You are on page 1of 20

Cabaran Penggunaan Media

Elektronik Dan Ict Sebagai Alat


Bantu Mengajar Di
Sk Ulu Geruntum, Gopeng. Perak.
Syakhira Husna Bt Illias
M20141000680
Kpt 6054

PENGENALAN
Dence (1980) dalam kajiannya telah membuat kesimpulan
bahawa pembelajaran berasaskan komputer amat berkesan
berbanding dengan pendekatan tradisional.
Perubahan sistem penyampaian pembelajaran ini walaupun
pada zahirnya kelihatan memberi impak yang baik tetapi secara
realitinya, banyak cabaran dan kekangan yang muncul dalam
mengimplementasikan misi yang telah disarankan oleh KPM.
Cabaran dalam mengaplikasikan penggunaan media elektronik
di sekolah perlu dilihat dari aspek positif bagi memperbaikan
kelemahan di samping cuba untuk mempertingkatkan tahap
penyampaian pelajaran berasaskan komputer.

1.2PENYATAAN MASALAH
Penggunaan media elektronik dan ICT dalam pengajaran
dan pembelajaran mampu mengubah persekitaran
belajar kepada suasana yang mempunyai nilai eksentrik
yang positif disamping menarik minat pengajar dan
murid.
Namun begitu, cabaran dalam mengaplikasikan media
elektronik dan ICT dalam kelas perlu diambil kira sebagai
satu cabaran bagi memastikan sistem pengajaran
terbaik diberi kepada murid.

1.3OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian adalah seperti dibawah:
1.3.1 Mengenalpasti media elektronik yang sering
digunakan oleh guru-guru sebagai alat bantu mengajar
di sekolah.
1.3.2 Mengenalpasti cabaran dalam penggunaan media
elektronik dan ICT dalam pengajaran.

1.4PERSOALAN KAJIAN
Persoalan yang perlu dijawab dalam kajian ini adalah :
1. Sejauh mana kekerapan guru-guru media elektronik
dan ICT yang tertentu dalam pengajaran mereka?
2. Apakah cabaran dalam menggunakan media
elektronik dan ICT dalam pengajaran?

1.5 KERANGKA KONSEPSTUAL KAJIAN

1.6KEPENTINGAN KAJIAN
Hasil kajian ini boleh menyumbang maklumat kepada
pentadbir sekolah dan kepada pegawai pendidikan
daerah bagi membantu pihak-pihak yang berkenaan
dalam membuat perancangan dan strategi untuk
melengkapkan prasana dan kelengkapan teknologi dan
komunikasi (ICT) di sekolah ini.
Kajian ini juga dapat membantu pihak-pihak yang
berkenaan mengambil langkah-langkah menyelesaikan
masalah yang dihadapi oleh pihak sekolah agar
pelaksanaan penggunaan media elektronik dapat
dijalankan dengan lebih efektif.

1.7BATASAN KAJIAN
Kajian jangka masa pendek iaitu kurang daripada satu
bulan. Ianya disebabkan oleh sumber, tenaga dan masa
yang terhad
Dapatan kajian tidak mewakili mana-mana reponden lain
selain dalam lingkungan kawasan kajian sahaja.

2.0 TINJAUAN LITERATUR


Norhayati Abd Mukti (2000) dalam kajiannya ke atas 15
orang guru yang mengajar komputer dalam pendidikan
mendapati bahawa faktor-faktor latar belakang guru,
sikap dan keprihatinan guru memberikan makna yang
besar ke atas tahap penggunaan komputer di dalam
kelas.
Nazamud-din (2004) terhadap guru-guru sains di sekolah
menengah bahagian Kuching / Samarahan mendapati
guru-guru mempunyai tahap pengetahuan, kemahiran
dan latihan sedia ada yang sederhana.

3.0METODOLOGI KAJIAN
3.1
Pengenalan
Dalam kajian ini, metadologi yang telah dipilih adalah
kajian kualitatif
3.2 Rekabentuk Kajian
Kajian ini berbentuk tinjauan yang mengkaji tahap
penggunaan media elektronik dan ICT sebagai alat
bantu mengajar. Rekabentuk kajian adalah bersifat
kuantitatif. Maklumat dari responden diambil
menggunakan borang soal selidik.

