You are on page 1of 21

Matlamat Dan Objektif Makmal Komputer Dan Pusat Akses SK Bertam Indah

Matlamat
1. Mewujudkan kalangan murid yang celik komputer.
2. Meningkatkan pencapaian teknologi dikalangan murid murid.
3. Melahir dan memupuk perasaan tanggungjawab terhadap pentingnya mempelajari bidang ICT
supaya tidak ketinggalan zaman.
4. Membantu murid meningkatkan pengetahuan komputer dan memupuk sikap positif terhadap
ICT dan perkomputeran.

Objektif
1. Mempertingkatkan tahap pengetahuan mueid-murid terhadap ICT dan komputer.
2. Memastikan murid-murid memahami asas komputer dan cara mengendalikannya dengan cara
yang betul.
3. Memastikan murid mahir perisian-perisian asas yang dapat membantu murid dalam
pembelajaran.
4. Mengaplikasikan pengetahuan perkomputeran dalam kaedah pembelajaran.
5. Membentuk sahsiah dan disiplin diri dalam proses membuat keputusan bijak dalam kehidupan.
PENGURUSAN MAKMAL KOMPUTER SEKOLAH

Objektif Penubuhan Makmal dan Kelab Komputer Sekolah adalah untuk :

Meningkatkan literasi komputer di kalangan pelajar.

Menggalakkan minat dan rasa ingin tahu mengenai komputer.

Menyediakan peluang dan kemudahan mempelajari pengatucaraan komputer kepada


pelajar dan guru.

Menggalakkan perkongsian idea, maklumat dan pengetahuan di kalangan pelajar antara


kelab dan individu dalam masyarakat.

Menggalakkan penyertaan , kerjasama dan motivasi dalam proses pembelajaran

Menggalakkan penggunaan komputer untuk membantu aktiviti sekolah dan masyarakat.

Membantu pelajar berhadapan dengan kehidupan yang semakin berorientasikan


komputer.

Memupuk sikap yang positif dan mengurangkan kekeliruan mengenai penggunaan


komputer dalam kehidupan.

Meningkatkan penglibatan pelajar dalam pendidikan komputer dengan menggalakkan


penggunaan komputer secara positif.

Organisasi dan Jawatankuasa Pengurusan Makmal Komputer


Bagi melincinkan dan melancarkan pengurusan sesebuah makmal komputer dengan sempurna
sebuah jawatankuasa perlu ditubuhkan bagi menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan makmal
komputer. Jawatankuasa pengurusan makmal komputer boleh ditubuhkan berdasarkan
kepentingan dan keadaan sesebuah makmal itu sendiri.
Penasihat
Penasihat Penasihat terdiri dari guru yang mengajar apa jua matapelajaran. Disamping minat
yang mendalam dan motivasi yang tinggi, guru penasihat mestilah mempunyai dedikasi yang
tinggi dan rasa penglibatan ikhtisas yang sepenuhnya.
Peranan Guru Penasihat.

Menubuhkan sebuah jawatankuasa yang dianggotai oleh pelajar-pelajar yang akan


membantu dalam perancangan dan pengurusan makmal dan kelab komputer.

Membimbing jawatankuasa kelab dalam merancang dan menghasilkan aktiviti-aktiviti


yang menarik dan memelihara minat pelajar yang berbeza-beza kebolehan dalam
penggunaan komputer serta mempunyai keseimbangan dari segi nilai pengetahuan, nilai
sosial dan nilai rekreasinya.

Mengatur jadual bagi penggunaan komputer oleh ahli-ahli dan pembahagian tugas
penyeliaan oleh ahli jawatankuasa.

Menyertai semua perjumpaan formal yang diadakan oleh kelab.

Mengadakan perhubungan dengan kelab komputer dari sekolah-sekolah lain dalam usaha
mendalami pengetahuannya dan pembahagian aktiviti kelab.

