You are on page 1of 11

BAHAGIAN A

[30 markah]
Arahan : Tiap-tiap soalan diikuti empat pilihan jawapan iaitu A, B, C dan D. Pilih satu jawapan yang
paling tepat.
1. Pilih penyataan yang tepat untuk menerangkan peribadi realistik.
A. Mempunyai potensi diri yang kreatif dan inovatif.
B. Mahir menggunakan bahasa.
C. Potensi diri mekanikal dan suka akan kerja mekanikal.
D. Potensi diri mengutamakan matlamat dan keuntungan diri.

Situasi

Kesan dan
akibat.

Objektif

Membuat
keputusan

2. Apakah X dalam rajah di atas?


A. Kewangan
B. Peluang
C. Cabaran
D. Alternatif
3. Antara yang berikut, faktor manakah perlu dipertimbangkan sebelum membuat sesuatu
keputusan?
I.
Membuat keputusan dalam keadaan yang tenang.
II.
Berani menghadapi risiko.
III.
Yakin dengan keputusan yang dibuat.
IV. Keputusan hendaklah tegas, jelas, dan muktamad.
A. I dan II
B. I dan IV.
C. I, II dan III.
D. I, II, III dan IV.

4. Apabila anda memilih jurusan semasa di tingkatan empat, pemilihan jurusan itu adalah
berdasarkan
A. Pengaruh keluarga
B. Pengaruh rakan
SULIT

[Lihatsebelah]

C. Cita-cita anda
D. Kemampuan kewangan anda
5. Mynn memiliki peribadi penyelidik. Di sekolah, dia suka menjawab soalan yang melibatkan
penyelesaian masalah. Apakah sifat lain yang dimilikinya?
I.
Gemarkan pekerjaan di luar bangunan.
II.
Menilai sesuatu yang mencabar minda.
III.
Suka mencari kesimpulan dan menganalisis data.
IV. Sukakan sesuatu yang bersifat mekanikal
A. I dan IV
B. II dan III.
C. I, II dan III.
D. I, II, III dan IV.

Semenjak kecil, Ravindran tidak berminat dalam pelajaran. Hobinya


membaca, melukis dan menonton rancangan kartun. Apabila dewasa
nanti, Ravindran hendak menjadi kartunis yang dapat mengharumkan
nama negara di peringkat antarabangsa.

6. Antara tokoh berikut, yang manakah menjadi sumber ilham Ravindran?


A. Dato Mohamed Nor Khalid atau Lat.
B. Dato Azhar Mansur
C. Datuk A. Samad Said
D. Tan Sri Lee Kim Yew

Edupulse Management Sdn. Bhd.


Memerlukan seorang pereka grafik.
Pengalaman : 2 tahun pengalaman dalam bidang berkaitan.
Kelayakan
: Diploma dalam bidang grafik.
Boleh bekerja bersendirian.
Kreatif dan inovatif.

SULIT

[Lihatsebelah]

7. Sekiranya kamu memenuhi syarat-syarat di atas, apakah persediaan yang perlu kamu lakukan
sebelum menghadiri temuduga tersebut.
I.
Merujuk buku grafik untuk mendapatkan idea tentang grafik yang diperlukan oleh syarikat
berkenaan.
II.
Menelefon syarikat berkenaan untuk berkenalan dengan pengurusnya.
III.
Meninjau tahap gaji yang ditawarkan oleh firma lain untuk jawatan yang sama.
IV. Membuat latihan mereka bentuk grafik sekiranya diarahkan berbuat demikian.
A. I dan IV
B. II dan III.
C. I, III dan IV.
D. I, II, III dan IV.

Ibu bapa haruslah berbincang dan mencuba untuk mendengar


pendapat anak-anak.
8. Pernyataan di atas menunjukkan kepekaan terhadap
A. Keperluan mental
B. Keperluan emosi
C. Keperluan rohani
D. Keperluan fizikal
9. Selain memberikan perhatian kepada potensi diri dalam pemilihan kerjaya, dua faktor lain yang
perlu diambil kira ialah.
A. kemahiran dan kelayakan
B. kemahiran dan sumber modal
C. kelayakan dan peluang yang ada
D. kelayakan dan sikap.

