You are on page 1of 16

Semester 2 Tahun 4 (Semester 8)

1.0

PENGENALAN

Guru merupakan golongan profesional yang diberi peranan penting sebagai


agen perubahan dalam masyarakat. Guru yang komited diperlukan untuk
menyediakan program pengajaran dan pembelajaran (PdP) berkualiti dan
berpegang teguh dengan strategi-strategi akauntabiliti yang berkesan (Noriati
et al. 2010). Selaku kakitangan sekolah, guru harus memberikan sepenuh
komitmen kepada pihak pentadbiran bagi melicinkan urusan berkaitan
pengurusan

sekolah

selain

memberikan

sokongan

padu

dalam

merealisasikan visi dan misi sekolah sepertimana yang telah digariskan


(Abdullah Sani et al. 2007). Komitmen guru menjadi salah satu faktor penting
dalam menentukan kejayaan perubahan sesuatu dasar dan agenda
pendidikan yang dirancang. Ia tidak sekadar ketika berada dalam waktu
bertugas di sekolah, malah pada bila-bila masa pun.
Selain menjalankan tugas PdP bidang tugas guru turut merangkumi
pelbagai perkara berkaitan dengan bidang pengurusan akademik termasuk
penglibatan dalam pengurusan kokurikulum, pengurusan kebajikan murid,
terlibat dalam mesyuarat serta menghadiri kursus dan seumpamanya (Noor
Akmar Haji Jais. (2006). Keadaan itu telah memperlihatkan kepelbagaian
tugas seorang guru dalam dunia pendidikan yang sentiasa wujud perubahan
seiring dengan keperluan semasa (Mohamad Najib, 2004). Matlamat utama
pendidikan di Malaysia ialah untuk menampung keperluan tenaga kerja dan
mencapai perpaduan negara melalui perkembangan individu yang bersepadu
dan menyeluruh dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS)
selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).
Bagi menyempurnakan hasrat FPK ini, para guru telah diamanahkan
untuk menjalankan tanggungjawab sebagai pendidik bukan sahaja dari segi
penyebaran ilmu bahkan dalam pembentukan sahsiah anak didiknya.
Profesion perguruan merupakan salah satu perjawatan dalam perkhidmatan
awam. Oleh yang demikian, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan
dan Tatatertib) telah diperkenalkan untuk menjadi panduan kepada guru dan
kaki tangan kerajaan yang lain dalam melaksanakan tanggungjawab yang
diamanahkan.

Nilam bt Hj Salleh/PPGBM1611/050315

Semester 2 Tahun 4 (Semester 8)

Dalam konteks pendidikan, setiap guru harus memahami sepenuhnya


peraturan Kelakuan dan Tatatertib 1993 dan telahpun dibuat pindaannya
pada 2002. Tujuan utama peraturan adalah untuk menjaga imej kerajaan
khasnya dan Perkhidmatan Awam amnya. Tindakan tatatertib merupakan
langkah yang perlu diikuti bagi menghukum pegawai awam yang didapati
melanggar

mana-mana

peraturan

supaya

dapat memperbaiki

tingkah

laku mereka pada masa hadapan dan pada masa yang sama dapatdijadikan
panduan kepada orang lain.
a)membelakangk
a)membelakangk
an
tugas demi
demi
an tugas
kepentingan
kepentingan
peribadi
peribadi

j)cuai
dalam
j)cuai dalam
tugas
tugas

c)menggunakan
c)menggunakan
kedudukan
kedudukan
awamnya
awamnya demi
demi
kepentingan
kepentingan diri
diri
sendiri
sendiri

i)ingkar
perintah
i)ingkar perintah

Peraturan
4(2);
Seseorang
pegawai tidak
boleh-

h)membawa
h)membawa
pengaruh
atau
pengaruh atau
tekanan
untuk
tekanan untuk
menyokong
menyokong
tuntutan
tuntutan
berkaitan
berkaitan
dengan
dengan
perkhidmatan
perkhidmatan
awam
awam

g)tidak
g)tidak
bertanggungjaw
bertanggungjaw
ab
ab

b)mementingkan
b)mementingkan
kepentingan
kepentingan
persendiriannya
persendiriannya
bercanggah
bercanggah
dengan
dengan tugas
tugas
awamnya
awamnya

d)memburukkan
d)memburukkan
dan
dan
mencemarkan
mencemarkan
nama
nama
perkhidmatan
perkhidmatan
awam
awam
e)kurang
e)kurang cekap
cekap
atau
atau kurang
kurang
berusaha
berusaha

f)tidak jujur
jujur dan
dan
f)tidak
tidak
amanah
tidak amanah

Rajah 1 : Peraturan 4(2)