Bilangan guru penasihat adalah bergantung kepada bilangan ahli kelab. Penasihat
makmal atau kelab komputer sebaik-baiknya mendapat pendedahan dalam penggunaan
komputer dan mengikuti latihan dalam pengurusan kelab komputer sekolah. Kandungan
latihan sekurang-kurangnya meliputi.

Kemudahan Fizikal

Bilik mestilah selesa dan keluasannya mencukupi untuk menampung bilangan komputer,
ini pula bergantung kepada peruntukan yang diberi oleh Kementerian Pendidikan ,
Syarikat Swasta atau orang perseorangan.

Bilik komputer sesuai dan boleh dihubungkan secara "Local Area Networking"
menggunakan Windos Nt untuk program pembelajaran berbantukan komputer boleh
dijalankan.

Peralatan untuk pengajaran komputer seperti perisian, panel LCD, OHP dan skrin
tayangan perlu diadakan.

Kemudahan perabut yang mencukupi termasuk meja, kerusi, almari, rak, papan tulis
(white board) dan perkakasan lain seperti penyedut hampagas dan penyapu.

Sistem pendawaian elektrik pula mestilah selamat dan mengikut piawaian yang telah
ditetapkan oleh Bahagian Pendawaian Jabatan Kerja Raya atau pengesahan dari pihak
swasta yang bertauliah.

Alat bantuan kebakaran seharusnya disediakan sebagai langkah persediaan untuk


kebakaran.

Lokasi makmal komputer sebaik-baiknya hendaklah berhampiran dengan bilik guru atau
pejabat sekolah. Ini bersesuai kerana kerana dari segi keselamatan ia mudah dikawal selia
juga memudahkan guru dan pelajar berulang-alik. Elakkan bilik komputer yang
berjauhan dan terpencil, ini akan memudahkan berlakunya pecah masuk terutamanya
pada masa cuti sekolah.

Keselamatan Makmal.
Bagi menjamin keselamatan makmal dan penggunanya juga perkakasannya beberapa ciri-ciri
yang perlu diikuti seperti :
o Talian elektrik mesti dilindungi dari capaian pelajar .
o kedua-dua pintu tidak boleh dikunci semasa kelas berjalan Pastikan pelan larian
kecemasan ditempatkan disekitar kawasan maklaml agar pelajar dapat mengetahui kearah
mana mereka patut pergi jika berlaku kecemasan atau kebakaran.

o Sebaik-baiknya adakan latihan kebakaran secara berkala dengan bantuan Jabatan Bomba
dan Penyelamat atau guru-guru yang berpengalaman.
o Maklumat seperti soalan peperiksaan , maklumat pelajar dan guru perlu dijaga dan orangorang tertentu sahaja yang boleh mendapatkannya.
o Simpan "backup" khasnya untuk data yang penting.
o Adakan perisian Anti Virus yang terkini.
Peraturan Makmal Komputer

Semua pengguna dilarang membawa makanan atau minuman masuk ke dalam makmal
komputer.

Beg dilarang sama sekali dibawa ke makmal komputer.

Pengguna dilarang membawa masuk/keluar perisian atau diskett dari luar/ dalam ke
makmal komputer kecuali dengan izin guru komputer.

Guru yang membawa pelajar ke makmal komputer perlu merekod terlebih dahulu nama
guru, tingkatan ,waktu dan nombor komputer yang digunakan ke dalam buku log /catatan
sebelum memulakan operasi.

Pelajar dan pengguna lain tidak dibenarkan memakai kasut semasa di makmal komputer .
Kemaskan makmal komputer sebelum meninggalkannya

Laporkan kepada guru pengawas dengan segera jika terdapat sebarang keadaan yang
ganjil seperti bunyi, bau benda terbakar atau apa sahaja yang disyaki dan ganjil.

