You are on page 1of 1

PENGUMUMAN PERMOHONAN ID SISTEM eSPKWS

MELALUI EMEL
1.

Bilangan Sekolah pada 30 September 2015 ialah 10,160. Setiap sekolah ada
menguruskan Kumpulan Wang Sekolah (KWS) yang terdiri daripada Kumpulan
Wang Kerajaan, Kumpulan Wang SUWA dan Kumpulan Wang Asrama.

2.

Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun (JPKA) KPM Bil. 3


Tahun 2015 pada 6 Ogos 2015 telah memutuskan bahawa semua sekolah
diwajibkan mengguna Sistem eSPKWS mulai 1 Januari 2016.

3.

Rekod Sistem eSPKWS pada 30 September 2015 menunjukkan 3,371 sekolah


belum melaksanakan Sistem eSPKWS dan belum mengemukakan permohonan
ID.

4.

Bagi membolehkan semua Sekolah mematuhi keputusan Mesyuarat JPKA


tersebut di atas, perhatian dan kerjasama bakal pengguna Sistem eSPKWS bagi
3,371 buah Sekolah yang berkenaan diminta untuk mengemukakan permohonan
ID ke Bahagian Akaun, KPM.

5.

Borang Permohonan ID Capaian Sistem eSPKWS boleh dimuat-turun


laman web https://spkws.moe.gov.my/borang.php

6.

Borang Permohonan ID yang lengkap dengan dokumen sokongan hendaklah


diemelkan ke alamat ba_id_espkws@moe.gov.my sebelum 30 Oktober 2015.

7.

ID dan kata-laluan setiap pemohon akan diemelkan terus oleh Bahagian Akaun
ke alamat emel rasmi pemohon yang dinyatakan pada Borang Permohonan ID
yang diterima.

8.

Perhatian dan kerjasama semua pihak amatlah dihargai dan didahului dengan
ucapan terima kasih.

Sekian dimaklumkan. Terima kasih.

Timbalan Ketua Akauntan Pengurusan


Bahagian Akaun
Tarikh : 15 Oktober 2015

dari

You might also like