Rasional

peraturan

tatatertib ini

dilaksanakan

adalah

untuk

memastikan pegawai awam ialah melaksanakan tugas dengan cekap,


beramanah dan bertanggungjawab, meletakkan kepentingan awam lebih
utama daripada kepentingan mereka sendiri, menjaga imej perkhidmatan
awam dan yang melakukan kesalahan atau melanggar peraturan dihukum.
1.1 Lima Jenis Salah Laku Guru yang Melanggar Peraturan 4(2)
Seorang guru perlu mempunyai moral dan disiplin diri yang diterap dengan
jelas dan jitu dalam membentuk diri menjadi seorang guru yang berakhlak
mulia. Guru menjunjung amanah sebagai pendidik yang perlu bersikap jujur
dan ikhlas terhadap pelajarnya, sekolah dan pentadbiran organisasi
pendidikan secara keseluruhannya. Guru perlu amanah dalam menjalankan
Nilam bt Hj Salleh/PPGBM1611/050315

Semester 2 Tahun 4 (Semester 8)

tugasnya.Amanah dan jujur dalam tugas sangat dipandang tinggi dalam


kerjaya perguruan, seseorang guru tidak boleh merungut, memberontak
dalam diam dan secara terang dan mengutuk pihak berkaitan jika ditugaskan
di sekolah di pedalaman atau negeri dan kawasan yang tidak mereka sukai.
Guru juga tidak boleh melakukan tugasan dan aktiviti seperti berikut yang
menjejaskan etika profesionalisme.
1.1.1 Menjalankan Kerjaya Sambilan
Berdasarkan peraturan 4(2)(a) dalam peraturan-peraturan Pegawai tidak
boleh membelakangkan tugas awamnya demi kepentingan peribadinya.
Dalam konteks seorang guru, guru mestilah mengutamakan tugas mengajar
yang mana tugas tersebut adalah tugas utama seorang guru. Jika guru
terbabit mengutamakan kepentingan peribadi dengan membelakangkan tugas
utamanya, maka guru tersebut telah melanggar peraturan ini.
Contohnya seorang guru berniaga di sekolah. Beliau menggunakan
waktu pengajaran untuk urusan jual beli dengan tidak masuk ke kelas dan
membiarkan murid tanpa pengawasan. Fenomena ini sering berlaku di manamana sekolah dan menjadi rungutan masyarakat kerana guru tidak lagi
menganggap perguruan sebagai profesion utama malah menjadikan kerja
sampingan sebagai kerja utama. Laporan Berita Harian Malaysia (4 Januari
2010) juga mendedahkan, guru yang terlibat dengan kerja luar hingga
mengabaikan tugas hakiki mereka di sekolah semata-mata ingin mengejar
pendapatan yang lumayan diakui wujud sebagai kes terpencil oleh persatuan
guru. (lampiran 1)
1.1.2 Menyalahgunakan harta benda sekolah untuk kepentingan diri.
Seorang guru yang menggunakan harta benda sekolah demi
kepentingan peribadi merupakan salah laku yang melanggar Peraturan 4(2)
(c). Dalam peraturan 4(2)(c), seseorang pegawai awam tidak boleh
berkelakuan dengan apa-apa cara yang mungkin menyebabkan syak yang
munasabah bahawa dia (i) telah membiarkan kepentingan peribadinya
bercanggah dengan tugas awamnya sehingga menjejaskan kebergunaannya
sebagai pegawai awam atau dia (ii) telah menggunakan kedudukan awamnya
bagi faedahnya sendiri.

Nilam bt Hj Salleh/PPGBM1611/050315

Semester 2 Tahun 4 (Semester 8)

