You are on page 1of 4

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP

NAMA PELAJAR

: SYUHAILA BINTI IBRAHIM

NO. KAD PENGENALAN

: 781130-09-5074

PROGRAM

: PPG AMBILAN JUN 2011

NAMA SEKOLAH

: SK SERI PINANG

NAMA PROJEK

: KEMAHIRAN MENGENAL ABJAD DENGAN KAEDAH


NYANYIAN.

TEMPOH PELAKSANAAN

: 28 MAC - 23 APRIL 2015 (4 MINGGU)

1. OBJEKTIF
1.1 Melengkapkan salah satu projek internship yang telah diamanahkan
kepada peserta internship.
1.2 Memastikan murid tidak buta huruf dan dapat mengenali nama dan bentuk
1.3

huruf dengan baik.


Membantu murid yang berpencapaian rendah mengenal dan menyebut huruf

1.4

dengan betul.
Meningkatkan pencapaian murid dalam ujian pencapaian.

2. STRATEGI PELAKSANAAN
2.1 Perbincangan bersama mentor mengenai strategi dan kaedah pengajaran
2.2
2.3

yang akan digunakan.


Penyediaan kertas kerja projek inovasi.
Pembinaan bahan inovasi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan

2.4
2.5
2.6
2.7

latar belakang murid.


Merancang tarikh, waktu dan masa pelaksanaan projek inovasi,
Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran.
Merakamkan pelaksanaan projek dan bahan
Penyediaan laporan projek inovasi.

3. REFLEKSI
a) Kekuatan Projek
Setelah selesai melaksanakan projek

inovasi ini, saya dapati terdapat banyak

kekuatan di dalam projek ini sehingga ia dapat dilaksanakan dengan lancar. Di


antara kekuatannya, saya dapat merancang suatu projek yang dapat membantu
saya menguruskan lima orang murid saya yang belum mengenal abjad a hingga z
dengan baik. Saya mendapat tunjuk ajar daripada mentor yang merupakan guru
pemulihan yang berpengalaman selama sepuluh tahun mengajar murid pemulihan.

Projek ini sedikit sebanyak mencabar kesabaran saya untuk menyiapkan


suatu modul pembelajaran yang memberi fokus kepada pengajaran dan
pembelajaran mengenl abjad. Projek ini memerlukan kepakaran untuk menjadikan
ianya suatu projek inovasi yang lengkap dengan kemahiran membaca yang
mempunyai unsur didik hibur. Secara tidak langsung saya memperolehi ilmu baharu
dan menambahkan pengetahuan saya dalam menghasilkan bahan pembelajaran
murid.
Saya juga berasa bertuah kerana memiliki mentor yang tidak lokek dalam
memberi ilmu baru kepada saya. Beliau juga berusaha membantu saya
mengendalikan kelas pemulihan dan memberi layanan kepada murid pemulihan.
Berdasarkan projek inovasi yang telah dijalankan, saya dapati murid
menunjukkan reaksi yang positif untuk belajar dengan menggunakan bahan yang
telah saya hasilkan. Murid memberi perhatian dari awal hingga tamat sesi
pembelajaran. Ini menunjukkan bahawa seseorang murid itu boleh berjaya dan
menguasai sesuatu ilmu sekiranya ada minat.
Selain daripada itu, saya juga mendapat kerjasama daripada rakan-rakan
guru sepanjang tempoh projek ini dilaksanakan. Guru-guru yang berpengalaman
dalam bidang Bahasa Melayu tidak lokek untuk memberikan ilmu dan tunjuk ajar
yang sesuai dalam projek inovasi yang saya laksanakan. Ilmu yang bermanfaat
kepada saya amat-amat bermakna untuk saya jadikann panduan dan amalan untuk
menjalankan tugas dengan baik.
Sekolah saya ini juga mempunyai segala alatan yang lengkap untuk
menjalankan aktiviti serti ini dan juga tidak ada masalah dalam hal kewangan untuk
membeli alatan baru. Perkara ini juga memainkan peranan yang amat penting
dalam menjayakan projek saya ini. Ini adalah kerana ia sedikit sebanyak telah
memudahkan kerja saya dalam persediaan mejalankan projek ini.

