You are on page 1of 5

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBEF 2803
PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN

TUGASAN 2 AKTIVITI 2 (T2A2)


RUMUSAN CERAMAH
PEMBANGUNAN PROFESIONALISME BERTERUSAN :
KEBERTANGGUNGJAWABAN INISIATIF KENDIRI

Pembangunan Profesionalisme Berterusan: Kebertanggungjawaban Inisiatif Kendiri

Pembangunan Profesionlisme bermaksud pengalaman pembelajaran melalui penglibatan


Pelan Pembangunan Pendidikan secara formal dan tidak formal dalam aktiviti keilmuan
sepanjang kerjaya untuk peningkatan pengeatahuan , kemahiran , kepakaran dan amalan
nilai nilai serta ciri- ciri lain bagi meningkatkan kualiti pendidikan abad ke 21. Matlamat
Pembangunan

Profesionalisme

membolehkan

Pelan

Pembangunan

Pendidikan

membangunkan kompetensi dan potensi Pelan Pembangunan Profesionlisme kearah


peningkatan kualiti dan kecemerlangan penyampaian perkhidmatan
Rumusan yang boleh di buat daripada Seminar Pembangunan Profesionalisme
Berterusan berteraskan kepada profesion dan kerjaya perguruan. Fokus utamanya kepada
empat aspek iaitu pembangunan profesionalisme , pembangunan profesionalisme kendiri,
kebertanggungjawaban guru dan laluan kerjaya. Pembangunan profesionalisme merujuk
kepada hala tuju profesion perguruan yang signifikan dengan kehendak semasa.

Pembangunan profesionalisme kendiri pula merujuk kepada sejauh mana peranan guru untuk
mewarnai profesion perguruan dengan pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran yang
unik dan pelbagai. Kebertanggungjawaban guru merujuk kepada tanggungjawab seorang
guru untuk memastikan dirinya berkualiti dan dapat melahirkan modal insan yang kaya
dengan pelbagai aspek kecemerlangan. Laluan kerjaya merujuk kepada kerjaya guru
sebagaimana telah termaktub dalam pelan pembangunan pendididkan Malaysia ( 2013-2025 )
Kebertanggungjawaban

inisiatif

kendiri

ialah

kualiti

seorang

guru

untuk

menghasilkan pelajar yang berkualiti. Guru perlu meningkatkan kualiti diri untuk menjadikan
pelajar kita boleh membawa diri dengan kehidupan mereka pada masa hadapan. Bidang
keguruan adalah profesion pilihan yang merupakan satu daripada 11 anjakan di dalam
laporan awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 yang menekankan kepada
peningkatan pembelajaran dan pembangunan guru. Bagi melaksanakannya, kita perlu
meningkatkan kualiti profesion perguruan supaya dapat menghasilkan guru-guru yang
cemerlang dan menjadikan profesion perguruan sebagai profesion yang diminati dan
menarik.

Di dalam ucapan itu juga telah dijelaskan berkaitan keperluan majikan pada hari ini
adalah pelajar lulusan universiti serta berpelajaran tinggi. Ianya terdiri daripada tiga faktor,
yang mana melalui faktor - faktor ini dapat dilihat sama ada pendidik berjaya atau tidak
dalam melahirkan generasi yang menjadi insan yang berjaya. Faktor yang pertama ialah
melahirkan sumber tenaga kerja yang sedia diterima oleh majikan. Oleh itu , warga pendidik
perlu berusaha melahirkan tenaga kerja yang mampu berkomunikasi dengan baik dan
berkesan. Pada zaman sekarang, majikan berkehendakkan pekerja yang mampu
berkomunikasi dengan baik untuk membantu memajukan institusi pekerjaan yag diceburi.
Selain itu , majikan juga berkehendakkan pekerja yang mahir lebih daripada satu jenis
bahasa. Faktor yang kedua ialah melahirkn sumber tenaga kerja yang mampu berkolaborasi
dengan pelbagai pihak. Ini penting untuk memastikan setiap tugasan kerja yang diberikan
dapat dilaksanakan dengan baik dan mampu menjana idea idea kreatif yang lain dari
kolaborasi dengan pelbagai pihak. Oleh itu, guru mestilah mempunyai kompetensi baru
untuk melahirkan pelajar-pelajar yang berkolaborasi .
Manakala faktor yang ketiga ialah mahir dalam pelbagai bidang dan tidak tertumpu
kepada kemahiran yang tertentu sahaja. Justeru itu, guru hendaklah melonjakkan transformasi