3.3 Sampel Kajian dan lokasi kajian


Responden kajian adalah terdiri dari 18 orang guru bagi
semua matapelajaran di Sekolah Kebangsaan Ulu Geruntum,
Gopeng. Responden terdiri dari 3 orang guru perempuan
dan 15 orang merupakan guru lelaki.
3.4 Instrumen kajian
Kajian ini merupakan kajian tinjauan di mana instrumen
yaang digunakan ialah borang soal selidik yang terdiri
daripada tiga bahagian iaitu
Bahagian A : alat bantu mengajar yang sering digunakan
dalam kelas,
Bahagian B : Cabaran Penggunaan Media Elektronik
Sebagai Alat Bantu Mengajar dan
Bahagian C : Latar Belakang Responden.

4.0 DAPATAN
ALAT BANTU MENGAJAR

KEKERAPAN

Buku teks

18

Lembaran kerja

18

OHP

Komputer (perisian kursus)

Komputer (internet)

Radio (CD)

Video (VCD/DVD)
Objek sebenar seperti carta
dll

8
10

SOALAN

PERATUS
YA

1. Adakah anda mempunyai masa yang cukup untuk menyusun atur media
0%
elektronik dalam kelas anda?
2. Adakah anda mempunyai masa yang cukup untuk melayari internet di sekolah?

TIDAK
100%

0%

100%

67%

33%

4. Adakah alatan berfungsi dengan baik?

89%

11%

5. Adakah talian internet di sekolah anda memuaskan.

0%

100%

3. Adakah anda terpaksa membawa banyak alat seperti laptop, LCD dll?

6. Adakah terdapat kakitangan terlatih untuk membantu anda ketika anda


78%
menghadapi masalah dengan media elektronik di sekolah?

22%

7. Adakah bilik darjah mempunyai kelengkapan peralatan yang cukup untuk


0%
penggunaan media komputer dalam pengajaran?

100%

8. Makmal komputer yang dilengkapi dengan peralatan media elektronik terletak


0%
jauh dari bilik guru.

100%

9. Adakah anda telah menjalani kursus dalaman tentang penggunaan media


39%
komputer untuk guru?

61%

10. Adakah anda kurang pengetahuan dan kemahiran dalam penggunaan media
89%
komputer?

11%

11. Adakah anda mempunyai masalah untuk menentukan bahan yang bersesuaian
56%
dengan tahap pencapaian murid?

44%

5.0 PERBINCANGAN
Sejauh mana kekerapan guru menggunakan media
elektronik dan ICT dalam pengajaran mereka?
Penggunaan pelbagai alat media elektronik dan bahan
bilik darjah semakin kurang diamalkan (Asiah Abu Samah,
1992). Ini bertepatan dengan dapatan kajian yang
menunjukan bahawa hanya minoriti guru yang
menggunakan aplikasi media elektronik dalam kelas. Ini
mungkin kerana guru menghadapi masalah dari aspek
masa, banyak alatan dan kelengkapan yang tidak
mencukupi.

Apakah cabaran dalam menggunakan media elektronik dan


ICT dalam pengajaran?
Cabaran masa kini dan akan datang dalam sektor
pendidikan ialah penyediaan prasarana komputer yang
lengkap untuk kaedah pembelajaran dan pengajaran
tersebut. Abd. Rahim Abd. Rashid. (2005)

Apakah cabaran dalam menggunakan media elektronik dan


ICT dalam pengajaran?
Masih terdapat guru yang belum dapat menguasai
kemahiran ICT, situasi ini kerap kali merujuk kepada guruguru yang berkhidmat di luar bandar dan pedalaman
(Mohammed Sani et al., 2004; Noor Awanis, Nora &
Nurazariah, 2006; Megat et al., 2008). Dalam senario ini
faktor jarak, kemudahan telekomunikasi serta kesukaran
akses sekolah khususnya di sekolah-sekolah pedalaman
memberikan impak yang signifikan.

Data kajian menunjukkan bahawa guru menghadapi


cabaran dengan kemahiran dan pengetahuan untuk
mengaplikasikan media elektronik dalam kelas. Ini mungkin
kerana guru kurang kompetensi dalam kemahiran media
elektronik. Gan (2000), yang menyatakan bahawa
kekurangan latihan merupakan satu faktor penghalang
penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan
pembelajaran.

