You are on page 1of 15

MANUAL BATERI UJIAN

ANTROPOMETRIK
UJIAN 1

: KETINGGIAN BERDIRI (STANDING HEIGHT)

Definisi:
Ukuran ketinggian dari lantai hingga ke bahagian paling atas kepala semasa
posisi berdiri tanpa alas kaki (tidak memakai kasut dan stokin).
Rasional:
Tinggi atau rendah individu mempunyai kepentingan terhadap sesuatu jenis
sukan atau permainan.
Objektif:
Mendapatkan ukuran ketinggian murid dalam posisi berdiri.
Peralatan:
Alat Mengukur Ketinggian (stadiometer)

PROSEDUR
a) Murid berdiri membelakangkan stadiometer dengan bahagian belakang badan dan
tumit berada dalam keadaan rapat ke stadiometer tanpa memakai kasut dan stokin.
b) Kedua-dua kaki berada dalam keadaan rapat sementara kedua-dua belah tangan rapat
di sisi.
c) Gerakkan penanda bacaan rapat ke kepala murid.
d) Ketika bacaan di ambil murid perlu tarik nafas dan tahan nafas.Hembus nafas setelah
bacaan diambil.
e) Bacaan akan diambil pada satu titik perpuluhan (0.1 cm)
NOTA:a) Kedudukan mata penguji perlu selari dengan bacaan yang
diambil

ANTROPOMETRIK
UJIAN 2

: PENGUKURAN BERAT BADAN

Definisi:
Ukuran berat badan dalam kilogram (kg) tanpa alas kaki.
Rasional:
Berat atau ringan badan memberi kesan terhadap pencapaian sukan dan
permainan tertentu.
Objektif:
Mendapatkan bacaan jisim badan
Peralatan:
Alat Penimbang Berat Badan
PROSEDUR:a) Penimbang berat hendaklah diletakkan di atas permukaan lantai yang rata.
b) Pastikan bacaan penimbang berat berada pada kedudukan sifar 0 sebelum murid
berdiri diatasnya.
c) Kasut , stokin dan aksesori (contohnya jam) harus ditanggalkan.
d) Murid dikehendaki berdiri tegak di tengah-tengah penimbang berat dan
memandang ke hadapan.
e) Bacaan akan diambil pada dua(2) titik perpuluhan (0.01kg).
NOTA:a) Bacaan diambil apabila paparan di penimbang stabil.
b) Pastikan ketepatan bacaan dengan membandingkan bacaan setiap mesin penimbang
menggunakan murid ujian yang sama sebelum melaksanakan ujian sebenar.

KELENTURAN
UJIAN 3

: JANGKAUAN MELUNJUR

Definisi:
Keupayaan tahap kelenturan badan semasa posisi duduk melunjur di lantai.
(Johnson 1997b)
Rasional:
Kelenturan badan memberi kesan terhadap prestasi dalam kebanyakkan sukan
dan permainan.
Objektif:
Mengukur tahap kelenturan dan kelembutan bahagian sendi pinggul,
bahagian trunk .
Peralatan:
Kotak Jangkauan Melunjur (Sit & Reach Box )

PROSEDUR:a) Letakkan alat jangkauan melunjur rapat ke dinding.


b) Murid duduk melunjur dengan tumit kaki diletakkan rapat pada penanda (foot line
23 cm) tanpa kasut.
c) Kedua-dua tangan menyentuh penanda bacaan dengan kedudukan tangan lurus ke
hadapan .Tangan ditindih antara satu sama lain dengan hujung jari kanan dan kiri
adalah sentiasa sama/ selari semasa menolak penanda bacaan.
d) Tolak penanda bacaan sejauh yang mungkin. Bacaan diambil apabila penanda
bacaan tidak lagi bergerak (tahan selama 2 saat).
e) Ujian dilakukan sebanyak 2 kali secara berturutan dan direkodkan.
f) Bacaan akan diambil pada satu (1) titik perpuluhan (0.5cm).

