You are on page 1of 13

Pengenalan Kemahiran Membaca

Keupayaan seseorang murid menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi adalah agenda
besar kerajaan dalam Hala Tuju Transformasi Kerajaan. Sebanyak 93% rakyat Malaysia celik
huruf namun begitu, negara masih berdepan dengan masalah literasi dan numerasi apabila
pada tahun 2008, terdapat 54,000 murid Tahun 1, iaitu 13% daripada enrolmen murid tahap
berkenaan belum menguasai kemahiran literasi dan 117,000 (24%) murid Tahun 4 yang
belum menguasai kemahiran numerasi yang ditetapkan. Perangkaan ini menyumbang kepada
salah satu punca keciciran sebanyak 32,000 murid pada tahun 2008 pada pelbagai peringkat
persekolahan (Khairuddin Mohamad, 2011). Tegasnya di sini ialah murid-murid perlu
menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) untuk memastikan negara kita
berupaya bersaing pada peringkat antarabangsa dalam bidang pendidikan. Frank Smith
(1971) dalam Khairuddin Mohamad (2011) mentakrifkan membaca sebagai satu langkah
lanjutan dalam perkembangan pembelajaran bahasa dan memproses perkembanganperkembangan yang diterima.
Bagi Frank Smith, membaca ialah satu psikolinguistik. Setiap individu perlu
menguasai kemahiran membaca supaya dapat menjadi insan yang berilmu dan seterusnya
akan dihormati oleh masyarakat. Sekiranya individu itu tidak tahu membaca, dia tidak akan
dapat memahami bahan ilmiah yang dapat memberikan ilmu pengetahuan kepadanya.
Menurut Deller (1993), membaca ialah kemahiran yang sangat bernilai kepada semua murid
sama ada seseorang yang normal atau istimewa. Hanya dengan adanya asas yang kukuh,
seseorang itu dapat menguasai kemahiran membaca dengan cepat dan memuaskan. Di
Malaysia, Atan Long (1978) mentakrifkan membaca sebagai satu proses yang melibatkan
kebolehan mengenal lambang-lambang dan menterjemah lambang-lambang itu semula
kepada bunyi suara (bahasa) dan memahami makna atau tanggapan yang disampaikan oleh
tulisan itu. Manakala menulis pula merupakan kemahiran yang paling tinggi dalam senarai
kemahiran berbahasa. Kemahiran ini hanya boleh dikuasai jika seseorang itu telah menguasai
kemahiran mendengar, kemahiran bertutur dan kemahiran membaca. Menulis ditakrifkan
sebagai proses penghasilan simbol-simbol grafik yang disusun atur menjadi perkataanperkataan yang seterusnya membentuk ayat-ayat yang bermakna (Khairuddin Mohamad,
2011). Menulis juga merupakan pembentukan simbol-simbol tulisan dalam bahasa. Sesuatu
penulisan bertujuan untuk menyampaikan, menghubungkan sesuatu mesej, maklumat atau
idea kepada pembaca (Tuan Jah Tuan Yusof, 2011).

Membaca merupakan salah satu sumber pengetahuan dan asas pembentukan diri ke
arah memperoleh ilmu pengetahuan. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005),
membaca bererti memerhatikan isi sesuatu yang tertulis atau tercetak dengan teliti dan
memahamkan makna kandungannya, mengucapkan apa yang tertulis atau tercetak pada buku,
papan tanda secara lisan dengan kuat, dan memahamkan sesuatu makna. Tujuan membaca
bagi memahami teks yang dibaca dan kandungan teks memberi makna kepada pembaca
(Yahya 2008). Pengajaran Bahasa Melayu tidak dapat dipisahkan dengan penguasaan
kemahiran membaca. Hal ini demikian kerana bahan yang digunakan dalam pengajaran
bahasa perlu dibaca dan difahami oleh pelajar. Kemahiran membaca merupakan salah satu
kemahiran bahasa yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa.
Kesimpulannya, kemahiran membaca dan menulis perlu dikuasai oleh setiap individu.
Melalui pembacaan, seseorang itu mampu menimba ilmu pengetahuan yang tidak dapat
diperoleh menerusi pengalaman-pengalaman biasa yang lain. Membaca juga mampu
memperluaskan pemikiran dan idea serta meningkatkan daya kreatif seseorang individu
dalam pelbagai bidang. Manakala kemahiran menulis pula penting untuk dikuasai supaya
individu itu dapat menyampaikan buah fikiran, idea dan pendapat dengan tepat dan berkesan
kepada orang lain atau pembaca.