Penyenggaraan Komputer
Dalam pengurusan penyenggaraan dan baikpulih komputer beberapa borang/risalah perlu
disediakan seperti borang-borang dan risalah di bawah:
o Risalah Panduan
o Jadual Perancangan
o Jadual Penggunaan
o Sistem computer
o Buku Log

o Buku Stok
o Rekod Kewangan
o Peraturan Makmal
o Rekod Laporan Kerosakan
o Jadual Tugas Guru Komputer
o Rekod Pinjaman/ Pulangan
o Hak Cipta/ Etika
o Organisasi jawatankuasa
o Keselamatan Makmal
o Jenayah Komputer
o Keselamatan Virus
o Rekod Stok/Inventori
o Pengendalian dan Penggunaan Perisian Cakera Start, Cakera Data, Cakera Luar dan
Perisian Asli.
Sistem Fail

Surat Menyurat

Minit Mesyuarat

Kewangan

Pekeliling

Jadual Pengajaran

Sukatan Pelajaran

Biodata Guru

Sumber Rujukan

Pengurusan Makmal Komputer


Dalam semua organisasi, aspek pengurusan perlu dititikberatkan. Pengurusan yang cekap dan
cemerlang membolehkan organisasi itu berjalan dengan baik dan berkesan. Sehubungan dengan
itu pengurusan makmal komputer seharusnya mempunyai ciri-ciri dan matlamat berikut:
o Makmal komputer boleh dijadikan sebagai satu tempat yang selesa sebagai gedung
menimba ilmu juga tempat kajian dalam bidang pendidikan.
o Semestinya makmal komputer sentiasa berada dalam keadaan keselamatan yang terjamin
kebersihannya, kekemasan perabot, perkakasan dan peralatan komputer yang sentiasa
dijaga dan dibaikpulih dari semasa kesemasa.
o Diharapkan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar tanpa
gangguan dari komputer dan perkakasannya.
o Diharap makmal komputer dapat memberi keselesaan kepada pelajar dan guru dimana
ianya sudah tentu dapat menyumbang kearah kecemerlangan dunia pendidikan masa kini.
Pengurusan Makmal Komputer (AM)
Garis panduan penggunaan makmal komputer perlu diselaraskan dan diikuti dengan betul oleh
semua pihak. Ini perlu kerana keselamatan makmal dan penggunaannya semaksima yang boleh
dapat digunakan oleh semua pihak.
Risalah , manual dan buku panduan seharusnya disediakan . Ini memudahkan pengguna
mengendalikan semua alat dalam makmal komputer, dengan ini pembaziran masa dapat
dikurangkan. Carta aliran , berita semasa dan papan kenyataan hendaklah diadakan supaya
pengguna dapat mengetahui maklumat terkini.
Sistem fail dan inventori yang lengkap, kemas dan teratur dapat menolong urusan pentadbiran
dilaksanakan dengan lebih tepat dan cepat.
Pihak pengurusan perlu menyediakan jadual tugasan yang lengkap supaya cara penggunaan
makmal komputer dapat dijalankan secara teratur dan dengan sendiri dapat mengelak berlaku
pertindanan penggunaan makmal komputer antara kelas dan pelajar.
Mengurus hal-hal berkaitan dengan penyenggaraan makmal seperti service aircond, cuci pemacu,
mengemaskini direktori dsb.
Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran.

Merancang supaya proses pengajaran dan pembelajaran berlaku mengikut sukatan


pelajaran literasi komputer yang ditetapkan oleh pihak kementerian.

Merancang latihan guru dengan memberi latihan komputer kepada semua guru dan
kakitangan sekolah supaya mereka boleh menggunakan komputer untuk
mempertingkatkan produktiviti seperti "kemahiran asas menggunakan perkakasan
komputer, pengetahuan dan kemahiran asas penggunaan pemprosesan data, pengetahuan
dan kemahiran asas penggunaan hamparan elektronik, pengetahuan asas pemgurusan
makmal dan penggunaan perisian pendidikan untuk pengajaran dan pembelajaran".

Merancang belanjawan dengan menggunakan peruntukan yang diberi untuk


mengemaskini bahan pembelajaran bagi perisian dan komponen perkakasan komputer.

