You are on page 1of 10

2.

KELEBIHAN FACEBOOK
Setiap perkara yang berlaku di dunia ini, pasti ada baik dan buruknya, ada hitam dan putihnya.
Kebaikan dan keburukan itu sememangnya suatu yang bersifat lumrah ke atas tiap sesuatu yang
berlaku. Begitulah juga halnya dengan Facebook, sebuah laman web sosial yang sedang hebat
melanda masyarakat dunia pada hari ini terutama golongan remaja.
Dalam kajian juga ada menyatakan bahawa, Facebook telah digunakan untuk beberapa
perkara dan terdapat lapan motif yang di kenal pasti oleh pelajar dalam menggunakan Facebook
iaitu mengekalkan hubungan, meluangkan masa, menyertai komuniti maya, menghiburkan,
merasa hebat, mencari teman, pendedahan diri dan mencari maklumat (Mohd Zaidi Mahmud dan
Bahiyah Omar 2013: 16).
Facebook adalah sebuah laman web sosial yang mampu menganjurkan kebaikan jika
diselia dengan cara dan kaedah yang betul. Dengan adanya facebook jaringan sosial rakyat di
seluruh negara semakin luas.Penggunaan Facebook ini digunakan setiap lapisan masyarakat
termaksudlah ahli korporat dan tokoh-tokoh yang terkenal di Malaysia. Contohnya, Sasterawan
Negara Datuk A. Samad Said dan Perdana Menteri Dato Seri Najib pun mempunyai Facebook
khabarnya sudah mempunyai hampir tiga puluh ribu orang rakan dan telah ramai rakyat di
Malaysia yang mempunyai Facebook.
Penggunaan Facebook juga boleh membantu mencari kenalan-kenalan lama yang telah
lama hilang, malah pengguna juga boleh menambah kenalan baru. Hubungan persahabatan
antara teman-teman sama ada di sekolah, universiti, kolej ataupun di tempat kerja akan lebih
erat. Ada juga individu yang menggunakan Facebook untuk mencari pengaruh, menambh
kenalan dari serata ceruk dunia, mengiklankan perniagan, membuka kelab peminat,
berkomunikasi dan berkongsi maklumat.
Facebook juga menjadi tempat untuk memajukan sesuatu empayar perniagaan maya di
seluruh dunia. Sebagai contohnya, melalui Facebook pengguna boleh memperkenalkan produk
terbaru keluaran syarikat mereka atau perniagaan kepada rakan-rakan dalam talian Facebook,
kemudian rakan-rakan pula akan memberitahu rakan-rakan mereka yang lain melalui tag iklan.
Dengan Facebook apa-apa promosi dapat dilakukan dengan cepat. Penggunaan Bahasa Inggeris
juga memudahkan hubungan komunikasi antara rakan di seluruh dunia. ia juga dapat
meningkatkan kemahiran dalam berbahasa Inggeris.
Setiap kali kita masuk ke laman Facebook, bahagian halaman utama akan memberikan
kita apa yang terbaru tentang sesiapa sahaja yang telah menjadi rakan kita. Jadi kita akan dapat
mengetahui setiap apa yang rakan kita lakukan. Jadi, hubungan antara persahabatan ini akan
terus wujud dan tidak terputus. Setiap yang terbaru tentang diri kita juga akan dipaparkan di
laman utama Facebook ini. Dengan kemampuan ini, penyebaran berita ke Facebook menjadi
lebih mudah dan berkesan kerana semua rakan kita akan membacanya. Jika mereka menemukan
sesuatu yang menarik mereka akan memberikan aksi atau respon, maka aksi atau respon mereka
tersebut akan terlihat juga kepada setiap laman Facebook mereka.
Kita juga boleh mengetahui tentang tempat-tempat yang kita tidak pernah pergi dengan
bertanya kepada rakan dalam Facebook. Atau ingin mencari hotel atau kediaman di sesuati
tempat yang menarik pasti ramai yang akan memberi respondan cadangan yang menarik. Melalui
Facebook juga kita boleh mendapatkan khidmat rundingan dan kaunseling jika mempunyai
sebarang masalah. Pasti ahli-ahli panel yang pakar motivasi akan memberikan kaunseling yang
boleh digunakan dan dijadikan panduan dalam kehidupan.

