You are on page 1of 4

JURANG BUDAYA ANTARA GENERASI ?

PENGARUH SOSIAL DALAM BUDAYA


BELIA.
Artikel ini ditulis oleh Frits van Wel dari Vakgroep Algeme Sociale Wetenschappen,
Heidelberglaan 2, 3584 CS Utrecht, The Netherlands. Beliau mengkaji tentang hubungan
antara remaja dan mereka yang signifikan dalam persekitaran sosial mereka. Analisis ini
berdasarkan remaja di Belanda tentang tindak balas soal selidik tentang keutamaan mereka
dan orang lain di dalam bidang muzik, bahan bacaan, filem, televisyen, seni, budaya dan
rekreasi. Empat gaya budaya telah dibezakan iaitu Elit, berpengetahuan, romantik dan minat
virile. Gaya budaya yang ditonjolkan oleh responden cenderung rapat dengan kawan
baiknya. Pada masa yang sama, remaja memberitahu tiada konflik antara citarasa mereka dan
citarasa ibu bapa mereka. Di sini tiada bukti konflik ibubapa-kawan karib di mana belia
menjauhkan diri mereka dari ibu bapa mereka dan hanya fokus semata-mata kepada rakanrakan mereka. Persoalan utama Frits adalah bolehkah seorang bercakap tentang konflik ibu
bapa-rakan sebaya dalam bidang citarasa, yang mana orang muda menjauhi diri mereka
sendiri daripada ibu bapa mereka sendiri sebaliknya menjurus kepada kawan- kawannya.
Analisis ini dilakukan pada tahun 1992 kepada 644 orang ramaja Belanda iaitu 349 orang
perempuan dan 295 orang lelaki dalam purata umur 14.9 tahun.
KEPENTINGAN RANGKAIAN SOSIAL
Berdasarkan Jadual 1, menunjukkan kepentingan orang tertentu dalam kehidupan
sosial mereka kepada orientasi budaya dalam bidang muzik, bahan bacaan, filem, televisyen,
seni dan budaya. Hasilnya, remaja perempuan lebih rapat dengan sahabat terbaik yang sebaya,
teman lelaki, rakan-rakan lain, adik beradik perempuan adalah pengaruh yang besar dalam
penampilannya berbanding remaja lelaki. Pada pandangan saya, remaja perempuan
mempunyai sifat yang penyayang terhadap orang sekeliling berbanding remaja lelaki yang
mempunyai ego yang tinggi menyebabkan hubungan orang yang disekelilingnya adalah
rendah. Oleh itu, remaja lelaki tidak menganggap ayah mereka lebih penting seperti remaja
perempuan. Dalam keluarga, remaja perempuan lebih tertumpu kepada seseorang yang sama
umur dengannya berbanding kawan lelaki manakala ibunya lebih penting daripada ayahnya
dan adik beradik perempuan lebih mempengaruhi daripada adik beradik lelaki. Bagi pendapat
saya, remaja perempuan memilih ibunya daripada ayahnya kerana ibu adalah perempuan dan
memahami segala masalah keperempuanan yang dihadapi oleh anak remaja perempuannya
daripada ayahnya. Kebanyakkan bapa lebih sibuk bekerja di luar menyebabkan tiada masa
untuk melayan anak-anak telah membuatkan hubungan dengan anak-anak menjadi renggang.

Pekerjaan ibu pula lebih kepada suri rumah tangga yang berperanan untuk menguruskan
rumah tangga. Hal ini menyebabkan anak-anak lebih cenderung rapat dengan ibu daripada
ayah mereka. Adik-beradik adalah keluarga yang terdekat dan tinggal serumah menyebabkan
hubungan yang erat terjalin.
Walaupun begitu, pengaruh remaja dalam pemilihan bidang penampilan atau citarasa
seseorang lebih dipengaruhi oleh kawan baik daripada ibu bapa dari segi pemilihan muzik,
filem, televisyen dan bahan bacaan. Saya berpendapat bahawa remaja mempunyai minat lebih
kepada program orang muda kerana remaja masih lagi dalam lingkungan orang muda
manakala ibu bapa mempunyai minat yang agak membosankan kerana pemilihan citarasa
lebih kepada program ilmiah. Contohnya remaja perempuan lebih meminati kumpulan
nyanyian dan tarian muzik korea manakala ibu bapa meminati kumpulan muzik klasikal dan
bahan bacaan ilmiah. Justeru, kawan terbaik adlah pengaruh utama dalam pemilihan ini
kerana mempunyai naluri keremajaan yang sama.
EMPAT GENRE GAYA BUDAYA
Empat genre gaya budaya yang dipilih ialah Elit (Elite), Berpengetahuan
(Informational), Romatik (Romantic) dan Virile. Sebanyak 77% remaja tidak meminati dalam
Elit atau Informational. Satu per lima responden menunjukkan keghairahan di dalam
Romantik dan genre Virile tetapi tiada minat terhadap Elit dan budaya Informational.
Dominan yang meminati genre romantik ialah remaja perempuan iaitu 94% dari keseluruhan
remaja perempuan responden manakala remaja lelaki meminati genre Virile iaitu 94% dari
keseluruhan responden remaja lelaki. Pada pendapat saya, hasil responden ini adalah kerana
remaja perempuan lebih kepada sifat feminisme dan lelaki lebih kepada sifat maskulin. Sifatsifat ini adalah lahir semula jadi di dalam tubuh kita dan membentuk personaliti kita.
Terdapat aktiviti yang membentuk genre Elit iaitu meminati muzik dari tahun 1960-an
atau muzik klasik, membaca tentang seni, budaya dan tentang falsafah. Mereka juga meminati
filem yang berunsurkan difficult psychological dan program televisyen berunsurkan seni dan
budaya. Hasil-hasil kraftangan yang dihasilkan oleh orang lama turut diminati. Golongan Elit
juga meminati arkitek klasik, teater klasik, melawat muzium dan tempat bersejarah, dan
menghadiri konsert klasik. Pada pendapat saya, golongan Elit ini terdiri daripada golongan tua
yang mempunyai banyak pengalaman. Jangkaan umur mereka adalah 50 tahun keatas. Oleh
sebab itu, kebanyakkan remaja tidak meminati genre ini kerana tidak memenuhi sifat
keremajaan. Bagi mereka, klasik itu membosankan dan tiada keseronokan di dalamnya.