NOTA:a) Kedua-dua belah jari tangan hendaklah lurus semasa menolak penanda bacaan.
b) Murid tidak dibenarkan:
menolak penanda bacaan lebih daripada sekali setelah ditolak (no bouncing
tolakkan laju (hard push) semasa melakukan ujian.
Menjentik penanda bacaan
4

c) Pastikan bahawa lutut murid tidak terangkat semasa menolak penanda bacaan (tahan
lutut murid jika perlu dengan tekanan yang minimum apabila kaki murid
terangkat).
d) Murid dibenarkan menundukkan kepala semasa menolak penanda bacaan bagi
mendapatkan bacaan yang maksimum.
e) Bacaan perlu direkod dalam gandaan 0.5 cm.

KELAJUAN
UJIAN 4:

20 METER LARI PECUT

Definisi:
Keupayaan lari pecut 20 meter dan mencatatkan masa terpantas dengan
permulaan gaya berdiri statik.
Rasional:
Kepantasan adalah elemen penting dalam kebanyakan sukan dan permainan.
Objektif:
Mendapatkan catatan masa bagi mengukur kepantasan.
Peralatan:
Jam Randik (Stop Watch)
Pita pengukur (50 meter)
Kon 6 unit
Bendera
Kawasan larian 30 meter (padang sekolah, track balapan atau lantai bersimen
(gelanggang futsal/bola jaring))
Pita Pelekat

PROSEDUR:a) Tandakan garisan permulaan dan penamat dengan jelas untuk jarak 20 meter
dengan kelebaran lorong adalah 1 meter. Letakkan dua (2) kon di setiap hujung
garisan permulaan dan garisan penamat. Tambahan jarak 5 meter selepas garisan
penamat. (seperti di gambar rajah).
b) Murid memulakan larian dalam posisi berdiri (standing start) dengan keadaan
sebelah kaki dominan berada di belakang garisan permulaan.
c) Pelepas berdiri 1 meter di hadapan garisan permulaan. Pelepas akan memberi
isyarat sedia dengan mengangkat tangan lurus dengan bendera pada paras bahu.
d) Catatan masa mula diambil oleh penjaga masa sebaik sahaja pelepas menjatuhkan
bendera ke bawah.
e) Masa direkodkan apabila murid melepasi garisan penamat.
f) Murid wajib memakai kasut sukan semasa ujian dijalankan. Pemakaian kasut
spike tidak dibenarkan.
g) Setiap murid diberi dua (2) kali percubaan secara berselang(tidak berturutan).
h) Bacaan akan diambil pada dua (2) titik perpuluhan (0.01 saat).
6

Gambar rajah ujian 20 meter lari pecut

NOTA:a) Permukaan untuk melakukan ujian larian perlu rata dan selamat bagi mengelakkan

risiko kecederaan.

KUASA
UJIAN 5:

LOMPAT JAUH BERDIRI

Definisi:
Keupayaan kekuatan kedua-dua belah kaki semasa melompat.
Rasional:
Kuasa eksplosif otot kaki dikesan terhadap pencapaian beberapa jenis sukan dan
permainan.
Objektif:
Mengetahui tahap kekuatan kuasa eksplosif otot kaki posisi lompat berdiri.

Peralatan:
Standing Broad jump Mat
Pembaris Sesiku L / Pembaris panjang

Prosedur:
a. Murid berdiri dengan kedua belah kaki rapat ke garisan dan buka kaki seluas bahu.
(tidak memijak / berdiri terlalu jauh dari garisan).
b. Murid berdiri di hujung bebola kaki.
c. Murid perlu berada dalam posisi half squat sebelum melonjak.
d. Murid membuat lompatan ke hadapan sejauh mungkin dengan bantuan hayunan
tangan.
e. Bacaan jarak lompatan dikira pada mana-mana bahagian belakang kasut semasa
mendarat dan skor diambil berdasarkan jarak lompatan yang terbaik.
f. Lompatan hendaklah dilakukan sebanyak dua (2) kali secara berturutan Sekiranya
bacaan tidak dapat diambil, murid dikehendaki untuk mengulangi ujian sehingga
dua (2) bacaan yang tepat dapat diambil
g. Dua (2) kali bacaan akan dicatat dan jarak lompatan yang terbaik akan diambil kira.

NOTA:a)
b)
c)

Murid diwajibkan memakai kasut semasa melakukan ujian ini.