Banyak permainan yang terdapat di dalam Facebook yang boleh menghilangkan rasa
bosan atau tidak tahu untuk melakukan sesuatu, pengguna boleh bermain game secara online.
Sememangnya ia sesuatu yang menyeronokkan dan boleh menghilangkan rasa bosan dan sunyi.
Selain itu, Facebook dapat memperbaiki hubungan persahabatan yang telah renggang.
contonhya, Datuk Dr. Awang Adek yang mahu menggunakan laman sosial ini untuk menarik
kembali rakyat Kelantan kepada UMNO sekali gus menawan semula Kelantan.
Berikut ialah perician yang lebih dalam terhadap kelebihan Facebook masa kini:
2.1 Alat Perantara untuk Perniagaan
Facebook sebagai alat perantara untuk perniagaan. Ia mudah untuk mendapatkan target pasaran.
Oleh itu, apabila kita ingin menyebarkan tentang barangan terbaru atau membangunkan
perniagaan, iainya amat mudah. Ini kerana Facebook menjadikan komunikasi tanpa henti kerana
setiap saat pasti ada ahli baru dalam ruangan rakan kita. Dalam sehari jutaan pengguna Facebook
akan melihat apat yang terbaru dalam halaman utama Facebook mereka. Jadi kesempatan
tersebut boleh digunakan untuk mempromosikan barangan terbaru kita. Jumlah rangkaian akan
mudah bertambah dari setiap minit selepas kita mengemaskini laman peribadi dan
memaparkannya di halaman utama Facebook.
Selain itu, perniagaan di alam maya ini juga menjimatkan kos yang terpaksa di tanggung
oleh perniaga. Contohnya, kos pengiklanan, kos talian (telefon) dan sebagainya. Dengan cara ini,
dapat membawa lebih keuntungan kepada para peniaga. Langkah yang paling berkesan untuk
mempromosikan jualan kita di Facebook ialah, kita mesti terus menerus berkongsi sesuatu di
Facebook sekurang-kurangnya sekali sehari. Ini bagi memastikan kita visible pada diri rakanrakan di Facebook. Kalau sekejap timbul sekejap tenggelam,orang tidak akan ingat siapa kita.
Utamakan kandungan berbanding mempromosi semata-mata. Dengan banyak memasukkan info
seperti di bahagian status, rakan-rakan di Facebook akan sedar akan kewujudan kita. Daripada
itu, Elakkan promosi berlebih-lebihan di Facebook kerana ia tidak membantu bisnes untuk
jangka masa yang lama. Hal ini kerana, Facebook adalah tempat membina dan mengembangkan
jenama (bisnes). Kurang sesuai untuk menjual semata-mata.
2.2 Medium Menambahkan Ilmu Pengetahuan
Dengan rangkaiannya yang begitu meluas dan pantas, Facebook memang sangat baik digunakan
untuk dakwah mengembangkan Islam, promosi perniagaan atau mencari pengaruh serta lain-lain
hal yang wajar. Jadi, kepada pendakwah, penulis, sasterawan, wartawan, peniaga dan yang
seumpama dengannya manfaatkanlah jaringan maya di internet dengan sebaik mungkin.
Pengguna Facebook boleh saling bertukar-tukar pandangan dan idea di samping menambah ilmu
pengetahuan Suasana pembelajaran secara sihat boleh diwujudkan melalui Facebook ini melalui
perbincangan, forum atau isi yang menarik yang boleh dibicangkan bersama rakan-rakan.
Seperti dalam pengertian agama, dakwah sendiri sering diertikan bagaimana mengajak
kepada kebaikan dan meninggalkan keburukan. Ajakan secara konvensional, seperti yang kita
fahami sering melalui ceramah-ceramah agama, mahupun ceramah yang dilakukan juru agama di
masjid-masjid. Seiring perkembangan teknologi komunikasi yang tak terbendung lagi, maka
aktiviti syiar pun berkembang mengikut perkembangan zaman. Saat ini, melalui apa yang disebut
jejaring media, Facebook adalah salah satunya (Yanuardi Syukur 2009).
Melalui Facebook juga, kita boleh mencari rakan yang mempunyai minat yang sama dan
bertukar-tukar pandangan. Contohya kita berminat untuk berbincang mengenai kegemaran
bermain futsal. Jadi kita boleh membuka satu kumpulan pemain futsal . Dari kumpulan itu,