10. Antara yang berikut, tindakan yang manakah akan menjatuhkan maruah keluarga anda?
I.
Adik anda ialah penyeluk saku.
II.
Anda menghisap dadah
III.
Anda menjadi ketua pengawas di sekolah anda
IV. Memberikan maklumat kepada pihak polis tentang kegiatan pencuri di tempat tinggal.
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan III
D. III dan IV
11. Mengapakah kita perlu mengambil kira perasaan atau emosi orang lain semasa membuat teguran?
SULIT

[Lihatsebelah]

A. Perasaan dan emosi akan membentuk perwatakan seseorang.


B. Emosi merangkumi perasaan sensitif, marah, sedih dan terguris perasaan jika tidak dapat
dikawal.
C. Teguran yang menyinggung perasaan seseorang akan menimbulkan perasaan dendam atau
rasa tidak puas hati.
D. Teguran biasanya akan diterima secara negatif dan tidak disukai oleh sesiapa.
12. Dalam situasi yang manakah kasih sayang antara anggota keluarga menjadi bertambah erat?
A. Selalu bertukar-tukar hadiah antara anggota keluarga.
B. Mengadakan jamuan pada hari-hari yang penting bagi ibu bapa.
C. Setiap anggota keluarga melaksanakan tanggungjawab masing-masing.
D. Bertengkar disebabkan masalah yang kecil.

Pendekatan yang menggunakan kemahiran mengenal pasti


kesan dan akibat terhadap diri dan orang lain.
13. Pernyataan di atas menerangkan pendekatan yang digunakan dalam menghadapi pelbagai situasi.
Apakah pendekatan tersebut?
A. Pendekatan proaktif
B. Pendekatan pantas
C. Pendekatan pasif
D. Pendekatan kalah-mati

Situasi
Keputusan
Kesan Positif

: Menerima atau menolak perlantikan untuk


menjadi ketua pengawas sekolah.
: Menerima tawaran tersebut.
: Dihormati oleh rakan dan guru.
Mempunyai keyakinan diri yang tinggi.
Ibu bapa berasa bangga.
Menjadi teladan baik kepada adik-adik.
Dapat memakai pakaian pengawas yang
segak.

14. Apakah kesan negatif sosial yang akan timbul, sekiranya pelajar di atas membuat keputusan untuk
menerima tawaran menjadi Ketua Pengawas Sekolah?
SULIT

[Lihatsebelah]

A. Ibu bapa terpaksa membelanjakan wang yang banyak untuk membuat pakaian seragam
pengawas untuknya.
B. Dia tidak dapat bergaul dengan rakan sebayanya seperti dahulu kerana terpaksa memelihara
imejnya sebagai Ketua Pengawas Sekolah.
C. Waktu untuk mengulang kaji pelajaran semakin berkurangan kerana dia terpaksa
meluangkan lebih banyak masa di sekolah.
D. Dia akan kehilangan kawan-kawan kerana dianggap sudah menjadi orang penting di
sekolah.
15. Apakah yang dimaksudkan dengan adat resam?
A. Cara hidup yang menjadi amalan sesebuah masyarakat.
B. Peraturan dalam sesebuah masyarakat yang diamalkan secara turun temurun.
C. Satu corak kehidupan yang berhubung kait dengan agama yang dianuti
D. Satu pola kehidupan yang dianuti oleh seluruh masyarakat di sesuatu kawasan.
16. Kaum manakah yang meraikan Pesta Kaamatan?
I.
Kadazandusun
II.
Bajau
III.
Bidayuh
IV. Murut
A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I dan IV

17. Apakah tanda yang menunjukkan bahawa seorang wanita masyarakat India telah berkahwin?
A. Tali
B. Thali
C. Rantai
D. Sari
18. Hari Gawai akan diraikan oleh salah satu kaum di Malaysia iaitu..
A. Iban
B. Rungus
C. Kadazandusun
D. Murut
19. Antara berikut yang manakah merupakan kuih tradisonal kaum Melayu?
A. Kuih bulan
B. Kuih penjaram
C. Kuih bahulu
D. Kuih muruku
20. Tujuan upacara minum the dalam adat perkahwinan Cina adalah
A. Sebagai lambang penerimaan keluarga pengantin.
B. Untuk mendapat angpau yang diberikan oleh saudara mara
C. Sebagai tanda kesejahteraan dan kebahagiaan.
SULIT

[Lihatsebelah]

D. Sebagai hubungan yang berkekalan.


21. Persamaan yang terdapat dalam adat kelahiran masyarakat Melayu dan masyarakat Cina ialah
upacara
A. Mencukur rambut
B. Naik buaian
C. Melenggang perut
D. Turun tanah
22. Pernyataan yang manakah adalah salah tentang sekolah lestari?
A. Mewujudkan amalan hidup yang lestari dalam kalangan warga sekolah.
B. Merupakan payung kepada segala aktiviti yang dijalankan.
C. Menggalakkan aktiviti mesra alam.
D. Merupakan program usahasama
23. Keseimbangan ekosistem bermaksud
A. Hubungan seimbang antara manusia, haiwan, dan tumbuhan dengan persekitarannya.
B. Hubungan seimbang antara hidupan di darat dengan hidupan laut.
C. Kebergantungan hidup antara tumbuh-tumbuhan dan haiwan di hutan.
D. Kebergantungan hidup manusia kepada tumbuh-tumbuhan sebagai sumber oksigen.

