You are on page 1of 4

Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh,

Terima kasih kepada pengacara majlis,


Yang Berbahagia Tuan Haji Fauzan bin Sukimi, Pegawai Pelajaran
Daerah Kulaijaya,
Yang Amat Berusaha, Ustaz Indra Shahril bin Haji Ali, Pegawai Khidmat
Nasihat, Pejabat Kadi Daerah Kulaijaya,
Yang Berusaha Ustaz Mohd Noh bin Mustafa, Pegawai Penguasa,
Pejabat Kadi Daerah Kulaijaya,
Yang Dihormati Pegawai-pegawai dari Pejabat Kadi Daerah Kulaijaya,
Guru-guru kanan, guru-guru dan yang dikasihi semua murid sekalian.
Saya terlebih dahulu mengucapkan selamat datang kepada Yang
Berbahagia Tuan PPD Kulaijaya ke SMK Kulai Besar bagi
menyempurnakan Majlis Perasmian Program Remaja Firdaus 2011.
Selamat datang juga diucapkan kepada pegawai-pegawai daripada
Pejabat Kadi Daerah Kulaijaya ke sekolah kami.
Saya mewakili pengetua melafazkan penghargaan yang tidak terhingga
kepada Pejabat Kadi Daerah Kulaijaya, yang telah memilih sekolah
kami untuk melancarkan program ini. Pemilihan sekolah ini pada hemat
saya sangat bertepatan jika diambil kira dari aspek kepadatan murid
Islam dan cabaran-cabaran gejala sosial yang sentiasa menggamit
setiap langkahan murid-murid sekolah ini semasa ke sekolah.
Sidang hadiran sekalian, program ini umpama Orang Mengantuk
Disorongkan Bantal kerana pihak sekolah sebenarnya sedang
merancang beberapa aktiviti yang difikirkan dapat memberi kesedaran
kepada remaja sekolah ini mengenai ancaman gejala sosial yang boleh
menjebak mereka.
Untuk makluman Tuan PPD, program ini dibiayai oleh Pejabat Kadi
Daerah. Program ini melibatkan sejumlah 200 orang murid Islam iaitu
gabungan murid dari tingkatan 3 dan tingkatan 5. Untuk makluman
Tuan PPD dan tuan-tuan dari Pejabat Kadi Daerah bilangan murid
sekolah ini ialah seramai 1986 orang dan 1104 (55.56%) daripadanya
adalah kaum Melayu.
Saya berharap program ini dapat memberi kesedaran kepada semua
murid tentang bagaimanakah sebenarnya remaja harus mengatur
kehidupan yang singkat ini mengikut landasan yang diredai Allah S.W.T.

Semoga ucapan Tuan PPD, sesi ceramah dan pameran yang di adakan
ini dapat dihayati dan diikuti dengan keazaman yang kuat untuk anda
berubah dan menjadi remaja yang berakhlak yang seterusnya bakal
mewarisi kepimpinan pada masa hadapan.
Remaja Hari Ini Adalah Pemimpin Hari Esok, Pemuda Harapan
Bangsa, Pemudi Tiang Negara, Remaja Tunggak Negara, itulah
antara beberapa ungkapan yang kerap kita dengar apabila bercakap
mengenai peranan remaja. Hakikat ini adalah satu kenyataan yang
tidak boleh dinafikan oleh para remaja, baik yang lelaki mahupun yang
perempuan.
Remaja hari ini akan membesar menjadi orang dewasa pada satu masa
nanti dan remaja hari ini akan mengambil pucuk pimpinan negara,
paling tidak pun bakal menjadi ketua kepada organisasi atau ketua
keluarga apabila sudah berumah tangga.
Atas rasional inilah, Program Remaja Firdaus ini dilaksanakan oleh
Pejabat Kadi Daerah Kulaijaya di bawah Unit pembangunan Keluarga
bagi membantu dan membimbing para remaja agar mempunyai jati diri
yang kukuh, berilmu, beriman dan bertakwa serta mengamalkan nilinilai murni dalam kehidupan. Remaja perlu dibimbing agar tidak
terjebak dalam perkara yang merugikan masa hadapan diri, keluarga
dan negara.
Cabaran dan halangan bagi membentuk kekuatan fizikal dan mental
perlu diharungi dengan penuh optimis. Segala kelemahan dan
kegagalan perlu ditangani berasaskan keimanan agar menjadi benteng
serta terpelihara daripada perkara yang meruntuhkan.
Sebagai mengakhiri ucapan ini, saya sekali lagi mengucapkan terima
kasih dan penghargaan kepada Tuan PPD yang sudi hadir
melapangkan masa bagi merasmikan majlis ini. Terima kasih kepada
Unit Pembangunan Keluarga, Pejabat Kadi Daerah Kulaijaya yang
memilih sekolah ini untuk melancarkan program yang murni ini. Tidak
dilupakan terima kasih kepada seluruh Jawatankuasa Kerja Program
Remaja Firdaus 2011.
Sekian Wassalamualakum dan terima kasih