kita akan memperolehi pelbagai info yang menarik tentang bermain futsal yang baik. Ini akan
dapat menambahkan lagi pengetahuan tentang bermain futsal ini.
Penggunaan Facebook ini dapat mewujudkan suasana pembelajaran dan menambah ilmu
pengetahuan kepada mahasiswa apabila ia dijadikan saluran untuk sesuatu perbincangan atau
forum yang berkait dengan akademik atau menjadi saluran untuk menukar ilmu pengetahuan
dengan kawan luar negara. Dapat mengetahui sesuatu informasi tanpa perlu kita mencarinya.
Sebaliknya ia dikongsi oleh rakan-rakan di Facebook. Mungkin berkaitan kejadian semasa,
berita, tip, panduan dan lain-lain lagi.Contohya untuk mengetahui tentang sesuatu budaya atau
cara hidup mereka. Sememangnya kita boleh mencari maklumat tersebut di laman sesawang,
seperti google namun apabila kita dapat berbual secara online dan bertanya kepada rakan di luar
negara kita secara terus, sememangnya ia lebih berkesan dan menarik. Kita dapat mengetahui
pengalaman mereka sendiri dan lebih banyak perkara yang kita akan ketahui.
2.3 Mewujudkan Hubungan Satu Malaysia
Apa yang kita sedia maklum, telah wujud Facebook untuk kumpulan satu Malaysia. Selain
politik, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai kegemaran yang membara
iaitu Facebook. Seperti jutaan manusia di seluruh dunia, Datuk Seri Najib telah menyertai
rangkaian laman web sosial untuk berhubung dengan orang ramai, terutama sekali pengundi
Malaysia, dengan harapan untuk merapatkan jurang politik antara generasi lama dan muda.
Datuk Seri Najib bercakap dengan penuh mesra mengenai Facebook walaupun beliau jarang
berkesempatan untuk melayarinya tetapi ia telah dikendalikan satu pasukan yang kerapkali
mengemaskini laman itu, yang menurutnya kini mempunyai 80,000 peminat.
Datuk Seri Najib pernah memberitahu dengan New Delhi Television (NDTV), semasa
lawatannya ke Chennai, bahawa mahu menjemput kesemua mereka minum teh dengannya tetapi
bilangan itu terlalu besar. Mungkin dengan beberapa ratus orang pada satu-satu masa tertentu.
Menurut Datuk Seri Najib Malaysia ialah satu generasi baru, bukan penyandang beg lama. Kita
perlu sesuaikan dengan keadaan, mereka tidak mahu melihat kita sebagai ahli politik yang
keletihan. Kita perlu berubah dengan masa kerana mereka adalah generasi celik IT (teknologi
maklumat). Itulah jawapan yang ceria Datuk Seri Najib berkongsi pendapatnya mengenai
kempen Facebooknya, satu perubahan dalam jawapan rutinnya yang diselitkan dengan politik.
Facebook, dengan 350 juta pengguna terus meningkat sebagai alat rangkaian sosial yang hebat di
seluruh dunia, dan sebagai ahli politik berpengalaman, perdana menteri kini bertumpu kepada
digital berkelajuan tinggi untuk menghubungkan rakyat Malaysia pada amnya.
Pada umumnya rakyat Malaysia adalah ramah dan ikhlas, kita mesti mempunyai
hubungan peribadi yang baik untuk bergerak ke depan, beliau memberitahu penembual NDTV
dalam satu temubual ekslusif. Najib mengakhiri temubual itu dengan berkata para pemimpin
perlu menyedia hala tuju politik kepada orang ramai terutama kepada generasi muda dalam
usaha untuk bergerak ke arah abad 21 yang penuh cabaran (The Malaysia insider, 2010).
Kementerian Penerangan Komunikasi Dan Kebudayaan Malaysia juga telah mewujudkan
Facebook Group 1 Malaysia sebagai tanda sokongan rakyat terhadap gagasan 1 Malaysia. Untuk
makluman penggunaan facebook di kalangan pegawai dan kakitangan Kementerian Penerangan,
Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) telah berleluasa sejak tahun 2008 lagi. Facebook menjadi
satu platform utama untuk bersosial dalam kalangan pegawai dan staf KPKK selepas digalakkan
penggunaanya oleh Ketua Pengarah Jabatan Penerangan. Tujuan utama adalah untuk
memberikan peluang kepada semua staf KPKK untuk berinteraksi dengan Ketua Pengarah dan

