You are on page 1of 18

TEKNOLOGI MAKLUMAT,

KESEDARAN SIVIL DAN DEMOKRASI


RUJUKAN KEPADA MALAYSIA
OBJEKTIF
Modul ini akan membincangkan kepentingan teknologi maklumat dalam perkembangan
demokrasi. Para pelajar diharap dapat memahami beberapa perkara berikut;

Kepentingan teknologi maklumat kepada perkembangan demokrasi

Bagaimana teknologi maklumat ini berperanan meluaskan ruang partisipasi

Apa hubungan teknologi maklumat ini dengan kesedaran sivil sesebuah


masyarakat.

PENGENALAN
Istilah-istilah seperti kuasa siber, internet, ruang maya (virtual space), teknologi
penyebaran maklumat (ICT), dalam banyak hal telah mendominasi kehidupan dan sistem
sosial masyarakat dunia khususnya dalam dekad terakhir abad ke-20. Sistem politik
sesebuah masyarakat juga tidak terkecuali daripada dominasi dan pengaruh istilah-istilah
tersebut khususnya ICT. Misalnya dalam konteks sistem demokrasi, penyebaran
maklumat adalah unsur penting di dalam pembangunan demokrasi di dalam sesebuah
negara. Definisi demokrasi tidak akan lengkap jika tidak ada kebebasan maklumat, unsur
ketelusan, kebebasan akhbar dan media lainnya dan berbagai persoalan yang berhubung
dengan asas memiliki maklumat seperti peningkatan kenal huruf di dalam masyarakat,
pendidikan yang semakin baik dan meluas serta peningkatan di dalam perkembangan ICT
(information technology atau teknologi maklumat) seperti pertambahan penggunaan
radio, faks, teleks, radio, televisyen, komputer, video, CD, e-mel dan internet.
Satu hal yang amat jelas dalam konteks perkembangan tersebut ialah kemunculan
suatu bentuk kuasa baru yang dinamakan sebagai kuasa siber (cyber power); yang dalam

Teknologi Maklumat, Kesedaran Sivil


dan Demokrasi

banyak hal sebagaimana yang dijelaskan secara sepintas lalu di atas punya pengaruh dan
dominasi yang kuat terhadap perkembangan dan pembangunan sistem demokrasi di
dalam sesebuah masyarakat atau negara, khususnya dari aspek ruang demokrasi
(democratic space). Dalam konteks perbincangan kertas kerja ini, kuasa siber akan
dibincangkan melalui perkembangan internet sebagai ruang perbincangan sosio-politik
yang baru wujud dalam konteks kehidupan bermasyarakat dan bernegara di Malaysia.

Modul ini bertujuan untuk menjelaskan pengaruh kuasa siberdalam konteks ini
ialah internetaliran perkembangan sistem penyebaran maklumat terhadap aspek ruang
demokrasi dan sistem demokrasi di Malaysia. Sehubungan dengan itu juga modul ini
akan cuba menunjukkan bagaimana pengaruh kuasa siber dan perkembangan penyebaran
sistem maklumat itu akhirnya melahirkan suatu ruang intelektual sivil yang bebas
daripada dominasi intelektual pemerintah; yang mana bakal merubah budaya politik dan
struktur sistem demokrasi Malaysia.

ISTILAH DAN KONSEP KUASA SIBER


Perkembangan IT yang sedang dan telah berlaku di Malaysia secara amnya telah
mendedahkan sesuatu yang selama ini tak dapat didedahkan, menjadi counter view atau
counter maklumat kepada media perdana, dan meningkatkan ketelusan berita yang
kepada orang ramai. Ini dapat dibuktikan melalui analisis yang di buat oleh Sabri Zain
yang dipetik menyatakan:

It is a telling reflection of Malaysia's biggest political crisis in more than


a decade. The local media generally have tended to reflect the
government's viewpoint in reporting Datuk Seri Anwar's sacking, arrest
and trial. Now they are coming up against critics armed with computers in
the tussle to shape public opinion. Ironically, the amazing success of the
Internet as an alternative voice is probably due largely to the mainstream

Teknologi Maklumat, Kesedaran Sivil


dan Demokrasi

media. Opinions that are critical of the government and the ruling
political parties are given little, if any, coverage in local newspapers and
television stations. The constant fear of losing their publishing or
broadcasting licenses hangs like a sword of Damocles over their heads
every year when they have to renew them. But Malaysians have long been
used to a cowed, docile media. What probably turned over' most people
was the way the local media went into a veritable feeding frenzy of
graphic reports about the depraved sodomite Anwar, the bloodthirsty
Reformists and their evil foreign backers (Sabri Zain 6 Ogos 99).

