You are on page 1of 16

HBMT3403_V2 TEACHING OF LOWER SECONDARY MATHEMATICS PART II

FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGES

HBMT3403_V2
TEACHING OF LOWER SECONDARY MATHEMATICS PART II

PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM MENINGKATKAN PEMAHAMAN PELAJAR


DALAM PENGAJARAN TAJUK PEMBINAAN TEKNOLOGI DAN PENJELMAAN
SERTA CABARAN DAN ISU DALAM MENGGABUNGKAN TEKNOLOGI DALAM
PENGAJARAN

NAME :
WARDATUL FADILAH BT KAMARUZAMAN
MATRIC NUMBER : 841118065034001
NRIC: 841118 06 - 5034
TELEPHONE NUMBER : 017 - 9255884
EMAIL ADDRESS : wardiela_kss@yahoo.com

TUTORS NAME :
EN. ABDUL GHAFFAR BIN JAAFAR
LEARNING CENTRE :
MENTAKAB LEARNING CENTRE
SEPTEMBER 2015
1

HBMT3403_V2 TEACHING OF LOWER SECONDARY MATHEMATICS PART II

ISI KANDUNGAN

BIL

PERKARA

MUKASURAT

1.0

PENGENALAN

35

2.0

KAJIAN LITERATUR

6 10

3.0

4.0

5.0

6.0

CABARAN DAN ISU ISU PENGGUNAAN TEKNOLOGI UNTUK


MENGAJAR TAJUK PEMBINAAN GEOMETRI BAGI PELAJAR

11

MENENGAH RENDAH
CADANGAN BAGI MENGGABUNGKAN TEKNOLOGI SECARA
BERKESAN BAGI MENINGKATKAN PEMAHAMAN PELAJAR BAGI

12

TAJUK PEMBINAAN GEOMETRI


CABARAN DAN ISU ISU PENGGUNAAN TEKNOLOGI UNTUK
MENGAJAR TAJUK PENJELMAAN BAGI PELAJAR MENENGAH

13

RENDAH
CADANGAN BAGI MENGGABUNGKAN TEKNOLOGI SECARA
BERKESAN BAGI MENINGKATKAN PEMAHAMAN PELAJAR BAGI

14

TAJUK PENJELMAAN
7.0

PENUTUP

15

8.0

RUJUKAN

16 17

1.0

PENGENALAN
Era perkembangan teknologi masa kini mempengaruhi setiap bidang kehidupan.
Aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum sekolah sebagai satu daya usaha ke
arah menyemai dan memupuk minat serta sikap yang positif terhadap perkembangan

HBMT3403_V2 TEACHING OF LOWER SECONDARY MATHEMATICS PART II

teknologi. Budaya persekolahan seharusnya diubah daripada sesuatu yang berdasarkan


memori kepada yang berpengetahuan, berpemikiran, kreatif,dan penyayang dengan
menggunakan teknologi terkini ( KPM, 1997 ). Atas alasan inilah pihak kerajaan melalui
Kementerian Pendidikan berhasrat untuk mengujudkan Sekolah Bestari yang sekali gus
bertindak mengisi agenda perancangan , dan perlaksanaan Koridor Raya Multimedia
(Multimedia Super Corridor atau MSC ). Perlaksanaan Sekolah Bestari akan membuka
ruang seluas-luasnya kepada teknologi komputer yang akan membolehkan fleksibiliti dan
kepelbagaian dibina dalam sistem pendidikan. Suasana ini akan mengurangkan jurang
peluang antara mereka yang berada dan berupaya menggunakan teknologi terkini di
rumah, dengan mereka yang kurang berada ( KPM, 1997 ).
Penggunaan komputer dalam pengajaran matematik dapat memperkembang dan
memperkayakan lagi tajuk yang diajar. Lebih seabad yang lalu, NCTM (National Council
of Teachers' of Mathematics, 1980) mencadangkan supaya pengajaran matematik
mengambil peluang luas yang ditawarkan oleh komputer. Cockcroft (1982) menyarankan
bahawa penggunaan komputer dalam pengajaran matematik bukan sahaja boleh
memperbaiki kualiti pengajaran matematik malah penggunaan komputer juga boleh
merubah kepentingan sesuatu tajuk dalam silibus matematik. Keadaan yang sama juga
mungkin wujud dalam pengajaran dan pembelajaran matapelajaran lain di sekolah.
Aktiviti penyelesaian masalah adalah bahagian terpenting dalam pendidikan matematik.
Pencapaian yang tinggi dalam matematik tidak bermakna jika seseorang pelajar tidak
mampu melakukan proses penyelesaian masalah. Laporan Cockcroft (1982) menegaskan
bahawa masalah matematik harus diterjemahkan kepada sebutan dan bahasa matematik
sebelum ianya diselesaikan. Langkah terjemahan seperti ini memerlukan fahaman yang
lengkap terhadap struktur konsep yang terkandung dalam masalah tersebut. Keadaan ini
telah menyebabkan kesukaran pembelajaran di kalangan setengah-setengah pelajar.
Masalah dan kesukaran ini boleh diatasi melalui penggunaan komputer ( Al Ghamdi,
1987; Lim, 1989 ).
Dalam beberapa kajian yang telah dijalankan (Funkhouser, 1993; Henderson and
Landersman, 1992, Chazan, 1988; McCoy, 1991; Al Ghamdi, 1987) didapati pelajar yang
menggunakan komputer dalam matematik mempunyai sikap yang lebih positif terhadap

