You are on page 1of 4

GARIS PANDUAN PENGENDALIAN KES SALAH LAKU MURID

1.
Pihak sekolah perlu mengambil perhatian perkara-perkara berikut supaya kes salah
laku murid di sekolah dapat dikendalikan tanpa menimbulkan keraguan daripada manamana pihak.

1.1. Setiap tindakan dan hukuman yang dikenakan ke atas murid hendaklah mengikut
peraturan serta garis panduan yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
Tindakan dan hukuman tersebut hendaklah direkodkan dan sentiasa dikemas kini.
1.2. Mengumumkan pelantikan guru disiplin kepada warga sekolah khususnya murid.
1.3. Hukuman yang dikenakan ke atas murid perlu bersifat mendidik. Hukuman tersebut
mestilah tepat, adil, setimpal, tidak mendera dan tidak menjatuh maruah murid. Proses
kaunseling hendaklah dilaksanakan ke atas murid sama ada sebelum atau selepas menerima
sebarang hukuman.
1.4. Buku Peraturan Sekolah hendaklah menyatakan dengan jelas unsure dan jenis hukuman
supaya murid dan ibu bapa memahami operaturan-peraturan yang diguna pakai di sekolah.
1.5. Unsur provokasi yang memberi kesan negatif sama ada dalam bentuk pergerakan
anggota tubuh badan ataupun kata-kata hendaklah dielakkan dalam membuat arahan
kepada murid.
1.6. Bagi kes salah laku ringan dan sederhana yang berlaku di sekolah hendaklah
diselesaikan di peringkat sekolah. Walau bagaimanapun sekiranya kes tersebut melibatkan
pihak luar maka hendaklah diselesaikan secara permuafakatan. ( Ibu bapa/ Penjaga/ PIBG /
JKKK / Persatuan Penduduk / Pegawai Perhubungan Polis dan lain-lain yang berkaitan)
1.7. Kes salah laku berat seperti melibatkan senjata, gangstarisme, kongsi gelap, dadah atau
berupa ancaman keselamatan kepada guru, murid-murid dan warga sekolah yang lain
hendaklah dilaporkan kepada polis.

1.

Pertimbangan asas dalam menentukan sebarang hukuman ke atas murid:

2.1. Beratnya kesalahan : Lebih serius salah laku itu, maka beratlah hukuman yang akan
dikenakan. Beratnya hukuman yang dikenakan hendaklah setimpal dengan kesalahan yang
dilakukan.
2.2. Perwatakan dan latar belakang murid : Perwatakan, sejarah dan latar belakang murid
yang melakukan salah laku disiplin perlu diteliti sebelum diputuskan sebarang hukuman.

2.3. Kekerapan kesalahan : Lebih kerap salah laku murid atau lebih bersungguh-sungguh
murid itu melakukannya maka lebih beratlah hukuman ke atas murid berkenaan.

1.
Pengetua dan Guru Besar hendaklah mematuhi serta mengikut prosedur berikut
sebelum hukuman dilaksanakan.

3.1. Membuat siasatan yang menyeluruh dan teliti ke atas murid serta pihak lain yang
terlibat setelah menerima aduan salah laku murid. Siasatan ini perlu dibuat untuk
memastikan kebenaran aduan murid. Jika aduan itu benar, perkara- perkara berikut
hendaklah disediakan :
3.1.1. Laporan siasatan
3.1.2. Pengakuan bertulis daripada murid berkenaan dan saksi
3.1.3. Bukti yang cukup; dan lengkap
3.2. Memaklumkan kes salah laku murid kepada ibu bapa / penjaga.
3.3. Mesyuarat Jawatankuasa Disiplin / Lembaga Disiplin Sekolah hendaklah dilaksanakan
untuk meneliti setiap kes salah laku murid. Pengetua / Guru Besar hendakalah menilai
laporan Jawatankuasa Disiplin / Lembaga Disiplin Sekolah dan membuat kesimpulan untuk
menentukan sama ada kes tersebut bersabit ( wujud prima facie) atau tidak.
3.4. Jika wujud prima facie,pertuduhan hendaklah dibacakan dan surat pertuduhan
hendaklah diberikan kepada murid yang terlibat. Murid diberi peluang untuk menjawab
kebenaran pertuduhan terhadapnya.
3.5. Jika murid menafikan tuduhan tersebut maka hendaklah diberi peluang kepadanya
untuk membela diri dan memberi bukti bahawa tuduhan yang dihadapkan kepada beliau
tidak betul.