Hal ini secara tidak langsung telah mendedahkan kepada kita bahawa perkembangan
teknologi di dalam sistem penyebaran maklumat telah melahirkan suatu bentuk kuasa
baru dalam kehidupan sosial masyarakat Malaysia iaitu kuasa siber. Kuasa siber yang
muncul ini punya ciri dan kekuatan konsepsi sebagaimana bentuk-bentuk kuasa
konvensional yang lain. Kuasa siber punya elemen menguasai (possession). Dan elemen
ini selari dengan konsep kuasa yang pernah diutarakan oleh ahli sosiologi German iaitu
Max Weber (1864-1920) yang menjelaskan konsep kuasa sebagai:
In general, we understand by power the chance of a man or of a number
of men to realize their own will in the action (Weber 1952: 180; 1986: 29).
Sekiranya di perhatikan dalam konteks perbincangan di atas, amat jelas kepada kita
bahawa elemen menguasai terpancar dalam kuasa siber yang sedang berkembang itu. Dan
perkembangan penguasaan ini nampaknya bukan hanya berlaku terhadap aspek-aspek
fizikal, seperti pemilikan alat-alat teknologi maklumat di kalangan masyarakat tetapi juga
penguasaan dari sudut nilai dan pemikiran masyarakat itu sendiri. Yang menariknya
perkembangan penguasaan nilai dan pemikiran oleh kuasa siber ini sedang bertembung
dan menggugat pengaruh kuasa pemerintah yang telah sekian lama mencorak,
membentuk dan mengawal perkembangan nilai dan pemikiran masyarakat di negara ini.

Teknologi Maklumat, Kesedaran Sivil


dan Demokrasi

Dan perkembangan ini sememangnya membimbangkan pemerintah. Hal ini secara


tersirat diakui sendiri oleh Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad, yang di petik
menyatakan seperti berikut:

Tidak boleh disekat...ada cubaan sekat tapi keluar yang baru... Ada juga
perkembangan yang kurang sihat apabila ada laman yang mengeluarkan
pandangan secara tidak sopan dengan bahasa kesat, caci dan cela..." I
thought the Internet will be good for people to give opinions," Dr.
Mahathir said recently, "but now it is being used to spread lies (AWSJ30 Mac 99).

Kuasa siber yang sedang berkembang ini juga turut memiliki elemen aturan sosial (social
order). Dalam erti kata lain aturan sosial yang di corak dan di bentuk oleh kuasa
pemerintah selama ini telah di mula di atur semula oleh kuasa siber. Walaupun kuasa
siber ini wujud dalam bentuk maya (virtual), namun yang menariknya ia tetap melahirkan
suatu bentuk interaksi sosial yang bersifat maya (virtual social interaction) di kalangan
masyarakat dengan perbincangan yang berkisar terhadap aturan-aturan sosial yang baru
dan lebih demokratik sifatnya. Hal ini dapat di lihat melihat isu-isu sosio-politik yang di
bincangkan di kebanyakan laman sawang terdapat di dalam internet. Hampir 90 peratus
daripada isu-isu sosial yang di bincangkan di dalam laman sawang tersebut adalah isu-isu
sosial yang bersifat pengetahuan, tanggungjawab individu dan masyarakat dalam konteks
sistem demokrasi Malaysia.

Isu-isu sosial sedemikian, ironinya tidak langsung menyentuh isu-isu sosial yang
bersifat primordial yang selama ini di bentuk dan digarap oleh pemerintah dalam konteks
perkembangan nilai dan norma masyarakat Malaysia. Perkembangan ini secara langsung
telah semacam mendidik kembali pemikiran dan norma masyarakat Malaysia terhadap
persoalan kehidupan bernegara dan bermasyarakat melangkaui batasan dan lingkungan

Teknologi Maklumat, Kesedaran Sivil


dan Demokrasi

pemikiran yang bersifat kaum atau kelompok tertentu. Secara konseptualnya


perkembangan tersebut (kuasa siber & aturan sosial) bertepatan dengan takrif konsep
kuasa yang pernah di sentuh oleh ahli sosiologis Britain iaitu Barry Barnes (1988):

Any specific distribution of knowledge confers a generalised capacity for


action upon those individuals who carry and constitute it, and that capacity
for action is their social power, the power of the society they constitute by
bearing and sharing the knowledge in question. Social power is the added
capacity for action that accrues to individuals through their constituting a
dsitribution of knowledge and thereby a society (1988: 56-57).

Fenomena konsep kuasa yang dijelaskan oleh Barnes tersebut sedang berkembang dalam
konteks perkembangan teknologi maklumat di Malaysia. Walaupun penyebaran
maklumat tersebut, sebagaimana yang telah di jelaskan wujud dalam bentuk maya,
hakikatnya keupayaan kuasa siber untuk muncul sebagai kuasa sosial yang mengatur dan
menyebarkan pengetahuan dan kemudiannya dimanifestasikan melalui tingkah laku
sosial harian, adalah sesuatu yang menarik untuk di teliti dalam konteks perkembangan
sosio-politik di Malaysia khususnya sistem demokrasi. Mungkin masih ada orang yang
tidak yakin kepada pengaruh kuasa siber dalam mempengaruhi sikap dan tindakan orang
ramai. Namun cuba ingatkan kembali isu khabar angin yang menyatakan akan meletus
rusuhan di Chow Kit pada Ogos 1999. Situasi tersebut di laporkan seperti berikut:

A rumor, first started on the Internet, was to send city residents in a frenzy
of provision-stocking panic. Machete-wielding Indonesian immigrants
were said to be rioting in the Chow Kit district of capital city Kuala
Lumpur. One office worker recalls going home in a taxi and having to
squeeze herself among literally hundreds of packets of instant noodles in

Teknologi Maklumat, Kesedaran Sivil


dan Demokrasi

the back seat of the terrified driver's vehicle. In the end, the only machetewielding Indonesians in the city were the fruit-sellers cutting open durians
for hungry customers (Sabri Zain 6 Ogos 99).

