You are on page 1of 37

http://etikaprof.blogspot.

my/
Bab 3
Bab 3 ETIKA DALAM DUNIA PERNIAGAAN MODEN
Masalah etika menimbulkan masalah dalam pengurusan disebabkan oleh wujudnya
konflik antara prestasi ekonomi dan prestasi sosial.
Apabila wujudnya pelbagai tanggapan seperti adakah tindakan yang dibuat atau
diambil itu betul (right), cara yang betul (proper) dan memang patut (just). Maka
keputusan dalam pengurusan perlu diambil sebagai mengatasi dilemma etika
tersebut.
Ciri-ciri masalah etika dalam pengurusan:
Lima kesimpulan boleh dibuat mengenai betapa kompleknya pengurusan etika
seperti berikut. Ciri-ciri mengenai masalah etika dalam pengurusan adalah:
>kebanyakan keputusan etika mempunyai akibat yang berpanjangan.
>kebanyakan keputusan etika mempunyai pelbagai alternative
>kebanyakan keputusan etika mempunyai implikasi perorangan
>kebanyakan keputusan etika mempunyai ketidak pastian akibatnya
>kebanyakan keputusan etika mempunyai hasil yang bercampur aduk.

Contoh-contoh masalah etika dalam pengurusan:


1.Perletakan harga: kesan perletakan harga boleh menimbulkan kesan yang
memudaratkan pelanggan. Contohnya kadar faedah simpanan di bank adalah
berbeza-beza antara satu bank dengan bank yang lain. Menyimpan di bank yang
lebih teguh dan lebih besar akan mendapat kadar faedah yang lebih terjamin
berbanding dengan bank yang kecil. Begitu juga dengan caj-caj yang berbeza-beza
dikenakan ke atas pelanggan.
2.Mesej periklanan: kepercayaan pelanggan terhadap mesej yang dipaparkan
melalui iklan adalah menjadi isu yang paling kompleks. Jika paparan iklan tidak
munasabah dan tidak diterima akal serta bercanggah dengan budaya dan etika,

memberi kesan kepada paparan serta iklan yang disampaikan. Ia secara tidak
langsung memberi kesan kepada objektif sebaran iklan tersebut.
3.Promosi barangan: jika promosi barangan bertentangan dengan etika, nilai
serta norma kehidupan dan tidak memenuhi keperluan tetapi digambarkan lebih
dari itu akan menimbulkan kesan penolakan daripada masyarakat.
4.Suasana kerja: jika suasana tempat kerja tidak mempunyai ciri-ciri kawalan
keselamatan, kebersihan, dan sebagainya akan pasti mendapat tentangan daripada
pihak pekerja dan kesatuan sekerja. Kerana ini adalah bercanggah dengan etika kerja
yang mementingkan keselamatan pekerjanya terlebih dahulu selain persekitaran
yang selamat dan bersih.
5.Perkhidmatan pelanggan: Pelanggan adalah asset kepada syarikat. Jika
syarikat tidak dapat memberikan perkhidmatan pelanggan yang baik, dan menjaga
kepentingan pelanggannya, maka dari sudut etika syarikat berkenaan telah
melanggar perjanjiannya untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti.
6. Pengurangan tenaga kerja: adalah menjadi suatu kesalahan yang bercanggah
dengan etika, jika sesebuah syarikat itu memaksa pekerjanya untuk berhenti kerja.
Perberhentian hendaklah dilakukan secara sukarela dan melalui rundingan antara
semua pihak, pekerja dan kesatuan sekerja.
7. Pencemaran alam sekitar: perbuatan syarikat yang mencemarkan alam sekitar
adalah bercanggah dengan pegangan etika organisasi dan perbuatan itu akan
memudaratkan masyarakat setempat.
8.Hubungan komuniti: Segi etikanya, organisasi seharusnya terus mengekalkan
hubungan organisasi dengan orang ramai atau komuniti dimana ianya beroperasi.
Hubungan itu boleh wujudkan melalui berbagai program dan perlaksanaan
tanggungjawab social.
9.Hubungan sebagai pembekal: syarikat dan organisasi yang besar memang
mempunyai kekuatan ekonomi dalam memelihara hubungannya dengan masyarakat
setempat. Segi etikanya organisasi tersebut akan berjaya melaksanakan
tanggungjawab moral dan sosialnya kepada masyarakat dengan projek dan program
yang digerakan disebabkan mereka mempunyai kekuatan ekonomi untuk
melaksanakannya.
Analisis masalah etika dalam pengurusan:

1.analisis ekonomi
2.analisis undang-undang
3.analisis etika
a) Analisis ekonomi - Teori makro dan Mikro ekonomi bergantung kepada
pasaran terbuka, perbekalan dan permintaan seharusnya boleh membantu di dalam
sebahagian permasalahan etika.
b) Analisis Undang-undang - sekiranya masalah etika menjadi terlalu besar,
undang-undang boleh digunakan untuk menguruskan masalah ini.
c) Analisis Etika - Dalam suasana normative philosophy, setiap orang mempunyai
dasar pemikiran di dalam masyarakat dan bertindak pada prinsip yang sama,
kemudian rakan/sekumpulan di dalam masyarakat mestilah mendapat layanan yang
adil.

Etika dalam Islam


Etika dalam islam boleh dinilai melalui mesej sejagat dan pendekatan holistic seperti
berikut:
tauhid atau keesaan Tuhan
perpaduan manusia, dan
perpaduan dalam beragama.
Syariah adalah undang-undang islam yang berasaskan al-Quran dimana dijunjung
dan digunapakai dan dirujuk oleh orang islam dalam hal membuat keputusan. Ini
adalah kerana al-Quran itu sendiri menggambarkan akhlak Rasulullah s.a.w.
Semua ciri-ciri dan kualiti akhlak yang berpandukan islam melalui al-Quran dan
hadis dapat membina sahsiah diri serta etika individu muslim.
posted by Sakri Zakaria | 7:24 AM | 0 comments

Bab 2
BAB 2 MORAL DAN TANGGUNG JAWAB SOSIAL
Mengukur kebertanggungjawab MORAL

Darjah ukuran untuk melihat setiap individu itu melaksanakan tanggungjawab


moralnya boleh dilihat melalui tiga (3) kondisi iaitu:

Ilmu dan kebebasan (knowledge and freedom)

Pengabaian dan Kejahilan (ignorance), dan

Paksaan (Coercion)
Ilmu dan kebebasan: Ilmu pengetahuan adalah menjadi ukuran utama yang
meletakan seseorang untuk terus menyumbangkan tanggungjawab sosialnya
kepada masyarakat. Semakin tinggi ilmu yang diperolehi, semakin bebas untuk dia
berfikir tentang kebaikan moral dan tanggungjawab sosialnya. Namun begitu ada
yang berilmu tinggi tetapi sanggup melanggar etikanya atas nama kebebasan.
Pengabaian dan Kejahilan: Kejahilan mengenai sesuatu kadang-kadang
mendorong seseorang melakukan tindakan bodoh yang bercanggah dengan
moralnya. Kadang-kala sikap mengabaikan sesuatu mendorong kepada
perlanggaran etika seseorang.
Paksaan: Kadang-kala seorang individu itu tahu tindakanya bercanggah dengan
etika dan moral tetapi kerana terpaksa atau dipaksa menyebabkan ia terus
melakukannya.
Sebelum kita berdiskusi mengenai moral dan tanggungjawab social, anda diminta
untuk belajar memahami kajian kes dan kaedah penyelesaian kes tersebut mengikut
pandangan dan teori etika yang telah anda pelajari pada bab 1.
Untuk itu anda diminta menggunakan modul sebagai rujukan kes. Sila baca
pernyataan masalah bagi kes diskriminasi muka surat 17 modul anda.
Sebuah syarikat multinational ingin bekerjasama dengan sebuah syarikat luar
Negara yang berpegang kepada budaya semua urusan adalah dilakukan oleh orang
lelaki. Syarikat ini langsung tidak dapat menerimanya jika urusan tersebut
diserahkan kepada eksekutif wanita. Lantaran itu demi kebaikan perniagaan,
syarikat multinational tadi telah mengenepikan eksekutif wanitanya dalam setiap
urusan, perjumpaan dan perundingan perniagaannya. Hakikat ini mengujudkan
keadaan double standard dan diskriminasi dalam organisasi tersebut antara
pekerja lelaki dan wanita.
Soalan:
Bolehkah dalam kes diatas, pihak pengurusan syarikat multinational itu
menggunakan alasan terpaksa atau dipaksa demi kepentingan perniagaan?

Kaedah penyelesaian kes:


1. kaedah penyelesaian eternal law atau natural law
2. kaedah penyelesaian utilitarianism
3. kaedah penyelesaian silang budaya.
Berpandukan kepada kaedah penyelesaian kes di atas, anda diminta untuk
menyelesaikan kes-kes berikut seperti yang terdapat dalam modul anda:

Kes projek Nuklear

Kes insuran

(Tutor anda akan membimbing anda bagi terus memahami konsep penyelesaian kes
tersebut. Beberapa kes perbincangan baru akan dinyatakan. Misalnya
Kes Iran dengan Projek Nuklearnya. Tindakan Amerika syarikat yang mahu
menyerang Iran dan sebagainya.).
ETIKA DALAM KONTEKS ORGANISASI

Hanya individu sahaja yang mempunyai etika.

Organisasi tidak mempunyai etika, tetapi organisasi boleh berperanan untuk


mengawasi etika ahli organisasinya.

Ini dilakukan melalui penetapan Nilai dan Kod etika organisasi tersebut.

Kod etika ialah pernyataan bertulis mengenai nilai dan etika yang mahu
dicapai oleh organisasi tersebut terhadap anggotanya.

Sebarang perlanggaran kod tersebut akan dikenakan hukuman dan tindakan


oleh organisasi tersebut.
TANGGUNGJAWAB SOSIAL DAN ORGANISASI

Tanggungjawab social ialah satu set obligasi dimana organisasi tersebut perlu
pertahankan dan laksanakan demi untuk masyarakat dimana ia beroperasi .

