You are on page 1of 12

1

M202K4: PLAN AND PREPARE TELEVISION SYSTEM


Televisyen adalah satu alat penerima isyarat video dan isyarat audio.

Info khas
Sistem Televisyen di Malaysia
PERKARA
Lebar jalur setiap saluran
Sistem warna
Garis imbasan
Sistem penghantaran
Pemodulatan isyarat pembawa gambar
Pemodulatan isyarat pembawa suara
Isyarat pembawa IF gambar
Isyarat pembawa IF bunyi
Frekuensi IF bunyi
Frekuensi kroma untuk isyarat warna
Frekuensi ufuk (garis)
Frekuensi tegak (medan)

MAKLUMAT
7MHz
PAL B/G
625 garisan
VHF (30 MHz 300 MHz)
UHF (300 MHz 3000 MHz)
Pemodulatan amplitud (AM)
Pemodulatan frekuensi (FM)
38.9MHz
33.4MHz
5.5MHz (38.9MHz 33.4MHz)
4.43 MHz
15,625Hz
50Hz

Rajah blok peringkat-peringkat penerima TV warna.

Rajah 1: Gambarajah blok penerima TV warna

Fungsi setiap blok penerima TV warna.


Jadual 1 menerangkan fungsi setiap blok penerima TV warna.

NO
NAMA BLOK
1 Antena

Penala
A. Penguat RF.
B. Pencampur.
C. Pengayun
tempatan

Penguat IF video (VIF)

FUNGSI
Menerima gelombang
elektromagnetik yang
dipancarkan oleh system
pemancar.

BENTUK GELOMBANG KELUARAN


Gelombang elektromagnetik

A. Memilih satu isyarat dari


antena yang dikehendaki dan
menguatkannya.
B. Menghasilkan frekuensi IF
a) gambar 38.9MHz
b) suara - 33.4MHz
C. menjana frekuensi hasil
jumlah RF + IF suara dan
gambar.
Menguatkan isyarat IF
termodulat pembawa gambar
(38.9MHz) dan bunyi (33.4MHz)

Pembawa
IF gambar

Pembawa
IF suara

Pembawa
IF gambar

Pembawa
IF suara

Pengesan video

i.

Mengesan isyarat
AM gambar dari pembawa IF
dan menghasilkan isyarat
video rencam.
ii.
Menghasilkan subpembawa IF yang baru 5.5MHz (perbezaan IF
gambar 38.9MHz dan IF suara
43.4MHz)

Kawalan gandaan
automatik (KGA)

Mengawal gandaan penguat IF


dan RF supaya kekuatan isyarat
suara dan gambar stabil.

Penguat IF bunyi

Menerima isyarat sub-pembawa


5.5MHz dan menguatkannya.

Isyarat
video
rencam

Subpembawa
IF suara

Pembawa IF suara

Pengesan FM suara

Penguat frekuensi audio

Menyahmodulat pembawa FM
dan menghasilkan isyarat audio

Isyarat audio

Menguatkan isyarat audio untuk


memacu pembesar suara.

Pembesar suara

Menukar isyarat audio kepada


tenaga bunyi.

10

Pemisah segerak

Memisahkan denyut-denyut
segerak ufuk dan tegak dari
isyarat video rencam. Dua jenis
litar penapis pada keluaran
pemisah segerak :
a) Litar pengamir penapis
lulus rendah, meluluskan
frekuensi tegak 50Hz.
b) Litar pembeza penapis
lulus tinggi untuk peringkat
pengayun ufuk 15,625Hz.

11

Pengayun tegak

Menjana frekuensi 50Hz yang


berbentuk gelombang gerigi.

12

Penguat tegak

Menguatkan isyarat pengayun


tegak untuk gegelung pesongan
tegak.