Set Ujian Kemahiran Membaca Suku Kata KVKV


Arahan: Eja dan Baca Suku Kata KV + KV Di Bawah

SUKU KATA KV + KV

SKOR/CATATAN

BAJU
BIJI BOLA
BUKU DADA DADU
DURI KAKI KUDA
KAYU MATA MEJA
TOPI KOPI CERI
SUDU GULA GULI
SUSU SAWI TOPI
LORI LARI LAWA
SARI SAPU DARA
PARA PERI PURA
Rajah 1: Set Ujian Kemahiran Membaca Suku Kata KV KV

Kajian Kemahiran Membaca Ke atas 2 orang Murid Pendidikan Khas


Ujian Dagnostik
Pada peringkat awal iaitu sebelum sesuatu kajian dimulakan saya telah mengadakan ujian
diagnostik. Ujian ini saya telah berikan kepada murid-murid yang telah saya kenalpasti. 1
item yang mengandungi 5 soalan telah dikemukakan kepada murid untuk mengukur sejauh

mana pencapaian dan pemahaman mereka untuk mengeja dan membaca perkataan yang
mempunyai sukukata terbuka KV KV.Soalan adalah berkisar kepada benda-benda yang biasa
mereka lihat contonya kuda, guli, cili dan sebagainya. Murid dikehendaki mengeja dan
membaca sukukata yang betul bagi setiap gambar. Pilihan jawapan tidak diberikan. Ini ialah
untuk mengukur sejauh mana murid dapat membaca dengan betul. Kemudian keputusan ini
dianalisis secara terperinci bagi mengenalpasti kelemahan dan permasalahan murid. Dapatan
daripada ujian yang dijalankan saya dapat mengesan bahawa 2 orang murid yang saya
kenalpasti ini tidak dapat menjawab soalan dengan betul. Saya telah membuat keputusan
untuk menjadikan 2 orang murid ini sebagai responden dalam kajian saya.
Melalui data-data tersebut, saya dapat mengenalpasti masalah murid sehingga berjaya
menentukan fokus kajian saya. Data-data tersebut juga akan menjadi panduan kepada saya
dalam merancang dan melaksanakan kajian tindakan saya.
Pelaksanaan Ujian Kemahiran Membaca
Kajian ini melibatkan dua orang murid pendidikan khas SMK Bandar Mas. Kedua-dua
peserta kajian adalah terdiri daripada murid lelaki dan dipilih berdasarkan kepada pencapaian
dalam ujian membaca. Pengumpulan data dibuat menggunakan instrumen pemerhatian
semasa sesi pemgajaran dan pembelajaran dijalankan.
Proses pengumpulan data dimulakan dengan menggunakan instrumen pemerhatian di
mana pengkaji telah menjalankan pemerhatian tidak berstruktur ke atas murid-murid
pendidikan khas SMK Bandar Mas untuk mengenal pasti mereka yang mempunyai masalah
dalam pengajaran dan pembelajaran. Melalui sesi pemerhatian tersebut dua orang murid
lelaki telah dipilih sebagai responden kajian yang dinamakan sebagai Responden 1 dan
Responden 2 di dalam kajian ini. Responden 1 merupakan seorang murid yang aktif di dalam
kelas namun tidak mahu melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang dijalankan di dalam kelas.
Responden 1 merupakan murid yang menghadapi masalah dalam kemahiran membaca.
Peserta kajian ini cepat bosan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
Responden 1 ini juga gemar memberi jawapan apabila guru membuka soalan walaupun
jawapan yang diberikan adalah tidak tepat dan salah.

Responden 2 pula merupakan seorang murid yang

rajin dan tidak mendatangkan

sebarang masalah ketika proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Namun, masalah tidak
mahir membaca yang dihadapi menyebabkan Responden 2 kurang memberi tumpuan dan
kurang memahami arahan yang diberikan oleh guru. Secara tidak
pembelajaran yang diterima Responden 2

langsung, proses

tidak aktif dan Responden 2 kelihatan tidak

berminat dalam kemahiran membaca.