Setiap tanggungjawab social mestilah memberikan kebaikan dan faedah


kepada masyarakat yang menerima sumbangan tanggungjawab social tersebut.
ASAL USUL DAN IDEA TANGGUNGJAWAB SOSIAL

Era Keusahawanan (the entrepreneurial Era)

Era kemelesetan (the depression Era)

Era social (Social Era)


Era Keusahawanan

Bermula sekitar tahun 1800an di Amerika Syarikat

Usahawan-usahawan yang berjaya di Amerika spt John d. Rockfeller,


Cornelius Vanderbilt, J.P. Morgan dan Andrew Carnegie telah memainkan peranan
membantu rakan-rakan usahawan dan industri untuk terus berkembang. Mereka
lakukan ini kerana rasa bertanggungjawab mereka kepada masyarakat. (lantaran
dipanggil tanggungjawab social)

Tindakan usahawan ini telah mengujudkan hubungan baik dalam perniagaan


antara semua pihak,- perniagaan, kerajaan dan masyarakat.
Era Kemelesetan

Berlaku sekitar tahun 1930an, dimana Amerika syarikat menghadapi zaman


kemelesetan ekonominya.

Kemelesetan memberi kesan ekonomi kepada syarikat-syarikat perniagaan


terutamanya syarikat-syarikat kecil pasti menghadapi masalah kewangan dan
sebagainya untuk terus bersaing dalam pasaran.

Justru itu timbul ilham syarikat yang teguh, kuat membantu syarikat yang kecil
bagi menyelamatkan mereka dari gulung tikar.

Ini bermakna syarikat besar memberi bantuan apa sahaja asalkan dapat
menyelamatkan syarikat kecil yang berpotensi.

Tindakan syarikat-syarikat besar ini telah berjaya menyelamatkan syarikat


kecil dan memperbaiki ekonomi Negara.

Justru tindakan syarikat besar membantu syarikat kecil dianggap sebagai


satu tanggungjawab social yang mesti dilakukan disaat-saat Negara menghadapi
kemelesetan ekonomi.
Era social

Ia berlaku sekitar tahun 1960an.

Sekitar tahun-tahun 1960an, Amerika syarikat mengalami zaman


bermasyarakat atau yang disebut Era social.

Presiden John F. Kennedy ketika itu telah memperkenalkan empat (4) asas
hak sebagai pengguna iaitu:

Hak mendapat produk yang selamat

Hak untuk mendapat segala maklumat yang relevan mengenai produk

Hak untuk membuat bantahan terhadap produk

Hak pengguna untuk memilih dan membeli produk

Akhirnya idea tanggungjawab social muncul disebabkan oleh 2 situasi:

Kepada siapa organisasi perniagaan itu patut bertanggungjawab?, dan

Siapa dalam organisasi yang patut bertanggungjawab terhadap


keluaran organisasi?
BIDANG-BIDANG TANGGUNGJAWAB SOSIAL
Terdapat tiga (3) bidang utama Tanggungjawab social iaitu:
1. konstituen. (anggota organisasi)
2. alam sekitar (natural environment)
3. kebajikan masyarakat (general social welfare)
Konstituen

Konstituen adalah anggota organisasi dan organisasi yang secara langsung


berperanan dan memberi kesan kepada setiap prestasi organisasi tersebut.

Konstituen organisasi adalah merangkumi lembaga pengarah, pemegang


saham, pekerja dan semua yang berkepentingan (stake holder) dalam organisasi
tersebut.

Justru itu sebuah organisasi perlu melaksanakan tanggungjawab sosialnya


kepada semua anggota konstituennya dan masyarakat dimana ia beroperasi.
Alam sekitar

Semua organisasi yang membuat keuntungan perlu memberi sumbangan


kepada masyarakat yang diambil sedikit daripada keuntungan (profit) organisasi.

Organisasi perlu mengutamakan alam sekitar dalam setiap sumbangannya,


seperti memberi sumbangan untuk program alam sekitar, pencemaran alam,
pencemaran sungai, udara dan sebagainya demi kepentingan masyarakat setempat.
Kebajikan masyarakat

Selain membantu anggota organisasi dan konstituen, serta penjagaan alam


sekitar, satu lagi tanggungjawab social ialah menjaga kebajikan masyarakat.

Organisasi dan individu serta kumpulan boleh melaksanakan tanggungjawab


social mereka dengan memberi bantuan kebajikan masyarakat iaitu memberi
bantuan kepada mereka yang memerlukan, daif, miskin dan sebagainya melalui
program-program tertentu seperti program bersamamu TV3 dsb.
PENDAPAT-PENDAPAT YANG MENYOKONG
DAN MENENTANG TANGGUNGJAWAB SOSIAL
HUJAH-HUJAH YANG MENYOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL

Perniagaan mendatangkan banyak masalah kepada masyarakat, justru itu


(cara mengatasinya) mereka perlu membantu masyarakat.

Ahli-ahli perniagaan juga adalah anggota masyarakat dan rakyat dalam


Negara. Justru sumbangan mereka amat dihargai.

Perniagaan selalu mempunyai jalan penyelesaian dan sumber bagi


menyelesaikan masalah.

Memberi tanggungjawab social kepada yang memerlukan akan


mendatangkan keuntungan kepada organisasi tersebut.
HUJAH-HUJAH YANG MENENTANG TANGGUNGJAWAB SOSIAL

Matlamat perniagaan ialah untuk membuat keuntungan yang maksima dan


bukannya mencipta kerugian.

Pelaburan dalam program social adalah merugikan dan boleh membawa


kepada konflik kepentingan dan sebagainya.

Tidak mempunyai kepakaran untuk melaksanakan kerja-kerja social.

Syarikat masih belum untung dan tidak boleh memberi sumbangan.


BAGAIMANA MEMPERKENALKAN ORGANISASI
KEPADA TANGGUNGJAWAB SOSIAL

Menilai Organisasi kepada tanggungjawab social adalah melalui rajah berikut


yang menggambarkan darjah tertinggi dan terendah tanggungjawab social.

Darjah paling rendah tanggungjawab social ialah dari Halangan Social(social


obstruction), kemudian diikuti oleh Obligasi social (social obligation), dan
kemudiannya Tanggungjawab social (social responsibility) dan darjah paling tinggi
ialah Sumbangan Social(Sosial contribution).

(untuk memudahkan kefahaman anda, sila rujuk modul mukasurat 28 rajah


2.3)
KERAJAAN DAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL

Hubungan kerajaan dan organisasi bagi mewujudkan tanggungjawab social


adalah secara dua hala timbal-balik seperti berikut:

Kerajaan mempengaruhi organisasi perniagaan, dan

Organisasi perniagaan mempengaruhi kerajaan


Kerajaan mempengaruhi perniagaan melalui cara:

Undang-undang alam sekitar

Undang-undang pengguna

Undang-undang pekerja

Undang-undang berkaitan saham, dan

Kod percukaian
Perniagaan mempengaruhi kerajaan melalui cara:

Hubungan peribadi dan pengaruh

Lobi melobi

Tindakan politik

Belas ihsan dan lain-lain taktik.


# (untuk kefahaman, eluk rujuk kepada rajah 2.4 ms 29 modul anda).
MENGURUS DAN MENAGANI TANGGUNGJAWAB SOSIAL

Pendekatan formal

Pendekatan tidak formal


PENDEKATAN FORMAL:
Patuh kepada undang-undang (legal compliance)
Patuh kepada etika (ethical compliance)
Pemberian Derma dan sumbangan (philanthropic giving)
Patuh kepada undang-undang : merujuk sejauh mana organisasi patuh kepada
undang-undang tempatan, negeri, persekutuan dan antarabangsa.
Patuh kepada etika: merujuk sejauh mana anggota organisasi patuh kepada kod
etika yang ditetapkan oleh organisasi yang mengawasi kelakuan moral mereka.
Pemberian Derma dan sumbangan: merujuk kepada segala bentuk bantuan,
dorongan, hadiah, dan program yang diwujudkan untuk kumpulan tertentu.
Contohnya orang miskin dan fakir diwujudkan program khas bersamamu oleh TV3.
PENDEKATAN TIDAK FORMAL:

Pemimpin dalam organisasi dan budaya

Peniup wisel (whistle blowing)


Pemimpin Organisasi dan budaya: merujuk kepada bagaimana kepimpinan
organisasi menerapkan tanggungjawab social dalam organisasi sehingga berjaya
mengujudkan budaya kerja dan budaya korporat bagi organisasi tersebut.
Whitle Blowing: merujuk kepada istilah bagaimana seorang pekerja membuat
bising atau war-warkan sesuatu mengenai sesuatu yang bertentangan dengan

etika dan sesuatu yang menyalahi undang-undangdengan berbagai cara dan


tindakan.
posted by Sakri Zakaria | 7:12 AM | 0 comments

FRIDAY, JUNE 16, 2006

Jawapan bahagian C
Soalan 1 a
Takrif Etika Professional
Etika professional membentuk nilai-nilai sekumpulan manusia yang dilatih scara
bersama, di bina untuk mengawal prestasi kerja atau cara menggunakan sumber.
Mereka mengadakan (dalam organisasi) peraturan dan nilai-nilai budaya
professional yang sama dengan masyarakat yang mereka wakili. Kelakuan mereka,
semasa membuat keputusan, akan dicerminkan melalui peraturan dan nilai yang
mereka bina itu. (4 Markah)
Contoh Pekerjaan
Jururawat, peguam, penyelidik, doctor dan akauntan (1 Markah)
Soalan 1 b
(a) Pengaruh Keluarga-Individu mula membentuk standard etika semasa kanakkanak sebagai tindakbalas kepada tanggapan terhadap tingkahlaku ibubapa mereka.
Kanak-kanak dari keluarga yang mengamalkan standard etika yang tinggi
(contohnya bersifat benar) akan mengamalkan etika yang tinggi, tambahan pula
apabila mereka mendapat ganjaran kerana kepatuhan dan hukuman jika
mengingkarinya. Sekiranya ahli keluarga terlibat dalam kelakuan tidak beretika
(seperti berbohong) dan membenarkan anak-anak mereka melakukan pekara yang
sama, maka besar kemungkinan anak-anak tadi akan membentuk standard etika
yang rendah.
(b) Pengaruh Rakan-Rakan - Apabila kanak-kanak memasuki alam
persekolahan, mereka akan di pengaruhi oleh rakan-rakan pergaulan seharian
mereka. Contohnya, sekiranya rakan kanak-kanak itu terlibat dalam perbuatan
mencuri, vandalism atau penyalahangunaan dadah, kanak-kanak tersebut mungkin
akan turut melakukan pekara yang sama. Sebaliknya, Sekiranya rakan mereka