pegawai atasan tanpa sebarang kekangan terutama berkenaan masalah yang dihadapi di peringkat
bawahan. Ketua Pengarah Jabatan Penerangan juga mahukan setiap Pengarah negeri diwajibkan
mempunyai akaun Facebook bagi memudahkan interaksi dengan semua pihak terutamanya
dengan HQ KPKK (Oficial Portal, 2009). Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia marilah kita
menyahut seruan Malaysia dengan menjadi rakan dalam Facebook 1 Malaysia.
2.4 Membina dan Berkongsi Nota
Selain daripada itu, Facebook juga digunakan untuk membina dan berkongsi nota kuliah. Nota
dalam Facebook adalah sama konsepnya dengan blog. Ia boleh ditulis secara berkata seperti
jurnal atas talian(blog)yang lain. Kita boleh setkan aras privasi untuk menentukan siapakah yang
boleh membacanya.(Iskandar & Zaitun,2010).Malah, jika kita seorang pelajar, kita juga boleh
berkongsi nota dengan rakan-rakan dalam rangkaian ini. Cara ini lebih menjimatkan masa dan
kos.
Di Universiti Malaysia Sabah, juga ada sesetengah pensyarahnya menggunakan
kemudahan ini. Contohnya bagi subjek Tamadun Islam dan Tamadun Dunia (TITAS),pensyarah
akan mengepostkan nota ringkas untuk lebih kefahaman pelajarnya. Malah, pensyarahnya juga
sudi berkongsi pengetahuan yang di miliki dengan pelajarnya. Ini merupakan cara berkesan
meningkatkan pengetahuan para pelajar dan cara ini juga dapat menarik minat pelajar keatas
subjek ini. Hal ini kerana, boleh dikatakan para mahasiswa leboh suka membaca nota secara
online berbanding membuka buku.
Seterusnya, penggunaan Facebook secara berhemah mampu membantu mahasiswa maju
setapak lagi. Suasana pembelajaran dapat diterapkan dengan mengeluarkan pelbagai pendapat
dan bertukar-tukar pendapat yang membina bagi isu- isu yang dibincangkan oleh mahasiswa itu
sendiri. Dengan itu, secara tidak langsung perbincangan antara mahasiswa telah pun berlaku.
2. 5 Medium Menyebarkan Dakwah
Golongan belia sinonim dengan tenaga dan minda kreatif serta inovasi. Kelebihan itu andai
dipacu dengan penuh hikmah ke jalan dakwah, pastinya menghasilkan impak hebat dan
bermanfaat untuk agama serta masyarakat.Usaha dakwah memerlukan momentum dan
kepakaran tenaga muda. Maka golongan muda yang sudah melalui proses tarbiah seharusnya
diberikan peluang berada dalam barisan mengembangkan syiar Islam. Untuk itu, golongan belia
tidak perlu berasa rendah diri dan hendaklah bijak mengaplikasikan kemahiran dimiliki untuk
menyumbang ke arah memperkasa usaha dakwah.(Ruzain,2010)
Penemuan bidang baru seperti teknologi maklumat, perniagaan, penyiaran dan penulisan
seharusnya menjadi medan dakwah yang terus disuburkan oleh golongan belia. Kewujudan
Faceboook member peliang untuk golongan muda untuk berdakwah walaupun hanya sekadar
kecil-kecikan. Antara contoh yang boleh di gunakan ialah memasukkan aplikasi dan perisian
jawi, bahasa Arab berbentuk permainan dan kuiz dalam talian boleh direka cipta bagi menambah
nilai pengajaran pendidikan Islam.
Selain itu, para remaja juga boleh menjalankan perniagaan seperti penjualan buku
dakwah melalui laman Facebook. Cara ini juga merupakan langkah awal bagi proses
pengembangan ilmu yang boleh berkembang dengan pantas dan meluas. Peluang dakwah dalam
bidang kesenian turut terbuka luas untuk belia. Kemudahan muat turun video kedalam profil
yang berunsur kesenian Islam perlu diperluas bagi menyaingi kebanjiran video-vidoe dari barat
terutamanya yang semakin meluas dan di gilai oleh para belia.

2.6 Memanfaatkan Sebaran bagi Badan Bukan kerajaan Alam Sekitar


Kajian juga ada dibuat bagaimana jaringan sosial Facebook boleh digunakan untuk
menyampaikan mesej alam sekitar oleh Badan Bukan Kerajaan Alam Sekitar (ENGO) di
Malaysia kepada masyarakat umum. Dimana laman jaringan sosial Facebook ini mampu menjadi
perantara bagi ENGO dalam menyampaikan mesej alam sekitar terhadap masyarakat. Ini kerana,
dalam organisasi ENGO yang kebanyakannya memperjuangkan kepentingan pemeliharaan dan
pemuliharaan alam sekitar, penggunaan medium laman jaringan sosial Facebook adalah amat
efisyen bagi membantu mereka menyampaikan mesej dan maklumat alam sekitar kepada
masyarakat. Penggunaan Facebook sebagai perantaraan bakal menggundang pelbagai maklumat
seperti aktiviti dan kempen kesedaran yang dapat disalurkan kepada masyarakat dengan lebih
mudah melalui aplikasinya yang disediakan dalam laman berkenaan (Jauhariatul Akmal dan
Jamilah Ahmad t.th: 163).
Secara keseluruhannya pendekatan yang digunakan oleh organisasi ENGO dalam
mengumpul dan menyebarkan maklumat adalah melalui dua kaedah iaitu pendekatan secara
tradisional dan pendekatan baru melalui penggunaan laman jaringan sosial Facebook. ENGO
sememangnya telah melakukan satu anjakan paradigma apabila memilih untuk menggunakan
media baru seperti laman jaringan sosial Facebook ini dalam organisasi mereka. Namun ia masih
perlu dipertingkatkan kerana ada sebahagian ENGO yang masih mempraktikkan medium
tradisional seperti mengedarkan bahan bercetak seperti majalah bulanan, brosur, risalah dan
sebagainya dari menggunakan Facebook. Keadaan ini menunjukkan bahawa penggunaan laman
jaringan sosial Facebook masih belum digunakan secara menyeluruh oleh organisasi ENGO
terbabit(Jauhariatul Akmal dan Jamilah Ahmad t.th: 175).
ENGO mempunyai tanggungjawab menjalankan peranan mereka dalam mendedahkan
publik terhadap isu alam sekitar dalam usaha menyampaikan maklumat sekali gus memupuk
kesedaran dalam kalangan pengguna. Walaupun usaha untuk memupuk kesedaran publik
terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar bukanlah sesuatu yang senang, namun
ENGO yang sememangnya memperjuangkan isu alam sekitar ini perlu tampil dengan pelbagai
langkah baru, kreatif dan menarik dalam merangka perancangan yang rapi, pelaksanaan aktiviti
penuh teliti dan bijaksana untuk merealisasikan hasrat murni menjadikan alam sekitar kekal
terpelihara itu tercapai(Jauhariatul Akmal dan Jamilah Ahmad t.th: 177).
Oleh itu, kesediaan kebanyakan organisasi ENGO untuk meningkatkan tahap penggunaan
Facebook pada masa akan datang jelas menunjukkan ia bakal memberikan maklumat
bermanfaat kepada publik sekali gus memenuhi sebaran maklumat dan kesedaran alam sekitar
kepada masyarakat. Namun, dapat dikatakan bahawa dalam laman jaringan sosial Facebook,
keupayaan organisasi menyalurkan sebanyak mungkin maklumat bermanfaat berkaitan agenda
organisasi di samping misi dan visi organisasi adalah amat penting(Jauhariatul Akmal dan
Jamilah Ahmad t.th: 178).
3. KEBURUKAN FACEBOOK
Facebook memiliki banyak manfaat, juga bahaya. Seperti pisau yang mempunyai banyak
manfaat kalau dipakai oleh penjual daging, namun boleh menjadi alat kejahatan jika dipakai
orang yang tidak bertanggungjawab.