Untuk mengetahui tahap penguasaan kemahiran membaca kedua-dua responden kajian
ini satu ujian kemahiran membaca telah dijalankan ke atas mereka menggunakan set
kemahiran ujian membaca suku kata kvkv yang telah dibina oleh pengkaji. Set ujian ini
dibina khas untuk menilai tahap penguasaan kemahiran mengeja dan membaca murid-murid
pendidikan khas serta kemahiran mereka membantangkan suku kata kvkv. Sebanyak 30
perkataan yang mengandungi suku kata kvkv telah disediakan dan kedua-dua responden di
minta untuk mengeja dan membaca suku kata tersebut. Dapatan daripada ujian kemahiran
membaca kedua-dua responden dicatat dan direkodkan. Berikut adalah dapatan ujian
kemahiran kedua-dua responden kajian.

Responden 1
Jadual 1 : Skor Markah Ujian Kemahiran Membaca Responden 1

BAJU
BUKU
DURI

SUKU KATA KV + KV
BIJI
DADA
KAKI

BOLA
DADU
KUDA

SKOR/CATATAN
2
2
1

KAYU
TOPI
SUDU
SUSU
LORI
SARI
PARA

MATA
KOPI
GULA
SAWI
LARI
SAPU
PERI
JUMLAH SKOR

MEJA
CERI
GULI
TEPI
LAWA
DARA
PURA

2
1
0
0
2
0
0
10

Responden 2
Jadual 2 : Skor Markah Ujian Kemahiran Membaca Responden 2

BAJU
BUKU
DURI
KAYU
TOPI
SUDU
SUSU
LORI
SARI
PARA

SUKU KATA KV + KV
BIJI
DADA
KAKI
MATA
KOPI
GULA
SAWI
LARI
SAPU
PERI
JUMLAH SKOR

BOLA
DADU
KUDA
MEJA
CERI
GULI
TEPI
LAWA
DARA
PURA

SKOR/CATATAN
3
2
1
2
0
0
0
2
1
0
11

Jadual 1 menunjukkan data ujian bagi Responden 1. Daripada Jadual 1 didapati bahawa
Responden 1 hanya Berjaya membaca 10 daripada 30 suku kata kvkv yang dikemukan. Ini
menunjukkan dengan jelas bahawa tahap penguasaan kemahiran membaca Responden 1
adalah agak lemah. Berdasarkan ujian membaca yang dijalankan oleh pengkaji, pengkaji
mendapati bahawa Responden 1 tidak dapat membaca banyak perkataan kv+kv dengan
betul. Selain itu, pengkaji memerhatikan bahawa, responden 1 tidak berminat untuk belajar
malah lebih kerap bermain dan tidur walaupun guru sedang mengajar. Rajah 2 berikut
memaparkan pemerhatian terhadap Responden 1.

Rajah 2: Reaksi Responden 1 semasa sesi pengajaran dan pembelajaran


Jadual 2 pula menunjukkan data skor ujian membaca Responden 2. Daripada Jadual 2
didapati bahawa Responden 2 pula hanya dapat membaca 11 perkataan yang mempunyai
suku kata KV KV. Sebagaimana Responden 1, Responden 2 juga tidak menunjukkan minat
dan tidak memberi tumpuan semasa ujian dijalankan. Ini mungkin kerana murid ini lemah
untuk membaca perkataan-perkataan yang diberikan dan keadaan ini kurang memberikan
motvasi kepadanya untuk mengikuti ujian tersebut. Kelemahan juga dapat dilihat kerana
untuk membaca sesuatu perkataan tersebut, Responden memerlukan masa yag lama untuk
menyebut dan membaca sesuatu perkataan tersebut.
Dengan itu, pengkaji telah membuat kesimpulan bahawa kedua-dua murid ini
perlukan sesuatu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dapat meningkatkan minat dan
perhatian mereka untuk mengikuti sesuati sesi pengajaran dan pembelajaran. Peningkatan
terhadap minat dan perhatian mereka terhadap sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran
mungkin dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mereka seterusnya dapat meningkatkan
prestasi kemahiran membaca mereka pada masa akan datang.
Cadangan Intervensi Pengajaran Kemahiran Membaca Perkataan KVKV Terhadap
Murid Pendidikan Khas
SPESIFIKASI INTERVENSI