3.6. Pengetua / Guru Besar membuat keputusan.


3.6.1. Jika murid dapat membuktikan bahawa tuduhan yang dihadapkan itu tidak betul atau
dia tidak bersalah, Pengetua / Guru Besar hendaklah membuat keputusan bahawa murid
berkenaan tidak bersalah dan tiada hukuman ke atas murid berkenaan.
3.6.2. Jika murid itu mengaku bahawa dia bersalah atau terbukti dia bersalah, Pengetua /
Guru Besar hendaklah mengenakan hukuman ke atas murid berkenaan.

1.
Hukuman yang boleh dikenakan ke atas murid yang melakukan slaah laku adalah
seperti berikut :
4.1. Hukuman biasa : rotan, denda, amaran dan penahanan.

4.2. Gantung persekolahan


4.3. Gantung asrama
4.4. Buang asrama
4.5. Buang sekolah

1.
Sekolah perlu memastikan perkara-perkara berikut dilaksanakan bagi melicinkan
pengurusan kes salah laku murid.
5.1. Ibu bapa / penjaga murid hendaklah dimaklumkan secepat mungkin setiap kes salah
laku anak mereka.
5.2. Pihak sekolah hendaklah memanggil ibu bapa / penjaga murid yang dikenakan tindakan
gantung sekolah, gantung asrama, buang asrama atau buang sekolah untuk menyerahkan
anaknya. Sekolah bertanggungjawab menghantar murid ke rumah jika ibu bapa / penjaga
tidak hadir ke sekolah khususnya bagi murid yang tinggal di asrama.
5.3. Pihak sekolah mestilah tegas dan adil dalam mengendalikan kes salah laku murid.
Setiap murid yang melakukan kesalahan mestilah dihukum. Setiap hukuman yang
dikenakan ke atas murid hendaklah mengikut tatacara yang betul.
5.4. Pengetua / Guru Besar sahaja yang boleh menggantung atau buang sekolah dan suratsurat bagi hukuman tersebut mestilah ditandatangani oleh Pengetua / Guru Besar.
5.5. Semua surat yang dikeluarkan oleh sekolah berkaitan kes salah laku murid ini mestilah
jelas dan tepat maksudnya supaya tidak dipertikaikan oleh mana-mana pihak.
5.6. Pihak sekolah perlulah mengadakan permuafakatan dengan PIBG, Polis Diraja Malaysia
(PDRM), pemimpin setempat dan pihak-pihak lain yang berkaitan supaya kes salah laku
murid sekolah dapat ditangani secara holistik.
5.7. Jawatankuasa Disiplin Murid dan Jawatankuasa Tadbir / Disiplin Asrama hendaklah
berfungsi sepenuhnya dalam pengendalian kes salah laku murid di sekolah. Jawatankuasa
PIBG sekolah hendaklah menjadikan isu disiplin murid sebagai satu agenda dalam
mesyuarat dan perbincangan.

1.
Pihak sekolah perlu menyediakan dokumen dan perkara-perkara berikut agar
kesahihan hukuman ke atas murid yang melakukan salah laku tidak dipertikaikan oleh
mana-mana pihak.

6.1. Rekod Salah Laku Murid / Sistem Salah laku Disiplin Murid (SSDM)
6.2. Perancangan Strategik Peningkatan Disiplin Murid
6.3. Buku Peraturan Sekolah

6.4. Rekod Kehadiran Murid


6.5. Buku Catatan Kehadiran Murid Dalam Kelas / Diari Kelas
6.6. Laporan Guru Bertugas
6.7. Buku Catatan / Laporan Perhimpunan Sekolah.
6.8. Buku Catatan Pengumuman Sekolah
6.9. Rekod Perkhidmatan Kaunseling Murid
6.9.1. Catatan / Maklumat berkaitan panduan dan tatacara keselamatan murid semasa di
sekolah atau mengikut aktiviti murid di luar sekolah.

1.
Dalam melaksanakan tugas dan tanggungjwab di atas, Pengetua / Guru Besar dan
semua guru hendaklah sentiasa merujuk kepada buku dan dokumen berikut :
7.1. Akta Pendidikan
7.2. Ordinan Pelajaran 1957, Peraturan-peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah) 1959.
7.3. Panduan Tatacara Disiplin Untuk Guru Besar dan Guru, Kementerian Pelajaran
Malaysia, DBP, Kuala Lumpur, 1988.
7.4. Panduan Mengatasi Masalah Ponteng Di Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia,
1994.
7.5. Surat-surat Pekeliling Ikhtisas Berkaitan Disiplin dari tahun 1968 hingga sekarang
( yang masih berkuatkuasa )

1.
Pihak sekolah bertanggungjawab melaporkan kes salah laku murid ( khususnya kes
berat ) kepada Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran Negeri Kedah.
8.1. Laporan lisan sebagai maklumat awal
8.2. Laporan rasmi pada hari pertama. Ketiga dan ketujuh menggunakan Borang PKP 04-3
( 1-3-7 )

You might also like