Begitu diperkenalkan ke umum, status laman sosial Facebook langsung menjerat hati jutaan
penggemarnya. Media sosial ini dicintai karena memungkinkan seseorang berhubungan kembali dengan
teman lama dari sekolah atau perguruan tinggi tanpa harus bertemu muka ( Belicove Mikal. Joe Kraynak,
2011: 45 ).
Namun begitu, Facebook juga mengandungi bahaya dan keburukannya yang tersendiri. Orang
yang mempunyai niat cenderung untuk memanfaatkan keburukan itu di media apa pun, tidak terkecuali
dalam Facebook. Orang yang sering merasa dirinya kesepian juga punya potensi untuk tidak terkendali
dal ber-Facebook. Dalam kehidupan yang realiti, ada sahaja kes pengguna Facebook yang
meninggalkan aktiviti wajibnya, pekerjaan, kerana asyik bermain Facebook. Adapun bahaya dari
Facebook antara yang lain sebagai berikut :
3.1 Ketagihan.
Banyak dari Facebook( pengguna Facebook ) yang lebih dari satu jam di depan komputer , laptop
ataupun telefon kerana asyik berbalas komen atau berbual, mereka menjadi lupa pada waktu. Seorang
ibu pernah berkata, saya rasa susah hati jika tidak ganti status di facebook. Status-status yang ada di
facebook itu adalah sebagai untuk mengungkapkan apa yang kita rasakan. Oleh itu, kerana ingin
didengar oleh orang lain, maka statusnya harus selalu diperbaharuinya, hati menjadi resah. Jika ini terjadi
pada anda, bererti anda harus hati-hati : anda sedang ketagihan Facebook ( Yanuardi Syukur, 2011, 1921 ).
3.2 Kelalaian
Kelalaian ini boleh pelbagai disebabkan kerana menganggap bahawa account Facebook yang dibuatnya
sebagai miliknya, sehingga mahu bagaimanapun isinya, itu adalah hak saya . Maka, kerap juga ada
seorang perempuan yang selalunya berjilbab, namun kemudian juga menghantar fotonya tanpa jilbab.
Alasannya, ini kan hak saya! selain itu, kita juga menemukan ada yang berkomen tentang rahsia,
bahkan berbicara dengan lucah yang mungkin tidak dilakukannya dalam kehidupan sehari-hari kerana
menganggap bahawa Facebook hanya dunia maya, orang menganggap dia boleh bagi komen apa
sahaja, lupa bahawa komennya juga akan dibaca oleh orang lain, yang pastinya akan menunjukkan
keaiban dirinya yang sebenar. Ketika mereka sibuk dengan Facebook mereka lupa dengan
akhirat( Yanuardi Syukur, 2011, 19-21 ). . Seperti mana Firman Allah S.W.T :
tbqJn=t #\gs z`iB o4qupt:$# $uR9$# Ndur `t otzFy$#
/ftbq=x
Mereka hanya mengetahui perkara yang zahir nyata dari kehidupan dunia sahaja, dan mereka tidak
pernah ingat hendak mengambil tahu tentang hari akhirat (Ar-Rum;30: 7 )
3.3 Mengganggu Pekerjaan.
Akibat daripada ketagihan adalah mengganggu pekerjaan. Pekerjaan terkumpul, namun kerana
keasyikan ber- Facebook, akhirnya seseorang itu terlupa tentang kerjanya. Ada kes seorang kakitangan
pejabat memohon cuti kerana sakit. Namun, kemudian ternyata diaonline di Facebook. Akhirnya, dia pun
dianggap telah berbohong dan dipecat. Maka di sini seseorang itu rugi dalam menggunakan masa dia.
Dia tidak komitmen pada kerja dan juga tidak mengendahkan nasihat orang yang
menasihatinya( Yanuardi Syukur, 2011, 19-21 ). Seperti mana Firman Allah:
y9$#ur b) z`|SM}$# "s9 Az w) t%!$#
(#qZtB#u(#q=Jtur Mys=9$# (#q|#uqs?ur d,ys9$$/ (#q|#uqs?ur
99$$/

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. kecuali orang-orang yang beriman dan beramal
soleh, dan mereka pula berpesan-pesan Dengan kebenaran serta berpesan-pesan Dengan
sabar. (Surah Al-Ashr: 103: 1-3 ).

