You are on page 1of 8

TEKS UCAPAN

YANG AMAT BERHORMAT


DATO SRI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK
PERDANA MENTERI MALAYSIA

SEMPENA SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA 2015

TARIKH :

15 MEI 2015

TEMPAT:

EVERLY HOTEL, PUTRAJAYA

MASA:

4.00 PETANG

___________________________________________________________________

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan


Salam 1 Belia 1 Malaysia

1.

Alhamdulillah segala puji bagi Allah, kerana dengan rahmat dan izinNya maka
pada petang yang penuh keberkatan ini, kita dapat bertemu sekali lagi bagi
meraikan Sambutan Hari Belia Negara bagi tahun 2015.

2.

Saya bersyukur kerana di atas keizinanNya, maka Hari Belia Negara dapat
kita jayakan buat kali ke-45 sebagai tanda penghargaan Negara kepada
golongan belia.

3.

Pelbagai inisiatif pembangunan belia telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan


untuk menghargai dan menyerlahkan potensi golongan belia. Dari tahun ke
tahun, kerajaan melalui Kementerian Belia dan Sukan tidak pernah gagal
melaksanakan sambutan Hari Belia Negara yang disambut pada 15 Mei
setiap tahun. Kejayaan melaksanakan sambutan Hari Belia Negara ini
menunjukkan bahawa kerajaan komited dan sentiasa meletakkan golongan
belia sebagai aset penting negara. Golongan belia hari ini akan menentukan
hala tuju negara pada masa akan datang.

Page 1 of 8

4.

Sebagaimana tahun-tahun sebelum ini, sambutan Hari Belia Negara akan


dimeriahkan lagi dengan Festival Belia Putrajaya (FBP). Tahun ini, Putrajaya
Bandar Mesra Belia sekali lagi akan meriah dengan pelbagai aktiviti yang
telah disusun selama tiga hari bermula pada 22 Mei hingga 24 Mei 2015.

5.

Walau pun sambutan Hari Belia Negara 2015 dilaksanakan dalam skala yang
lebih kecil berbanding tahun-tahun sebelum ini, namun saya percaya,
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah Berjaya membawa satu gelombang
baru kepada strategi pelaksanaan Sambutan Hari Belia. Kita mula laksanakan
festival ini pada tahun 2012 dan KBS telah membuktikan bahawa festival belia
tahunan ini telah berjaya menarik golongan belia dari seluruh negara
termasuk antarabangsa untuk datang ke Putrajaya.

6.

Penglibatan golongan belia di dalam pelbagai aktiviti pengisian Sambutan


Hari Belia Negara telah membantu menjayakan program ini. Pihak kerajaan
percaya, menerusi pendekatan Dari Belia Untuk Belia akan dapat
menyerlahkan potensi modal insan belia yang lebih cemerlang.

7.

Konsep Dari Belia Untuk Belia menunjukkan bahawa kerajaan membuka


ruang seluas-luasnya kepada golongan belia untuk memberi idea dan
menyumbang bersama dengan kerajaan untuk menggerakkan inisiatif
pembangunan belia negara. Saya percaya, kesepaduan diantara belia
pebagai latar belakang bersama pihak kerajaan akan memberi impak positif
kepada pembangunan negara.

8.

Atas dasar itu, Sambutan Hari Belia Negara tahun ini menonjolkan konsep
Showcase of Talent. Penyerlahan bakat di kalangan belia dipaparkan
melalui empat zon iaitu: Keushawanan dan Kreativiti (sebagai Zon Utama);
Komuniti; Aktif dan Seni; serta Sains.

9.

Konsep Showcase of Talent ini menyediakan ruang dan peluang kepada


golongan belia daripada pelbagai latar belakang di pelbagai peringkat untuk
menyerlahkan potensi modal insan mereka. Aktiviti penonjolan bakat di
peringkat daerah, negeri dan kebangsaan dilaksanakan dan kemeriahan
Page 2 of 8

pelaksanaan pelbagai aktiviti-aktiviti ini pastinya telah dapat menyuntik azam


kepada golongan belia untuk lebih berjaya menyerlahkan potensi mereka.

10.