13

Kawalan frekuensi
automatic (AFC)

Mengawal frekuensi ufuk


15,625Hz

14

Pengayun ufuk

Menjana gelombang gerigi


15,625Hz

15

Penguat ufuk

Menguatkan isyarat dari


pengayun ufuk

16

Voltan amat tinggi

Membekalkan voltan amat


tinggi untuk penghasilan raster.

17

Gegelung kuk ufuk dan


tegak.

Memesongkan alur electron kiri


ke kanan dengan kadar
15,625Hz dan atas ke bawah
dengan kadar 50Hz pada tiub
gambar.

18

Anod tiub gambar

Menerima voltan amat tinggi


dari bekalan voltan amat tinggi.

Isyarat audio

Denyut
segerak

Gelombang
gerigi
Gelombang
gerigi

Voltan DC dalam kV

Voltan DC

19

Tiub gambar warna

Menghasilkan gambar warna

20

Bekalan kuasa rendah

Membekalkan voltan DC
kepada semua peringkat.

21

Penguat lar (Y)

Menguatkan isyarat lar tanpa


isyarat kroma (warna)
4.43MHz.

22

Penyahkod warna

Isyarat video
rencam (lar)

Menerima isyarat lar (Y) dan


kroma serta mengasingkan
isyarat itu kepada isyarat merah
(R), hijau (G) dan biru (B).
Isyarat ini dikuatkan secara
berasingan.
Penyahkod warna mengandungi
peringkat :
i. penguat keroma
ii. matriks

23

Penguat pemacu merah

Menguatkan isyarat merah

24

Penguat pemacu hijau

Menguatkan isyarat hijau

25

Penguat pemacu biru

Menguatkan isyarat biru.

26

Gelang penumpuan

Menumpukan alur-alur elektron


pada bintik-bintik fosfor yang
berkenaan sahaja di layer tiub
gambar.

27

Gelang ketulenan

Melaras ketiga-tiga alur


electron supaya jarak antara
ketiga-tiganya sejajar.

Merah (R)
Hijau (G)
Biru (B)

Info khas

Info khas

Kroma ialah maklumat gambar warna


Isyarat lar (Y) ialah maklumat gambar
monokrom (hitam-putih)

Penguat kroma : menguatkan isyarat warna.


Matriks : menghasilkan warna merah, hijau
dan biru untuk memacu senapang electron
pada tiub gambar

Info khas
Raster adalah cahaya yang terhasil pada
layer tiub gambar, dengan adanya alur
electron yang depesongkan dari kiri ke
kanan dan dari atas ke bawah pada skrin
tiub gambar.
5

Mengenal pasti litar dan komponen utama setiap peringkat. Gambar foto 1 menunjukkan sebahagian bahagianbahagian sebuah penerima TV warna:
i. Bahagian penala.
ii. Bahagian IF video.
iii. Penguat video
iv. Bahagian bekalan kuasa voltan rendah

Pembesar
suara

Lain-lain
bahagian :
IF
Video
Warna

Bahagian penala

Bahagian
pesongan ufuk
dan tegak

Bahagian bekalan
kuasa voltan rendah

Gambar foto 1 : Papan tercetak utama sebuah penerima TV warna.


v. Bahagian Audio
Didalam penerima TV bahagian audio ini terletak pada peringkat dimana ianya disambung ke
pembesar suara.
vi. Bahagian warna
Gambar foto 2 menunjukkan papan tercetak peringkat penguat pemacu RGB.

Papan litar
tercetak
pemacu RGB

Gambar foto 2 : Penguat pemacu merah (R), hijau (G) dan biru (B)

vii. Bahagian pesongan


Gambar foto 3 menunjukkan gambar foto bahagian pesongan ufuk dan voltan tinggi

Gambar foto 8.4 menunjukkan


pesongan ufuk dan tegak yang berfungsi untuk
Anod tiub gegelung
gambar
memesongkan alor electron ke kiri dan ke kanan seta dari atas ke bawah untuk menghasilkan raster
yang penuh pada layer tiub gambar