3.4 Aplikasi Facebook Membahayakan Privasi


Berhati-hatilah dalam memakai aplikasi Facebook karena aksi ini memungkinkan pihak
pengembang aplikasi untuk melihat profile seseorang secara keseluruhan termasuk apa yang
telah di hantar. Ada kemungkinan mereka menyebarkan info spengguna Facebook tersebut
kepada pihak lain. Bukan hanya privasi pengguna Facebook sahaja, tetapi privasi teman mereka
juga \ akan menghadapi risiko besar( Yanuardi Syukur, 2011, 19-21 ).
Seperti Firman Allah S.W.T :
Jn=s Ng8pgUr& #s) Nd tbq7t F{$# t/ d,ys9$# 3 $pk$!
r't $Z9$# $yJR) N3t/ #n?t N3Rr& ( ytGB
o4quys9$#$uR9$# ( OO $uZs9) N3_tB N3m7t^Zs $yJ/ OFZ
. cq=yJs?
Kemudian bila sahaja Allah selamatkan mereka, mereka dengan serta-merta merebakkan perbuatan
derhaka di bumi dengan tidak ada sebarang alasan yang benar. Wahai manusia! Sesungguhnya
perbuatan kamu menderhaka itu hanyalah bala bencana terhadap diri kamu sendiri. (dengan itu kamu
hanya dapat merasai) kesenangan hidup di dunia (bagi sementara); kemudian kepada Kamilah tempat
kembalinya kamu, maka Kami akan memberitahu apa yang kamu telah lakukan.(Al-Muminun:10: 23 )
3.5 Username Juga Membahayakan Dan Juga Menyebarkan Lokasi boleh Mendatangkan Risiko.
Jika tidak ingin scammer melacakmu via username, sebaiknya tidak perlu menggunakan nama asli.
Jangan member tahu tempat sesorang itu berada di Facebook karena ini boleh mendatangkan risiko.
Pencurian rumah atau pengintaian (cyberstalking) boleh terjadi ketika kamu memberitahukan lokasi di
mana kamu berada ( Syarifah Mastura;1997; 68 ).
Ramai orang mengaku ketagih Facebook. Terbukti facebook dapat mengundang 10 bahaya jika
tidak berhati-hati. Sebelu kita huraikan bahaya tersebut ternyata Facebook juga banyak manfaatnya jika
bijak menggunakannya.
Antara lain manfaat positif telah diakui banyak pengguna Facebook telah berhasil menemui
kembali rakan lama yang terputus hubungan sehingga berpuluh tahun. Kini menjadi medium iklan yang
hebat dan berkesan baik itu iklan bisnis mahupun iklan sebagai alat kampanye politik. Ada juga yang
manfaatkan sebagai media dakwah Islamiah seperti di Malaysia tercatat antara lain paling populer Ustaz
Kazim Ilyas al hafiz dan Ustaz Azhar Idrus ( Hamzah Hamdani; 1982; 53 ).
Kita melihat keberkesanan media Facebook telah berhasil menghimpunkan jutaan penunjuk
perasaan di kota metropolitan Kairo yang mendesak turunnya diktator Hosni Mubarak. Namun sebelum
itu presiden Amerika Serikat Barrack Obama merupakan presiden yang pertama mencapai kejayaan
menggunakan Facebook sebagai medium urusannya( Hamzah Hamdani; 1982; 53 ).
Seperti yang sebelum ini juga Obama juga mengatakan Facebook ada bahayanya dan juga
beliau memgingatkan remaja-remaja Amerika supaya berwaspada bila ber-Facebook. Kata beliau saya
peringatkan kepada semua orang untuk hati-hati untuk menuliskan sesuatu di Facebook, kerana di
zaman YouTube, apapun yang kalian tulis, akan kembali lagi kepada kalian, ujar Obama.