Rajah 1: Papan Interaktif Kata

Intervensi ini dinamakan Papan Interaktif Kata kerana menggunakan program Microsoft
Power Point untuk membuat slaid yang terkandung di dalamnya. Selain itu, program ini turut
mengandungi mempunyai perkataan kv+kv yang ingin dikaji dan telah dipilih untuk kajian
tindakan ini. Membaca perkataan kv+kv memerlukan bacaan yang sesuai kerana setiap
konsonan dalam bahasa Melayu bercantum dengan lima huruf vokal menghasilkan bacaan
dan bunyi yang berbeza. Jika diperhatikan dengan teliti konsep membaca perkataan kv+kv
memerlukan murid untuk membunyikan huruf konsonan terlebih dahulu sebelum bergabung
dengan huruf vokal iaitu a, e, i, o, u untuk membacanya. Program Papan Interaktif Kata ialah
program di mana murid membaca perkataan kv+kv berpandukan tayangan slaid Papan
Interaktif Kata. Program ini direka khas bagi murid yang mempunyai masalah dalam
membaca perkataan kv+kv dan mempunyai tiga bahagian dan aktiviti iaitu Konsonan dan
Vokal, Suku Kata kv serta Perkataan kv+kv.
Tujuan program ini diperkenalkan adalah untuk memudahkan dan membantu murid
membaca perkataan kv+kv dengan sebutan dan intonasi yang betul dan tepat berdasarkan
langkah yang diberi. Dengan ini, murid akan dapat mengaplikasikan kaedah ini ketika aktiviti
membaca perkataan kv+kv. Tindakan ini dirancang agar murid dapat melakukannya dengan
cepat dan mudah difahami.

Dalam penggunaan intervensi ini, pengkaji menjalankan sesi sebanyak tiga sesi
intervensi dengan objektif yang berbeza pada setiap satu sesi intervensi. Pada sesi intervensi
yang pertama, pengkaji menekankan kepada sesi pengenalan kepada huruf konsonan dan
vokal. Pertamanya, peserta kajian akan belajar mengenal semua huruf melalui aktiviti nyanyi
berpandukan video yang ditayangkan. Selepas itu, peserta kajian dikenalkan kepada huruf
konsonan dan vokal dengan berpandukan sebutan yang betul bagi setiap huruf yang
ditayangkan secara berulang-ulang. Seterusnya, peserta kajian diminta menyebut huruf
konsonan dan vokal yang diberikan secara rambang. Objektif pada sesi pertama ini adalah
peserta kajian dapat mengenal dan menyebut huruf konsonan dan vokal yang diberikan
dengan betul.
Pada sesi intervensi kedua, peserta kajian ditunjukkan cara membaca suku kata kv
berdasarkan slaid yang ditayangkan. Pada mulanya, peserta kajian akan mendengar cara
mengeja dan membaca suku kata kv dengan betul melalui audio dari pembesar suara. Selepas
itu, peserta kajian akan mengajuk dan membaca suku kata kv mengikut audio tersebut secara
berulang-ulang. Langkah ini diulangi dengan suku kata kv yang seterusnya. Selepas itu, bagi
menguji dan mengukuhkan kemahiran ini, peserta kajian diminta membaca suku kata kv yang
ditayangkan secara rambang. Objektif pada sesi kedua ini adalah peserta kajian dapat
membaca suku kata kv yang diberikan dengan sebutan yang betul dan jelas.
Pada sesi intervensi ketiga pula, peserta kajian ditunjukkan slaid cara membaca
perkataan kv+kv dengan betul. Pada mulanya, peserta kajian akan mendengar cara mengeja
dan membaca perkataan kv+kv dengan betul melalui audio dari pembesar suara. Selepas itu,
peserta kajian akan mengajuk dan membaca perkataan kv+kv mengikut audio tersebut secara
berulang-ulang. Langkah ini diulangi dengan perkataan kv+kv yang seterusnya. Selepas itu,
bagi menguji dan mengukuhkan kemahiran ini, peserta kajian diminta membaca perkataan
kv+kv yang ditayangkan secara rambang. Objektif pada sesi kedua ini adalah peserta kajian
dapat membaca perkataan kv+kv yang diberikan dengan sebutan yang betul dan jelas.
Kesimpulan
Murid-murid Pendidikan Khas sangat sinonim dengan masalah tidak menguasai kemahiran
membaca. Hal ini kerana beberapa faktor seperti ketidakupayaan intelektual yang teruk,
ketidakupaayaan fizikal dan sebagainya. Mengikut terjemahan Kirk (1993) dalam Mohd