dalam profesion keguruan dan tidak berada di tempat yang sama tanpa melakukan sebarang
perubahan dalam mendidik pelajar generasi abad ke 21. Ini kerana kita tidak mengetahui
keadaan yang berlaku pada masa hadapan. Menurut penceramah, kajian telah mendapati
bahawa kebanyakkan majikan di Malaysia ini hanya mengambil pekerja dengan julat
pencapaian akademik CGPA antara 2.5 hingga 3.3 sahaja. Ini menunjukkan bahawa majikan
menilai pekerja bukan hanya berdasarkan kepada pencapaian akademik sahaja tetapi juga
kepada aspek aspek yang lain dan aspek ini hanya mampu ditonjolkan oleh golongan yang
pencapaian akademik sederhana sahaja. Majikan juga tidak berkehendakkan kepada pekerja
yang mempunyai pencapaian akademik yang cemerlang tetapi tidak mempunyai nilai - nilai
murni serta tidak mampu berkolaborasi dengan pihak lain dalam industri pekerjaan.
Seminar ini juga menekankan kepada aspek kualiti guru dan aspek kualiti ini adalah
merupakan elemen yang dinamik kerana kualiti itu sendiri tidak tertakluk pada satu satu
status sahaja. Malah kualiti sering berubah dan bergerak kehadapan mencari kualiti
kualiti yang baru. Guru perlu sentiasa berusaha menguasai kualiti kualiti yang baru dan
tidak hanya berpaksikan kepada kualiti - kualiti yang lama. Hal ini penting kerana
generasi Y pada masa sekarang mampu untuk belajar tanpa guru. Guru perlu sedar bahawa
penguasaan ilmu pelajar pada hari ini lebih hebat daripada mereka. Oleh yang demikian, guru
mestilah mencari kualiti diri agar terus bergerak ke hadapan dan sentiasa meningkatkan
keupayaan diri supaya dapat memenuhi kehendak generasi baru pada masa kini. Semua guru
bermula dari perjalanan yang berbeza namun mempunyai matlamat yang sama untuk
bangunkan negara. Oleh itu, perkembangan guru hendaklah seiring dengan pemikiran dan
hala tuju serta sentiasa bersikap proaktif untuk menggerakkan pembangunan diri. Guru juga
perlu sedar bahawa meningkatkan inisiatif kendiri adalah proses untuk meningkatkan
profesionalisme keguruan. Tahap persediaan yang perlu ada pada setiap guru ialah dengan
menunjukkan kelainan daripada guru yang bukan siswazah kerana guru perlu nampak hebat
di sekolah dan sentiasa membawa sesuatu yang baru. Menurut kajian yang dijalankan di
seluruh dunia, kualiti sistem pendidikan tidak akan melebihi kualiti guru. Faktor guru sangat
penting kerana guru yang berprestij dapat meningkatkan potensi murid.
Setiap guru juga perlu sentiasa peka dengan 6 ciri dan keperluan utama

yang

diperlukan oleh setiap orang muid untuk berupaya bersaing pada peringkat global. Ciri
-ciri tersebut ialah kemahiran berfikir, kemahiran dwibahasa , kemahiran memimpin ,
pengetahuan , identiti nasional dan etika serta kerohanian. Menurut penceramah, pengalaman
semata - mata tidak menjadi titik ukuran dalam menilai pengetahuan dan tahap kualiti

seseorang guru tetapi sejauh mana ilmu yang sedia ada diaplikasi dengan baik dan sebanyak
mana ilmu baru yang mampi diperolehnya. Saranan penceramah ialah guru menaiktarafkan
diri sendiri bagi memastikan sistem pendidikan juga dapat dinaiktaraf. Dalam hal yang
berkaitan , sekiranya seorang murid diajar oleh guru yang berprestasi tinggi , maka
pencapaian murid tersebut akan meningkat dengan drastik berbanding murid yang menerima
tunjuk ajar dari guru pretasi rendah. Oleh itu , faktor guru itu penting dalam menjana
modal insan yang berkualiti.
Seminar ini juga menerangkan secara kasar tentang Pelaksanaan Pembangunan
Profesionlisme Berterusan sebagaimana