Apa yang menarik untuk diteliti dan dianalisis daripada perkembangan teknologi
maklumat dan kuasa siber adalah dari sudut pendemokrasian dan pengukuhan konsep
masyarakat sivil dalam konteks sistem demokrasi di Malaysia. Selama empat dekad
antara aspek yang sering di teliti, di bahas dan dibincangkan mengenai demokrasi di
Malaysia adalah aspek ruang demokrasi yang terhad serta terkawal (masyarakat sivil dan
penyertaan politik) dan dominasi pemerintah dalam pengurusan demokrasi tersebut.
Analisis hubungan timbal balik di antara ruang demokrasi yang terhad dan dominasi
pemerintah, menyebabkan ramai sarjana politik Malaysia yang mengklasifikasikan sistem
demokrasi di Malaysia dalam pelbagai bentuk dan sifat yang berbeza seperti antara
demokrasi dan autoritarian (Crouch, 1996), semi-demokrasi (Case, 1993), statistdemocracy (Jesudason, 1995), quasi-democracy (Zakaria Hj Ahmad, 1989). Dalam
konteks sistem demokrasi yang sedemikian rupa agak sukar umpamanya perluasan ruang
demokrasi wujud. Ini sebagaimana yang telah jelaskan kerana pemerintah menguasai
ruang tersebut melalui kawalan undang-undang dan juga sistem pendidikan.
Dalam erti kata lain ruang demokrasi yang wujud dan dibenarkan oleh pemerintah
itu adalah ruang di mana pemerintah sama ada secara fizikal dan yang lebih penting nilai
dan pemikiran adalah di bawah pengaruh pemerintah. Kerana itulah jika diperhatikan
selama empat dekad yang lepas, masyarakat sivil yang wujud tidak mampu untuk
melepaskan diri dari pengaruh dan dominasi intelektual pemerintah maka masyarakat
sivil yang wujud dalam ruang demokrasi yang terhad tersebut tidak mampu untuk
melakukan suatu proses revolusi budaya (cultural revolution) di kalangan masyarakat
khususnya budaya politik. Keadaan ini amat bertepatan dengan pemikiran Antonio
Gramsci (1920) yang menyatakan bahawa kegagalan sesebuah masyarakat untuk
bersaing dengan hegemoni pemerintah adalah berkait rapat dengan ketidakupayaan

Teknologi Maklumat, Kesedaran Sivil


dan Demokrasi

masyarakat itu sendiri untuk melakukan revolusi budaya yang berasaskan kepada
kebebasan intelektual yang bebas daripada hegemoni intelektual pemerintah.
Perkembangan teknologi penyebaran maklumat yang secara langsungnya juga
telah melahirkan kuasa siber yang memberi laluan kepada kemunculan dan perluasan
ruang demokrasi. Di mana dalam ruang demokrasi yang dikembangkan oleh kuasa siber
ini adalah bersifat bebas daripada hegemoni intelektual pemerintah. Hal ini secara tidak
langsungnya mampu untuk memperkukuhkan sistem demokrasi serta konsep masyarakat
sivil yang wujud di Malaysia.
PENYEBARAN MAKLUMAT DAN DEMOKRASI:
BEBERAPA KAJIAN
Sudah banyak kajian menyimpulkan bahawa semakin demokratik sesebuah negara itu
maka semakin tinggi perkembangan unsur ini yang terdapat di dalam masyarakat
tersebut. Demikian juga sebaliknya, sekatan atau pengurangan penggunaan ICT sering
kali dikaitkan dengan under development atau reverse developmet, apatah lagi jika
menyorot kembali zaman lampau sejak dari feudal, kolonial dan awal kemerdekaan
dahulu, perkembangan ini ternyata di tahap yang sangat rendah.
Perbincangan ini tidak pula menyatakan bahawa demokrasi tidak boleh wujud
tanpa kehadiran teknologi ataupun ICT kerana sudah tentu kita boleh mempersoalkan
demokrasi di zaman negara kota Greek dahulu dan lain-lain perkembangan di England,
Perancis dan Amerika Syarikat di abad ke-19 dan awal abad ke-20 dahulu tetapi
perkembangan demokrasi ini menjadi semakin pesat dan semakin telus dengan
berkembangnya unsur ini. Dengan itu adalah tidak menghairankan ada pemerintah yang
ingin menjaga kedudukannya akan mengawal kebebasan teknologi ini. Dalam maksud
lain unsur persaingan, check and balance, kebebasan berkempen dan penerobosan
maklumat ke ceruk rantau yang memungkinkan satu-satu pemerintah terdedah kepada
makluman umum adalah tinggi dengan perkembangan ICT ini. Pemerintah mahupun