mempunyai standard etika yang tinggi dan menolak perbuatan tersebut, besar
kemungkinan mereka juga akan menerima standard tersebut.
(c) Pengalaman Hidup - Banyak peristiwa penting, positif dan negatif,
membentuk kehidupan sesaorang dan mempengaruhi kepercayaan dan kelakuan
etika mereka. Peristiwa ini merupakan sebahagian dari proses pembesaran dan
kematangan. Contohnya sesaorang yang mencuri dan terlepas dari hukuman tidak
akan merasa menyesal dan akan terus dengan perbuatan tersebut.
(d) Nilai dan moral Peribadi - Nilai dan moral juga mempengaruhi standard
etika sesaorang. Sebagai contoh, sesaorang yang meletakkan kepentingan kewangan
dan kemajuan peribadi paling utama dalam kehidupan akan mengambil kod etika
yang mengejar kepada kemewahan. Oleh itu ia mungkin akan menjadi rakus dalam
mengejar kemewahan tanpa mengambil kira akibat pebuatan terhadap orang lain.
Sesaorang yang mementingkan kekeluargaan akan mengambil kod etika yang
berbeza.
(e) Faktor Situasi - Faktor akhir menentukan etikal individu ialah faktor situasi.
Kadangkala sesaorang secara tidak sengaja berada dalam situasi yang memerlukan
mereka bertindak bertentangan dengan pertimbangan yang baik. Sebagai contoh,
sesaorang yang mempunyai masaalah kewangan perlu menipu dalam akaun
tuntutan mereka. Walaupun keadaan ini tidak memberi justifikasi kepada
ketidakjujuran mereka, namun ianya perlu dalam kontek memberi kefahaman
mengapa sesaorang akan bertindak secara tidak beretika sekiranya mereka tidak
mempunyai pilihan. (5 Markah)

Soalan 2 a
(1) Utilitarian
Mengikut pandangan Utilitarian tentang etika, sesaorang harus menilai dilema etika
dari sudut kebaikan dan keburukan yang bakal timbul dari tindakannya. Sesuatu
tindakan yang baik dari segi moral ialah tindakan yang menghasilkan natijah yang
paling baik bagi orang yang paling ramai.
(2)Golden rule
Ialah istilah yang digunakan oleh agama kristian kepada ajaran Christ, lakukan ke
atas orang lain sebagaimana kamu ingin mereka lakukan ke atas kamu. Prinsip yang
sama juga boleh didapati dalam kebanyakkan agama lain (walaupun tidak semua). Ia

memerlukan penentuan beberapa cara tindakan dan memilih cara yangmana kita
inginkan orang lain bertindak terhadap kita.
(3)Kantian/Rights (hak)
Diutarakan oleh ahli falsafah Immanuel Kant, Pandangan Kantian/Rights
mengandaikan bahawa alam moral (Moral Universe), setiap orang mempunyai
beberapa hak yang asas.
(4)Enlighten Self Interest
Satu lagi pandangan tentng etika ialah kepentingan diri (self interest) boleh menjadi
satu kekuatan yang positif. Oleh kerana individu berusaha kearah kepentingan diri,
mereka akhirnya meningkatkan kebajikan semua ahli organisasi. (8 Markah)
soalan 2 B
Ia memerlukan penentuan beberapa cara tindakan dan memilih cara yangmana kita
inginkan orang lain bertindak terhadap kita. Orang lain dalam yang perlu diambil
kira dalam peraturan ini ialah oarng-orang yang berkepentingan (stkeholders) dalm
organisasi. Orang-orng yang berkepentingan dalam organisasi ialah para pelabur,
rakan kongsi, kakitangan, kesatuan pekerja, pelanggan, pembekal dan kerajaan. (2
Markah)
posted by Sakri Zakaria | 9:27 AM | 0 comments

SUNDAY, JUNE 11, 2006

ETIKA KERJA PROFESSIONAL


Profsionl

1999

Sekapur Sireh
x
Etika Kerja Professional 1
Definisi
3
Fungsi Kod Etika Professional
6
Amalan Tidak Beretika Dikalangan Professional
11
Teras Etika Kerja Professional
19
Kesimpulan

20
Rujukan

Sekapur Sireh BACK TO THE TOP


Alhamdullillah, bersyukur kami kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah
kurniaNya, dapat kami menyiapkan tugasan yang diberikan.
Ribuan terima kasih kami kepada Encik Mohd Nasir Bin Markom yang telah banyak
membantu kami memberi tunjuk ajar dan panduan bagi meyiapkan tugasan ini.
Tidak lupa juga individu-individu lain yang telah banyak membantu kami sama ada
secara langsung ataupun tidak. Insya Allah tugasan ini sedikit sebanyak akan
menjelaskan Etika Kerja Professional.
Akhir kata kami memohon maaf atas segala kekurangan yang ada dalam tugasan ini.
Sesungguhnya yang baik itu datang dari pemberian Allah dan segala kekurangan dan
kelemahan itu datang dari kami. Mudahmudahan Allah SWT yang Maha Pemurah,
melimpahkan ganjaran yang berlipat ganda dan taufik hidayahNya kepada kita
semua, Amin.
"Ya Allah ya Tuhanku, aku memohon perlindunganMu daripada ilmu yang tidak
bermanfaat, dari hati yang tidak tenang, doa yang tidak dimakbulkan dan daripada
nafsu yang tidak pernah kenyang"
Wassalam.

Definisi BACK TO THE TOP


Etika terlalu banyak diberikan oleh pelbagai pihak dari semasa ke semasa. Istilah

etika berasal dari perkataan Greek 'ethos', yang bermaksud khusus kepada
'character', ataupun perwatakan dan keperibadian.
Gluck (1986 : 176) telah mendifinasikan etika sebagai, " kajian filosofikal terhadap
moraliti". Shea (1988 : 17) pula mendefinasikan etika sebagai "prinsip-prinsip
bertingkahlaku yang mengawal individu atau profesyen" dan sebagai "satu standard
tingkahlaku ".
Manakala istilah etika dikalangan teknokrat merujuk kepada kajian-kajian mengenai
isu-isu 'standard moral' yang melibatkan para teknokrat yang boleh membantu
meningkatkan integriti profesyen mereka.
Etika kerja dapat disimpulkan sebagai panduan tingkahlaku yang diikuti oleh
manusia yang mempunyai kaitan rapat dengan kehidupan, khususnya dikalangan
yang meminggirkan agama di dalam kehidupan mereka. Tidak mengira negara,
bangsa dan agama telah menekankan norma moral yang berlandaskan ketinggian
akhlak mereka yang mengamalkannya.
Dalam masyarakat moden sekarang ini norma keagamaan semakin ditinggalkan dan
masyarakat lebih menuju kepada kemajuan material untuk mencapai kesenangan
hidup. Sumber-sumber moral kini datang dari set etika yang dihasilkan oleh
ketentuan akal manusia dan pengkajian terhadap kehidupan manusia.
Hubungan etika kerja profeesional dengan kehidupan manusia digunakan untuk
mengawal tingkahlaku ahli professional dalam bentuk menyuruh melakukannya dan
meninggalkan perkara yang mendatangkan kesalahan samaada di sisi undangundang negara mahupun statusnya sebagai professional. Oleh itu, etika kerja
professional merupakan satu landasan kepada masyarakat yang membolehkan
teknokrat mengawal tingkahlakunya sendiri serta membolehkan masyarakat sosial
mengawasi dan menilai setiap tindak tanduk mereka dari semasa ke semasa.
Etika seharusnya dipelajari dan diamalkan dalam kehidupan seharian kita. - dalam
apa jua tindak tanduk. Keberkesanan prinsip etika terletak pada individu itu sendiri.
Tanpa disiplin diri dan kekuatan mental yang tinggi seseorang itu tidak dapat
mencapai tahap etika yang dikehendaki. Secara kesimpulannya dapatlah kita
simpulkan bahawa etika itu wujud dalam diri seseorang itu dengan adanya disiplin
dan kekuatan diri individu itu sendiri.