Bertanggunjawab terhadap proses-proses penyenggaraan komputer jika berlaku


kerosakkan.

Bertanggungjawab dalam mengurus dan mengawal inventori juga keselamatan makmal


dalam proses pengajaran.

Bertanggungjawab menyelaras dalam membina soalan untuk matapelajaran literasi


komputer.

Membantu dalam pengurusan makmal komputer dengan mengadakan sudut-sudut seperti


sudut berita, sudut kajian dan sudut maklumat terkini.

Membuat perancangan aktiviti literasi komputer bagi pelajar.

Pengurusan Perkakasan.
Semua inventori pembelian dan penggunaan perkakasan atau perisian perlu dicatatkan kedalam
buku stok. Ini bertujuan bagi kegunaan pihak Audit dan pihak sekolah bagi perancangan masa
akan datang.
Rekod laporan kerosakkan atau baikpulih seharusnya diadakan supaya baik pulih dapat
dilaksanakan dan memastikan makmal komputer sentiasa berada didalam keadaan yang baik.
Keselamatan Bilik Komputer
Sekolah yang berkemampuan boleh memasang gril pada tingkap dan pintu makmal. Disamping
itu alat penghawa dingin seharusnya diadakan disetiap makmal komputer.
Bilik komputer seharusnya tertutup suya tidak dimasuki habuk atau asap yang sentiasa terdapat
di udara kita masa kini. Selain bilik yang tertutup komputer perlu ditutup dengan "penutup"
komputer . Ini dapat menambah jangka hayat sesuatu komputer

TROUBLESHOOTING ASAS
PANDUAN MENYELESAIKAN MASALAH MUDAH

Ralat dalam perisian atau gangguan kepada perkakasan komputer kadang-kadang dapat
diselesaikan tanpa memerlukan bantuan juruteknik ataupun pakar. Kebiasaannya apabila berlaku
gangguan, sistem akan memaparkan mesej (error message) yang tertentu. Di bawah ini
disenaraikan beberapa gangguan yang biasa berlaku dan cadangan penyelesaiannya.
MASALAH UMUM YANG BIASA TERJADI
1. Bunyi beep yang panjang dan diikuti bunyi beep yang pendek
Punca Gangguan

kad grafik rosak

Setting motherboard yang tidak betul

Cadangan Penyelesaian
Keluarkan kaf grafik dari slot dan pasang semula

Setting semula CMOS

Tambahkan kad grafik sekiranya menggunakan built-in VGA

2. Bunyi beep pendek dua kali yang berulang-ulang


Punca Gangguan

Slot RAM longgar

RAM module tidak berfungsi

Gabungan RAM module yang berbeza model dan kelajuan

Cadangan Penyelesaian

Keluarkan RAM dari slot dan pasang semula dengan sempurna

Bersihkan tapak plat RAM menggunakan kain yang kering dan bersih

Pastikan tapak plat RAM tidak berhabuk,berminyak dan tiada kesan terbakar

Pastikan kelajuan RAM yang digunakan bersesuaian dengan motherboard

Tukar RAM module

3.Tarikh dan masa yang salah dan keluar mesej Press F1 to continue or F2 to enter setup
Punca Gangguan

Internal battery lemah

CMOS Chip rosak

Cadangan Penyelesaian

Tukar internal battery.Kebiasaannya menggunakan model CR2032

Tukar CMOS chip atau buat proses flush kepada chip tersebut

Tukar motherboard

4.Mesej Non system disk, disk error, replace and strike any key when ready
Punca Gangguan