Teknologi Maklumat, Kesedaran Sivil


dan Demokrasi

pembangkang atau sesiapa yang terlibat di dalam persaingan politik akan merasakan
mereka sentiasa diperhatikan dan akan menjadi bahan maklumat di dalam ICT dengan
wujudnya perkembangan ini.
Tulisan para sarjana sama ada di dalam politik mahupun komunikasi sejak dari
awal lagi sudah menekankan kepentingan unsur penyebaran maklumat ini di dalam
pembangunan demokrasi. Lihat umpamanya tulisan Lerner (1958) The Passing of
Traditional Society yang menyatakan partisipasi politik hanya akan dapat berkembang
setelah wujudnya pembangunan ekonomi yang membawa kepada perkembangan proses
urbanisasi. Proses urbanisasi ini pula akan membawa kepada pertambahan di dalam
peningkatan pengedaran akhbar atau media yang akhirnya akan memperluas partisipasi
masyarakat di dalam politik. Lihat juga tulisan Lipset (1959), Social Requisites of
Democracy yang membincangkan beberapa unsur sosial yang perlu ada di dalam
perkembangan demokrasi di dalam sesebuah masyarakat. Antara unsur yang beliau
tekankan ialah pembangunan ekonomi yang membawa kepada keselesaan hidup,
peningkatan kenal huruf dan pendidikan yang membawa kepada pembangunan pemikiran
dan pertambahan di dalam unsur komunikasi dan ICT seperti pertambahan pengedaran
akhbar dan penggunaan telefon. Kajian beliau menunjukkan betapa negara yang tidak
memiliki unsur ini cenderung menjadi autoritarian dan sebaliknya yang memperlihatkan
banyak memiliki unsur ini cenderung bersifat lebih demokratik. Tulisan Bryce (1994)
Democracy and Media menjelaskan betapa demokrasi dan unsur penyebaran maklumat
seperti akhbar tidak boleh dipisahkan di dalam demokrasi. Media merupakan jentera
penyebar maklumat, menghidupkan aktiviti dalam demokrasi apatah lagi media yang
bebas dan berani.
Tulisan ini

bagaimanapun tidak menafikan bahawa media atau ICT tidak

semestinya akan diguna untuk pembangunan demokrasi semata-mata. Ia boleh


mendorong kepada perkembangan demokrasi namun terdapat juga golongan yang
menggunakannya untuk kepentingan kelompok tertentu atau peribadi yang serong
terhadap demokrasi. Bagaimanapun kewujudan ini sebenarnya hanya mewujudkan

Teknologi Maklumat, Kesedaran Sivil


dan Demokrasi

persaingan yang lebih bebas dan telus asal penggunaannya bebas dan tidak terpilih untuk
golongan tertentu sahaja.
Tulisan Anderson (1983) Imagined Communities menjelaskan bagaimana
maklumat boleh memainkan peranan untuk mengukuhkan semangat nasionalisme sesuatu
komuniti. Anderson menjelaskan beberapa kelompok yang hidup berjauhan tetapi
memiliki impian atau bayangan yang sama dihubungkan oleh media. Media berperanan
menggambarkan bagaimana bentuk masyarakat yang mereka impikan, bagaimana jika
mereka berkuasa dan akan melaksanakan pelbagai dasar yang mereka hajati selama ini
dan bagaimana negara yang menjadi hasrat selama ini akan direalisasikan nanti.
Bagaimanapun beliau hanya memberikan unsur akhbar dan novel di dalam kajiannya. Ini
tidak menghairankan kerana pada masa kajian ini dibuat unsur ICT yang lebih canggih
seperti sekarang masih terbatas penggunaannya apatah lagi di dalam masyarakat sedang
membangun yang dikaji yang menjadi minat kajian Anderson.
Enloe (1973) pula dalam kajiannya Ethnic Conflict and Political Development
menyatakan bahawa masyarakat negara sedang membangun yang rata-rata lebih
tradisional tidak dapat lari dari unsur pembangunan. Ini mendedahkan mereka kepada
dunia luar, budaya lain dan tidak setakat itu sahaja tetapi berinteraksi dengan kelompok
lain yang serba berbeza dengannya. Bagi Enloe perkembangan ini meskipun baik dari
segi pembangunan tetapi di setengah masyarakat ia boleh meningkatkan persaingan dan
konflik dengan kelompok lain. Krisis dan konflik antara kaum, antara tribe atau
masyarakat yang lebih besar lebih mudah berlaku apabila dalam arus pembangunan ini
mereka sudah memiliki berbagai kemudahan termasuk akhbar dan sebagainya.
ICT dengan itu sangat penting di dalam pembangunan politik sesebuah
masyarakat. Ia mewujudkan satu arena persaingan yang tidak ada batasannya. Ia tidak
sahaja menjadi alat perhubungan dan penyebaran maklumat yang cepat tetapi juga
menjadi alat perhubungan dan penyebaran yang cekap, bersih (dari sudut fizikal), kemas,
lebih mudah dirahsiakan dan sangat mempermudah kerja. Dengan kehadiran e-mel dan