SEMPENA PELANCARAN MINGGU PENDIDIKAN DAN PENCEGAHAN

DADAH SMKGS 2012


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera
Terlebih dahulu saya merakamkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah
SWT kerana atas izin-Nya jua kita warga sekolah pada hari ini dapat
bersama-sama menyempurnakan Majlis Pelancaran Minggu
Pendidikan dan Pencegahan Dadah pada tahun 2012 ini.
Sebagaimana yang kita sedia maklum, tanggal 19 Februari setiap
tahun diisytiharkan sebagai Hari Anti Dadah Kebangsaan. Ini
menunjukkan negara kita amat komited untuk memerangi musuh
nombor 1 negara ke arah mencapai sasaran Malaysia Bebas Dadah.
Murid-murid yang dikasihi sekalian,
Menurut Kamus Dewan,dadah ditakrifkan sebagai ubat-ubatan.
Sememangnya ubat itu adalah dadah tetapi digunakan dalam dos
yang terkawal.
Dadah juga terbahagi kepada beberapa jenis contohnya
morfin,heroin,kokain,syabu,ganja dan banyak lagi. Kesan dadah juga
berbeza-beza bergantung kepada dos dan cara pengambilan. Ada
yang muntah-muntah,badan menggeletar dan boleh membawa
kepada kematian.
Bagi pelajar pula, antara tanda awal yang boleh dikesan jika terlibat
dengan dadah ialah; sering ponteng sekolah, datang sekolah pada
hari-hari tertentu sahaja, prestasi akademik merosot dengan
mendadak, mata merah, sering mengantuk di dalam kelas dan
sering ke tandas.
Pelajar-pelajar yang dikasihi, jika anak-anak pelajar tidak mahu
terlibat dengan najis dadah, jauhilah dahulu rokok kerana bermula
dengan rokoklah pelajar-pelajar akan terlibat dengan dadah pula.
Ingatlah,dadah,sekali mencuba,deritanya akan ditanggung seumur
hidup pelajar.
Banyak masalah sosial lain yang akan timbul akibat terlibat dengan
najis dadah. Mula-mula pelajar akan membohongi ibu bapa, mencuri
wang untuk mendapatkan bekalan dadah dan jika tidak mendapat
apa yang diinginkan, tidak mustahil pelajar sanggup membunuh
asalkan hajat dapat dipenuhi.
Banyak kisah teladan yang telah dipaparkan sama ada dalam
drama-drama ataupun berita-berita dalam akhbar. Tidak lupa juga
kisah tentang keldai dadah. Tahukah pelajar-pelajar siapa itu keldai
dadah?
Sehubungan dengan itu, pihak sekolah telah merangka pelbagai
aktiviti untuk memberi kesedaran kepada pelajar tentang bahaya
dadah. Sertailah segala aktiviti yang akan diadakan sama ada
ceramah, pameran, kuiz dan pertandingan-pertandingan lain.
Akhir kata, pihak sekolah akan terus berusaha untuk membendung
masalah dadah ini hingga ke akar umbi dengan melibatkan semua
agensi sesuai dengan tema 1 Malaysia Membanteras Dadah .
Dengan ini, saya dengan lafaz Bismillahirrahmanrrahim merasmikan
Pelancaran Minggu Pendidikan dan Pencegahan Dadah Peringkat
Sekolah 2012.
Sekian.

Wabillahitaufik Walhidayah, Wassalammualaikum Warahmatullahi


Wabarakatuh

You might also like