You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI LANGKAP, SETIU

MINIT MESYUARAT PANITIA TEKNOLOGI MULTIMEDIA DAN KOMUNIKASI (TMK)


KALI PERTAMA
2015
Tarikh: 18 Januari 2015
Masa: 1.30 pm 2.30 pm
Tempat: Bilik Mesyuarat
Kehadiran:
1.
2.
3.
4.

En Mohd Fairus Harun


Pn Rosuliana Abdullah
Pn Zainab bt Yaacob
En Mohd Kamal Ismail

Tidak Hadir:
Tiada
1.0 Ucapan Pengerusi
1.1 Pengerusi mengucapkan salam dan mengalu-alukan kedatangan guru-guru untuk
mesyuarat kali pertama tahun ini. Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah.
1.2 Pengerusi memaklumkan pelantikan Pn Rosuliana sebagai Setiausaha Panitia TMK
sekolah bagi tahun 2015.
Makluman
2.0 Penerangan Subjek TMK Tahun 4 dan TMK Tahun 5
2.1
Pengerusi menerangkan bahawa TMK ini diajar 6 bulan selang seli dengan RBT.
Namun TMK tidak boleh diajar secara 6 bulan TMK 6 bulan RBT kerana boleh
Mendatangkan masalah kepada murid-murid apabila bertukar sekolah.
2.2

Pengerusi menyatakan bahawa keputusan sekolah adalah membuat giliran 1 minggu


TMK Dan 1 minggu RBT. Subjek TMK akan diajar 1 jam seminggu.

2.3

Pengerusi juga menyatakan bahawa AJK TMK ini dianggotai oleh guru TMK dan
guru ICTL yang diletakkan dalam AJK TMK kerana penggunaan makmal Komputer.

2.4

Ketua panitia menerangkan DSKP TMK Tahun 4 mengenai komputer. Tahun 4 ada 7
tajuk dalam 2 modul.

2.5

Modul 1

: Modul Dunia Komputer

Modul 2

: Modul Elemen Multimedia

Seterusnya beliau menyambung penerangan DSKP TMK Tahun 5.

3.0 Penyelarasan Buku Rekod Mengajar dan Rancangan Tahunan


3.1 Ketua Panitia memaklumkan bahawa penulisan buku rekod mengajar ditulis dalam Bahasa
Malaysia .
3.2 Perkara-perkara yang perlu ada semasa penulisan rancangan harian TMK Tahun 4 seperti
berikut:Tema:
Tajuk:
STD Kandungan:
Objektif/Hasil pem:
Aktiviti:
EMK:
Refleksi:
4.0 Penyelaras Tahun dan Pengagihan Tugas 2015
4.1 Ketua Panitia menyatakan carta organisasi TMK Tahun 4 dan Tahun 5 serta borang
biodata guru.
Setiausaha
4.2 Ketua panitia menyatakan supaya guru-guru menyemak dan memberi latihan kepada
murid-murid.
Semua Guru
5.0 Perancangan Tahun 2015
5.1 Ketua panitia menyatakan tidak ada maklumat tentang perancangan aktiviti yang
diarahkan oleh JPN namun akan mewujudkan aktiviti di peringkat sekolah.
6.0 Peruntukan Kewangan
6.1 Peruntukan kewangan bagi TMK KSSR belum diketahui lagi kerana belum diberitahu
oleh pihak pengurusan.
6.2 Semua guru diminta menyenaraikan alatan yang hendak dibeli dan menyerahkan kepada
ketua Panitia.
7.0 Hal-hal lain
7.1 Ketua Panitia memohon kerjasama semua guru agar dapat menyampaikan pengajaran
yang sebaik baiknya kerana TMK merupakan subjek baru bagi murid Tahun 4 dan juga
Tahun 5.
7.2 Setiausaha akan menyediakan carta organisasi untuk dilengkapkan di papan kenyataan
tersebut.
7.3 Ketua panitia menyatakan format peperiksaan belum ditentukan lagi. Ketua panitia akan
bertanya dengan rakan-rakannya.

Pengerusi merakamkan ucapan terima kasih kepada semua guru dan mengharapkan dapat
melaksanakan tugas dengan lebih baik lagi pada tahun 2015.Mesyuarat diakhiri dengan
bacaan surah Al-Asr dan ditangguhkan pada pukul 2.30 petang.

Disediakan oleh,

--------------------------(Pn. Rosuliana bt Abdullah )


Setiausaha Panitia TMK

Disemak oleh

-----------------------------( En. Mohd Fairus bin Harun)


Ketua Panitia TMK

You might also like