Kerana kamu masih muda, kamu membuat kesalahan dan melakukan beberapa hal
bodoh. Saya sering mendengar anak muda kalian tahu, mereka memposting sesuatu di Facebook,
dan tiba-tiba mereka melamar sebuah pekerjaan dan seseorang telah mencarinya.
Beberapa kali Obama mengacu kata kesalahan ketika dia masih sekolah. Sebuah survey
di bulan Jun yang dilakukan oleh careerbuilder.com menunjukan 45% karyawan menggunakan
Facebook yang saat ini mempunyai 250 juta pengguna di seluruh dunia. untuk mencari pekerjaan
pun, kebanyakan melalui Facebook( Hamzah Hamdani; 1982; 53 ).
3.6 Memaparkan Lokasi yang boleh Mengundang Bahaya.
Jangan mempamerkan keberadaan kita di Facebook kerana ini sangat berisiko. Pencurian rumah atau
pengintaian (cyberstalking) boleh terjadi saat kita memberitahukan lokasi kita.
Apabila mereka tahu di mana lokasi kita ia lebih memudahkan mereka untuk merancang sesuatu
agar kita tidak mengetahuinya sebaliknya kita akan membuat prasangka kepada orang sekeliling kita.
Tanpa kita sedar bahaya yang datang itu atas kecuaan diri sendiri yang terlalu leka dengan Facebook
dan juga suka mempamerkan segala-galanya di dalamnya.Oleh itu,kita perlu berhati-hati dengan status
dan juga perkara peribadi kita dalam laman sesawang jaringan sosial ini( Hamzah Hamdani; 1982: 53 ).
3.7 Gejala Sosial di Kalangan Remaja.
Menurut maklumat di dalam Sinar Harian, 27 September 2012, Kepada para orang tua, anda harus
mengawal anak anda dengan siapa dia ber-chatting dalam Facebook. Cukup banyak dilaporkan gejala
sosial para remaja bermula daripada kenalan siber lalu bercinta di alam maya kemudian mengatur
pertemuan di alam nyata, akhirnya terjerumus dengan pergaulan bebas.
Sebagai yang kita tahu, kejadian rogol, culik dan hilang mejoriti nya berkaitan dengan kenalan
yang tidak kenal asal usulnya dan juga latar belakangnya. Selalu yang banyak menjadi mangsa kepada
kejadian seperti ini ialah remaja perempuan bawah umur, pelajar IPT, dan juga golongan janda yang
kaya. Pada kebiasaannya wanita yang menjadi mangsa kepada Facebook ini. Silap terima kawan
maruah diri akan tergadai.
Banyak yang dilaporkan dari media massa mengenai kes-kes tentang gejala sosial ini. Antara
sumber dari sinar harian yang mana membincang masalah ini, menurut kandungan di dalam nya
ialah Kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi seperti telefon pintar, tablet, komputer riba,
notebook yang semakin hari semakin canggih dan akses yang semakin mudah membolehkan sesiapa
pun, yang mana anak kecil setahun jagung memperoleh pendedahan dan menguasainya, walaupun
sekadar bermain permainan dunia maya. Banyak berlaku kerosakan di muka bumi ini. Memang Allah
menyeru manusia berkenal-kenalan tetapi ada batasnya. Sepertimana FirmanNya :
pkr't $Z9$# $R) /3oY)n=yz `iB 9x.s 4s\R&ur N3oY=yy_ur $
$\/q@!$t7s%ur (#qu$ytG9 4 b) /3tBt2r& yY !$# N39s)?r& 4
b) !$#L=t 7yz
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan
Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan
beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah
orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya).
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan
amalan kamu). (Al-Hujaraat; 49;13 )

Dalam apa jua perkara, pasti ada pro dan kontra, baik dan buruk, kekuatan dan kelemahannya.
Apatah lagi dalam usia muda, sikap ingin tahu dan mencuba dalam kalangan remaja amat tinggi. Sebuah
akhbar tempatan baru-baru ini melaporkan peningkatan mendadak kehamilan anak luar nikah di
kalangan remaja perempuan pada tahun lepas, sekaligus menimbulkan kebimbangan di kalangan
masyarakat umum. Akhbar itu memetik statistik Kementerian Kesihatan bahawa 18,652 remaja
perempuan mengandung tahun lepas dan daripada jumlah itu, 4,222 belum berkahwin berbanding pada
2010 iaitu seramai 5,962 remaja perempuan hamil dan 1,521 daripadanya tidak berkahwin. Kebanyakan
remaja perempuan terbabit berusia dalam lingkungan 10 hingga 19 tahun
3.8 Facebook Faktor Keretakan Dan Keruntuhan Rumah Tangga.
Kenyataan ini sudah banyak menjadi kes dalam mahkamah syariah yang mana suami isteri bercerai
gara-gara Facebook, ada juga yang melafazkan cerai kepada pasangannya melalui Facebook.
Seterusnya ada juga kes memukul pasangannya semuanya kerana Facebook.
Kes mengenai perkara selalu menjadi isu hangat di muka depan majalah-majalah. Ada satu kisah
yang mana isteri yang buat hal. Suami dia seorang yang penyayang bagi kemudahan kepada isterinya
tetapi isteri di ruamg leka dengan Facebook lalu berkenalan dengan seorang lelaki yang mana lelaki itu
juga memiliki keluarga. Pada mula nya hanya berkawan lama-kelamaan hubungan rapat tanpa
pengetahuan pasangan masing-masing mereka mengadakan hubungan sulit. Sehingga suatu hari itu
suami wanita itu terjumpa gambar dan surat cinta dari lelaki kenalan Facebook tadi. Perempuan itu
merasa bersalah sangat kepada suaminya, walaupun suaminya memaafkannya tetapi hubungan ,mereka
sekarang tidak seperti dulu ( majalah wanita2012: 30 ).