Anizu Mohd Nor & Ernie Suliana Md. Shariff (2010), definisi murid Pendidikan Khas ialah
kanak-kanak yang berbeza daripada kanak-kanak sederhana ataupun biasa dalam ciri-ciri
mental, keupayaan deria, ciri-ciri saraf dan otot mahupun fizikal, tingkah laku sosial ataupun
emosi serta keupayaan komunikasi. Kepelbagaian kekurangan ini memerlukan perkhidmatan
Pendidikan Khas supaya ia mereka dapat berkembang sehingga kemampuan yang
maksimum. Justeru, kanak-kanak berkeperluan khas ini akan diberikan pendidikan dengan
pelbagai kaedah yang terbaik sesuai dengan keupayaannya dengan cara yang lebih efektif.
Perubahan paradigma dalam sistem pendidikan menuntut dan menggesa kaum guru
membuat perubahan di mana salah satu elemen penting dalam perubahan ialah kreativiti (Hj.
Mohd Ali, 1994). Seorang guru yang hebat bukanlah diukur berdasarkan kemahiran
mengajarnya semata-mata, tetapi juga kreativiti yang ditonjolkan dalam setiap sesi
pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang disampaikan. Kaedah pengajaran yang kreatif dan
menarik bukan sahaja dapat menambat hati murid untuk belajar, malah dapat membantu
mereka mengukuhkan kefahaman dan ingatan dalam mata pelajaran tersebut, selaras dengan
kenyataan Yong & Biramiah (1996) iaitu Seorang guru yang kreatif akan bertindak sebagai
pemberi motivasi dalam pembelajaran para pelajar. Motivasi menjadi penggerak semangat
murid untuk terus aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Selaras dengan kenyataan tersebut, penggunaan pelbagai kaedah dan teknik
pengajaran dan pembelajaran perlu digunakan untuk memberikan pelabagai pengalaman
pembelajaran kepada murid terutamanya murid-murid pendidikan khas yang sentiasa
memerlukan bimbingan dan panduan guru di dalam proses pembelajaran mereka. Suasana
yang menyeronokkan dan boleh menarik perhatian mereka mungkin dapat membantu mereka
meningkatkan tumpuan dan pemahaman mereka seterus dapat membantu meningkatkan
kemahiran membaca mereka pada masa-masa akan datang.

Rujukan
Ab. Fatah Hassan. (2006). Tenaga dan Keremajaan Minda: Untuk Meningkatkan Produktiviti
dan Potensi Diri. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Abdul Rasid Jamian & Zulkafli Abu Zarin. (2008). Keupayaan Kemahiran Membaca dan
Menulis Bahasa Melayu Sekolah Rendah Kebangsaan Luar Bandar. Kertas Kerja di
Konvensyen Pendidikan Nasional 2008. Universiti Pendidikan Sultan Idris. 2-4 Jun
2008.
Atan Long (1978). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Chia Mei Yin, Ismail Saliyan, Tan Si Ting, Mohamad Khairul Amin Mohammad dan Nor
Aishah Abdul Aziz. (2013). Meningkatkan Kekemasan Tulisan Murid-murid Pemulihan
Khas dalam Penulisan Rumi Menggunakan Kit Doratin. 2nd International Seminar on
Quality dan Affordable Education Tahun 2013, 220-228.
Deller, B. Sc . (1993). The Teaching Fostering Interest and Achievemet, in Llyodo. Ollila

(Ed), The Kingdergarden Children and Reading. Neward, Delaware: International


Reading Assosiation.
Dewan Bahasa dan Pustaka (2005). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Ee Ah Meng. (2005). Siri Pendidikan Guru: Psikologi Dalam Bilik Darjah. Kuala Lumpur:
Fajar Bakti.
Kamarudin Husin. (1988). Pedagogi Bahasa. Kuala Lumpur: Longman. Kamus Dewan Edisi
Keempat. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Khairuddin Mohamad. (2011). Siri Pendidikan Guru: Literasi Bahasa Melayu. Kuala
Lumpur: Oxford Fajar Sdn. Bhd
Marohaini Yusoff. (1999). Strategi Pengajaran Bacaan dan Kefahaman ke Arah
Kemantapan Pembelajaran di Sekolah Menengah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka
Norma Binti Haji Hassan. (2004). Hubungan Di Antara Penggunaan Bahan Bantu Mengajar
dengan Minat Pelajar. Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak.
Syed Abu Bakar Syed Akil. (1997). Bimbingan Khas: Perkhidmatan Pendidikan
Pemulihan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Tuan Jah Tuan Yusof, Faridah Nazir. (2011). Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu.
Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Yahya Othman. (2008). Proses dan Strategi Membaca Berkesan. Serdang: Penerbitan
Universiti Putra Malaysia.
Zulkifley Hamid. (1994). Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka.

You might also like