Fungsi Kod Etika Professional BACK TO THE TOP

Kod etika professional adalah salah satu 'alat kawalan' sosial yang digunakan sebagai
salah satu panduan dalam mendisiplinkan diri kearah yang lebih beretika. Secara
datarnya kod etika ini berfungsi sebagai :
a. Inspirasi dan panduan
Kod etika professional telah mengelaskan pelbagai tingkahlaku yang patut
diamalkan dalam sesebuah organisasi atau jabatan tersebut. Kod ini juga boleh
dianggap sebagai landasan dalam menjalankan pelbagai kerja dengan lebih teratur
dan lebih baik.
Dengan panduan dan peraturan amalan-amalan kerja, kod etika boleh memandu
dan mengingatkan ahli-ahli professional mengenai keputusan yang perlu diambil
dan tingkahlaku yang sepatutnya apabila berada di dalam sesuatu keadaan.
b. Pencegahan Dan Disiplin
Kod-kod etika digunakan khususnya oleh badan-badan professional sebagai asas
untuk menyiasat sebarang penyelewengan ahli-ahlinya apabila terdapat sebarang
aduan diterima. Aduan-aduan ini akan dapat mengurangkan penyalahgunaan kuasa
oleh mereka yang berkuasa dan berpangkat serta mempunyai kedudukan tertentu
dalam sesbuah organisasi atau jabatan. Selain itu ia juga dapat mengelakkan
penggunaan maklumat-maklumat rahsia syarikat atau jabatan untuk kepentingan
diri sendir.i.
c. Memelihara Maruah Profesyen
Kod-kod etika memberi satu gambaran kepada semua pihak tentang imej positif
setiap profesyen kerana setiap ahli terikat dengan satu standard etika yang tinggi.
Etika merupakan satu panduan kepada professional untuk membina, meningkat dan
mempertahankan integriti, kejujuran dan maruah profesyen masing-masing.
Ini secara umumnya, setiap kod etika professional menjelaskan bahawa setiap
ahlinya perlu menggunakan segala ilmu pengetahuan yang dimilikinya untuk
meningkatkan kesejahteraan manusia seluruhnya, jujur kepada diri sendiri, majikan,

masyarakat dan pelanggannya serta sentiasa berusaha untuk meningkatkan


pengetahuan untuk terus memberi perkhidmatan yang lebih cemerlang dari semasa
kesemasa.
d. Memelihara Keharmonian
Kod etika menggariskan standard tingkahlaku yang harus dipatuhi dan diamalkan
sepenuhnya supaya kepentingan semua pihak terpelihara. Ini dapat mengelakkan
daripada berlakunya pertembungan di antara kepentingan diri dan kepentingan
umum. Ini akhirnya menyebabkan pelbagai konflik dan rasa tidak puashati
dikalangan pihak yang berkaitan. Setiap ahli professional dalam bidang masingmasing perlu mengiktiraf kehidupan, keselamatan, kesihatan dan kebajikan setiap
anggota masyarakatnya
e. Sokongan
Jika seseorang teknokrat didakwa atau diragui oleh pihak lain tentang apa yang
dilakukan, maka dia boleh menggunakan kod etika untuk menyokong tindakannya
dalam memberi sokongan akan apa yang telah dilakukan. Hendaklah ahli teknokrat
tersebut yakin akan pekerjaan yang telah beliau lakukan tidak salah disisi undangundang dan agama serta etika organisasi atau jabatan.
Para professional hendaklah menolak sebarang arahan majikan yang bertentangan
dengan etika professional syarikat berkenaan.
Ringkasnya, etika professional adalah untuk memberi inspirasi, galakan dan
sokongan kepada pengguna-pengguna teknologi dalam bidang kepakaran masingmasing. Etika professional lebih menumpukan kepada dimensi perlakuan yang
positif sebagai panduan tingkahlaku yang paling sesuai untuk diamalkan oleh
seseorang professional.
Semua etika professional yang diguna pakai diseluruh dunia dalam bidang-bidang
seperti perubatan, guaman, perniagaan, perakuanan dan kejuruteraan mempunyai
asas-asas etika yang sama. Ini kerana tujuan etika dibentuk adalah digunakan untuk
diri dan masyarakat amnya.

Amalan Tidak Beretika Dikalangan Profesional BACK TO THE TOP

Ahli-ahli profesional dalam tugas-tugas seharian mereka berurusan dengan pelbagai


pihak. Tidak kira dengan siapa mereka berurusan, ianya mempunyai implikasi
undang-undang yang luas.
Namun begitu dari semasa ke semasa, pelbagai jenayah kolar putih yang melibatkan
ahli profesional telah diketengahkan Ini menggambarkan perbuatan-perbuatan yang
tidak beretika di kalangan para ahli profesional.
Kebanyakan daripada mereka ini beranggapan bahwa etika adalah semata-mata
untuk menyekat serta mengongkong kehidupan mereka. Mungkin pada masa
sekarang ini ramai yang beranggapan bahawa tidak perlu lagi etika dalam kerja
mereka kerana ianya akan menghadkan 'pergerakan' mereka dalam organisasi
tersebut. Di bawah ini adalah sebahagian contoh perbuatan tidak beretika tersebut:
a. Salah Guna Kuasa
Dewasa ini, banyak kes yang kita dengar berhubung dengan salah guna kuasa oleh
sesetengah pihak. Jenayah ini berlaku demi menjaga nama dan maruah seseorang
itu dari dikenakan tindakan undang-undang daripada jenayah yang telah dilakukan.
Kuasa dan pangkat juga digunakan untuk menjatuhkan seseorang. Ianya juga
digunakan untuk menipu dan memberi rasuah. Jikalau dilihat dari segi agama ia
secara terang ditentang kerana ianya dianggap tidak bermoral dan tidak berlaku adil
kepada mereka lain. Mereka yang terlibat dalam penyalah gunaan kuasa dianggap
sebagai mementingkan diri sendiri dan mengetepikan norma-norma masyarakat.
Mereka juga menggunakan kuasa untuk menyalah gunakan maklumat untuk tujuan
memberi keuntungan kepada keluarga dan rakan-rakan dalam pemberian kontrak
atau dalam menguruskan pinjaman atau subsidi.
b. Rasuah
Rasuah boleh ditafsirkan sebagai "ganjaran atau imbuhan yang diperoleh hasil
daripada melakukan sesuatu kerja yang tidak sepatutnya dilakukan". Rasuah bukan
sahaja boleh diberi atau diterima dalam bentuk wang ringgit tetapi juga dalam
bentuk meterial.
Rasuah adalah satu jenayah kolar putih paling tinggi di Malaysia. Sungguhpun
begitu hukuman yang dikenakan pada masa sekarang bagi mereka yang telah
melakukan jenayah ini adalah tidak releven. Ini kerana jumlah denda yang
diekenakan adalah amat kurang daripada jumlah nilai barangan atau bahan yang

dirasuah.
Jikalau dilihat dari segi agama, ia dianggap berdoasa dan amat berat hukumannya.
Hukuman ini bukan sahaja kepada penerima tetapi kepada pemberi dan juga saksisaksinya kerana mereka ini bersekongkol dalam melakukan jenayah tersebut.
Kegiatan seperti ini akan memberi implikasi dan tanggapan buruk oleh masyarakat
akan profesion seorang profesional yang dikira beretika dalam semua hal.
Impak ini juga akan dirasai oleh masyarakat keseluruhannya. Jenayah ini akan
meningkatkan kos barangan dan perkhidmatan yang akhirnya memberi kesan
kepada pengguna. Bukan itu sahaja, rasuah juga akan menyebabkan barangan dan
perkhidmatan yang dipasarkan tidak memenuhi spesifikasi atau mutu yang
sepatutnya. Ini sekaligus menghapuskan persaingan terbuka dan sihat.
Persaingan terbuka ini amat penting dalam sistem ekonomi bebas kerana ianya akan
meningkatkan kualiti barangan dan perkhidmatan, sedangkan amalan rasuah tidak
mengambil kira aspek kualiti asalkan barangannya dibeli atau pun projeknya
diluluskan.
Gejala rasuah juga menimbulkan rasa tidak senang hati pada sesetengah pihak
kepada pihak lain kerana mereka percaya bahawa mereka tidak mendapat layanan
yang adil dalam sesuatu urusan yang telah dijalankan
Namun demikian, di sesetengah buah negara, amalan ini 'diterima' oleh masyarakat
walaupun ianya terang-terang salah di sisi undang-undang. Ini mungkin disebabkan
pendapatan bulanan yang rendah seperti di Thailand, India, Indonesia dan Amerika
Latin. Banyak faktor yang menyokong jenayah ini 'diterima' di negara-negara ini.
Diantaranya termasuklah kesempitan hidup, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDK)
yang rendah
c. Penipuan
Pada keadaan sekarang penipuan boleh dianggap sebgai suatu perkara yang biasa
di'amal'kan oleh mana-mana pihak sama ada profesinal ataupun tidak. Penipuan
biasa berlaku secara senyap dan tidak dapat dikesan. Ianya berlaku dalam keadaan
sedar dan mereka yang bersekongkol dalam penipuan tersebut dan mereka tahu
akan kesalahan yang telah mereka lakukan.
Penipuan mempunyai pelbagai tujuan. Peniouan dilakukan untuk menyembunyikan
kesalahan yang telah dilakukan dari pengetahuan umum. Terdapat pelbagai
penipuan boleh dilakukan dan antaranya adalah pemalsuan dokumen dan

maklumat, pengeliruan dan pemalsuan pengiklanan dan lain-lain. Yang biasa kita
lihat adalah penipuan dalam pengiklanan barangan dan rumah kediaman. Penipuan
boleh dikaitkan dengan perbuatan-perbuatan sepertiman yang telah diterangkan
pada (a dan b) di atas.
Penipuan merendahkan integriti dan maruah seseorang itu di martabat masyarakat.
Ini akan menghakis kepercayaan rakyat kepada mereka yang terlibat.
Golongan profesional adalah golongan yang lebih banyak terdedah dengan perlakuan
tidak beretika atau jenayah kolar putih. Ini kerana mereka terlibat dengan pelbagai
keadaan dan orang pelbagai peringkat dan pangkat. Secara realitinya lebih tinggi
pangkat dan jawatan disandang, maka lebih banyaklah cabaran dan dugaan yang
perlu mereka hadapi.
Tindakan pertama melangkah batas-batas etika akan membawa diri seseorang itu
terus terjebak dalam kancah yang tidak beretika dan amat sukar sekali apabila
seseorang itu telah mula terlibat dengan etika yang tidak bermoral ini ingin keluar
daripada apa yang telah 'biasa' mereka lakukan.
Kesimpulannya, walaupun seorang profesional itu terikat dengan undang-undang
dan kod etika profesional, masih ramai di antara mereka yang melakukan amalan
yang tidak sihat ini. Pbuatan ini mungkin disebabkan masih ramia diantara mereka
yang memikirkan etika sebagai malaikat yang mengawal segala tindak tanduk
mereka dalam semua hal.
Persekitaran juga turut mempengaruhi tindakan seseorang itu untuk melakukan
perkara-perkara yang tidak beretika. Ini dilakukan demi menjaga reputasi dan
periuk nasi mereka - walaupun mereka mengetahui apa yang mereka lakukan adalah
salah disisi undang-undang.
Perbuatan-perbuatan yang tidak beretika adalah ibarat penyakit barah yang
sekiranya tidak dirawat akan memudaratkan seluruh anggota badan sehingga
menyusahkan orang. Penyakit ini hanya dapat diubati dengan perlaksanaan undangundang yang ketat. Dalam erti kata lain, pelaksana undang-undang juga tidak boleh
bersekongkol dengan mereka dan tindakan undang-undang yang dikenakan
haruslah tidak 'memilih bulu'.
Selain perlaksanaan undang-undang, kesedaran individu itu adalah sangat penting
kerana ianya dianggap sebagai perisai utama diri dari melakukan perkara-perkara
yang tidak beretika. Namun begitu, apa pun penyelewengan yang mereka lakukan

adalah salah dan bertentangan dengan agama, kod etika profesional dan undangundang serta norma-norma masyarakat amnya.