Kerajaan melalui KBS sentiasa berusaha untuk memantapkan kualiti belia


Malaysia daripada pelbagai aspek. Salah satu inisiatif KBS terkini adalah
melaksanakan pendekatan baru Rakan Muda yang berteraskan aspek
pemerkasaan remaja. Melalui konsep perkembangan dan penyerlahan bakat
(Showcase of Talent), para remaja akan berkongsi pengalaman dan
melaksanakan program bersama remaja lain, mereka berkongsi pengalaman,
memperolehi

dan

meningkatkan

(upgrading)

kemahiran

serta

ilmu

pengetahuan secara bersama. Ilmu atau bakat yang ada pada diri remaja itu
akan dikongsi dan disalurkan kepada remaja lain dalam pelbagai pendekatan
seperti mengadakan bengkel, latihan, kursus, kerjasama dan lain-lain
pendekatan yang bersesuaian dengan penyerlahan bakat. Pelbagai bakat
boleh diketengahan dan dikongsi bersama dalam pelbagai bidang seperti
kesenian, kerohanian, kesusasteraan, sains, teknologi, alam sekitar, sukan,
kecergasan, keusahawanan, pertukangan, digital, muzik, kraf tangan,
kebudayaan, kulinari, akademik, soft skill, tarian, penulisan dan sebagainya.
Potensi, kreativiti dan bakat golongan remaja akan didedahkan, dibangunkan
dan dikembangkan melalui program Rakan Muda baru agar mereka dapat
menjadi modal insan negara yang berguna. Beberapa program baru akan
dilaksanakan seperti: Program Ikonik Rakan Muda; Penyerlahan Bakat
Peringkat Akar Umbi; Program Mentor Rakan Muda; serta Dana Online
Showcase Of Talent akan mula digerakkan oleh KBS. Saya percaya konsep
empowerment sebegini mampu membentuk generasi muda yang lebih
berdikari, bertanggungjawab, kreatif dan inivatif. Pastinya, usaha-usaha
sebegini akan dapat melahirkan golongan belia bersemangat juang yang
positif, mempunyai daya resilience, daya tahan yang kuat dan mampu untk
mendepani pelbagai cabaran kehidupan yang serba mencabar.

11.

Kerajaan melalui KBS juga telah menggerakkan Program Parlimen Belia


Malaysia sebagai satu platform untuk belia menyuarakan idea dan
pandangan. Seramai 133 orang belia telah dipilih dan dilantik menjadi Ahli
Parlimen Belia Malaysia bagi tempoh 2014-2016 dan mereka ini telah
Page 3 of 8

bersidang buat pertama kalinya di Dewan Rakyat pada bulan Januari yang
lalu. Saya mengambil maklum, sembilan usul telah dibahaskan semasa
Persidangan Parlimen Belia yang pertama tersebut dan kesemuanya telah
pun mendapat persetujuan Mesyuarat Jemaah Menteri. Usul Parlimen Belia
Sidang Pertama berkaitan inisiatif penubuhan Dewan Belia ASEAN (ASEAN
Youth Assemblyl), cadangan penyediaan Kad Diskaun Khas kepada belia
bagi menggalakkan penggunaan pengangkutan awam darat serta cadangan
mewujudkan Institut Soft Skills dalam bidang teknikal dan vokasional
membuktikan bahawa belia Malaysia mempunyai kualiti dan potensi
kepimpinan yang membanggakan.

12.

Saya percaya, Persidangan Parlimen Belia kedua yang telah berlangsung


pada 11-13 Mei lalu juga berjaya menyerlahkan potensi serta kualiti
kepimpinan semua perwakilan belia yang menganggotai Parlimen Belia
Malaysia. Tidak hairan, jika suatu hari nanti beberapa usul Parlimen Belia
Malaysia akan menjadi polisi kerajaan. Saya mengucapkan setinggi-tinggi
penghargaan dan tahniah kepada KBS atas kejayaan pelaksanaan program
Parlimen Belia Malaysia dan saya mahu belia yang menjadi Ahli Parlimen
Belia menggunakan peluang ini sebaik mungkin untuk menyumbang kepada
pembangunan negara. Jangan jadikan Parlimen Belia ini satu program politik,
tapi jadikan ianya sebagai satu platform untuk membincangkan serta
mengupas isu-isu pembangunan belia.

13.

Pendekatan

6E

iaitu

Engagement,

Empowerment,

Education,

Entrepreunership, Social Enterprise dan Experience yang ditekankan oleh


kerajaan dalam pembangunan belia pastinya akan dapat melahirkan
golongan belia yang mampu berdikari, belia yang berwawasan, mempunyai
jati diri yang jitu serta boleh menyumbang kepada pembangunan negara di
masa hadapan. Mekanisme dan pendekatan tersebut seiring dengan hala tuju
Dasar Belia Malaysia (DBM) yang akan berkuatkuasa.