Terdapat disket dalam pemacu A

Sistem operasi pada cakera keras hilang

Trak 0 pada cakera keras rosak

Cadangan Penyelesaian

Periksa pemacu A dan pastikan tiada disket

Periksa CMOS setting betul atau gunakan Load setup default

Tukar cakera keras yang baru sekiranya cakera keras didapati rosak

5. Mesej Disk Write error


Punca Gangguan

Terdapat bad sector pada cakera keras atau disket

Partition table rosak

Cadangan Penyelesaian

Jalankan proses low level format terhadap cakera yang berkenaan

Buat partition table baru

Tukar cakera yang rosak dengan cakera yang baru

6.Mesej General failure reading drive x, Drive not ready atau Invalid drive specification
Punca Gangguan

Cakera yang tidak diformat

Kapasiti format yang tidak sesuai dengan pemacu cakera

Cakera keras rosak

Cadangan Penyelesaian

Format cakera keras berkenaan

Tukar cakera keras yang rosak

7.Paparan mesej insufficient memory


Punca gangguan

RAM tidak mencukupi

Applikasi yang dibuka terlalu banyak dalam satu masa (multi-tasking)

Pengurusan memori yang tidak sempurna

Cadangan Penyelesaian

Tutup applikasi yang tidak digunakan

Pengurusan memori dilakukan dengan pembahagian semula memori

Tambahkan RAM module

8.Tiada respons dari sistem sama ada tiada paparan ataupun tiada bunyi beep
Punca gangguan

Processor tidak berfungsi dengan baik

CMOS rosak

Litar power supply rosak

Motherboard rosak

Cadangan Penyelesaian

Gantikan perkakasan terbabit dengan yang baru

Hubungi juruteknik jika perlu

9. Sistem tidak berfungsi dengan baik iaitu selalu hang semasa digunakan, hang bila mula log ke
windows dan reboot semasa masuk atau pun hendak keluar dari windows
Punca gangguan

Setting CPU clock speed yang terlalu laju dan tidak tepat

Suhu processor yang terlalu panas (over-heated)

Processor rosak

RAM module rosak

Motherboard rosak

Litar power supply rosak

Sektor 0 cakera keras rosak

Cadangan Penyelesaian

Set semula CPU clock speed dalam CMOS

Periksa kipas processor dan pastikan berfungsi dengan baik

Pastikan model dan kelajuan RAM sesuai dengan motherboard

Jalankan proses low level format cakera keras

Gantikan perkakasan yang terlibat dengan perkakasan baru

10. Windows selalu dimulakan dengan safe mode


Punca gangguan

Proses shutdown tidak sempurna dan tidak mengikut secara kebiasaannya

Terdapat divice driver yang tidak berfungsi dengan baik

Terdapat perkakasan yang tidak berfungsi dengan baik

Cadangan Penyelesaian

Updatedevice driver yang berkenaan

Keluarkan kad-kad berkenaan dari slot, bersihkan dan pasang semula

Tukar slot sekiranya masih ada slot yang kosong

Ganti perkakasan yang terlibat dengan perkakasan baru

11. Paparan yang kabur umpama hujan lebat dan terganggu


Punca gangguan

Resolusi melebihi had jangkauan monitor

Setting resolusi telah diubah

Cadangan Penyelesaian

Periksa setting resolusi

Tukar resolusi kepada nilai yang yang lebih kecil contohnya 800 x 600

12. Paparan dalam bentuk titik-titik, berkotak-kotak atau simbol yang tidak difahami
Punca gangguan

Color depth melebihi had jangkauan kad grafik (VGA)

Kerosakan pada kad grafik

Cadangan Penyelesaian

Ubah semula setting supaya ianya bersesuaian dengan kad grafik

Gantikan kad grafik yang baru

13. Paparan mesej Track 0 Bad Disk Unusable

Punca gangguan

Disket yang digunakan rosak

Kapasiti format yang tidak selaras dengan density cakera yang berkenaan

Trak 0 yang menyimpan maklumat berkenaan sistem fail rosak

Cadangan Penyelesaian

Format semula cakera berkenaan

Tukar disket ataupun cakera keras yang terlibat dengan yang baru

14. Cakera keras mengeluarkan bunyi agak kuat, nyaring dan luar biasa disebabkan motor
cakera keras tidak berputar dengan sekata
Punca gangguan