Berdasarkan pemerhatian saya, antara salah laku dalam peraturan


4(2)(c) juga ialah guru menggunakan mesin fotostat untuk menyalin bahan
kerja kursus atau borang pinjaman peribadi. Situasi ini jelas kerana ada
pegawai bank yang datang ke sekolah mempromosikan pinjaman peribadi
dan tanpa disedari mereka menggunakan harta benda sekolah seperti mesin
cetak, mesin fotostat atau alat tulis untuk memenuhi keperluan pinjaman
berkenaan. Harta benda sekolah tidak boleh sewenangnya digunakan kerana
harta kerajaan adalah amanah dan harus menjadi tanggungjawab pegawai
awam menjaganya, bukan menggunakannya demi kepentingan peribadi.
1.1.3 Terlibat dalam kesalahan jenayah
Merujuk peraturan 4(2)(d) seseorang pegawai awam tidak boleh berkelakuan
nama baik perkhidmatan awam. Seseorang guru perlu berpegang pada etika
perguruan supaya profesion ini disanjung hingga akhir zaman.
Kesalahan jenayah seperti penagihan dadah, kes khalwat yang telah
disabitkan, rasuah, berjudi, merompak, gangguan seksual, berhutang dan
banyak lagi kes jenayah yang melibatkan guru saban hari dilaporkan. Guru
yang terlibat dalam kesalahan jenayah telah melanggar peraturan 4(2)(d)
kerana telah mencemar nama baik perkhidmatan awam. Amat memalukan
kerana sebagai seorang guru sepatutnya menjaga nama baik dan reputasi
organinsasi kerajaan.
Antara pendedahan akhbar tempatan berkaitan kesalahan jenayah
yang melibatkan guru ialah satu kes yang telah dilaporkan dalam akhbar
Sinar Harian pada 21 Oktober 2014 iaitu Seorang guru sekolah rendah
ditahan kerana disyaki terlibat penyalahgunaan dadah(lampiran 2). Kes
khalwat yang telah disabit kesalahan laporan akhbar Metro pada 17 Januari
2014 pula ialah Seorang guru besar dan guru wanita dihadapkan tuduhan
melakukan mukadimah zina(lampiran 3). Isu gangguan seksual oleh guru
disiplin yang disiarkan oleh Malaysia Kini pada 4 Mac 2011 (lampiran 4). Isu
ini amat mengejutkan masyarakat kerana mangsa dalam kes ini melibatkan11
orang pelajar perempuan yang berusia antara 15 dan 16 tahun.
1.1.4 Pecah Amanah

Nilam bt Hj Salleh/PPGBM1611/050315

Semester 2 Tahun 4 (Semester 8)

Salah laku guru yang keempat yang jelas melanggar peraturan pegawai
awam ialah pecah amanah merujuk kepada peraturan 4(2)(f) seorang
pegawai kerajaan tidak boleh tidak jujur dan tidak amanah. Contoh terkini dan
hangat diperkatakan ialah kes bocornya kertas peperiksaan UPSR pada
bulan September 2014. Tindakan yang dilakukan oleh guru berkenaan jelas
menyalahi etika keguruan dan tidak amanah dalam menjalankan tugas.
Lembaga Peperiksaan dan Kementerian Pendidikan menjadi mangsa
cemuhan(lampiran 5).

Rajah 2 : Salah satu kes pecah amanah


Satu lagi kes salah laku melibatkan pecah amanah oleh guru di
sekolah ialah seorang guru besar yang telah dijatuhkan hukuman penjara dua
tahun dan denda RM148,500 atas lima tuduhan salah guna kuasa
membabitkan bekalan pakaian seragam kokurikulum sekolah pada 2008 dan
2009 bernilai RM32,400(lampiran 6).
Kes-kes tersenarai di atas

merupakan pelanggaran peraturan-

peraturan Pegawai Awam oleh guru dalam perkhidmatannya. Guru telah tidak
amanah dan tidak jujur dalam menjalankan tugas serta menyalahgunakan
kuasa yang diberikan dengan dengan melakukan tindakan yang bertentangan
dengan peraturan 4(2)(f) seorang pegawai tidak boleh tidak jujur dan tidak
amanah.
1.1.5 Salah laku tidak hadir bertugas tanpa sebab munasabah
Dalam 4(2)(g) Seseorang pegawai tidak boleh tidak bertanggungjawab;
Contoh pelanggaran peraturan 4(2)(g) ialah tidak hadir bertugas tanpa cuti
atau tanpa kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah. Berdasarkan
pemerhatian memalsukan sijil cuti sakit