14.

DBM akan menjadi rujukan utama dalam kalangan semua pemegang taruh
belia sama ada di peringkat penggubal atau pelaksana dasar. Hala tuju dasar
ini mengambil kira cabaran utama belia Malaysia yang berhadapan dengan
Page 4 of 8

cabaran politik, ekonomi, sosial dan teknologi dalam persekitaran global yang
semakin kompetitif. Dasar ini digubal dengan mengambil kira karakter Belia
Malaysia. Menurut kajian IYRES pada tahun 2012, karakter belia Malaysia
adalah: beragama; cenderung ke aras konservatif; berorientasikan keluarga;
pengguna yang dinamik; cenderung kepada teknologi; rajin; optimis tentang
masa depan dan sedia untuk didekati. Lantaran itu DBM di gubal dengan
matlamat untuk:
i. Meningkatkan keterlibatan belia sebagai warga bertanggungjawab
dalam inisiatif di peringkat negara, serantau dan antarabangsa;
ii. Menyerlahkan potensi belia untuk membina kehidupan yang positif;
dan
iii. Mengukuhkan akses maklumat yang saksama merentas semua
kumpulan sasaran belia berdasarkan bidang keutamaan belia.

15.

DBM memberi penekanan kepada empat konsep utama iaitu:


i. Had umur setara piawaian antrabangsa;
ii. Holistik dan berpandukan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun
Negara;
iii. Futuristik, relevan dan terkini; dan
iv. Merentas pelaksana dan generasi.

16.

Berasaskan peremajaan kepimpinan belia, pendayaupayaan orang muda,


negara muda dan selari dengan takrifan umur di peringkat antarabangsaa,
maka DBM telah menurunkan takrifan umur belia Malaysia daripada mereka
yang berumur 15-40 tahun kepada mereka yang berumur 15-30 tahun.
Takrifan umur belia yang baru ini akan berkuatkuasa pada tahun 2018.
Lantaran itu, KBS selaku badan peneraju pembangunan belia negara telah
menyediakan Pelan Peralihan Kepimpinan Belia serta Pelan Komunikasi
Dasar Belia Malaysia sebagai panduan untuk menggerakkan segala inisiatif
DBM. Semoga tempoh tiga tahun bermula daripada tahun 2015 ini memberi
cukup

ruang

kepada

pertubuhan-pertubuhan

belia

untuk

membuat

perancangan yang sewajarnya.

Page 5 of 8

17.

Kerajaan percaya, melalui DBM potensi modal insan belia akan dapat
diserlahkan dengan memberi fokus utama kepada lapan kumpulan sasaran
belia iaitu: belia bersekolah; belia pengajian tinggi; belia bekerjaya;
perkumpulan belia; belia massa (youth at large); belia Malaysia antarabangsa;
belia minoriti dan golongan terpinggir; serta belia berisiko.

18.

Selain daripada itu, jaringan kerjasama strategik pemegang taruh dalam


Sembilan Bidang Keutamaan belia iaitu: pendidikan dan latihan kemahiran;
kenegaraan dan jati diri; gaya hidup sihat dan sejahtera; kepimpinan;
kesukarelawanan dan masyarakat sivil; keushawanan; Penyelidikan dan
inovasi; profesionalisme kerja belia serta pemberian pengiktirafan kepada
belia

akan

menjadikan

golongan

belia

lebih

berkeupayaan

untuk

menyumbang di semua peringkat kehidupan sehingga ke peringkat


antrabangsa.

19.

KBS selaku agensi peneraju pembangunan belia tidak akan berjaya


merealisasikan pelaksanaan DBM tanpa sokongan daripada lain-lain
pemegang taruh

belia.

Oleh

itu,

saya

mengharapkan agar semua

kementerian, jabatan, agensi dan NGOs yang berkaitan dengan belia


bekerjasama untuk merealisasikan pelaksanaan DBM dan komited untuk
mencapai objektif yang telah ditetapkan.

20.

Apabila kita bercakap tentang belia, ianya juga berkait rapat dengan gaya
hidup mereka. Oleh itu, bermula pada tahun ini, KBS telah merangka dan
melaksanakan program

Fit Malaysia secara agresif di seluruh Malaysia

sebagai usaha untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang berbudaya


Sukan. Pelbagai program kecergasan telah dilaksanakan di seluruh negara
dan kemuncaknya akan dilaksanakan Hari Sukan Negara. Bermula tahun ini,
Hari Sukan Negara akan diadakan pada setiap bulan Oktober dan diharapkan
inisitaif ini akan dapat melahirkan lebih ramai golongan belia yang cergas,
sihat dan berbudaya sukan.

