You are on page 1of 2

LAPORAN AKTIVITI DIY BUNGA

FESTIVAL SENI LIKU DAN PERASMIAN GALERI SENI


Sepanjang Festival Seni Liku dan Perasmian Galeri Seni berlangsung, terdapat pelbagai
aktiviti seni yang diadakan di ruang legar galeri. Jadi, saya dan Nur Ezzatul Ameera telah
ditugaskan untuk mengadakan aktiviti diy bunga pada 12 Ogos 2015 seperti yang telah
dirancang. Terdapat kekuatan dan kelemahan yang dapat dilihat sepanjang kami bertugas
menjaga tapak aktiviti diy bunga.
Antara kekuatan yang dapat dilihat ialah aktiviti ini mendapat sambutan yang
menggalakkan daripada pelawat yang hadir ke tapak aktiviti. Kunjungan dari siswi pendidik
dan pensyarah ke tapak kami tidak henti-henti dari pagi hinggalah ke petang. Hal ini
menyebabkan kami terpaksa membuka lagi satu tapak akibat tidak cukup ruang untuk
menampung pelawat yang mengunjungi tapak aktiviti diy bunga. Pelawat yang hadir begitu
berminat untuk menghasilkan bunga menggunakan kertas crepe.
Selain itu, hiasan tapak dan contoh bunga crepe yang menarik menjadi salah satu
faktor pelawat berminat mengunjungi tapak aktiviti kami. Susun atur meja, alat dan hiasan
yang sesuai dan strategik memudahkan pelawat mengunjungi dan membuat bunga crepe
tanpa sebarang masalah. Tambahan lagi, contoh bunga crepe yang telah siap telah menarik
minat pelawat untuk belajar cara menghasilkan bunga.
Disamping itu, kami telah membahagikan tugas agar aktiviti diy bunga ini berjalan
dengan lancar. Saya ditugaskan untuk mengajar cara menghasilkan bunga phoeny
manakala Nur Ezzatul pula ditugaskan mengajar bunga mawar. Pembahagian tugas ini
memudahkan kami untuk mengajar dan dapat memberi perhatian kepada pelawat yang
hadir. Jadi, pelawat boleh membuat pilihan untuk belajar menghasilkan bunga phoeny
ataupun mawar.
Penghasilan bunga crepe ini tidak banyak menggunakan bahan dan menjimatkan
kos. Bunga crepe ini hanya menggunakan kertas crepe, lidi, dawai dan gunting. Apatah lagi,
bahan ini sudah ada di studio seni dan kelas. Kami hanya menggunakan semula bahanbahan tersebut untuk membuat aktiviti diy bunga sekaligus dapat menjimatkan kos
perbelanjaan bagi aktiviti diy bunga.
Kelemahan yang ada sepanjang aktiviti diy bunga berlangsung adalah kerbersihan.
Hal ini kerana hasil guntingan dari kertas crepe berteraburan di lantai menyebabkan tapak

aktiviti ini bersepah dengan longgokan kertas. Walaupun sudah disediakan tong sampah di
tapak aktiviti namun ada segelintir pelawat yang tidak prihatin membiarkan hasil gunting itu
berteraburan di atas meja dan lantai. Apatah lagi faktor angin yang kuat ketika itu telah
menerbangkan kertas tersebut ke tapak aktiviti yang lain
Akhir sekali, saya berharap aktiviti diy bunga dapat diteruskan di IPGK PM pada
masa hadapan. Aktiviti ini dapat memberikan pengalaman dan pengetahuan yang berguna
mengenai cara menghasilkan bunga diy menggunakan kertas crepe kepada pelawat yang
hadir.
Disediakan oleh :

(NUR ATIQAH ADILAH BINTI MEDON)


AJK Diy Bunga

14 OGOS 2015

You might also like