Nilam bt Hj Salleh/PPGBM1611/050315

merupakan satu kesalahan yang

Semester 2 Tahun 4 (Semester 8)

serius kerana guru telah melanggar peraturan-peraturan pegawai awam. Sijil


cuti sakit tidak boleh sewenangnya diberi oleh doktor kecuali disahkan betul
tidak dapat menjalankan tugas dan perlu diberi cuti rehat. Tindakan guru yang
memalsukan sijil cuti sakit dan tidak hadir bertugas tanpa kebenaran jelas
menunjukkan guru tidak bertanggungjawab dalam tugasnya. Kementerian
Pelajaran menerusi Jabatan Pelajaran memandang serius isu ketidakhadiran
guru di sekolah.
Banyak kes yang dilaporkan seperti kes guru ponteng kerja dilaporkan
di akhbar-akhbar tempatan. Kenyataan yang dikeluarkan oleh dua orang
menteri yang terdapat di dalam artikel dalam Utusan Borneo (lampiran 7)
secara langsungnya mempertengahkan mengenai isu ponteng yang dilihat
semakin menular serta berleluasa di dalam kalangan guru guru di negara
ini.Semakin hari semakin banyak faktor penyebab yang dilihat menjadi punca
kepada gejala ini.Gejala ponteng dikalangan guru ini juga dilihat secara tidak
langsungnya telah mencemarkan nama profesion guru itu sendiri di samping
telah melanggar etika kerja profesion perguruan yang telah digubal.Justeru
itu,sebagai bakal guru,wajarlah isu guru ponteng ini dipertimbangkan serta
dibincangkan dengan serius dan mendalam kerana ianya mencerminkan
profesion perguruan yang selama ini dipandang mulia oleh masyarakat.
1.2 Implikasi terhadap perkhidmatan mereka di sekolah
Kes-kes salah laku guru

yang melanggar peraturan pegawai awam

(Kelakuak dan Tatatertib)1993 (Pindaan 2002) telah menimbulkan beberapa


implikasi terhadap perkhidmatan mereka di sekolah.
Implikasi terhadap PdP

implikasi terhadap
pandangan masyarakat

Implikasi terhadap
perkhidmatan

Implikasi terhadap
organisasi

Implikasi terhadap profesion


keguruan

Rajah 3 : Implikasi terhadap perkhidmatan

Nilam bt Hj Salleh/PPGBM1611/050315

Semester 2 Tahun 4 (Semester 8)

Implikasi terhadap pengajaran dan pembelajaran seperti berkaitan


tempoh masa pengajaran, kualiti pengajaran guru terjejas, kesan terhadap
organisasi seperti kakitangan lebih mengutamakan kerja sampingan daripada
tugas utamanya di tempat kerja (Mohd Aliff Mohd Nor. (2011), hubungan
kerjasama antara guru terjejas (Parham & Gordon, 2011), memberi kesan
negatif terhadap profesyen keguruan (Nor Azmawati Abdul Rahman(2009)
seperti produktiviti guru berkurangan (Hyder & Ahmed, 2009) dan kekurangan
tenaga (guru penat semasa mengajar) (Mohd Aliff Mohd Nor. (2011).
Kesemua kesan ini secara langsung boleh dilihat sebagai satu
tanggungan kepada organisasi sekolah. Oleh kerana kejayaan organisasi
banyak bergantung kepada kesungguhan dan komitmen yang diberikan oleh
kakitangan (Mohd Aliff Mohd Nor. (2011) maka, seharusnya tidak ada
sebarang halangan yang dapat menyumbang kepada kegagalan guru dalam
memberikan komitmen kepada organisasinya. Ini disebabkan komitmen
semua guru diperlukan bagi memastikan pengurusan sekolah dapat
dijalankan dengan jayanya. Menurut Abdullah Sani (2005) guru merupakan
penyumbang utama dalam mengerakkan organisasi sekolah bagi mencapai
misi dan visi agar selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Begitu jugalah dalam isu kebocoran kertas peperiksaan UPSR. Kerana
seorang dua yang tidak jujur dan pecah amanah, ramai guru yang komited
dan penuh ikhlas dalam perjuangan mendidik anak bangsa terpalit sama,
turut tercemar integriti mereka. Lebih malang apabila perbuatan tidak jujur
dan tidak amanah kita itu turut 'menghukum' sama anak-anak yang masih
putih suci minda mereka dan tidak tahu apa-apa. Tidak pasal-pasal mereka
yang

bertungkus-lumus

belajar,

membuat

persediaan

menghadapi

peperiksaan itu, yang tidak melihat pun 'soalan yang dibocorkan' itu, terpaksa
mendudukinya semula.
Justeru, pelanggaran guru dalam Peraturan-peraturan Pegawai
Awam(Kelakuan dan Tatatertib) 1993 boleh diambil tindakan Tatatertib oleh
Lembaga Tatatertib. Pihak Berkuasa Tatatertib boleh mengenakan manamana satu atau apa-apa kombinasi dua atau lebih daripada hukumanhukuman di bawah peraturan 38, P.U.(A)395/1993. Pegawai yang terlibat
dalam kesalahan melanggar peraturan akan diberikan amaran, dikenakan
denda, dilucutkan hak emolument seterusnya ditangguhkan pergerakan gaji,
diturunkan pangkat dan pembuangan kerja.
Nilam bt Hj Salleh/PPGBM1611/050315