21.

Banyak perkara-perkara penting yang berkait dengan pembangunan belia


berlaku dalam negara kita pada tahun ini. Tahun ini, Malaysia menjadi
Page 6 of 8

pengerusi ASEAN dan berusaha untuk menggerakkan tiga inisiatif utama


iaitu: integrasi pasaran ASEAN dan rakan perdagangan; mengukuhkan
kerjasama ekonomi ke arah struktur industri yang lebih maju serta
berteknologi tinggi; dan meningkatkan kualiti pertumbuhan ekonomi dan
kesejahteraan masyarakat. Di atas prinsip menjayakan Gagasan Komuniti
ASEAN, saya menyeru agar generasi belia Malaysia memahami halatuju
gagasan tersebut dan mengambil peluang, terutamanya dalam bidang
keusahawanan untuk meningkatkan taraf ekonomi belia dan negara. Belia
Malaysia menerusi Industri Usahawan Kecil dan Sederhana boleh mengambil
peluang dan berusaha untuk menembusi serta menguasai pasaran di
peringkat negara-negara rantau ASEAN. Saya juga mencadangkan supaya
belia Malaysia meneroka bidang keusahawanan sosial bukan sahaja untuk
dilaksanakan di dalam negara malah dilaksanakan juga di peringkat negaranegara ASEAN dan antarabangsa.

22.

Sesungguhnya pihak kerajaan amat prihatin dengan keperluan hidup belia.


Kajian Keperluan Hidup Belia (2013) yang telah dilaksanakan oleh Institut
Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) mendapati bahawa untuk
tempoh dua tahun akan datang, golongan belia amat mengharapkan:
pengurangan kos ke atas keperluan makanan/ bahan asas; penurunan kadar
cukai kenderaan; penurunan harga rumah; penurunan harga petrol/bahan api;
serta tambahan dana pendidikan.

23.

Lantaran itu, kerajaan berusaha membantu mempertingkatkan taraf hidup


rakyat Malaysia dan membantu meringankan beban kos sara hidup yang
semakin meningkat akibat kesan daripada ketidaktentuan ekonomi global.
Sehubungan dengan itu, salah satu usaha kerajaan dalam memenuhi
keperluan

golongan

muda

adalah

dengan

menyediakan

kemudahan

pemilikan rumah dengan menyediakan Rumah Mesra Rakyat pada harga


jualan RM45,000 RM65,000 dengan pemberian subsidi kerajaan sebanyak
RM15,000 RM20,000 seunit rumah. Sejumlah 223,000 unit rumah baru
telah dibina oleh kerajaan dan sektor swasta pada 2014. Kerajaan juga telah
menyediakan RM100 juta untuk tabung penyelenggaraan 1Malaysia di bawah
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Page 7 of 8

serta RM82 juta untuk memulihkan 20 projek rumah terbengkalai yang


melibatkan

8,197

buah

rumah.

Selain

daripada

itu,

kerajaan

turut

memperuntukkan RM578 juta kepada Jabatan Perumahan negara untuk


membina 16,473 unit rumah Program Perumahan Rakyat.

24.

Kesimpulannya, kerajaan sentiasa prihatin kepada kehendak dan keperluan


golongan belia dan masyarakat. Pelbagai inisiatif telah dan akan dilaksanakan
demi menjaga kesejahteraan kehidupan kita semua di bumi Malaysia yang
tercinta ini.

25.

Akhir sekali, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah di


atas kejayaan penganjuran sambutan Hari Belia Negara 2015 ini kepada
pihak KBS dan Majlis Belia Malaysia. Saya percaya konsep Dari Belia Untuk
Belia dengan tema showcase of talent yang diperkenalkan ini akan dapat
menyerlahkan potensi modal insan belia yang lebih kreatif dan inovatif serta
dapat menyemarkkan semangat perpaduan dikalangan belia Malaysia.

SELAMAT MENYAMBUT HARI BELIA NEGARA 2015


DENGAN LAFAZ BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM SAYA

DENGAN INI

MERASMIKAN SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA 2015.

Sekian, Wabillahitaufik Walhidayah


Wasalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.

Page 8 of 8

You might also like