10

Teknologi Maklumat, Kesedaran Sivil


dan Demokrasi

internet komunikasi dan sebaran maklumat menjadi sangat laju dan luas tanpa batas,
kampung negeri, negara malah benua. Keperluannya sudah menjadi semacam suatu
kemestian kini sehinggakan kita sudah mudah menjadi resah dan gelisah apabila di hari
tertentu cyber cafe, pejabat atau kampus mengalami hubungan terputus atau line down
untuk sehari-dua. Selama ini kita tidak memiliki internet dan e-mel tetapi kita boleh
survive dan berkembang namun apabila telah wujud ia sudah seperti unsur yang wajib di
dalam konteks kehidupan seharian. Sebagai contoh, kebanyakan bank akan menutup
kaunter semata-mata kerana line down seolah-olah sebelum ini tidak pernah menjalankan
khidmat secara manual.
Tulisan Tim Jordan (1999), umpamanya menyatakan dengan jelas bahawa
perkembangan ICT telah melahirkan suatu bentuk budaya dan nilai baru dalam kehidupan
bermasyarakat dan juga tamadun manusia. Beliau menjelaskan bahawa kemunculan ICT,
khususnya internet telah merubah gaya dan sifat berkomunikasi manusia. Antara budaya
dan nilai kehidupan yang ketara terbentuk kesan ini adalah kecenderungan manusia untuk
tidak lagi terlalu bergantung terhadap apa jua laporan dan perubahan yang terbentuk di
ruang fizikal yang nyata. Masyarakat kini lebih bersifat berhati-hati di dalam menerima
setiap perkembangan yang berlaku di sekelilingnya.
Hal ini turut disokong oleh Heng (1998), yang melihat ICT (dalam konteks kajian
beliau ialah internet); yang kini telah dijadikan oleh masyarakat sebagai satu unsur pascamoden bagi mengatasi kelemahan-kelemahan unsur moden dalam konteks kehidupan
bernegara dan bermasyarakat; dan ini termasuklah aspek ruang hubungan sosio-politik di
antara masyarakat dan pemerintah. Justeru berdasarkan kepada perbincangan sorotan
literatur di atas, menunjukkan kepada kita bahawa ICT adalah suatu elemen yang amat
penting di dalam konteks kehidupan manusia.
TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN DEMOKRASI DI MALAYSIA

11

Teknologi Maklumat, Kesedaran Sivil


dan Demokrasi

Sebagaimana yang telah dijelaskan di peringkat awal perbincangan, modul ini cuba
membincangkan bagaimana perkembangan ICT ini telah memberi sumbangan yang
sangat besar kepada kesedaran sivil, kebebasan berpendapat dan pembangunan demokrasi
di Malaysia, khususnya dalam konteks perluasan ruang demokrasi. Kebebasan
berpendapat di negara ini selama ini dapat dikawal dan dipengaruhi oleh pemerintah,
namun dengan perkembangan ini (dan secara kebetulan pula disokong oleh pemerintah
sendiri dengan pembinaan MSC) telah mempercepat dan memesatkan pembangunan
demokrasi. Lihat Tulisan Barraclough (1985), Crouch (1996), Jesudason (1995) dan
Milne and Mauzy (1999) untuk keterangan lanjut bagaimana kebebasan media dan
maklumat dikawal malah diguna untuk kepentingan pihak pemerintah.

Perdana Menteri sendiri dapat dianggap sebagai bertanggungjawab kepada


perkembangan ini apabila beliau yang berusaha mempertingkatkan penggunaan ICT di
dalam masyarakat dengan melancarkan suatu projek yang dinamakan sebagai Multimedia
Super Corridor. Antara lain projek ini adalah suatu usaha untuk membangun penggunaan
ICT seperti yang digambarkan di dalam akhbar berikut:

It is Dr. Mahathir who is most responsible for making the Internet


accessible to ordinary Malaysians. In 1996, the technology-loving premier
launched the Multimedia Super Corridor, an ambitious plan to wire a strip
of real estate with telecommunications powerful enough to support
"smart" schools, a paperless government, telemedicine and a center for
software development, among other things (Asian Wall Street Journal 30
March 1999).

Sehubungan dengan itu kerajaan di bawah pentadbiran beliau juga telah melipatgandakan
usaha ke arah tersebut seperti pada tahun 1997 telah melancarkan kempen di seluruh
negara untuk penggunaan ICT. Orang ramai didedahkan dengan teknologi ini untuk

12

Teknologi Maklumat, Kesedaran Sivil


dan Demokrasi

meningkatkan kesedaran seperti yang dislogankan di dalam kaca televisyen; terima ICT,
belajar ICT, guna ICT dan sayang ICT.