TERAS ETIKA KERJA PROFESSIONAL BACK TO THE TOP


Ciri-ciri yang dinyatakan berikut wajar dijadikan panduan yang dianggap sebagai
teras "Etika Kerja Professional".
a. Cemerlang
Seorang yang bekerja dengan cemerlang tidak akan bekerja dengan sambil lewa.
Kerja dan tugas sehariannya tidak akan dianggap sebagai satu bebanan atau sebagai
satu rutin yang membosankan. Kerja yang perlu dilaksanakannya akan dilakukannya
dengan bersungguh-sungguh, tidak sekadar "melepaskan batuk di tangga". Prestasi
kerjanya akan sentiasa tinggi. Jika dia menemui kesulitan semasa melaksanakan
tugasnya, dia akan terus berusaha mencari jalan mengatasi atau menyelesaikan
masalah itu. Dia tidak mudah patah hati atau mengaku kalah.
Untuk mencapai tahap kecemerlangan, seorang pekerja itu mesti ada disiplin diri.
Mereka yang mempunyai displin diri boleh bekerja dengan baik dalam semua
keadaan.
b. Sikap Berinisiatf
Pekerja yang mempunyai sikap berinisiatif adalah mereka yang melakukan usaha
atau sesuatu sebelum dipaksa oleh keadaan atau diarah melakukannya. Sesuatu
kerja itu perlu dilakukan dengan tekun dan teliti untuk mengelakkan berlakunya
kesilapan. Kesilapan dalam melakukan pekerjaan memanglah boleh dimaafkan
tetapi jika dilakukan berulang kali akan menimbulkan masalah kepada diri sendiri
dan orang lain.
Setiap pekerja mempunyai kebolehan tersendiri dalam bidang-bidang yang mereka
ceburi. Oleh itu mereka yang beretika dalam kerjanya akan sentiasa giat berusaha
untuk mengembangkan syarikat di mana mereka bekerja. Contohnya dalam bidang
perniagaan pekerja akan berusaha untuk mengembangkan perniagaan syarikat
dalam bidang-bidang baru seperti keluaran atau perkhidmatan yang baru.
c. Niat

Orang yang tidak mempunyai niat yang betul semasa bekerja tidak akan bekerja
dengan baik. Orang itu tidak akan mempunyai komitmen terhadap kerja yang
dilakukannya. Ramai orang yang bekerja tetapi tidak faham atau mengerti kenapa
mereka bekerja selain daripada ingin menyara hidup.
Persepsi seorang pekerja itu terhadap kerjanya boleh disimpulkan dalam sebuah
kisah pendek mengenai tiga orang pekerja binaan.
Apabila mereka ditanya :" Apakah yang sedang anda lakukan ini ?"
Jawapan mereka:Pekerja pertama berkata : "Saya sedang cari makan ".
Pekerja kedua berkata : "Saya sedang membuat dinding ".
Pekerja ketiga berkata : "Saya sedang membina sebuah bandar yang indah dan
permai".
Antara tiga pekerja binaan ini, siapakah yang paling berminat dan komited terhadap
kerjanya ? Pastilah pekerja yang ketiga. Orang yang ketiga ini lebih memahami
tujuan kerjanya itu dan lebih komited terhadap apa yang dilakukannya.2 Seseorang
yang ingin bekerja dengan baik mestilah bekerja dengan niat yang ikhlas tidak
kerana riak, menunjuk-nunjuk, kerana terpaksa atau kerana tujuan lain. Kerja atau
amalan yang kita lakukan bukan kerana niat yang betul akan mengurangkan kualiti
kerja yang dilakukan..
Oleh itu, setiap kerja yang ingin kita lakukan hendaklah ikhlas. Ikhlas itu bermaksud
murni atau bersih, tidak ada campuran. Ibarat emas yang tulen, bersih tanpa
campuran daripada lain-lain bahan seperti perak, tembaga dan sebagainya. Maksud
bersih di sini ialah, bersihnya sesuatu pekerjaaan dari campuran motif atau tujuan
seperti ingin dipuji orang, ingin mendapat nama dan sebagainya.
Contohnya, dua orang yang memberi derma kepada fakir miskin. Seorang menderma
kerana Allah semata-mata, manakala seorang lagi menderma kerana mahukan
pujian dan nama sebagai seorang dermawan. Dari segi lahiriah, kedua-dua mereka
itu sama sahaja iaitu memberi bantuan kepada fakir miskin, tetapi nilai murni dan
akhlak orang yang pertama lebih tinggi daripada orang yang kedua.

d. Bertanggungjawab Terhadap Masyarakat


Etika kerja profesional turut menekankan tanggungjawab terhadap masyarakat.
Tidak wajar mementingkan keuntungan semata-mata tanpa memikirkan akibat
pekerjaan tersebut kepada masyarakat dan alam sekitar. Sebagai contoh, sesebuah
syarikat pemaju perumahan tidak wajar menggondolkan suatu kawasan hutan
dengan sesuka hati demi apa yang dikatakan sebagai pembangunan. Perbuatan
tersebut bukan sahaja menjejaskan alam sekitar, malah juga sumber pendapatan
penduduk setempat.
Tanggungjawab terhadap masyarakat amat penting kerana banyak projek-projek
dewasa ini hampir melupakan faktor-faktor yang memberi kesan kepada
masyarakat. Peranan ahli-ahli teknokrat amat penting dalam menekankan etika
tanggungjawab mereka kepada masyarakat.
e. Amanah Dalam Kerja
Sifat amanah adalah teras keharmonian dan kejayaan sesebuah institusi masyarakat
atau pekerjaan; sebuah syarikat misalnya. Bayangkan jika seseorang pekerja atau
pegawai tidak mempunyai sifat amanah; segala urusan tidak akan berjalan sempurna
dan membawa kepada kehancuran institusi atau syarikat tersebut.
Sifat amanah dalam kerja yang telah diamanahkan tentunya akan menghasilkan
nilai-nilai keperibadian seorang pekerja yang baik. Peranan ketua-ketua bahagian
atau majikan amat penting dalam membanteras gejala tidak amanah dalam kerja.
Pekerja-pekerja seharusnya patuh kepada arahan yang diberi dan melaksanakan
tugas itu dengan baik. Sifat ini bukan hanya melanda pekerja biasa sahaja, malah
tidak kurang juga majikan atau ketua sendiri yang mengamalkan sifat tidak amanah
ini.
f. Komited Terhadap Kerjaya.
Kunci kejayaan seseorang individu ialah komited terhadap kerjaya yang diceburinya.
Komited yang dimaksudkan di sini ialah menumpukan perhatian dan bersungguhsungguh terhadap apa yang dilakukan. Sifat komited ini dapat menyumbang ke arah
terhasilnya mutu kerja atau khidmat yang cemerlang.
Kerja yang dilakukan mestilah sentiasa mencari peluang-peluang untuk meraih
kecemerlangan dalam kerja. Pekerja akan sentiassa melihat da merebut peluang
yang tercipta atau dicipta sendiri. Kata-kata hikmat dalam perniagaan yang sering

dijadikan pegangan usahawan ternama iaitu, "Peluang mesti dicari, ianya tidak
diberi". Ini merupakan faktor penting dalam mencapai kejayaan.
g. Akhlak
Akhlak merupakan teras pembentukan etika kerja professional. Akhlak mulia yang
dimiliki oleh seseorang pekerja mahupun ketua menjadi lambang ketinggian
peribadi dan kualiti individu terbabit. Apalah gunanya seorang yang berpendidikan
tinggi dan kemudiannya menjawat pekerjaan yang bagus jika berakhlak buruk.
Akhlak buruk di sini contohnya mengamalkan rasuah, dasar pilih kasih dalam kerja,
dan tidak komited dalam kerja. Banyak contoh yang dapat kita lihat dalam
pentadbiran negara kita sendiri di mana ahli-ahli politik yang mengamalkan rasuah
dan tidak kurangnya juga yang menerima rasuah untuk meluluskan sesuatu projek.
Malahan suatu gejala Poltik Wang pernah menggemparkan sebuah gergasi politik di
negara kita.
h. Jujur
Di dalam pekerjaan, sifat jujur atau benar dapat membentuk hubungan yang sihat di
antara sesama pekerja, pekerja dan majikan dan sesama pelanggan atau pun orang
yang berurusan di dalam pekerjaan tersebut. Sifat jujur dan benar dapat
membendung segala perasaan syak wasangka dan tipu daya atau pun dusta. Contoh
tipu daya dalam pekerjaan ialah seorang peniaga yang suka menipu pelanggannya
dengan tujuan melipatgandakan keuntungan.
i. Bersyukur
Bersyukur adalah susulan kepada kejayaan-kejayaan dan keuntungan yang diperoleh
hasil sesuatu pekerjaan. Harus diingat bahawa keuntungan yang diperoleh adalah
nikmat kurniaan Allah. Kewajipan bersyukur dinyatakan oleh Allah dalam firmanNya yang bermaksud :
"Dan (ingatlah) tatkala Tuhan kamu memberitahu; Demi sesungguhnya! Jika kamu
bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmat-Ku kepada kamu, dan demi
sesungguhnya azab-Ku amatlah keras"
(Surah Ibrahim Ayat 7)