b) Kelemahan Projek
Walaupun projek ini telah dapat dilaksanakan dengan jayanya,namun ia juga
terdapat beberapa kelemahan yang harus diperbaiki. Antaranya ialah kekangan
masa dalam melaksanakan projek inovasi ini di sekolah. Walaupun tempoh masa
yang diberikan ialah empat minggu, namun disebabkan beberapa siri program yang
dijalankan di sekolah menyebabkan beberapa kali rancangan pengajaran perlu
ditunda. Kesibukan melaksanakan saringan LINUS dan pengisian data murid
menyebabkan saya perlu menguruskan masa yang padat dengan sebaik mungkin
bagi memastikan saya dapat menjalankan projek inovasi ini dengan baik.

Selain itu, program sekolah seperti persediaan majlis persaraan Penolong


Kanan menyebabkan kelas saya perlu berpindah ke kelas lain bagi persiapan
dewan dan pentas. Masa saya bersama murid juga berkurangan, di mana saya
perlu membimbing anak-anak murid saya yang masih belum mengenal abjad.
Masalah seterusnya yang saya hadapi ialah masalah teknikal semasa proses
pengajaran dan pembelajaran projek inovasi dijalankan. Walaupun telah menjalani
latihan berulang kali namun saya tersilap memasang wayar pembesar suara pada
komputer riba yang menyebabkan berlakunya gangguan audio semasa sesi
pembelajaran. Ini menyebabkan proses rakaman pengajaran dan pembelajaran
sedikit terganggu.
Kelemahan yang terakhir ialah kemudahan peralatan seperti LCD projektor dan
speaker yang tidak berfungsi di kelas pemulihan. Pihak sekolah seharusnya
memantau keadaan peralatan di kelas-kelas berada dalam keadaan yang baik dan
dapat digunakan dalam proses pengajaran. Namun begitu, saya bernasib baik
kerana mempunyai peralatan tersebut yang menjadi hak milik peribadi saya.
Walaupun kualiti gambar kurang memuaskan namun sesi pengajaran dan
pembelajaran bagi projek inovasi ini tetap berjalan lancar mengikut perancangan.
3. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Bagi mengatasi kelemahan-kelemahan di atas, beberapa tindakan haruslah diambil.
Dari segi masa, saya merasakan bahawa tempoh empat minggu agak singkat bagi
saya dan rakan-rakan lain di sekolah untuk melaksanakan projek inovasi dalam
program internship di sekolah. Ini disebabkan pelbagai program dijalankan oleh
pihak sekolah sepanjang tempoh pelaksanaan program internship ini. Jika tempoh
masa dapat dilanjutkan lagi mungkin saya dapat membuat persediaan yang lebih
rapi bagi menjayakan projek inovasi ini.
Selain itu, kekurangan kelengkapan peralatan menyebabkan sesuatu
program tidak dapat berjalan dengan lancar. Pihak sekolah seharusnya memastikan
pemeriksaan peralatan khusunya LCD projektor dan pembesar suara dapat
berfungsi dengan baik agar guru-guru dapat menggunakan kemudahan ini dalam
pengajaran dan pembelajaran.
4. KESIMPULAN
Kesimpulannya, keseluruhan projek didapati berjaya dan dapat dilaksanakan dengan
baik. Walaupun terdapat beberapa kelemahan dan kekurangan, namun projek ini
memberi banyak manfaat kepada saya dan anak-anak murid saya. Sebagai guru
saya berasa sangat gembira kerana dapat melaksanakan projek inovasi mengenal
abjad ini kepada anak-anak murid saya yang tidak mengenal huruf dan sering

ketinggalan di dalam kelas. Saya dapat melihat keterujaan mereka untuk belajar
menggunakan kaedah yang belum pernah dialami sebelum ini.
Saya juga berterima kasih terhadap mentor dan rakan-rakan guru yang
banyak menyumbang idea dan pendapat untuk saya melaksanakan projek inovasi
dalam program internship ini dengan jayanya.

You might also like