Internet di Malaysia mula berkembang semenjak awal 1990an iaitu di sekitar


tahun 1993. ICT sebenarnya tidak tertakluk kepada internet dan e-mel sahaja tetapi juga
melibatkan berbagai alat teknologi maklumat lain seperti yang dinyatakan di atas.
Bagaimanapun perbincangan ini lebih banyak menumpukan kepada peranan Internet dan
e-mel sahaja memandangkan perkembangan itu yang sukar disekat dan meledakkan
penyebaran maklumat kini. Usaha ini kelihatan membuahkan hasil dengan bertambahnya
bilangan penduduk menggunakan khidmat ini. Daripada keseluruhan dua juta penduduk
sekitar Lembah Kelang didapati pada tahun 1999 dianggarkan seramai 480,000 orang
telah menggunakan khidmat internet ini dan bilangan ini semakin bertambah dari masa ke
semasa (AWSJ 30 Mac 1999).
Kehadiran internet telah memudahkan penyebaran maklumat kepada pelbagai
pihak termasuk pemerintah, organisasi politik mahupun individu. Parti politik telah
memanfaatkan ICT ini dengan membina laman sawangnya dengan memberikan pelbagai
maklumat dan serta menyediakan pelbagai ruang interaksi dan pandangan. Demikian juga
NGOs lain, kesempatan ini adalah suatu yang menguntungkan dan mempermudah kerja
mereka. Di samping laman sawang aktivis serta orang ramai boleh berhubung sesama
mereka dengan menggunakan kemudahan ini dengan lebih cepat dan cekap.

Bagaimanapun penggunaan ICT ini didapati begitu pesat berkembang setelah


meletus insiden penahanan bekas TPM Malaysia Anwar Ibrahim dan setelah muncul
gerakan reformasi di Malaysia. Laporan dari media antarabangsa menyatakan kes ini
dimanfaatkan oleh penyokong beliau untuk mendedahkan kepada masyarakat terhadap
perkara yang berlaku seperti berikut:

13

Teknologi Maklumat, Kesedaran Sivil


dan Demokrasi

At 9 pm on September 20, 1998, when masked policemen armed with


submachine guns stormed into the home of Malaysia's sacked Deputy
Premier Anwar Ibrahim, it was not the local television stations or even
CNN which were the first to break the news of the historic arrest. Just
minutes after the arrest, an email alert from a supporter present at the
house was sent out to newsgroups and discussion lists on the Internet,
giving thousands of Malaysians access to vivid details of the events that
night. It signaled a crucial turning point in Malaysia's political
landscape--the Internet had arrived (Sabri Zain-Democracy on line 6
Ogos 99).

Berbagai laman sawang khususnya yang bersimpati dan tidak berpuas hati serta yang
menyokong kepimpinan bekas TPM ini telah dibina di dalam internet. Bilangannya
adalah sangat bayak dan sukar dihitung. Sejak 2 September 1998 bekas TPM itu ditahan
telah muncul lebih 50 laman internet yang disediakan bagi melahirkan pandangan
alternatif kepada media aliran perdana. Jurucakap TM Net (pemilik khidmat internet
terbesar di Malaysia) pula menyatakan kalau sebelum ini hanya lebih kurang 9,000
permohonan baru diterima dalam sebulan untuk melanggan mereka namun kini sejak kes
tersebut meletus ia tiba-tiba telah mendadak bertambah kepada 14,000 sebulan (AWSJ,
30 Mac 1999). Rata-rata pelanggan baru ini adalah golongan pendukung kepada gerakan
reformasi di Malaysia. Pada mula berkembang isu reformasi ini antara laman sawang
yang pertama ditubuhkan ialah Anwar.com, Anwar on-line, Laman Reformasi,
Konspirasi, Reformasi.com dan Anwar org. Beberapa hari kemudian berpuluh-puluh
laman baru yang dicipta khas untuk melahirkan aspirasi yang sama. Setiap satu mudah
dikesan apabila laman ini merangkaikan hubungan mereka melalui bahagian link di
dalam laman tersebut.
Terdapat laman yang timbul tenggelam tidak dikemas kini dan tidak kurang juga
yang konsisten dan masih kekal dan menerima kunjungan yang banyak hingga kini.

14

Teknologi Maklumat, Kesedaran Sivil


dan Demokrasi

Malah pada satu peringkat ketika masih panas di tahun 1998/9 terdapat laman sawangnya
yang menjadi laman yang menerima paling banyak pengunjung di dalam server tersebut,
antaranya ialah Laman Reformasi, Laman, Maha-Zalim dan laman Free-Anwar.

Sabri Zain seorang aktivis yang sentiasa mengikuti perkembangan internet dan
politik ini pernah mengkaji keadaan ini dan menemui webmaster laman tertentu untuk
mendengar pandangan mereka. Antara lain beliau mendapati:

"There was no other choice--all the media was against us, without
exception," said the Web master of Anwar On-line who declined to reveal
his identity. "The Web site's success was enormous. There weren't a lot of
graphics, but access became slow because of the traffic. I didn't expect so
many responses. People even thought the government was blocking the
site!" (Sabri Zain-Democracy on line 6 Ogos 99).