Menjadi lumrah manusia, apabila ditimpa kesusahan mereka tabah menghadapinya


dan keimanan mereka pada masa ini kuat sekali. Namun apabila memperoleh
pangkat dan kesenangan, mereka lupa diri dan Tuhan. Inilah yang dinamakan Kufur
Nikmat. Harus diingat bahawa Allah boleh menarik balik nikmat yang telah
dikurniakan kepada hambaNya.
Termasuk dalam golongan yang kufur nikmat ialah orang yang mengamalkan rasuah
di dalam pekerjaan. Orang yang mengamalkan rasuah seolah-olah tidak bersyukur
dan berasa cukup dengan apa yang dikurniakan oleh Allah. Rasuah dilakukan untuk
mendapatkan sesuatu yang bukan haknya dan menguntungkan kedua-dua pihak
(pemberi dan penerima rasuah) dengan cara yang mudah tetapi menyalahi undangundang dalam bentuk imbuhan. Imbuhan rasuah pada masa kini berbentuk wang,
saham, wanita cantik dan apa jua yang diatas nama sebagai hadiah.
Amalan rasuah akan melumpuhkan ekonomi negara kerana yang kaya bertambah
kaya manakala yang miskin semakin terbiar. Islam dengan tegas melarang perbuatan
rasuah kerana ia tergolong dalam dosa-dosa besar.
j. Pengurusan Masa
Dalam menjalani pekerjaan, amat perlu dititikberatkan soal pengurusan masa
kerana salah satu faktor kejayaan dalam pekerjaan adalah pengurusan masa yang
berkesan. Pengurusan masa yang cekap dapat membantu meringankan beban tugas
di samping memudahkan segala urusan kerja.
Semasa bekerja kita telah diperuntukkan waktu rehat yang secukupnya oleh majikan.
Dalam masa yang agak singkat inilah kita perlu bijak memanfaatkan masa untuk
makan, sembahyang dan berehat. Kadangkala kita terlalu asyik berbual-bual
bersama rakan-rakan sekerja sambil menikmati hidangan sehingga terlupa untuk
menunaikan solat. Walhal waktu rehat tersebut jika bijak diuruskan sudah
semestinya amat mencukupi untuk kita berehat dan beribadat dengan selesa. Firman
Allah yang bermaksud:
"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu sentiasa dalam kerugian. Kecuali orangorang yang beriman dan beramal soleh dan berwasiat (nasihat-menasihati) dengan
kebenaran dan berwasiat dengan kesabaran."
(Surah Al-Asr Ayat 1-3)

k. Menilai Diri (Muhasabah)


Muhasabah bermaksud menilai diri, menghitung kebaikan dan keburukan yang telah
kita lakukan. Kita perlu menghisap diri di waktu malam tentang apa yang telah kita
lakukan sepanjang hari terutama dalam pekerjaan. Kita perlu menghisap diri di
hujung minggu tentang apa yang telah kita laksanakan sepanjang minggu. Dan
seterusnya kita perlu menghisap diri di akhir tahun untuk mempastikan apa
sebenarnya yang telah kita lakukan (untuk diri kita, keluarga kita, bangsa kita,
negara kita, agama kita) di sepanjang tahun.
Penilaian diri (self-evaluation) ini tidak sama ertinya atau kurang bermakna jika
seorang itu pada awalnya tidak menggariskan, merancang atau menentukan apa
yang ia hendak laksanakan dalam tempoh tertentu.3 Begitu juga penilaian diri ini
juga bukan bermaksud agar kita menguji orang-orang lain dengannya, tetapi agar
kita menguji diri sendiri, dan setelah mengetahui kekurangan dalam diri kita dan
kesilapan strategi di dalam pekerjaan.
Muhasabah ini tidak akan mendatangkan apa-apa manfaat kepada bangsa dan
negara melainkan seorang itu menyedari bahawa dia ada peranan dan kewajipan
sebagai anggota masyarakat. Jika muhasabah atau penilaian semula itu hanya
setakat mengukur kejayaan diri secara sempit, tanpa mengambil kira sumbangan
yang telah dapat dicurahkan kepada sanak saudara, kepada masyarakat setempat,
kepada bangsa dan negara, kepada agamanya, ia belum lagi mencapai maksud
sebenar.

Kesimpulan BACK TO THE TOP


Etika kerja diwujudkan adalah untuk mengawal tingkahlaku para profesional atau
ahli teknokrat supaya mereka dapat menggunakan segala pengetahuan, kepakaran
dan kemahiran yang ada untuk kebaikan semua pihak. Untuk mencapai tujuan ini
tidaklah dinafikan bahawa etika kerja professional memainkan peranan yang amat
penting untuk menjadikan masyarakat yang beretika dan berjaya.
Namun demikian, mekanisme untuk mengawal tingkahlaku manusia perlu
melangkaui etika professional. Ini kerana terdapat banyak faktor yang boleh
mempengaruhi dan menentukan tingkahlaku seseorang individu dan keputusan

yang dibuatnya. Oleh itu, faktor-faktor lain seperti keperluan kehidupan, nilai-nilai
hidup, penguatkuasaan undang-undang, pendidikan agama, budaya kerja dan lainlain perlu diambil kira supaya mewujudkan satu persekitaran kehidupan yang
sentiasa mendorong seseorang individu melakukan sesuatu yang hanya
mendatangkan faedah dan kebaikan semua pihak.
Etika kerja professional bukanlah merupakan jalan penyelesaian masalah yang
kompleks, tetapi ianya tetap penting dan mempunyai peranannya yang tersendiri
untuk mengawal tingkahlaku para professional. Etika kerja professional telah
menentukan asas-asas hubungan di antara para professional dengan masyarakat,
majikan, pelanggan dan rakan sekerja. Etika kerja professional telah wujud sejak
dahulu lagi sehingga ke hari ini masih dianggap penting dan berfaedah. Sesiapapun
tidak terkecuali daripada patuh kepada prinsip dan nilai etika termasuklah para
teknokrat.

RUJUKAN BACK TO THE TOP


1. Malaysia Kita, Institut Tadbiran Awam Negara, Kuala Lumpur, 1991.
2. Nilai Dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam, Institut Tadbiran Awam Negara,
Kuala Lumpur, 1991.
3. Kecemerlangan Pentadbiran (Dasar Dan Amalan Dalam Islam), Institut Tadbiran
Awam Negara, Kuala Lumpur, 1991.
4. Laporan Seminar Etika Pengurusan, 13 Mac 1990, Institut Latihan Pengurusan
Petronas, Bangi, Selangor.
5. Laporan Seminar Etika Profesion Pensyarah Dan Amalan Harian, 13 April 1987,
Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur.
6. Laporan Seminar Kebangsaan Etika Professional, 20-21 Oktober 1992, Hotel
Hilton, Kuala Lumpur.
7. Yang Berbahagia Tan Sri Dato Seri Ahmad Sarji Abdul Hamid (KSUN), Kertas
Kerja "Ethics And The Civil Services" Seminar Etika Kerja Pengurusan, 13 Mac 1990,
Institut Tadbiran Awam Negara, Kuala Lumpur, 1990.
8. Nota Kuliah
posted by Sakri Zakaria | 9:19 AM | 0 comments

THURSDAY, JUNE 01, 2006

Etika Professional
Unit 1
PENGENALAN
Unit 1 mempunyai tiga bab, menekan kepada tiga bidang utama dalam etika
perniagaan dan professional. Komponen pertama mengkaji konsep-konsep dan
teori-teori asas moral, sejarah dan perkembangan teori etika, kajian sistematik
tentang betul dan salah dan applikasi teori etika yang kritikal bagi masalah sosial
semasa.
Bahagian kedua mengkaji sebab-sebab bagi tanggongjawab bermoral dan
applikasinya dalam pelbagai bidang sosial dan perniagaan. Termasuk dalam
bahagian ini ialah etika dalam kontek organisasi, memfokus kepada tanggongjawab
sosial.
Bahagian akhir dalam unit ini berkait dengan persoalan mencari keseimbangan
antara prestasi ekonomi dan prestasi sosial organisasi apabila berdepan dengan
dilema etika.
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda sepatutnya dapat:
1. menerangkan pelbagai isu yang sering timbul dalam amalan perniagaan dan
professional;
2. menggaris dan mengambilkira isu-isu tersebut dari sudut pelbagai teori;
3. menilai sejauhmana pendekatan-pendekatan tersebut dapat menyelesaikan
tanggungan moral;
4. menggunapakai pendekatan-pendekatan tanggongjawab moral dan sosial kepada
kes-kes terpilih bagi menetukan pilihan untuk penyelesaian.
5. memberi gambaran skop etika yang lebih luas dalam pengurusan moden dan
memahami pelbagai ciri permasalahan etika dalam pengurusan; dan
6. melihat ethik dari perspektif Islam.