Motor pada cakera berkenaan rosak

Head crash

Cadangan Penyelesaian

Gantikan disket atau cakera keras yang terlibat dengan yang baru

15. Paparan mesej Sector not found atau Invalid drive specification
Punca gangguan

Cakera rosak atau tidak diformat dengan sempurna

Kapasiti pemacu dan disket yang tidak seragam

Cadangan Penyelesaian

Format semula cakera

Periksa dan pastikan kapasiti pemacu dan disket adalah sama

Tukarkan disket atau cakera yang terlibat dengan yang baru

16. Paparan mesej Disk is write protect

Punca gangguan

Kemungkinan tab disket pada kedudukan write protect

Sektor pada cakera keras rosak

Cadangan Penyelesaian

Tukar tab disket pada kedudukan write enable

Low level format cakera keras

Kosongkan sector yang rosak menggunakan Disk Manager

Bina semula partition table dan format semula cakera keras berkenaan

17. Paparan mesej File not found


Punca gangguan

Fail atau cakera yang hendak diakses rosak

Fai tidak sepadan dengan applikasi yang digunakan

Fail tiada dalam cakera keras

Cadangan Penyelesaian

Periksa dan pastikan disket dimasukkan kedalam pemacu dengan sempurna

Periksa kedudukan sebenar lokasi fail yang hendak dibuka

MASALAH RANGKAIAN YANG BIASA TERJADI


1. Komputer tidak disenaraikan dalam network neighbourhood
Punca gangguan
o Installation windows yang tidak lengkap
o Konfigurasi LAN yang tidak sempurna
o Pemacu kad rangkaian (network driver) tidak berfungsi

o Kad rangkaian (network card) tidak berfungsi


Cadangan Penyelesaian
o Pastikan kad rangkaian dipasang dengan sempurna
o Pasang semula pemacu kad rangkaian(network driver)
o Semak konfigurasi LAN anda dan uji semula dengan menaipkan ping localhost dalam
petak run
o Pastikan protokol dipilih ialah TCP/IP
o Semak IP address dan subnet mask komputer anda
2.

LED pada network card atau hub tidak menyala

Punca gangguan
o Tiada sambungan LAN ataupun terputus
o Hub rosak
o Kad rangkaian (network card) tidak berfungsi
Cadangan Penyelesaian
o Peiksa kabel rangkaian dan pastikan ianya bersambung dengan kad rangkaian
o Periksa sambungan yg terputus ataupun longgar dan pastikan ianya disambung ke hub
o Pastikan sumber elektrik dan suis hub dihidupkan
o Pastikan pin RJ-45 connector dipasang sempurna pada kabel
o Ganti RJ-45 connector ,kad rangkaian atau hub yang baru jika perlu
3. LED pada hub atau switch berkelip tidak berhenti-henti
Punca gangguan
o Port yang berkenaan pada hub atau switch rosak
Cadangan Penyelesaian

o Pindahkan kabel rangkaian ke port lain yang tidak rosak


o Gantikan hub yang baru
4.

Network neighbourhood hanya memaparkan diri sendiri sahaja

Punca gangguan
o Rangkaian tidak disambung dengan computer yang lain
o Hub rosak
o Kad rangkaian (network card) tidak disambung dengan sempurna
Cadangan Penyelesaian
o Periksa dan pastikan kabel rangkaian disambung kepada hub dan komputer yang lain
o Pastikan hub berfungsi dengan baik
o Pastikan workgroup sama dengan komputer yang lain
5. Terdapat beberapa computer tidak dipaparkan dalam network neighbourhood
Punca Gangguan
o Rangkaian untuk komputer yang berkenaan tidak berfungsi
Cadangan Penyelesaian
o Periksa network setting untuk komputer berkenaan
o Periksa kabel dan network connector disambung dengan sempurna
o Pastikan kad rangkaian (network card) berfungsi
o Pastikan panjang kabel antara hub dan computer berkenaan tidak melebihi 100 meter
o Tambahkan hub atau pasang repeater jika panjang kabel melebihi 100 meter
6.Paparan mesej pertindihan alamat TCP/IP di mana beberapa buah pc hang secara tiba-tiba
apabila rangkaian dikesan semasa proses login Windows
Punca gangguan