Pengubah voltan
tinggi
Pelaras skrin
Pelaras fokus

Gambar foto 3 : Bahagian ufuk dan voltan tinggi

Gegelung
dening

Gambar foto 4 : Gelung pesongan (gegelung dening)


Info khas
Tiga warna utama :
Merah
Hijau
Biru
Hasil percampuran warna utama :
biru + hijau = sian
biru + merah = magenta
hijau + merah = kuning
merah + hijau + biru = putih

PENYELARASAN ALATERIMA TELEVISYEN


Penyelarasan alaterima televisyen mengandungi dua bahagian iaitu:1. Penyelarasan Luaran (external adjustment)
2. Penyelarasan Dalaman (internal adjustment)
Pelarasan Dalaman (internal adjustment)

Bahagian Penyelarasan Dalaman sangat penting kerana ia menggunakan kemahiran dan penggunaan
peralatan tertentu yang dikenali sebagai penjajaran.
a. Vertical height
Ia menyelaraskan kedudukan gambar dan skrin.
b. Vertical hold
Menstabilkan kedudukan gambar.
c.

Horizontal hold
Mendapatkan gambar yang tepat pada frekuensi 15625 Hz.

d. Focus flyback transformer


Mendapatkan ketepatan dan ketajaman gambar diskrin.
e.

Skrin / screen
Mendapatkan perbezaan kecerahan di skrin.

f. Sub brightness
Menyelaraskan kecerahan pada CRT.
g. Sound IF
Mendapatkan suara yang maksima dan kurang gangguan pada semua stesen.
h. AGC control
Mendapatkan gambar yang normal serta tiada gangguan.
i.

B+
Mendapatkan bacaan voltan rendah.

j. Vertical atau horizontal yoke


Mendapatkan gambar yang tepat antara kiri dan kanan, atas dan bawah. Kedudukannya pada tengkuk
CRT.

Pelarasan Luaran (external adjustment)


a. Brightness
mengawal kecerahan gambar dan menyelaraskan voltan pincang DC pada CRT. Terdapat dibahagian
video amplifier.
b.

Warna
membezakan kecerahan warna.

c.

Volume
menyelaraskan gandaan bagi maklumat audio.

d.

Bezanampak / contrast
menyelaraskan gandaan bagi isyarat gambar.

e. Talaan / tuning
untuk mendapatkan sesuatu stesen.
f. Jalur / band
Memilih jalur yang sesuai untuk LF, VHF dan Uhf.
g.

Nada bunyi / tone


Mendapatkan sambutan ulangan bagi audio amplifier.

h. Vertical hold
Mendapatkan gambar yang tetap ulangan 50Hz, supaya gambar tidak berputar atas dan bawah.
kepada pelatih supaya berhati-hati dengan benda yang tidak tahu.

Langkah-langkah mengesan kerosakan


1.
2.
3.

Dapatkan corak ujian pada skrin TV dengan kaedah memasukan isyarat corak ujian bar warna dari penjana isyarat
corak ujian ke masukan antena TV warna.
Kenalpasti simptom kerosakan seperti dalam jadual 2.
Gunakan alat uji yang sesuai untuk mengesan kerosakan:
i. Menyurih isyarat menggunakan osiloskop atau menyuntik isyarat menggunakan penjana isyarat untuk
menentukan peringkat rosak.
ii. Mengukur voltan pada setiap kaki transistor, IC dan talian bekalan kuasa pada peringkat yang telah dikesan
rosak.
iii. Mengukur kerintangan pada komponen yang rosak untuk menentukan jenis kerosakannya.

