You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN DR.

SULAIMAN
73000 TAMPIN, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
NBA 5053

MINIT MESYUARAT GURU PENYELARAS UNIT KO-KURIKULUM


KALI 1/2015

TARIKH
HARI
MASA
TEMPAT
PENGERUSI

: 11 Februari 2015
: Rabu
: 1.00 petang
: Bilik Mesyuarat PIBG, SK Dr. Sulaiman
: En. Lani bin Md Din

KEHADIRAN:
1. Pn. Afizah binti Abdullah
Guru Besar
2. En. Lani bin Md Din
GPK Ko-kurikulum
3. Pn. Norizan bt Hashim
Setiausaha Ko-kurikulum
4. Pn. Siti Norbaya binti Abdul Rahman
Pen. Setiausaha
5. En. Yusof bin Yunus
Setiausaha Sukan
6. Pn. Hjh Salmy binti Abu Bakar
Penyelaras Unit Beruniform
7. Pn. Zarina bt. Abdul Malek
Penyelaras Kelab & Persatuan
8. En. Roslan bin Mohd. Salleh
Penyelaras Sukan & Permainan

AGENDA:
1. Ucapan Aluan Pengerusi
1.1 Mengucapkan salam dan ucapan terima kasih atas kehadiran guruguru ke mesyurat ini. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada semua
guru kerana telah dilantik sebagai guru penyelaras unit ko-kurikulum.
1.2 Mengharapkan kerjasama dari semua guru penyelaras agar unit kokurikulum menempa pelbagai kejayaan pada tahun 2015 dan segala
aktiviti yang telah dirancangkan dapat dilaksanakan mengikut
perancangan yang telah ditetapkan.
Tindakan : Makluman

2. Ucapan Aluan Guru Besar

2.1 Mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang dapat menghadirkan
diri ke mesyuarat ini.
2.2 Mengingatkan guru-guru penyelaras bahawa ko-kurikulum dan sukan
sangat penting dan setiap kegiatan luar bilik darjah murid akan dinilai
dalam SKPM.
2.3 Beliau juga turut menyentuh dan mengingatkan guru penyelaras bahawa
kerjasama sangat penting bagi menentukan kejayaan kerja berpasukan.
Tindakan : Makluman

3. Tugas-tugas Penyelaras Unit


3.1 Semua guru penyelaras diminta untuk merujuk edaran yang Tugas-tugas
Guru Penyelaras Unit Ko-kurikulum.
3.2 Setiap masalah yang timbul hendaklah disuarakan kepada GPK Kokurikulum dan diselesaikan dengan sebaik mungkin.
3.3 Guru Penyelaras hendaklah sentiasa peka dan sensitif terhadap apa juga
bentuk aktiviti yang bakal dilaksanakan. Penekanan hendaklah diberikan
kepada konsep disiplin diri seperti ketepatan masa, kehadiran guru dan
murid, perancangan aktiviti, catatan buku log dan keselamatan guru dan
murid semasa menjalankan aktiviti hendaklah diberi keutamaan.
3.4 Jawatankuasa Pemantauan dan Penilaian Guru semasa aktiviti kokurikulum akan dijalankan dari masa ke semasa.
Tindakan : Semua guru Penyelaras
4. Takwim 2015
4.1.1 Takwim sekolah telah diedarkan dalam mesyuarat Ko-kurikulum yang
lalu. Walaubagaimanapun takwim tersebut akan dimurnikan semula
dengan takwim PPD dan juga JPN.
4.1.2 Semua guru penyelaras hendaklah memastikan kandungan fail dan
buku log setiap unit mematuhi kehendak senarai semak yang telah
ditetapkan oleh PPD Tampin dn juga JPNNS.
Tindakan : Semua guru Penyelaras

5. Kewangan
5.1 Anggaran perbelanjaan bagi tahun 2015 telah mengambil kira faktor murid
dan kemampuan pihak sekolah. Memandangkan peruntukan pada tahun
ini berkurang maka pihak sekolah dinasihatkan untuk berbelanja dengan
berhemah.
5.2 Walau bagaimanapun peruntukan tersebut masih belum diterima dan
sumbangan PIBG juga adalah terhad.

Tindakan : Makluman
6. Hal-hal Lain
6.1 Setiausaha Sukan berharap agar semua guru dapat memberikan
kerjasama dan tugas masing-masing untuk hari sukan sekolah yang
dijadualkan pada bulan Februari.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.00 petang..

Disediakan oleh:
Pen. Setiausaha Ko-kurikulum
SK Dr Sulaiman,Tampin.

You might also like