o Alamat TCI/IP yang digunakan bertindih (sama bagi beberapa buah pc)
o Nama komputer(computer name) sama untuk beberapa buah komputer
Cadangan Penyelesaian
o Ubah alamat TCP/IP yang bertindih
o Periksa dan pastikan tiada komputer yang sama nama
7. Paparan mesej No Domain Server
Punca Gangguan
o Login atau kata laluan yang tidak betul
o Workgroup yang diwujudkan tidak merujuk workgroup dalam server
o Rangkaian ke server tidak berfungsi
Cadangan Penyelesaian
o Pastikan workgroup client pc sama dengan workgroup yang dinyatakan di dalam server
o Periksa kabel rangkaian dan port yang menyambungkan komputer kepada server
o Periksa kad rangkaian pada server dan computer yang berkenaan
8. Sebahagian node (perkakasan yang dirangkai) tidak dapat di akses
Punca Gangguan
o Rangkaian yang menghubungkan node berkenaan tidak berfungsi
o Pertindihan alamat TCP/IP bagi node berkenaan dengan pc atau server
o Akses kepada node dihalang
o Fail driver tidak berfungsi dengan baik
Cadangan Penyelesaian
o Pastikan semua sambungan rangkaian ke node berkenaan dalam keadaan sempurna.
o Semak alamat TCI/IP. Ubah jika ada alamat yang sama

9. Semua konfigurasi rangkaian betul tetapi rangkaian dalaman(LAN) masih tidak berfungsi
dengan baik atau tidak stabil
Punca Gangguan
o Sambungan rangkaian yang tidak baik
o Kabel rangkaian terlalu panjang
o Masalah fail Windows
Cadangan Penyelesaian
o Pastikan semua sambungan kabel dan penyambung RJ-45 ketat
o Kaedah penyambungan kabel 100-T digunakan
o Jalankan proses installation semula windows
10. LED ADSL pada modem/router berkelip tidak berhenti-henti
Punca Gangguan
o Talian ADSL rosak, tidak disambung ataupun terputus
Cadangan Penyelesaian
o Pastikan kabel telefon/ADSL disambungkan kepada modem
o Sekiranya lampu ADSL masih lagi berkelip tidak berhenti-henti, hubungi streamyx
technical center 1300889515 untuk membuat laporan kerosakan talian
11. Komputer client (student) tidak dapat melayari internet
Punca Gangguan
o Rangkaian tidak berfungsi
o Julat alamat TCP/IP melebihi had disokong oleh router
o Konfigurasi internet browser computer yang berkenaan merujuk kepada connection yang
salah atau tidak wujud
o Konfigurasi proxy salah ataupun tidak diperlukan

Cadangan Penyelesaian
o Pastikan rangkaian berfungsi dengan baik
o Pastikan bilangan client tidak melebihi julat router pada satu-satu masa. Contohnya router
jenis Allied Telesyn yang dibekalkan kepada makmal sekolah (projek SCHOOLNET)
hanya membenarkan 62 node sahaja mengakses pada satu-satu masa
o Semak konfigurasi pelayar web dengan menggunakan option never dial a connection
dalam Tools-Internet Option-Connections di mana kosongkan pada ruangan proxy (LAN
settings)
12. Lampu (LED) ADSL pada modem/router stabil dan lampu PPP menyala tetapi lampu LAN
tidak menyala
Punca Gangguan
o Rangkaian dalaman ke modem/router tidak berfungsi
Cadangan Penyelesaian
o Periksa kabel rangkaian dan penyambung RJ-45 dari modem/router ke hub switch dengan
memastikan port yang berkenaan dalam keadaan yang baik