4. FACEBOOK: HALAL ATAU HARAM


Perkhidmatan halaman jejaring sosial, seperti Facebook , Friendster mahupun
pembekal-pembekal perkhidmatan bual untuk menjalin hubungan sosial lainnya
sentiasa diawasi oleh ulama. Menurut berita dari halaman detik.com ( 22/5/2009 ),
pondok pesantren se-jawa dan Madura yang tergabung dalam Forum Komunikasi
Pondok Pesantren Puteri ( FMP3 ) mengharamkan pemanfaatan laman sosial secara
berlebihan seperti mencari jodoh mahupun pasangan( Yanuardi Syukur 2011: 22 ).
Penyataan ini sesuai dengan hasil perbahasan dalam Forum Bahthun Masail di
Pondok Pesantren Puteri Hidayatul Mubtadien Lirboyo, keluruhan Lirboyo, kecamatan
Mojoroto, Kota Kendiri. Ini merupakan hasil pembahasan terakhir yang kami lakukan
semalam. Intinya, larangan ini kami keluarkan sesuaikan dengan aturan yang sudah
ada dalam ketentuan agama, kata salah seorang ahli jawatankuasa panel CFMP3,
Masruhan, ketika ditemui detiksurabaya.com di Pondok Pesantren Lirboyo, Jumaat
( 22/5/2009 ) ( Yanuardi Syukur 2011: 22 ).
Dijelaskan oleh Masruhan, larangan tersebut ditekankan adanya hubungan
antara lelaki dan perempuan ( sosial ) yang berlebihan. Apabila hubungan tersebut
dilakukan untuk mengenal latar belakang seseorang dengan tujuan ingin menikahi
disertai keyakinan bahawa keinginannya akan mendapat restu dari orang tua, perkara
tersebut tetap diperbolehkan. Di sini yang dilarang apabila penggunaan Facebook
hanya untuk mencari jodoh dan mengenali latar belakangnya dan tidak dalam proses
khitbah ( pinangan atau lamaran ), jelas Masruhan. ( Yanuardi Syukur 2011: 22 ).

5. DALAM ISLAM, FACEBOOK ITU HALAL


Pensyarah Universiti Islam Negeri ( UIN ) Syarif Hidayatullah Jakarta, Dr Abdul Halim,
menyatakan, menggunakan halaman Facebook tidak dilarang dalam Islam kerana
untuk kemajuan kemaslahatan. status Facebook itu halal dan larangan menggunakan
halaman persahabatan itu bertentangan dengan hukum Islam, kerana manusia diberi
kreativiti oleh Allah S.W.T. untuk memanfaatkan alam dan alat untuk kepentingan
kemajuan (Yanuardi Syukur, 2011, 24-25 ).
Dia menjelaskan, teknologi adalah sunnatullah dan tidak ada yang boleh
menghalangnya kerana dia akan berjalan terus. Yang menjadi persoalan, menurut
beliau, bukan alat perkhidmatan atau Facebook, tetapi orang memakai alat
tersebut(Yanuardi Syukur, 2011, 24-25 ).
Dalam Islam, juga ada sejumlah prinsip dalam agama iaitu harus boleh
menggunakan akal, tidak merosakkan agama, tidak merosakkan harta, dan tidak
merosakkan keturunan. Apakah adanya Facebook akan merosakkan itu semua? Tentu
tidak. jika semua kemudahan itu digunakan untuk kepentingan , maka ia dibolehkan
dalam Islam, yang tidak boleh adalah orang memanfaatkan alat itu ke arah yang tidak
baik(Yanuardi Syukur, 2011, 24-25 ).
Facebook adalah teknologi yang tidak boleh di sekat perkembangannya dan
tidak melanggar syariat Islam. Facebook juga boleh menjadi media dakwah. Facebook
itu harus dimanfaatkan ke arah yang positif, sehingga Facebook boleh menjadikan
dunia nyata yang mendatangkan banyak manfaat(Yanuardi Syukur, 2011, 24-25 ).
Pada dasarnya, yang diharamkan oleh Forum Musyawarah Pondok Pesantren
Puteri ( FMPP ) se-Jawa Timur adalah penggunaan jejaring sosial seperti Friendster
dan Facebook yang berlebihan. Perkataan BERLEBIHAN di sini ialah sebenarnya
harus menjadi tekanan, bukan pada laman sosial itu sendiri(Yanuardi Syukur, 2011, 2425 ).
Berlebihan yang dimaksudkan, kata Humas FMPP Nabil Harun di Kediri Jawa
Timur, antara lain jika penggunaannya menjurus kepada perbuatan maksiat dan yang
tidak bermanfaat. Ini juga berlaku pada penggunaan media komunikasi lainnya,
seperti audio call, video call, SMS, 3G. Yang bermasalah bukan kemudahan tersebut,
akan tetapi masalahnya adalah penggunaannya. Sekiranya digunakan untuk kebaikan,
ia adalah lebih baik dan bermanfaat (Yanuardi Syukur, 2011, 24-25 ).

You might also like