yang dicadangkan dalam Pelan Pembangunan

Pendidikan Malaysia (2013 - 2025 ) Gelombang Pertama adalah bermula dari tahun 2013
hingga 2015 dan dalam Gelonbang Pertama ini , peningkatan profil profesion keguruan
diberi keutamaan. Gelombang Kedua pula bermula dari tahun 2016 hingga 2020 yang
mensasarkan kepada mengukuhkan laluan serta kemajuan perguruan. Manakala , gelombang
ketiga

dari 2012

hingga 2025

pula berfokuskan

kepada mewujudkan

budaya

kecemerlangan melalui tauladan rakan setugas.


Secara amnya, gelombamg utama dan gelombang kedua adalah merupakan inisiatif
organnisasi yang menjurus kepada peluang yang diberikan oleh kementerian kepada para
guru untuk meningkatkan kompetensi serta kualiti diri. Manakala , gelombang ketiga pula
lebih kepada inisiatif yang berpaksikan kepada kehendak dan kemahuan diri guru itu
sendiri untuk memajukan diri mereka. Penceramah juga menyatakan bahawa guru bukan
sahaja boleh meningkatkan kompetensi dan kualiti diri hanya dengan menghadiri kursus
dan seminar sahaja tetapi juga melalui pembacaan buku , dialog prestasi dengan rakan
-rakan guru yang lain, kajian tindakan , penyelidikan dan juga melalui media sosial yang
releven dengan kehendak perkhidmatan pendidikan.
Perpandukan kepada penceritaan penceramah , sekumpulan kanak- kanak terbiar di
India yang bekerja sebagai penggilap kasut di pusat pusat pelancongan mampu menguasai
lebih daripada 20 jenis bahasa, mampu melakukan pertukaran wang asung dengan mudah
dan berupaya berkomunikasi dengan baik. Ini menunjukkan bahawa kanak- kanak ini
mempunyai tahap kecerdikkan yang

tinggi. Sejurus itu , seorang profesor

berusaha

menempatkan kumpulan kanak- kanak tersebut di sekolah untuk menimba ilmu. Namum ,
hasilnya kumpulan kanak kanak tersebut terbantut dan aspek aspek kemahiran meraka
peroleh sewaktu bekerja sebagai penggilap kasut pudar sedikit demi sedikit. Nilai moralnya

disini adalah guru mahupun pihak organisasi sekolah diharap agar jangan membantutkan
potensi murid - murid dan sentiasa berusaha untuk mencungkil bakat serta potensi muridmurid dalam pelbagai situasi. Dalam hal ini , guru perlu sentiasa kekal releven kepada
murid- miurid agar terus menjadi pembimbing dan fasilitator kepada mereka dalam usaha
untuk membina ilmu.
Sebagai kesimpulannya, seorang guru harus sentiasa meningkatkan kompetensi yang
ada dalam diri dan perlu seiring dengan kehendak negara ini. Kompetensi dan kualiti yang
ditingkatkan perlu seiring dengan perubahan dan kehendak dunia pendidikan masa kini yang
sangat mencabar dengan perubahan dan penambahbaikan yang dilakukan. Kompetensi yang
ada juga hendaklah sentiasa ditambah baik dan dibangunkan dalam profesional keguruan.
Anak didik kita pada hari ini memerlukan inisiatif guru untuk berjaya dengan membawa
kejayaan kepada mereka semua yang dapat bersaing pada masa kini dan akan datang. Kita
tidak perlu takut atau risau dengan kemungkinan bahawa generasi akan datang akan hilang
tradisi tetapi dengan pengetahuan baharu dan keupayaan berfikir secara kreatif dan kritis,
guru-guru dan generasi akan datang tetap relevan dalam pasaran kerja masing-masing

You might also like