Semester 2 Tahun 4 (Semester 8)

Sebagai guru, harus menjaga harus menjaga etika perguruan dan


sentiasa dalam peraturan-peraturan yang telah digariskan. Kawalan tatatertib
merupakan salah satu daripada elemen dalam pengurusan sumber manusia
yang penting. Matlamat kawalan tatatertib adalah bagi membentuk sikap yang
positif dan mencegah diri daripada berlakunya penyelewengan kerana
matlamat akhir adalah untuk membangunkan pegawai awam yang berkualiti,
berintegriti dan bermotivasi.
Guru

yang

mengabaikan

tanggungjawab

sebagai

guru

dan

membelakangkan tugas awamnya jelas tidak beretika dan melanggar


peraturan pegawai awam. Profesion keguruan memainkan peranan penting
dalam menjulang martabat pendidikan di negara kita.
2.0

ARTIKEL ISU PENDIDIKAN KES GURU BELASAH PELAJAR


Kes guru bertindak keterlaluan di sekolah semakin menjadi-jadi. Isu-isu

tersebut telah menjadi topik media dan bualan hangat di kalangan


masyarakat. Adakah kes yang pernah berlaku sebelum ini tidak memberi
pengajaran kepada warga pendidik agar lebih berhati-hati atas tindakan
mereka semasa menghukum dan mengambil tindakan terhadap pelajar. Saya
telah memilih artikel isu keganasan guru yang bertajuk 4 pelajar dakwa
dibelasah guru yang bertarikh 14 Februari 2014 sebagai artikel pilihan yang
menjurus kepada tekanan emosi guru.

Nilam bt Hj Salleh/PPGBM1611/050315

Semester 2 Tahun 4 (Semester 8)

Rajah 4 : Artikel siaran Utusan Online 14.2.2014


Empat pelajar tingkatan satu sebuah sekolah menengah di sini melalui
detik menakutkan apabila seorang guru lelaki mengamuk dan bertindak
membelasah mereka sehingga mengalami kecederaan. Dalam kejadian pukul
5 petang di makmal komputer sekolah itu, guru berkenaan didakwa
menendang sebelum menumbuk dua pelajar lelaki dan dua pelajar
perempuan. Seorang pelajar lelaki berusia 13 tahun mendakwa, dia
ditendang di muka oleh guru tersebut hanya kerana tidak membawa buku
latihan.

Seorang

lagi

mangsa

yang

merupakan

pelajar

perempuan

mendakwa, dia menerima nasib sama apabila guru yang bagaikan dirasuk

Nilam bt Hj Salleh/PPGBM1611/050315

Semester 2 Tahun 4 (Semester 8)

bertindak keluar dari makmal komputer dan menumbuk lima kali di bahagian
mukanya.
Susulan kejadian tersebut, pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)
Perak mengarahkan guru berkenaan direhatkan selama seminggu sehingga
19 Februari 2014. Pihaknya juga mendedahkan hasil siasatan awal mereka
berkaitan guru tersebut. Berdasarkan laporan pihak sekolah guru itu
dipercayai mengalami tekanan di samping masalah mental dan mereka telah
mengarahkan guru lelaki itu menjalani pemeriksaan kesihatan mental di
Hospital Manjung. Ini kerana tindakannya mencederakan empat pelajar itu
dilihat tidak normal berbanding hukuman rotan yang dianggap biasa(lampiran
8).

Rajah 5 : keratan akhbar Berita Harian 14.2.2014

2.1

Faktor-faktor yang menyumbang tekanan emosi di kalangan guru.


Berdasarkan artikel yang saya pilih itu, ternyata antara penyebab salah

laku guru terjadi akibat tekanan emosi guru. Terdapat beberapa faktor yang
menyumbang kepada tekanan emosi dalam kalangan guru di sekolah.