BAB 1
PENGENALAN
Dalam bab ini pelajar akan didedahkan kepada konsep-konsep dan teori-teori asas
moral, sejarah dan perkembangan teori etika, dan kajian yang sistematik tentang
pekara salah dan benar, dan kebaikan dan kejahatan. Konsep-konsep dan teori-teori
ini akan di applikasikan kepada dilema-delima pengurusan masakini.
OBJEKTIF-OBJEKTIF
Pada akhir bab ini anda sepatutnya dapat:
1. Memahami pelbagai isu-isu etika yang ditimbilkan oleh amalan perniagaan dan
profesional;
2. memahami iisu-isu tersebut dari pelbagai perpeksif teorikal; dan
3. menilai kemampanan beberapa cara penyelesaian yang dicadangkan.
1.1 ALASAN MORAL DAN TEORI ETIKA

Masalah etika juga besifat menyeluruh kerana pengurus membuat keputusan dan
mengambil tindakan yang memberi kesan kepada orang lain. Sekiranya ia
memberikan kesan yang negatif terhadap orang lain, sekiranya keputusan tersebut
menjadikan mereka kecewa atau mendapat kecederaaan yang melampaui kawalan
individu, maka kita mempunyai masalah ethik yang memperlukan beberapa tahap
analisa moral selain dari analisa ekonomi yang biasa.
1.1.1 Takrif Ethik

Ethik secara umumnya ditakrifkan sebagai prinsip tingkah laku individu yang boleh
di terima dari segi moral atau akhlak. Kita mengistilahkan ethik sebagai kepercayaan
peribadi individu tentang kelakuan betul dan salah. Walaupun definisi mudah ini
menerangkan intipati ethik, tiga implikasi memerlukan perkiraan tambahan:
a. perhatikan bahawa ethik ditakrifkan secara invidu manusia mempunyai ethik,
sementara organisasi tidak;
b. Apa yang dimaksudkan sebagai kelkuan beretika berbeza antara sesaorang dengan

yang lain;
c. Ethik ialah relatif, bukannya mutlak. Ini bermaksud apa yang dianggap kelakuan
beretika ialah dari sudut pandangan yang melihat, ia selalunya (secara umumnya)
bertepatan dengan nilai-nilai sosial.
1.1.2 Takrif Etika Professional
Etika professional membentuk nilai-nilai sekumpulan manusia yang dilatih scara
bersama, di bina untuk mengawal prestasi kerja atau cara menggunakan sumber.
Mereka mengadakan (dalam organisasi) peraturan dan nilai-nilai budaya
professional yang sama dengan masyarakat yang mereka wakili. Kelakuan mereka,
semasa membuat keputusan, akan dicerminkan melalui peraturan dan nilai yang
mereka bina itu.
Setengah organisasi mempunyai banyak kumpulan pekerja professional
Jururawat, peguam, penyelidik, doctor dan akauntan- dimana kelakuan mereka
ditadbir oleh etik-etik professional. Etika professional membantu membentuk
budaya organisasi dan menetukan nilai yang digunakan oleh ahli-ahlinya dalam
urusan mereka dengan kumpulan lain yang mempunyai kepentingan yang sama.
Kebanyakan kumpulan profesional dibenarkan untuk menguatkuasa piawai
(standard) etika bagi profession mereka. Doktor dan Peguam, misalnya, boleh di
tahan dari menjadi pengamal sekiranya mereka melanggar peraturan professional
mereka.
1.1.3 Pembentukkan etika individu
Beberapa faktor penting dalam pembentukan etika individu, (sebagaimana
ditunjukkan dalam gambarajah 1.1 di bawah):
Faktor-faktor yang membentuk Etika Individu
Pengaruh Pengaruh Pengalaman Nilai-nilai Faktor
Keluarga Rakan-Rakan Hidup Dan
Moral Peribadi Situational
Gambarah 1.1: Beberapa faktor yang penting dalam pembentukan etika individu
(a) Pengaruh Keluarga
Individu mula membentuk standard etika semasa kanak-kanak sebagai tindakbalas
kepada tanggapan terhadap tingkahlaku ibubapa mereka. Kanak-kanak dari keluarga

yang mengamalkan standard etika yang tinggi (contohnya bersifat benar) akan
mengamalkan etika yang tinggi, tambahan pula apabila mereka mendapat ganjaran
kerana kepatuhan dan hukuman jika mengingkarinya. Sekiranya ahli keluarga
terlibat dalam kelakuan tidak beretika (seperti berbohong) dan membenarkan anakanak mereka melakukan pekara yang sama, maka besar kemungkinan anak-anak
tadi akan membentuk standard etika yang rendah.
(b) Pengaruh Rakan-Rakan
Apabila kanak-kanak memasuki alam persekolahan, mereka akan di pengaruhi oleh
rakan-rakan pergaulan seharian mereka. Contohnya, sekiranya rakan kanak-kanak
itu terlibat dalam perbuatan mencuri, vandalism atau penyalahangunaan dadah,
kanak-kanak tersebut mungkin akan turut melakukan pekara yang sama. Sebaliknya,
Sekiranya rakan mereka mempunyai standard etika yang tinggi dan menolak
perbuatan tersebut, besar kemungkinan mereka juga akan menerima standard
tersebut.
(c) Pengalaman Hidup
Banyak peristiwa penting, positif dan negatif, membentuk kehidupan sesaorang dan
mempengaruhi kepercayaan dan kelakuan etika mereka. Peristiwa ini merupakan
sebahagian dari proses pembesaran dan kematangan. Contohnya sesaorang yang
mencuri dan terlepas dari hukuman tidak akan merasa menyesal dan akan terus
dengan perbuatan tersebut.
(d) Nilai dan moral Peribadi
Nilai dan moral juga mempengaruhi standard etika sesaorang. Sebagai contoh,
sesaorang yang meletakkan kepentingan kewangan dan kemajuan peribadi paling
utama dalam kehidupan akan mengambil kod etika yang mengejar kepada
kemewahan. Oleh itu ia mungkin akan menjadi rakus dalam mengejar kemewahan
tanpa mengambil kira akibat pebuatan terhadap orang lain. Sesaorang yang
mementingkan kekeluargaan akan mengambil kod etika yang berbeza.
(e) Faktor Situasi
Faktor akhir menentukan etikal individu ialah faktor situasi. Kadangkala sesaorang
secara tidak sengaja berada dalam situasi yang memerlukan mereka bertindak
bertentangan dengan pertimbangan yang baik. Sebagai contoh, sesaorang yang
mempunyai masaalah kewangan perlu menipu dalam akaun tuntutan mereka.
Walaupun keadaan ini tidak memberi justifikasi kepada ketidakjujuran mereka,

namun ianya perlu dalam kontek memberi kefahaman mengapa sesaorang akan
bertindak secara tidak beretika sekiranya mereka tidak mempunyai pilihan.

1.1.4 Pandangan-Pandangan Tentang Etika


Apabila sesaorang individu berdepan dengan masalah etika, mereka selalunya
memerlukan panduan untuk memilih tindakkan yang betul. Keputusan akhir,
walaubagaimanapun, bergantung kepada pandangan sesaorang tentang etika.
Pandangan-pandangan yang biasa dirumuskan seperti berikut:

Gambarajah 1.2: Pendapat Tentang Etika

(a) Utilitarian
Mengikut pandangan Utilitarian tentang etika, sesaorang harus menilai dilema etika
dari sudut kebaikan dan keburukan yang bakal timbul dari tindakannya. Sesuatu
tindakan yang baik dari segi moral ialah tindakan yang menghasilkan natijah yang
paling baik bagi orang yang paling ramai. Greatest Good merujuk kepada tahap
kenikmatan atau kesakitan yang terhasil dari sesuatu tindakan, tahap dimana
khendak sesaorang dapat dipenuhi, atau dipanggil kebaikan ekonomi (Economic
Benefits). Untuk mengunapakai pandangan ini, kita perlu menentukan:
Siapa yang mendapat kesan secara langsung atau tak langsung;
Apa kebaikan dan kerosakan yang akan mereka perolehi; dan
Berapa lama kesan tersebut akan berakhir.
Satu contoh yang baik dalam hal ini ialah dalam membuat keputusan tentang alam
sekitar. Keputusan untuk mengekal atau menghapuskan alam sekitar akan
memberikan kesan yang meluas.
(b) Golden Rule
Golden rule ialah istilah yang digunakan oleh agama kristian kepada ajaran Christ,
lakukan ke atas orang lain sebagaimana kamu ingin mereka lakukan ke atas kamu.

Prinsip yang sama juga boleh didapati dalam kebanyakkan agama lain (walaupun
tidak semua). Ia memerlukan penentuan beberapa cara tindakan dan memilih cara
yangmana kita inginkan orang lain bertindak terhadap kita. Orang lain dalam yang
perlu diambil kira dalam peraturan ini ialah oarng-orang yang berkepentingan
(stkeholders) dalm organisasi. Orang-orng yang berkepentingan dalam organisasi
ialah para pelabur, rakan kongsi, kakitangan, kesatuan pekerja, pelanggan, pembekal
dan kerajaan.
(c) Kantian/Rights (hak)
Diutarakan oleh ahli falsafah Immanuel Kant, Pandangan Kantian/Rights
mengandaikan bahawa alam moral (Moral Universe), setiap orang mempunyai
beberapa hak yang asas, sebagaimana ditunjukkan dalam jadual 1.1:

Hak (Rights) Keterangan


Hak untuk memberi kebenaran Setiap orang mempunyai hak mendapat layanan
selagi mereka secara sedar dan memberi kebenaran untuk di layan.
Hak persendirian (privacy) Setiap orang mempunyai hak untuk melakukan apa
sahaja dalam waktu rahasia mereka, dan mereka berhak untuk mengawal apa yang
hendak mereka ceritakan tentang aktiviti persendirian mereka.
The right of freedom conscience Setipa orang mempunyai hak untuk menolak dari
nelakukan sesuatu yang bertentang dengan kepercayaan moral mereka kerana
kepercayaan ini selalunya melambangkan norma-norma yang boleh diterima.
The right of due process. Sekirannya ssaorang merasakan hak-hk mereka telah di
cabuli, merka mempunyai hak untuk mendapatkan pembelaan yang adil.
Mengikut pandangan-pandangan tentang etika Kantian/rights, tindakan yang benar
dari segi moral ialah yang tindakan yang mempunyai unsur pecabulan yang paling
minima keats hak di atas. Untuk menyelesai dilema etika, mengikut pandangan
golongan ini ialah sesaorang hendaklah mengambil kira golongan stakeholder yang
mana yang mendapat kesan dari tindakan mereka dan sejauhmana hak-hak mereka
telah dicabuli.