Menggalakkan murid untuk membuat percubaan sebelum melakukan ujian.
Lompatan dibatalkan sekiranya
Murid melompat menggunakan satu belah kaki sahaja.
Tidak mendarat dengan kedua belah kaki.
Kaki bergerak selepas mendarat (menyeret kaki).

KOORDINASI
UJIAN 6: BALING DAN TANGKAP

Definisi :
Kebolehan menangkap bola yang melibatkan koordinasi mata dan tangan.
Rasional :
Koordinasi mata dan tangan berkait rapat dengan pencapaian dalam sesuatu sukan.
Objektif :
Menilai ketepatan dalam balingan dan tangkapan bola.
Peralatan :

Bola Tenis
Pita Pengukur
Pita Pelekat

PROSEDUR:a) Sediakan garisan balingan (1.0 meter) daripada dinding.


b) Gunakan pita pelekat dan bentukkan satu petak empat segi sama (30 cm X 30 cm).
Jarak diantara petak sasaran dan lantai adalah 1.0 meter.
c) Murid hendaklah berdiri di belakang garisan balingan yang ditandakan semasa ujian
dijalankan.
d) Murid dikehendaki membaling bola tenis tersebut ke arah dinding dalam petak sasaran
menggunakan satu (1) tangan (dominan) dan menangkapnya dengan kedua-dua belah
tangan.
e) Bola hendaklah dibaling menggunakan teknik balingan underarm throw.
f) Murid diberikan 10 kali percubaan. Jumlah balingan yang berjaya ditangkap akan
direkodkan.

10

Gambar rajah ujian baling dan tangkap mengikut ukuran

11

NOTA:a) Balingan tidak berjaya sekiranya:


Melepasi garisan balingan semasa membaling dan menangkap bola.
Balingan diluar petak sasaran.
Bola jatuh ke bawah sebelum ditangkap.
b) Penguji perlu memastikan petak sasaran dapat dilihat dengan jelas oleh murid
c) Menggalakkan murid untuk membuat percubaan sebelum melakukan ujian.
d) Satu markah diberikan bagi setiap percubaan yang berjaya mengenai sasaran.
Pengiraan skor (1 markah) adalah seperti berikut:
Bola mesti dibaling mengenai sasaran
e) Murid tidak dibenarkan melepasi garisan permulaan semasa melakukan balingan .
f) Penggunaan warna pita pelekat perlu kontra kepada warna dinding

12

LAMPIRAN
Contoh Borang Kebenaran1

13

Contoh Borang Kebenaran 2


BORANG PENYERTAAN PROGRAM MYTID
INSTITUT SUKAN NEGARA
PUSAT PENGENALPASTIAN DAN PEMBANGUNAN BAKAT

PP

NEGERI

SEKOLAH
BAHAGIAN A: MAKLUMAT PERIBADI
Umur
Tarikh Lahir :

Nama:
No. Kad Pengenalan :
Alamat:

No Telefon (R):
Jantina

No Telefon (HP):
Bangsa
Lelaki

Melayu
Cina

Perempuan

Lain-

India
Pribumi

BAHAGIAN B: MAKLUMAT WARIS


Nama:
No. Kad Pengenalan :
Alamat

Tarikh Lahir :

No Telefon (R):

No Telefon (HP):

Hubungan:
Bapa

Ibu

Lain-

Penjaga
BAHAGIAN C : MASALAH KESIHATAN

Penyakit
Kritikal

Asthma

Masala
Jantung

Lain-

BAHAGIAN D : ACARA SUKAN YANG DIMINATI


Sukan 1 :
Sukan 2 :
BAHAGIAN E : KEBENARAN MURID/ IBU BAPA / PENJAGA
Dengan ini saya selaku **murid/ibubapa/penjaga berjanji tidak akan membuat apa-apa tuntutan atau
mengambil apa-apa tindakan undang-undang / makamah terhadap pihak penganjur ataupun sesiapa yang ada
kaitan dengan program / aktiviti ini sekiranya berlaku kemalangan, kecacatan, kematian dan sebarang
kecederaan terhadap **diri saya / anak jagaan saya semasa dan sepanjang program ini berjalan.
** sila potong mana yang tidak berkenaan

Disaksikan oleh :

Tandatangan:
Nama:
Tarikh:

Tandatangan:
Nama:
No.
Tarikh:

14

Borang Keputusan Ujian

15

You might also like