Nilam bt Hj Salleh/PPGBM1611/050315

10

Semester 2 Tahun 4 (Semester 8)

Masalah
Disiplin
Tekanan
daripada
pihak
pengurusan
Sekolah

Bebanan
Tugas

Faktor
tekanan
emosi
guru
Persekitaran
Kerja

Masalah
Peribadi

Rajah 6 : Faktor yang menyumbang kepada tekanan emosi


Faktor pertama yang menyumbang kepada tekanan emosi
dalam isu keganasan tersebut ialah masalah disiplin pelajar. Terdapat
segelintir guru yang berhadapan dengan masalah disiplin mahupun masalah
pencapaian akademik murid yang lemah, membuat penilaian bahawa murid
perlu dihukum sebagai peringatan, pengajaran dan kesedaran kepada
mereka. Antara contoh perlakuan pelajar yang membangkitkan kemarahan
guru termasuklah datang lewat ke kelas, membuat bising ketika sesi
pengajaran dan pembelajaran bermula, tidak hadir ke sekolah tanpa alasan
yang munasabah dan bersikap biadap dengan guru.
Perkara ini menyebabkan guru mengambil keputusan yang agak
drastik dan berasaskan emosi untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan
dengan disiplin pelajar. Walaupun tindakan ini melanggar etika dan tatatertib
seorang pendidik, namun kadangkala emosi yang tidak stabil boleh
menguasai kekuatan akal fikiran yang waras. Selain artikel tadi, terdapat
banyak contoh sebenarnya yang berkaitan dengan tindakan disiplin
berdasarkan emosi yang dilakukan oleh guru yang berkait dengan masalah
disiplin pelajar(lampiran 9)
Faktor kedua yang menyumbang kepada tekanan emosi di kalangan
guru pula ialah persekitaran kerja dan kerenah pelajar. Persekitaran kerja
yang kurang kondusif dan ditambah lagi dengan kerenah pelajar yang
bermacam ragam, guru terdedah dengan tekanan akibat tugas yang perlu
Nilam bt Hj Salleh/PPGBM1611/050315

11

Semester 2 Tahun 4 (Semester 8)

dilaksanakan. Kekurangan kemudahan di sekolah juga memberi tekanan


kepada guru apabila keperluan untuk mengajar tidak mencukupi dan guru
merasakan sesuatu yang tidak lengkap untuk memberikan pengajaran
kepada para murid.
Selain itu, guru juga tidak terlepas daripada berhadapan dengan
perlakuan dan sikap segelintir pelajar yang kadangkala menyakitkan
hati. Masalah-masalah seperti ini menyebabkan guru mengambil tindakan
berasaskan emosi untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan
disiplin pelajar walaupun tindakan ini bertentangan dengan etika dan tatatertib
seorang pendidik, namun kadangkala emosi yang tidak stabil boleh
menguasai pemikiran yang waras.
Faktor ketiga yang menyumbang kepada tekanan emosi di kalangan
guru ialah bebanan tugas di sekolah. Faktor bebanan tugas yang terlampau
banyak juga menyebabkan guru-guru mengalami masalah stress. Menurut
Esah Sulaiman (2003), guru merupakan pengurus pembelajaran yang
bertanggungjawab untuk merancang pengetahuan, kemahiran dan nilai yang
hendak diajar kepada pelajar setiap hari. Ini menunjukkan tanggungjawab
guru untuk menyediakan maklumat-maklumat untuk diajar tidak semudah
yang disangkakan.
Guru juga dibebankan dengan tugas-tugas lain seperti tugas
pentadbiran sekolah contohnya merancang dan menjalankan aktiviti sekolah,
menjadi penasihat persatuan dan kelab, menjalani kursus yang telah
ditetapkan oleh pihak sekolah atau Jabatan Pendidikan Negeri dan
sebagainya. Perkara ini mungkin dilihat mudah oleh sesetengah pihak namun
ia merupakan bebanan yang amat tinggi kepada para guru kerana mereka
terpaksa melakukan pelbagai jenis kerja yang berkaitan dengan akademik,
kokurikulum dan pentadbiran sekaligus setiap hari. Tambahan pula,
adakalanya tugas-tugas ini perlu diselesaikan pada hari minggu sehingga
menyebabkan guru tidak mendapat ruang waktu untuk berehat dan bersama
keluarga.
Faktor keempat pula adalah tekanan emosi kemungkinan berpunca
daripada masalah peribadi seperti kesihatan, masalah kewangan, aktiviti
riadah, perhubungan dan taraf hidup. Masalah kesihatan adalah antara
Nilam bt Hj Salleh/PPGBM1611/050315