(d) Enlighten Self Interest


Satu lagi pandangan tentng etika ialah kepentingan diri (self interest) boleh menjadi
satu kekuatan yang positif. Oleh kerana individu berusaha kearah kepentingan diri,
mereka akhirnya meningkatkan kebajikan semua ahli organisasi. Oleh itu, jurutera
yang mencipta pattentable process, pemasar yang mendidik pembeli tentang
perkhidmatan baru, dan pengguna yang membeli almari baru semuanya
menyumbang kepada taraf hidup orang lain.
Untuk meningkatkan kefahaman anda, cuba latihan berikut.

1.2 FALSAFAH NORMATIVE DAN RELATIVISMA ETIKA

Falsafah normatif telah melihat kepada isu ini sejak 2400 tahun yang lalu- sejak
zaman Plato (hidup antara 427 347 BC). Mereka telah cuba untuk mengadakan
satu proses pemikiran yang logik berdasarkan incontrovertible first principle yang
akan menentukan samada sesuatu tindakan itu benar atau salah, baik atau jahat,
adil atau tidak adil.
Isu berikut yang perlu di atasi dalam kenyataan teknik moral reasoning berkait
dengan relativisma etika. Soalan di sini sangat mudah. Wujudkah prinsip-prinsip
universal yang objektif di mana sesaorang dapat membina satu sistem etika yang
dapat dipakai bagi semua kumpulan dalam semua budaya pada setiap masa?
Standard moral bagi kelakuan berbeza diantara kumpulan dalam satu budaya, antara

budaya dan antara masa yang berbeza. Ini jelas, sebagai contoh, di Malaysia, dimana
standard moral bagi keputusan tentang keselamatan barangan berbeza antara
pemimpin kumpulan yang menjaga kepentingan pengguna dan ekesutif syarikatsyarikat besar. Besar kemungkinan perbezaan dari segi standard keselamatan
barangan ini mempunyai perbezaan yang lebih besar dibanding antara Malaysia dan
Timur Tengah, atau antara masa kini dengan lewat abad ke 19.
1.3 TEORI ETIKA
Telah diterima secara universal bahawa kita terhutang sesuatu kepada orang lain
dalam masyarakat, dan kita terikat dengan konsep betul dan salah dalam
tingkahlaku kita kepada orang-orang ini, harus dijadikan kenyataan. Iaitu, kita perlu
mengadakan berapa cara analisa yang konsisten dalam mengkelaskan tindakan kita
sebagai salah atau betul. Sekiranya kita tidak mampu ianya bukanlah kerana kita
tidak mencuba. Sebagaimana yang ditengkan sebelum ini, sejarah intelektual sejak
2400 tahun yang lalu penuh dengan percubaan untuk menjustifikasikan standard
moral dan untuk mengadakan sistm moral. Tidak ada yang berjaya secara sempurna
namun sekurang-kurangnya terdapat lima sistem utama yang mempunyai kaitan
langsung dengan keputusan pengurusan.
Ianya ialah:
Eternal law (Thomistic Natural Law)
Classical Teleological Ethical Theory: Utilitarianism
Classical Deontological Ethical Theory: Universalism
Distributive Justice Theory
Personal Liberty Theory
1.3.1 Eternal Law (Hukum Abadi)
Ramai pemimpin Agama dan beberapa ahli Falsafah (Thomas Aquinas & Thomas
Jefferson, diantaranya) percaya bahawa terdapat hukum-hukum yang abadi dalam
pemikiran tuhan, ditonjolkan dalam bentuk keadaan Semulajadi (nature),
diwahyukan dalam kitab-kitab suci yang selalunya nyata kepada sesiapa yang
mengkaji alam semulajadi atau kitab-kitab tersebut. Thomas jefferson, merupakan

ahli kemanusiaan sekular yang pertama percaya bahawa kebenaran hukum adalah
self-evident. Dalam prasanya yang masyhur, hak-hak tidak dapat dipisahkan
(inalienable) dan tanggongjawab terbit dari hak tersebut.

Apa yang silap dengan hukum abadi atau hukum semulajadi (ditafsirkan oleh
pemimpin agama atau ahli falsafah normatif) sebagai asas kepada sistem etika dalam
pengurusan? Tiada. Kecuali kepada beberapa tafsiran. Kedua-dua ahli agama
mahupun ahli teori hukum semulajadi ini dapat bersetuju secra tepat tentang
peruntukan dalam kebenaran yang di turunkan (wahyu) atau kebenaran berdasarkan
alasan. Setiap agama memperuntukkan standard moral bagi ahli-ahli mereka dan
banyak diantara hli-ahli mereka menerimapakai serta menggunakan standard ini
dalam kehidupan mereka. Walaubagaimanapun, stndard ini berbeza antara satu
kumpulan dengan kumpulan yang lain, dan tidak terdapat satu cara yang tepat untuk
mengetahui mana satu yang betul, terbaik atau sesuai untuk masyarakat. Golden rule
pun, yang betul mudah, elegant, pnduan yang sesuai untuk kehidupan, tidak dapat di
applikasikan secara universal pada setiap masa.
1.3.2 Classical Teleological Ethical theory: Utilitarianism

Beberapa ahli falsafah barat seperti Jeremy Bentham dan J.S. Mill , berpendapt
bahawa nilai moral bagi kelakuan peribadi boleh ditentukan semata-mata kepada
kesan atau natijah daripada kelakuan tersebut. Yaitu, sesuatu tindakan adalah betul
sekiranya ia memberi kesan baik kepada manusia. Sebaliknya ianya salah jika ia
menyebabkan kecederaan atau kerosakkan. Objektifnya ialah untuk mengadakan
tahap faedah yang tinggi kepada jumlah manusia yang paling banyak dn
mengurangkan kerosakan kepada tahap yang paling sedikit.
Faedah-faedah ini bukan setakat faedah material semata-mata persahabatan,
pengentahuan, kesihatan dan lain-lain kepuasan dalam hidup juga perlu diambil
kira. Jumlah kepuasan atau faedah untuk masyarakat juga perlu diambil kira.
Faedah-faedah ini tidak semuanya positif. Terdapat juga kos negatif dan kesan buruk

yang timbul dari tindakan perlu juga diambil kira untuk mengujudkan
keseimbangan. Kos negative atau kesan buruk termasuklah kesakitan, penyakit,
kematian, kejahilan, pemulauan dan kemurungan. Jumlah kerosakan atau
kecederaan perlu diambil kira dan diimbangi dengan kesan bersih dapat di kira.
Sistem etika teleological, yang menfokus kepada kesan terhapad individu, bukannya
niat sesuatu tindakan ini disebut sebagai Utilitarianisma. Ia biasanya di kaitkan
dengan Jeremy Betham (1748-1832), seorang ahli fikir British. Perkataan ini diambil
dari perkataan utility , yang, pada abad ke 18, merujuk kepada kegunaan barangan
rumah atau binatang peliharaan. Dalam teori ekonomi mikro, ia mengukur tahap
kepuasan atau kecenderungan kita kepada sesuatu barangan atau perkhidmatan
berbanding dengan harga. Dalam teori utilitarian, istilah ini merujuk kepada
persepsi kita terhadap faedah bersih dan kos yang berkait dengan satu-satu
tindakan.
Utiulitarianisma berbeza dari konsep analisa kos/faedah bidang ekonomi dimana
agihan kos dan faedah perlu dimasukkan bersama-sama, iaitu setiap individu dalam
masyarakat perlu diambil kira. Dalam teori utilitarian, Kebaikan yang paling besar
kepada jumlah manusia yang paling bank mendahului Kebaikan yang paling besar
kepada golongan sedikit, lebih elite dari segi jumlah.
Apa yang silap tentang Utilitarian? Tidak banyak, kecuali ia mungkin di
salahgunakan. Dalam keadaan mudah dimana (dalam kes majoriti) tidak ada siapa
yang akan mendapat kerosakan, dan dalam keadaan dimana faedah dan kos dapat
dikira melalui pengiraan kewangan, analaisa sebegini amat berguma sekali. Tetapi
terdapat juga keadaan dimana ada pihak yang cuba mengambil kesempatan dengan
cuba memberi justifikasi faedah kepada golongan majoriti masyarakat dengan
mengenakan penalti atau mengorbankan kepentingan minoriti.
Utilitarian gagal kerana:
(a) Dalam keadaan sebenar terdapat 2 prinsip: Kebaikan yang paling besar dan
jumlah yang paling besar. Dalam proses perbincangan kita, 2 prinsip ini berkonflik,
dan kemudian kita tidak mempunyai satu cara untuk menentukan yangmana
tindakan yang benar atau terbaik atau sesuai.

(b) Utilitarian juga gagal kerana kita mungkin akan dapat bersetuju bahawa
terdapatnya tindakan-tindak yang salah walaupun ia memberikan kebaikan kepada
jumlah masyarakat yang ramai. Misalnya pembunuhan keatas seorang kanak-kanak
yang tidak bersalah tetapi memberi kebahagian kepada orang ramai. Tindakan
sebegini tidak dapat diterima.
(c) Teori teleological juga gagal untuk menjadi penentu tindakan moral kerana
adalah mustahil untuk memngimbangi faedah bagi majoriti dan pengorbanan
golongan minoriti.
1.3.3 Classical Teleological Ethical Theory: Universalism
Dari segi intipati prinsip ini berlawanan dengan prinsip teori teleological.

Sekiranya anda mempunyai hasrat yang mulia untuk orang lain maka hasrat anda itu
perlu dipuji, walaupun perbuatan anda mungkin akan menyusahkan orang ramai.

You might also like