Capaian internet terhad, masa yang tidak mencukupi,


silibus dan bebanan kerja guru yang banyak. Norazilawati
(2013) menyatakan isu pelaksanaan merupakan satu
kekangan kepada pengaplikasian ICT terutamanya di
sekolah luar bandar.
Didapati isu dan cabaran berkaitan aspek teknikal,
penyebaran maklumat tentang ICT, latihan guru, dan
pemantauan tidak berlaku dengan sempurna di kawasan
ini. Dari segi kelengkapan peralatan, didapati kebanyakan
sekolah luar bandar menghadapi masalah berkaitan
capaian internet. Perkara ini telah menimbulkan satu
dilema dalam kalangan pentadbir sekolah berkenaan dan
guru selaku pelaksana (Norazilawati, 2013).

BIBLIOGRAFI

Abd. Rahim Abd. Rashid. (2005). Profesionalisme Keguruan Prospek dan Cabaran. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Asiah Abu Samah . (1992) .PSS : Cabaran masa kini dan harapan masa depan . Teknologi
Pendidikan .Buletin Bahagian Teknologi Pendidikan,13 (3) ,3-6.

Abu Bakar Nordin (1991) dan Halim Hui (ed). Kurikulum: Perspektif dan Perlaksanaannya. Kuala
Lumpur: Pustaka Antara.

Ahmad Rashidi Osman (1992). Kajian Penggunaan Komputer di Kalangan Guru-Guru Sekolah di
Negeri Johor. Tesis Sarjana Muda, UTM.

Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusuf Boon, Abdul Rahim Hamdan (2007).
Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan (Teori, Analisis dan Interpretasi Data). Kuala Lumpur: PTS
Professional Publishing.

Bramble J. (1985). Computer In School. New York: McGraw Hill.

Criswell, J.R., (1989). ''Rethinking microcomputer instruction as part of teacher education reform'',
Educational Technology, 23(11): 4043.

Dence,M.(1980). Toward defining the role of CAI: A Review Educational Technology. 3:50-54.

Dorsett, R (1990). Dalam: Chin Sak Fatt (1993). Tinjauan Penggunaan Komputer Dalam Pengurusan
Dan Pembelajaran. Projek Sarjana Muda UTM.

Fatimah Abu Bakar.(1980). Educational media in secondary schools: an examination of existing


facalities and relationship between teacher variables and media utilization. Tesis. Sarjana
Pendidikan. Pulau Pinang: USM.

Fullan et. al. (1988), Strategies for Implementing Microcomputer in Schools: The Ontario Case
Ontario: Ministry of Education, Queens Printer.

Gilroy, D dan Desai H.B. (1986). Computer Anxiety : Sex, Race and Age. International Journal Of
Man- Machine Studies, vol. 25, ms. 711-719.
Hamzah Hussain (1995). Latihan Dalam Perkhidmatan: Satu Kajian Mengenai Persepsi,
Keberkesanan dan Keperluan Guru di Negeri Pahang. Tesis Sarjana UUM.

Harrison, A.W., Kelly, R. Dan Rainer Jr. (1992). The Influence of Individual Differences on Skill in EndUser Computing.

Hasselbring, O.S. (1991). Improving Education Through Technology: Barriers and Recommendation.
Preventing School Failure, vol. 35 (3), ms. 33.

Kamus Dewan: Edisi Ketiga (1997). Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.Krueger, A.B. 2003.
The digital divide in educating African-American students and workers. In Cecilia Conrad and
Margaret Simms (eds). Education and training for the Black worker in the 21st century. Washington:
Center for Political and Economic Studies
Kelman,P.(1983). Computers in teaching mathematics. Massachusetts Addison-Wesley Publication
Company.

Kementerian Pelajaran Malaysia. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. Kajian
Kesediaan Sekolah Menengah Melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran Berbantu Komputer.
Kuala Lumpur : BPPDP,2003

Megat Aman Zahiri Megat Zakaria, Baharuddin Aris dan Jamalludin Harun. (2008). Kemahiran ICT di
kalangan guru-guru pelatih UTM: Satu tinjauan. Paper presented at the 1st International Malaysian
Educational Technology Convention. Kuala Lumpur.

You might also like