12

Semester 2 Tahun 4 (Semester 8)

masalah utama yang sering menghantui golongan guru. Antara penyakit yang
popular ialah darah tinggi, sakit jantung, gout dan banyak lagi penyakitpenyakit lain. Guru yang mengalami masalah kewangan dan dibebani hutang
juga akan mengalami tekanan emosi yang boleh menganggu prestasi kerja
guru terbabit di sekolah. Masalah-masalah yang berpunca daripada peribadi
guru ini akan menganggu prestasi kerja guru di sekolah apabila mereka
terlalu memikirkan tentang masalah peribadi dan tidak fokus kepada tugasan
hakiki di sekolah.
Faktor kelima yang menyumbang kepada tekanan emosi dalam
kalangan guru ialah tekanan daripada pihak pengurusan sekolah. Menurut
Ramaiah (1999), kepimpinan adalah satu fenomena yang melibatkan suatu
proses bagi manusia menggunakan kemahiran akal fikiran dan potensinya
yang melibatkan keupayaan, kebolehan dan kebijaksanaan bagi seseorang
untuk memerintah, mengarah, mendorong ataupun untuk mempengaruhi. Ini
bermakna, seseorang pemimpin hendaklah menggunakan segala kebolehan
yang ada padanya untuk memimpin dengan cekap dan baik. Pemimpin di
sekolah adalah guru besar ataupun pengetua. Sebagai pemimpin di sekolah,
etika kepimpinan yang betul adalah penting bagi mewujudkan kepimpinan
melalui teladan.
Guru besar atau pengetua hendaklah memiliki daya kepimpinan yang
tinggi untuk mencorak suasana sekolah yang kondusif dan hubungan antara
guru juga dalam keadaan yang baik serta mempunyai rasa kepunyaan yang
tinggi terhadap sekolah. Apabila pemimpin di sekolah tidak memimpin dengan
baik dan tidak mentadbirurus dengan sistematik, guru-guru adalah orang
yang akan menjadi mangsa. Guru akan merasa lebih tertekan sekiranya
terpaksa berhadapan dengan pemimpin yang sombong dan mengamalkan
birokrasi yang berlebihan di sekolah.
2.2

Tindakan yang perlu diambil untuk mengelak tekanan emosi


Pengurusan tekanan emosi di kalangan bakal guru adalah amat

penting untuk menyiapkan diri untuk berdepan cabaran sebenar alam


pekerjaan sebagai seorang guru. Langkah-langkah yang betul perlu diambil
semua guru, khususnya bakal guru untuk mengelakkan tekanan emosi di
sekolah nanti.
Nilam bt Hj Salleh/PPGBM1611/050315

13

Semester 2 Tahun 4 (Semester 8)

lengkapkan
diri dengan
ilmu
berkaitan
tekanan
emosi

Tindakan
guru bagi
mengelak
tekanan
emosi

mengamalk
an gaya
hidup sihat

libatkan diri
dalam
aktiviti
sosial

bijak
mengusrus
masa

berfikiran
positif
menerima
tugas

Rajah 7: Tindakan guru begi mengelak tekanan emosi


Pertama, setiap bakal guru haruslah mempersiapkan diri dengan
pengetahuan berkaitan stres dan cara menanganinya. Antara perkara yang
perlu diketahui ialah berkaitan dengan kajian yang dijalankan oleh Shahril @
Charil Marzuki Yahya Bin Don (2007). Dengan mengetahui tanda-tanda awal,
bakal guru akan mampu untuk bertindak dan mencegah tekanan emosi
dengan

menggunakan

teknik

relaksasi

progresif.

Teknik

ini

adalah

berasaskan pernafasan dan mampu membantu untuk merehatkan badan


dengan efektif. Dengan menguasai teknik ini, bakal guru akan mampu untuk
melakukannya di mana-mana sahaja apabila perlu bagi mengingatkan diri
bahawa akan sentiasa ada jalan untuk menyelesaikan sesuatu.
Kedua, dalam menjalankan tugas, bakal guru perlu bijak
mengurus masa. Seseorang guru harus berkebolehan menguruskan masa
dengan sistematik supaya tidak terlalu beban dengan apa sahaja tugas yang
dipertanggungjawabkan. Jangan sekali cuba mencapai terlalu banyak tugas
dalam masa yang singkat. Keinginan untuk mencapai terlalu banyak tugas
dalam sehari, akan menyebabkan mutu kerja mereka merosot. Akhirnya
tugas-tugas tersebut memberi tekanan kepada guru. Oleh itu, guru perlu
mengurus tugas- tugas mengikut keutamaan. Selain itu, setiap guru tidak
harus mengamalkan sikap suka menangguhkan kerja kerana amalan ini akan
mengundang tekanan emosi.