Memberikan pendidikan tentang pemeliharaan hutan.


Melindungi taman-taman negara dan hidupan liar.

24. Pernyataan di atas menerangkan peranan suatu agensi. Apakah agensi yang berkaitan dengan
peranan tersebut?
A. Jabatan Alam Sekitar
B. Alam Flora Sdn. Bhd.
C. Persatuan Pencinta Alam
D. Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara
25. Apakah kesan utama akibat peningkatan karbon dioksida?
A. Kesan rumah hijau.
B. Pencemaran udara berkurangan
C. Penipisan lapisan ozon
D. Hujan asid
26. Mengapakah sebahagian daripada racun makhluk perosak dikatakan berbahaya terhadap alam
sekitar?
A. Komposisinya tidak mudah terurai serta stabil di dalam tanah dan atmosfera.
B. Dapat menyebabkan kesan pemanasan melampau.
SULIT

[Lihatsebelah]

C. Dapat menyebabkan kemusnahan kawasan pertanian.


D. Dapat menyebabkan jerebu terutama pada musim panas.
27. Yang manakah merupakan tenaga yang boleh diperbaharui?
I.
Tenaga suria
II.
Tenaga angin
III.
Tenaga arang batu
IV.
Tenaga geoterma
A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV
28. Apakah penyakit yang sering dikaitkan dengan penipisan lapisan ozon?
A. Barah kulit
B. Sakit perut
C. Pening kepala
D. Radang paru-paru.
29. Pelepasan asap dari kenderaan dan kilang-kilang industri dapat menyebabkan kesan-kesan yang
berikut, kecuali.
A. Hujan asid
B. Jerebu
C. Pencemaran air
D. Peningkatan karbon dioksida di udara
30. Mengapakah kita perlu menyokong kempen kitar semula bahan buangan?
I.
Menjimatkan kos
II.
Mengurangkan pencemarn
III.
Mewujudkan persekitaran yang sihat dan bersih
IV.
Menggalakkan kemajuan ekonomi
A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

SULIT

[Lihatsebelah]

BAHAGIAN B
[20 markah]
1. Apakah tindakan anda selaku seorang pengawas bagi menangani situasi di bawah? Tindakan anda
mesti adil dan bijak.
[5 markah]

SITUASI

KEPUTUSAN/TINDAKAN

(a) Kelas terlalu bising dan pelajar tidak


menghiraukan nasihat ketua tingkatan.

(b) Kamu diajak ponteng kelas pada waktu


pembelajaran Matematik.

(c) Guru kelas anda membawa banyak buku dan


menuju ke kelas anda.

SULIT

[Lihatsebelah]

(d) Ada sekumpulan pelajar tolak-menolak di


kantin semasa waktu rehat.

(e) Kawan anda membawa telefon bimbit ke


sekolah.

2. Jawab soalan-soalan yang berikut berdasarkan iklan di bawah ini.

JURUTAIP
Diperlukan untuk memproses data.
Pendapatan dalam lingkungan RM400-RM800 sebulan.
Terbuka kepada warganegara Malaysia.
Bidang Tugas:
Memproses pengiklanan data pelanggan yang dihantar melalui e-mel.
Bekerja dari rumah, pejabat dan lain-lain.
Bila-bila masa (anda yang menetapkan jadual sendiri)
Anda layak memohon jawatan ini sekiranya anda:
1. Berumur 18 tahun dan ke atas.
2. Jujur, berdedikasi, bermotivasi tinggi dan boleh bekerja tanpa pengawasan.
3. Ingin menambah pendapatan.
4. Mempunyai akses internet
5. Mematuhi arahan yang diberi.

(a) Nyatakan bidang kerjaya bagi iklan di atas.

[1 markah]

..
(b) Apakah potensi diri yang perlu ada bagi jawatan yang ditawarkan tersebut?

[1 markah]

..

SULIT

10

[Lihatsebelah]

(c) Nyatakan dua kemahiran yang perlu ada pada seseorang untuk menjawat jawatan tersebut?
[2 markah]

....
(d) Berikan tiga contoh jawatan yang berkaitan dengan bidang perkeranian dan pentadbiran.
[3 markah]

................................
3. Berdasarkan gambar yang diberikan, nyatakan kesan dan langkah-langkah mengatasi masalah
tersebut.
[8 markah]
(a)
Kesan :

Langkah Mengatasi:

(b)

Kesan :

Langkah Mengatasi:

(c)
Kesan :

Langkah Mengatasi:

SULIT

11

[Lihatsebelah]

(d)

Kesan :

Langkah Mengatasi:

SULIT

12

[Lihatsebelah]

You might also like