Peraturan Makmal Komputer


Berikut adalah beberapa peraturan yang perlu dipatuhi oleh semua pengguna makmal
komputer :
1.Setiap pengguna hendaklah merekodkan maklumat penggunaan dalam buku log/buku rekod
penggunaan yang telah disediakan.
2. Pelajar tidak dibenarkan masuk ke dalam makmal tanpa guru mengawas.
3.Dilarang membawa beg, makanan atau minuman masuk ke dalam makmal.
4.Dilarang membawa masuk sebarang cakera perisian dan disket dari luar ke dalam makmal
kecuali dengan keizinan Penyelaras Makmal Komputer.( Disket boleh dibeli dari Guru Penyelia
Makmal Komputer atau guru yang bertugas ).
5.Dilarang membawa keluar sebarang perkakasan atau perisian dari makmal kecuali dengan
keizinan Penyelaras Makmal Komputer.
6.Pelajar dilarang melaraskan alat penghawa dingin.

7.Tidak dibenarkan memakai kasut di dalam makmal (bagi pelajar, pastikan tidak memakai
stoking yang berbau).
8.Semua pengguna komputer adalah dilarang sama sekali mengusik/mengubah sebarang
sambungan wayar pada komputer.
9.Jika terdapat sebarang bunyi ganjil, bau benda terbakar, bahagian komputer terlalu panas atau
sebarang yang disyaki tidak normal, sila laporkan dengan segera kepada guru yang bertugas.
10.Dilarang membuat bising di dalam makmal.
11.Dilarang mencetak bahan-bahan yang mengandungi unsur-unsur lucah, menghina atau
memfitnah pihak tertentu, atau simbol seumpamanya yang kemudiannya ditampal dan
disebarkan.
12.Dilarang membuat sebarang perubahan settings pada komputer tanpa kebenaran guru
penyelia makmal komputer.( seperti bunyi, warna, screen saver, dan sebagainya) .
13.Dilarang menambah software dan hardware yang sedia ada.
14.Semua hasil kerja hendaklah disimpan (save) di dalam disket dan tidak boleh disimpan di
dalam hard disk.
15.Peralatan seperti LCD Projektor, Skrin Projektor, Pencetak ( Printer) dan Pengimbas (
Scanner ) hanya boleh dikendalikan oleh guru.
16.Guru yang bertanggungjawab membawa pelajar ke Makmal Komputer hendaklah menulis
maklumat penggunaan dalam buku rekod penggunaan.
17.Pengguna hendaklah sentiasa berpakaian kemas semasa berada di dalam Makmal Komputer.
18.Pengguna hendaklah sentiasa menjaga kebersihan Makmal Komputer.
19.Tidak dibenarkan menggunakan kemudahan dan peralatan Makmal Komputer untuk tujuan
menyalin-rakam.
20.Tidak dibenarkan membuat perayauan ( surfing ) di mana-mana laman web yang
mengandungi unsur-unsur negatif dan dan tidak sihat.
21.Tidak dibenarkan menganggu ketenteraman pengguna makmal komputer lain.
22.Tidak dibenarkan membawa liquid paper atau menconteng mana-mana tempat di Makmal
Komputer.
23. Pelajar dibenar menggunakan kemudahan dan peralatan makmal komputer untuk tujuan
berikut :

Menyiapkan tugasan / projek.Membuat perayauan ( surfing ) perisian yang berkaitan dengan


pengajaran dan pembelajaran.Melaksanakan kerja/tugasan yang berkaitan dengan arahan guru.
24.Pelajar atau pengguna tidak dibenar menggunakan kemudahan dan peralatan makmal
komputer untuk tujuan yang berikut :

Bermain komputer yang tidak relevan dengan pengajaran dan pembelajaran.

Menyalin-rakam program dan perisian komputer.

Mencetak kad, surat, banner, poster, tanda dan sebagainya untuk kegunaan persendirian

You might also like