Nilam bt Hj Salleh/PPGBM1611/050315

14

Semester 2 Tahun 4 (Semester 8)

Tindakan yang ketiga pula ialah seorang guru harus sentiasa


berfikiran positif ketika menerima tugasan yang diberikan. Walaupun bukan
semua stres boleh dielakkan dan kadang kala adalah tidak sesuai untuk
mengelakkan situasi yang perlu ditangani, terdapat juga stres yang boleh
disingkirkan oleh guru dalam tanggungjawabnya. Seseorang guru perlu
berfikiran positif apabila menerima sesuatu tugas meskipun kurang
berkemahiran

dalam

bidang

tersebut.

Berani

menerima

cabaran

sememangnya perlu ada dalam diri seorang bakal guru. Contohnya, seorang
guru Sains boleh menolak tugas sebagai guru pembimbing pasukan koir di
mana beliau memang langsung tidak mempunyai sebarang pengetahuan
dalam bidang muzik. Guru harus berfikiran positif bagi mengelakkan tekanan
emosi dengan berusaha untuk belajar sesuatu yang baru.
Keempat, bakal guru seharusnya melibatkan diri dalam aktiviti
sosial dan keagamaan. Kajian Abu Omar bin Mos (1996) menunjukkan
kepentingan sokongan sosial dalam menangani tekanan di kalangan guruguru. Guru juga boleh bersosial dengan teman-teman rapat dalam masa yang
sama untuk bertukar-tukar pandangan dan pendapat tentang sesuatu isu.
Dengan melibatkan

diri dengan aktiviti sosial dalam masyarakat akan

membuatkan bakal guru melupakan seketika masalah dan bebanan tugas di


sekolah. Secara tidak langsung akan membantu bakal guru mengawal
tekanan emosi apabila berhadapan dengan tugas.
Tindakan yang kelima ialah mengamalkan gaya hidup sihat.
Pengetahuan dalam senaman rutin dan pelan makanan seimbang boleh
membantu guru menangani stress. Seorang guru perlu memberi perhatian
kepada penjagaan kesihatan dan kecergasan diri. Perbanyakkan melakukan
dan menyertai aktiviti yang menjurus kepada senaman berbentuk fizikal
seperti aerobik dan bermain badminton serta melakukan secara beramairamai bagi menimbulkan suasana yang harmoni dan penuh gelak-ketawa. Ini
termasuklah menjaga soal pemakanan dengan pengambilan makanan yang
seimbang

serta

banyak

menghabiskan

masa

dengan

keluarga

dan

mengelakkan gaya hidup yang negatif seperti merokok, minum arak, berhibur
di kelab malam dan sering tidur lewat.

Nilam bt Hj Salleh/PPGBM1611/050315

15

Semester 2 Tahun 4 (Semester 8)

2.3

Kesimpulan
Tekanan emosi sememangnya berlaku dalam profesion perguruan

kerana profesion perguruan merupakan salah satu profesion yang sering


berhadapan dengan pelbagai tanggungjawab yang diamanahkan oleh pihak
pengurusan selain perlu menunaikan tugas harian atau tugas utama mereka
di dalam bilik darjah. Dalam proses melaksanakan tugas dan tanggungjawab,
guru pasti akan menemukan halangan, kesuntukan masa dan perselisihan
faham antara guru. Jadi sebagai seorang pendidik, kita bukan sahaja perlu
bersiap sedia dari segi fizikal tetapi juga dari segi mental. Hal ini adalah
kerana dalam abad kini yang ditempuhi pelbagai cabaran dan perubahan, jika
seseorang guru tidak dapat mengadaptasi perubahan, menyelesaikan
masalah atau menangani cabaran yang dihadapi, mereka pasti akan
mengalami tekanan emosi.
Jadi, guru perlu kenal pasti diri sendiri dan bijak untuk memilih langkah
terbaik agar dapat menangani tekanan emosi dengan berkesan. Tekanan
emosi tidak boleh dibiarkan menguasai diri kerana implikasinya terlalu besar.
Orang yang sedang dalam tekanan yang keterlaluan selalunya tidak dapat
mengawal diri sendiri. Justeru, jika kita sedang mengalami tekanan emosi,
berusahalah untuk mengatasinya secepat mungkin. Begitu juga jika kita
melihat rakan guru yang sedang dalam tekanan, carilah jalan untuk
membantunya mengatasi masalah tersebut. Cegah sebelum parah adalah
jalan yang terbaik sebelum nasi menjadi bubur.

Nilam bt Hj Salleh/PPGBM1611/050315

16

You might also like