Rasulullah Sallallhualahi Wa
Sallam dan baginda meluluskannya [Direkodkan oleh al-Tabarani dalam al-Ausat,
daripada Ibn Abbas, lihat Majma al-Zawaid, jilid 4 hlm.161]
Direkodkan bahawa sekumpulan para sahabat bahawa mereka menyerahkan harta anak
yatim untuk Mudharabah. Para sahabat yang dimaksudkan ialah Umar, Uthman, Ali, Ibn
Masud, Ibn Umar dan Aisyah radhiallahuanhum. [ Nasb al-Rayah,jld. 4 hlm.113]
Ijmak ulamak berdasarkan keharusannya dan para ulamak qiyaskan Mudharabah dengan
kontrak Musaqah (kontrak menjaga tanaman) yang diperlukan manusia [Bidayatul
Mujtahid jld.2 hlm.136 dan Mughni al-Muhtaj jld.2 hlm.309]

Rukun dan syarat Mudharabah


1. Singah (Ijab dan Qabul) Sebagaimana syarat jual-beli, seperti jelas,difahami dan
lain-lain.
2. Pemilik Modal (Rabbul Mal) Cukup syarat seperti syarat jual beli (cukup umur dan
lain-lain)
3. Pengusaha (Mudharib) - Cukup syarat seperti syarat jual beli (cukup umur dan lainlain)
4. Modal (Raksul Mal) Wang,emas atau perak, aset juga dibolehkan asalkan diketahui
jumlak spesifiknya. Jika ianya aset hendaklah diketahui nilainya. Diserahkan kepada
Mudharib.
5. Untung dan rugi Ditentukan nisbahnya (contoh 80:20) pada awal kontrak dan
disepakati. Untung tidak dijamin oleh pengusaha. Jika berlaku kerugian maka
ditanggung oleh pemodal, masa dan tenaga adalah bentuk kerugian pengusaha. Tetapi
jika kerugian akibat kecuaian, maka pengusaha menanggung kerugian tersebut.
6. Perniagaan dan kerja Menurut pendapat majority, Mudharabah tidak terhad kepada
perniagaan jual beli sahaja, boleh juga pelaburan atas pelaburan (two-tier
Mudharabah).

Pengiraan dividen untuk akaun MGIA


Contoh: Encik Ahmad mendepositkan wang sejumlah RM10,000 dalam masa 3 bulan dalam
akaun pelabran MGIA sejak 20/1/2009 hinggalah 20/4/2009, dengan kadar pelaburan terdahulu
(historical rate) seperti berikut,
Tempoh
16/1/2009 15/2/2009
16/2/2009 15/3/2009
16/3/2009 15/4/2009
16/4/2009 20/4/2009

Kadar Pelaburan Terdahulu


(Historical Rate)
3.20%
3.25%
3.17%
3.12%

Daripada kadar pelaburan yang dijadikan kayu ukur, dividen adalah melalui kiraan harian terakru
berdasarkan kadar yang diberikan seperti berikut:
Tempoh

Kiraan Dividen

20/1/2009 15/2/2009
27/365 x 3.2% x 10,000
16/2/2009 15/3/2009
28/365 x 3.2% x 10,000
16/3/2009 15/4/2009
31/365 x 3.17% x 10,000
16/4/2009 20/4/2009
05/365 x 3.12% x 10,000
Jumlah dividen yang diperolehi

Dividen
RM 23.67
RM 24.93
RM 26.92
RM 4.27
RM 79.79

Dalam kes MGIA, pengeluaran sebelum tempoh matang tertakluk kepada beberapa syarat
berikut:
Kurang dari sebulan Tiada dividen diberikan
1 bulan hingga bulan ke 3 Dividen dikira berdasarkan bulan yang lengkap
3 bulan dan seterusnya 75% daripada jumlah dividen terakru

You might also like