Genre Informational pula, lebih kepada mereka yang suka membaca buku, majalah,
surat khabar dan mengetahui isu-isu semasa. Mereka suka melihat filem berunsurkan budaya
politik, program bual bicara, dokumentari dan berita-berita di televisyen. Genre romantik
lebih menyukai menari ala disko bertemankan lagu top 40. Mereka suka membaca novel,
majalah bergambar, majalah wanita. Mereka melihat filem romantik, program tv siri keluarga,
remaja dan lain-lain. Pendapat saya, mereka ini lebih kepada feminisme. Genre Virile atau
kelakian, mereka menyukai lagu simfoni, majalah pornografi, kartun lucah, filem perang,
filem aksi, filem sains fiksyen, program tv sukan, hobi teknikal dan sebagainya. Pada
pendapat saya, mereka lebih kepada maskulin.
HUBUNGAN DALAM GAYA BUDAYA ANTARA REMAJA, SAHABAT TERBAIK,
DAN IBU BAPA
Mengikut keputusan yang diterima, para remaja mempunyai hubungan yang kurang
jelas daripada ibu bapa mereka untuk genre elit dan informational berbanding dengan rakan
sebayanya. Remaja lelaki menunjukkan kurang cenderung untuk menolak budaya
informational daripada remaja perempuan, sementara bapa mempunyai minat lebih daripada
ibu. Para remaja menunjukkan keghairahan dalam genre romatik lebih dari kedua ibu
bapanya. Gadis-gadis di dalam genre ini, menganggap ibu bapa mereka lebih romantis.
Budaya virile lebih dominan di dalam remaja lelaki, berpunca dipengaruhi oleh ibu bapa
mereka atau kawan rapat. Terdapatnya hubungan antara remaja dengan kedua ibu bapa
walaupun hubungan ini kurang daripada kawan baik. Keputusanya, citarasa remaja
perempuan hampir sama dengan ibunya manakala citarasa remaja lelaki hampir sama dengan
bapanya. Hubungan ibu dengan anak perempuan lebih kuat daripada bapa dengan anak
lelakinya.
PENJELASAN GENRE GAYA BUDAYA
Bourdieu (1986) merujuk golongan elit ialah penghargaan terhadap hak persekolahan
di bandar. Beliau menjelaskan lagi pemindahan budaya dalam keluarga membolehkan
membangun bersama-sama pendidikan. Darjah citarasa elit ibu bapa boleh membuka minat
anak-anak jika hubungan mereka semasa kecil adalah baik. Contohnya anak-anak
menganggap ibu bapanya adalah sebagai pembimbing dan seorang kawan yang boleh
membantu ketika kesusahan. Umur sangat penting bagi elit bagi melahirkan minat anak-anak
di dalam budaya elit terutama anak perempuan dalam lingkungan 13 hingga 17 tahun
berbanding anak lelaki.

Golongan informational atau berpengetahuan, umur sangat penting bagi menarik


minat anak-anak. Dalam remaja perempuan, hubungan yang erat dengan ayah boleh menarik
minat ini. Seterusnya, keghairahan remaja dalam genre romantik dan virile boleh merapatkan
lagi hubungan persahabatan. Minat remaja perempuan terhadap genre romantik akibat
dipengaruhi pendidikan keluarga bapa yang rendah. Di dalam virile pula, umur memberi
kesan terutama remaja lelaki dengan keadaan persekitaran. Pada pendapat saya, diperingkat
umur remaja, sifat ingin mencuba terutama remaja lelaki lebih tinggi disebabkan oleh
perubahan hormon.
PEMATUHAN KEPADA RANGKAIAN SOSIAL DALAM PERKARA CITARASA
Pematuhan di dalam pemilihan citarasa berkaitan dengan hubungan seseorang.
Hubungan yang kuat antara ibu, bapa dan kawan baik adalah faktor penting pematuhan
citarasa dengan dorongan yang diberi. Selain itu, taraf pendidikan juga menentukan
pematuhan terhadap citarasa. Semakin tinggi taraf pendidikan keluarga semakin tinggi
citarasa seperti golongan elit. Bagi remaja perempuan, umur memainkan peranan utama
berhubung dengan pematuhan citarasa bersama kawan baik/sebaya. Pematuhan kepada ibu
dan bapa adalah sejajar. Remaja perempuan mempunyai citarasa yang sama dengan ibu bapa
menunjukkan kecenderungan hormat yang sama kepada kawan baiknya. Sebaliknya, remaja
lelaki adalah lemah dalam hubungan ini. Oleh itu, tiada bukti konflik ibubapa-kawan baik
domain dalam pemilihan citarasa. Orientasi yang kuat ke arah rasa rakan terbaik ini tidak
berkaitan dengan keengganan untuk pilihan ibu bapa.
KESIMPULAN

You might also like