You are on page 1of 13

THE MYTH OF LAZY NATIVE

A study of the image of the Malays, Filipinos


and Javanese from the 16th to the 20th century
and its function in the ideology of colonial
capitalism
Chapter 1 : The Image of the Malays until the
Time of Raffles
MOHAMAD ALIFF HAZIQ BIN NASRUDIN
JEC 140004
DR KIM KEUM HYUN
NORMA MELAYU

Pengenalan

Buku the Myth of the lazy native atau terjemahannya Mitos


Pribumi Malas adalah sebuah buku kajian sosiologi karangan Syed
Hussein al-Attas. Ia diterbitkan pada tahun 1977.

Buku ini memaparkan fenomena colonial capitalism.

Kapitalisme kolonial tidak seperti fenomena kapitalisme di Barat.

Kapitalisme kolonial menindas rakyat tempatan, menggalakkan


monopoli, membantutkan ekonomi dengan cuba mengekalkan
bentuk perusahaan agrikultur di negara2 jajahan.

Ini berlainan di Barat. Walaupun industri revolusi di barat juga


menyaksikan tahap kehidupan yang menyedihkan, tetapi proses
kemajuan berlaku dimana sains dan teknologi di manfaatkan dan
dikembangkan. Tidak pula di negara-negara kolonial.

Bab 1 : The Image of the Malays


until Raffles

Bab ini memperihalkan tentang imej atau gambaran masyarakat


Melayu dari abad ke-15 sehingga ke abad ke-18.

Terdapat banyak sarjana dan tokoh-tokoh Barat yang telah


melakukan catatan-catatan dan tidak kurang juga ada yang
membuat kajian tentang orang Melayu.

Pada bab ini ia ditunjukkan perkembangan orang Melayu secara


umum atau secara kasar tanpa memperincikan sebab-sebab dan
sebagainya.

Pemerhatian Sarjana Barat


terhadap Masyarakat Melayu

Tom Pires (1512-1515)

Duarte Barbossa (1518)

Emanuel Godinho de Eredia (1613)

John Francis Gemelli Careri (1695)

Francois Valentyn (1726)

Sir Thomas Stamford Raffles (1810)

Tom Pires (1512-1515)

Mencatatkan tentang adat, undang-undang, dan perdagangan


Melaka di bawah pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka

Melaka merupakan negara yang hebat, isteri orang kenamaan


tidak dijumpai atau kelihatan di khalayak.

Apabila isteri-isteri orang kenamaan ini keluar, mereka akan


diangkat menaiki tandu. Mereka akan keluar beramai-ramai

Duarte Barbossa (1518)

Tiba di Melaka setelah Melaka ditawan Portugis

Pandangan beliau terhadap masyarakat Melayu dan Jawa di Melaka


adalah kedua-dua Melayu dan Jawa ini sangat berbeza.

Orang kenamaan Melayu di Melaka merupakan seorang muslim yang


baik, tinggal di rumah yang besar di luar kota atau bandar dengan
mempunyai kebun, taman dan tangki air. Orangnya kemas rapi dan
beradab, sukakan muzik.

Bagi masyarakat Jawa di Melaka pula, mereka sangat cekap dalam


membuat kerja malah sangat licik dalam melakukan tipu helah. Mereka
merupakan satu bangsa yang berani dan mempunyai hati yang kental.
Akan berlawan tanpa ada sifat takut.

Duarte Barbossa (1518)

Orang Melayu Jawa di Melaka juga mahir dalam bidang


persenjataan.

Mereka pandai membuat pedang dan juga senjata menembak.

Pandai membuat kapal kecil dan saiz sederhana juga

Ada di antara mereka yang menjadi lanun yang hebat

Emanuel Godinho de Eredia


(1613)

Seorang pegawai rasmi Portugis yang terkenal dan dihormati

Penulisannya tentang Melayu adalah setelah 100 tahun


penjajahan Portugis terhadap Melaka.

Orang Melayu telah melalui pelbagai perubahan

Eredia menyatakan orang Melayu pada ketika itu ; peramah,


tidak jujur atau tidak berprinsip, dan sangat suka melampaui
batas.

Selain, mereka sangat pintar,bijak tetapi tidak mengambil berat


terhadap pelajaran dan sastera

Banyak menghabiskan masa dengan menghiburkan diri sendiri

Jadi, terdapat sedikit ahli matematik, astrologis dan sebagainya

Emanuel Godinho de Eredia


(1613)

Eredia menyatakan bahawa golongan bangsawan pada waktu itu


lebih suka menghabiskan masa dengan laga ayam dan muzik

Orang kebiasaan pula mempunyai karekter yang lebih baik

Mereka banyak membuat kerja pertukangan atau seni yang lebih


mekanikal sifatnya. Antaranya, mengukir, membuat tembikar,
menempa besi untuk buat senjata dan sebagainya.

John Francis Gemelli Careri (1695)

Seorang pengembara Itali

Tiba di Melaka pada 27 Jun 1695, 35 tahun setelah pendudukan


Belanda.

Mengatakan bahawa Melaka merupakan bandar yang mahal

Menulis tentang Melayu (Minangkabau), merupakan pencuri yang


sangat licik dan handal.

Musuh ketat kepada penjajah Belanda. Mereka enggan


berkerjasama dan berdagang dengan Belanda

Disebabkan itu, pusat pemerintahan Belanda hanya mencapai


tidak melebihi 3 batu sekitar bandar.

Francois Valentyn (1726)

Seorang sarjana yang terawal yang minat untuk mengkaji orang


Melayu terutama dari segi adat dan bahasa.

Menyenaraikan beberapa karakter orang Melayu pada ketika


itu :-

Lively nature, witty (lucu/nakal) dengan maruah yang tersendiri

Satu bangsa yang sangat bijak dan licik dan paling sopan di
antara bangsa yang ada di seluruh timur pada ketika itu.

Sir Thomas Stamford Raffles


(1810)

Mengkaji masyarakat Melayu menggunakan cara yang moden


dan saintifik mengikut standard sosiologi

Menurut Raffles, orang Melayu tidak mencapai peringkat


perkembangan intelektual tertinggi

Raffles mengatakan bahawa kemerosotan karakter bangsa


Melayu kerana ketiadaan satu sistem undang-undang yang baik.

Disebabkan hal ini, telah membuka ruang dan peluang kepada


pemerintah tirani Melayu untuk menjaga kedudukan dan harta
mereka.

Penutup

Bab ini memperincikan tentang perubahan masyarakat Melayu


dari zaman kesultanan Melayu Melaka sehinggalah pada abad ke18

Banyak perubahan yang dapat dilihat apabila orang Melayu mula


dijajah.

You might also like