Rata-rata maklumat di dalam laman ini tidak banyak berbeza iaitu keburukan
bentuk kepimpinan yang ada. Ekoran dari sini timbul berbagai dakwaan bahawa kini
politik di negara ini terlalu banyak dengan fitnah dan kerajaan khususnya UMNO mula
mengambil untuk membasmi sebaran fitnah ini.
Terdapat juga laman sawang yang secara benar-benar bergerak untuk membina
masyakat demokratik atau masyarakat sivil Malaysia tanpa begitu dikaitkan dengan bekas
TPM. Laman ini adalah seperti Aliran, Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia, Suaram, Free
Malaysia dan Just World. Kebanyakannya merupakan

suara NGO berkenaan.

Bagaimanapun kebetulan isu bekas TPM kini sedang hangat laman ini juga kelihatan
tidak dapat lari turut menyentuh banyak isu beliau.

15

Teknologi Maklumat, Kesedaran Sivil


dan Demokrasi

Dengan kehadiran berbagai laman ini tumpuan kepada ICT ini menjadi semakin
besar. Kunjungan menjadi semakin kerap dan maklumat yang disebar menjadi semakin
banyak, sentiasa dikemas kini dan hangat. Secara tiba-tiba juga sambutan orang ramai
terhadap akhbar tempatan menjadi semakin kurang. Maklumat yang diperolehi daripada
pengedar-pengedar akhbar aliran perdana di sekitar Kuala Lumpur menyatakan bahawa
untuk tempoh 1998-1999, sambutan dan hasil jualan akhbar Utusan Malaysia dan Berita
Harian telah banyak berkurang, sementara jumlah jualan terhadap akhbar-akhbar terbitan
parti pembangkang seperti HARAKAH, Roket telah meningkat sebanyak 50%.

Masyarakat mula merasa tidak senang dengan beberapa akhbar apabila mendapati
ia tidak menyiarkan berita yang bebas tetapi memihak. Apa lagi setelah mendapati
beberapa berita yang diketahui sendiri boleh dipersoalkan. Sebagai contoh apabila
mereka menghadiri perjumpaan reformasi yang dihadiri puluhan ribu orang tetapi di
dalam akhbar keesokannya menyatakan hanya beberapa ratus sahaja yang hadir, ini
memberikan tanda tanya akan kebenaran berita yang dimaklumkan oleh akhbar tersebut.
Hal ini boleh di teliti daripada petikan-petikan yang diperolehi daripada beberapa laman
sawang yang wujud.

Sebagai contoh Laman Adil dibina untuk menjawab dan menyaingi laman proreformasi namun ia tidak mendapat sokongan baik. Laporan pada bulan Mei 1999 laman
ini hanya mendapat lebih 18,000 lawatan sahaja berbanding dengan yang menyokong
reformasi. Pada masa ini laman penyokong Reformasi telah mencapai lawatan hingga
melebihi 200,000, jauh melebihi Laman Adil (New Sunday Times 23 Mei 1999). E-mel
khususnya mailing-list adalah juga suatu hubungan elektronik yang berkembang pesat
selari dengan perkembangan ICT seperti Sangkancil, Rope, Titiwangsa, Anwar-net.
Hizbi-net, Adil Net, Sarawak Talk dan Berita-Malaysia. Ia telah muncul sebagai satu
medan tempat melahirkan pendapat secara bebas. Pendapat ini pula akan dibaca oleh
orang lain dan akan pula memberi komen atau menjawab sehingga kadangkala ada yang

16

Teknologi Maklumat, Kesedaran Sivil


dan Demokrasi

membawa kepada perdebatan yang panjang. Di dalam Sangkancil umpamanya persoalan


politik, ekonomi dan sosial menjadi isu utama di dalam perbincangan. Terdapat juga
perbincangan yang menyentuh soal agama khususnya Islam dan ia menarik banyak
pengulas termasuk dari penganut agama lain. Apa yang pasti pelanggan di sini harus
bersifat sederhana atau moderate kerana jika tidak bersifat demikian mudah merasa
terguris atau tercabar dengan pandangan orang lain mengenai agamanya. Ada juga
mailing list yang pelanggan hanya diberikan maklumat terkini di alam sesuatu perkara
seperti Stratford.Com's Global Intelligence, Financial Time News, Global Knowledge
Development (GKD) dan Berita Malaysia.