Jadual 2
BIL

KESAN

1
2
3
4
5
6
7

Pembesar suara
Tiada suara
Suara normal
Suara normal
Suara normal
Suara normal
Suara normal
Suara normal

Suara normal

Suara normal

10
11

Suara normal
Tiada suara

12
12

Suara normal
Bunyi desiran

Tiub gambar
Gambar normal
Gambar tiada warna
Gambar tiada warna hijau
Gambar tiada warna biru
Gambar tiada warna meah
Gambar gelap, ada raster
Gambar bergulung (gambar
bergerak ke atas / ke bawah) rujuk
Rajah.2(a)
Raster satu garisan mengufuk
Rajah 8.2(c)
Gambar berkoyak
Rajah 8.2(b)
Gambar berkoyak dan bergulung
Tiada raster
Tiada raster
Gambar bersalji
Rajah 8.2 (d)

a) Gambar bergulung ke atas atau ke bawah

Peringkat yang dijangka rosak


Penguat frekuensi audio
Penyahkod warna , matriks
Penguat warna hijau
Penguat warna biru
Penguat warna merah
Penguat lar
Pengayun tegak
Penguat tegak, gelung pesongan tegak
Pengayun ufuk, KFA (frekuensi ufuk tak
stabil)
Pemisah segerak
Bekalan kuasa voltan rendah, penguat
ufuk, pengayun ufuk.
Bekalan kuasa ke pemanas tiub gambar
Penguat IF video, pengesan video

b) Gambar berkoyak

10

c) Raster satu garisan ufuk

d) Gambar bersalji
Rajah 2

Langkah-langkah keselamatan
i.

Prosedur keselamatan

ii.

Keselamatan diri
Anda merupakan individu yang melakukan tugas atau kerja. Kecuaian semasa melakukan kerja boleh
mengakibatkan kemalangan diri anda. Oleh yang demikian dengan mematuhi peraturan keselamatan
dengan betul amatlah penting demi untuk mengelakkan diri daripada terlibat dengan sebarang
kemalangan. Antara peraturan yang perlu diikuti dan diamalkan adalah :
Cara berpakaian
- Memakai pakaian bengkel
- Memakai kasut bertebat dan bertumit rendah
- Tidak memakai barang kemas
- Tidak memakai tali leher
Sikap
- Sentiasa mematuhi arahan
- Merancang aktiviti sebelum memulakan kerja
- Melaporkan sebarang kerosakan
- Menggunakan alat yang betul
- Menggunakan alat mengikut prosedur yang ditetapkan
Fizikal
- Sihat
- Tidak rabun warna
- Jelas penglihatan

iii.

Keselamatan alat
a Sebelum melakukan aktiviti, pastikan :
i.
ii.
iii.
b

Keadaan tempat kerja baik dan sempurna.


Peralatan ujian dalam keadaan baik.
Peralatan tangan dalam keadaan baik.

Semasa melakukan aktiviti, pastikan :


i.
ii.
iii.
iv.
v.

Menggunakan peralatan tangan yang sesuai dan betul.


Punca sambungan voltan bekalan AC dilindungi untuk mengelakkan dari tersentuh.
Menggunakan julat alat mengukur dengan betul.
Kekutuban meter volt dc disambung dengan betul apabila membuat pengukuran voltan
dc.
Voltan bekalan radio dimatikan apabila membuat pengukuran rintangan.

11

Selepas melakukan aktiviti, pastikan :


i.
ii.
iii.
iv.

d.
e.
v.

Alat ujian berfungsi dengan sempurna.


Matikan bekalan kuasa.
Peralatan disusun dengan kemas.
Keadaan tempat kerja kemas.

TV adalah salah satu alatan elektronik yang tidak mempunyai sambungan bumi dan casis TV
juga adalah hidup (live), pengubah pemencil perlulah digunakan untuk mengelakkan dari litar
pintas ketika menggunakan alat uji.
Gunakan kuar voltan tinggi (kV) apabila mengukur voltan anod tiub gambar. Pastikan anda
meminta kebenaran guru terlebih dahulu sebelum membuat pengukuran voltan tinggi.

Melakukan kerja secara teliti dan sabar adalah satu amalan yang perlu ada semasa kerja mengesan
kerosakan sebab bukan mudah untuk mengesan sesuatu kerosakan itu.

12

You might also like