PENUTUP

Modul ini cuba untuk menunjukkan hubungan timbal-balik yang lahir kesan daripada
perkembangan sistem teknologi maklumat, kuasa siber dan demokrasi di Malaysia,
khususnya dari aspek ruang demokrasi. Dalam meneliti aspek-aspek tersebut kertas ini
telah membahaskan bahawa perkembangan teknologi maklumat dan kemunculan kuasa
siber secara konseptualnya telah memberikan dua kesan sosio-politik yang besar terhadap
perkembangan demokrasi di Malaysia. Pertama, perkembangan sistem teknologi dan
kuasa siber telah memperluas ruang demokrasi di Malaysia. Di mana, walaupun ruang
demokrasi yang diperluas itu adalah dalam bentuk maya (virtual), namun ia secara
konsepsi membuka peluang penyertaan politik kepada masyarakat keseluruhannya dalam
aspirasi psikologi yang bersifat less-fear. Hal ini banyak berkait rapat dengan sifat ruang
demokrasi yang baru ini, yang boleh disifatkan di luar kawalan dan dominasi pemerintah
sama ada secara perundangan ataupun pemikiran. Kedua kehadiran ICT ini telah
meningkatkan kesedaran sivil kepada orang ramai. Mereka merasakan kini mereka boleh
tahu apa yang selama ini tersembunyi. Mereka juga boleh memberi pendapat dan sekali
gus melibatkan diri dalam wacana politik negara. Ketiga, perkembangan sistem teknologi
penyebaran maklumat dan kuasa siber ini juga bukan sahaja telah memperluaskan ruang
demokrasi yang sedia ada tetapi juga ruang demokrasi yang baru ini dilihat mampu untuk

17

Teknologi Maklumat, Kesedaran Sivil


dan Demokrasi

melepaskan ikatan serta bebas daripada hegemoni intelektual pemerintah sebagaimana


yang terdapat di dalam ruang demokrasi Malaysia yang terhad. Walau bagaimanapun
tidak dinafikan penggunaan ICT masih terbatas di kawasan bandar dan golongan yang
berpendidikan. Namun semakin generasi berkembang, apatah lagi kerajaan sendiri
menggalakkannya dan sekolah juga menyebarkan pengetahuan penggunaannya maka
tidak menghairankan dalam sedekad dua ini penggunaan ICT ini akan menjadi sangat
meluas dan digunakan oleh rakyat terbanyak di negara ini. Apabila sampai ke peringkat
ini maka demokrasi dan kesedaran sivil di Malaysia akan benar-benar kompetitif dan dan
menjadi semakin mantap.

SOALAN KENDIRI
1. Bincangkan kepentingan teknologi maklumat dalam pembangunan demokrasi
sesebuah negara.
2. Nilaikan perkembangan kesedaran sivil sesebuah negara yang dipilih dalam masa
kehadiran IT dan sebelum IT.
3. Dengan merujuk kepada perbincangan beberapa sarjana jelaskan kepentingan
penyebaran maklumat oleh media dalam meningkatkan partisipasi politik.
4. Bincang kedudukan dan peranan pemerintah dalam mengawal penyebaran
maklumat dalam suatu masyarakat. Apa pentingnya mereka mengawal maklumat?
5. Nilaikan sumbangan ICT dalam membentuk masyarakat Sivil yang lebih
responsif.

RUJUKAN
Anderson, B. 1983. Imagined communities. London: Verso.

18

Teknologi Maklumat, Kesedaran Sivil


dan Demokrasi

Barraclough, S. 1985. The dynamic of coercion in the Malaysian political process.


Modern Asian Studies. 19 (4): 797-822.
Case, W. 1993. Malaysia: semi-democracy in withstanding the pressures for regime
change. Pacific Affairs. 66 (2): 183-205.
Crouch, H. 1993. Malaysia: neither authoritarian nor democratic. Dlm. Hewison, K.,
Robinson, R. & Rodan, G. Southeast Asia in the 1990s: authoritarianism and
democracy, hlm. 135-157. Sydney: Allen and Unwin.
Crouch, H. 1996. Government and society in Malaysia. St. Leornards: Allen and Unwin.
Heng, S.H. 1998. A postmodernist study of the internet. Akademika, 53 (Julai): 113-127
Holmes, David (ed). 1997. Virtual politics: identity and community in cyberspace.
London: Sage Publications.
Jesudason, J. V. 1995. Statist democracy and the limits to civil society in Malaysia.
Journal of Commonwealth and Comparative Politics. 33 (3): 335-356.
Jordan, Tim. 1999. Cyberpower: the culture and politics of cyberspace and the internet.
London: Routledge.
Lerner, D. 1958. The passing of traditional societies. Glencoe, Ill.: Free Press.
Lipset, S. M. 1959. Some social requisites of democracy. American Political Science
Review. 53 (1): 69-135.
Mauzy, D. K. 1995. Coercive consociationalism. Dlm. McGarry, J. & OLeary, B. (pnyt.).
The politics of ethnic regulation, hlm. 106-127. London: Routledge.
Milne, R.S. & Mauzy, D.K. 1999. Malaysian Politics under Mahathir. London.
Routledge.
Sabri Zain. 1999. Face off: a Malaysian Reformasi Diary (1998-99). Kuala Lumpur:
BigO Books.
Saravanamuttu, J. 1999. Thinking the thinkable: politics after Mahathir (part 1-3). Aliran
Online. Oct./Nov.
Zakaria Ahmad. 1989. Malaysia: quasi democracy in a divided society. Dlm. Diamond,
L., Linz, J.J. & Lipset, M. S. (pnyt.) Democracy in developing countries: Asia. Jil.
3, hlm. 347-382. Boulder, Colorado: Lynne Rienner.

You might also like