HBMT3403_V2 TEACHING OF LOWER SECONDARY MATHEMATICS PART II

dirinya sebagai ahli matematik dan berkeupayaan menyelesaikan masalah yang lebih
kompleks. Selain itu , perisian komputer yang digunakan dalam proses pengajaran akan
dapat membantu pelajar memahami konsep dan prinsip matematik dengan mudah dan
berkesan sekaligus meningkatkan pemahaman pelajar . Disamping itu juga kumpulan
yang belajar berbantukan komputer mempunyai kemampuan mengekalkan maklumat
dalam jangka masa yang lebih lama dan dapat menggunakannya dalam bidang-bidang
lain.
Kelembapan dan kebantutan perkembangan CAI dalam pendidikan matematik
khususnya, pada pertengahan tahun 70 an hingga 80 an adalah disebabkan oleh kos
perkakasan komputer yang terlalu tinggi, bilangan perisian yang sedikit, kemahiran dan
pengetahuan tentang komputer yang rendah dan tidak kurang juga kebimbangan dan
kurang keyakinan di kalangan pendidik ( PPK, 1993 ). Walau bagaimanapun keadaan
tersebut telah berubah, di mana harga komputer telah banyak menurun dan mampu dibeli
oleh ramai orang serta berbagai kursus telah dan sedang dianjurkan oleh pihak
kementerian untuk memberi kesedaran, keyakinan, pengetahuan serta kemahiran dalam
penggunaan komputer.
Perkembangan teknologi hari ini yang semakin berkembang dengan pesat banyak
membantu guru dalam menjayakan pDp di sekolah . Guru haruslah bijak menggunakan
teknologi yang tersedia bagi membantu mereka meningkatkan kefahaman pelajar selari
dengan hasrat negara melahirkan generasi yang celik IT .
Pembinaan geometri dan Penjelmaan merupakan topik - topik yang penting dan
terdapat

banyak

bahan

literatur

dalam

pendidikan

matematik

menggalakkan

penekanannya kepada semua peringkat. Ilmu geometri dan penjelmaan merupakan satu
topik yang memberi peluang kepada murid untuk membuat penaakulan dan melatih
pelajar berfikir secara logik. Ilmu geometri juga amat berguna dalam pernyataan dan
penyelesaian masalah dalam bahagian matematik yang lain dan juga dalam kehidupan
seharian.
Mempelajari ilmu geometri mendedahkan kita tentang kewujudan alam ini
dengan mendalam. Mengajar ilmu geometri pula melatih akal fikiran kita untuk menjana
pemikiran yang kritis dan terperinci. Malahan terdapat juga alasan yang menyatakan
4

HBMT3403_V2 TEACHING OF LOWER SECONDARY MATHEMATICS PART II

bahawa kita belajar geometri kerana minat apabila kita memerlukan jawapan kepada
peristiwa dan kejadian alam sejagat. Ironinya minat terhadap kepelbagaian bentuk, objek
seperti garisan, bulatan,segi tiga dan segi empat yang begitu dekat dengan kehidupan
manusia secara semulajadi selari dengan fenomena mamandu di jalan raya, melihat
kestabilan bangunan dan lain-lain lagi sering menjadi asas kepada pengembangan
pengetahuan geometri.
Namun begitu dalam situasi sebenar di sekolah, seringkali terjadi kegagalan
dalam kurikulum matematik terutama dalam topik topik ibagi pelajar sekolah rendah
dan menengah. Ini kerana berlaku salah faham konsep atau miskonsepsi dalam bidang
geometri semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Bertitik tolak daripada kesukaran
ini maka timbulah beberapa masalah atau isu yang yang perlu ditangani oleh para guru.
Guru-guru perlu mencari kaedah dan strategi konsep pembelajaran yang sesuai dengan
aras kematangan murid supaya mereka boleh menguasai geometri dengan lebih minat dan
seronok untuk belajar disamping menolak tanggapan bahawa subjek matematik adalah
susah dan membosankan.
Justeru itu, penggunaan teknologi dan ICT diharapkan dapat membantu
meningkatkan pemahaman pelajar di samping dapat membantu pelajar memahami kedua
dua topik ini . Guru haruslah bijak mengaplikasikan segala bahan teknologi yang
tersedia bagi membantu mereka dalam membantu pelajar memahami topik ini.
2.0

KAJIAN LITERATUR
2.1

KEBERKESANAN PERISIAN GEOMETERS SKETCHPAD UNTUK TAJUK


PEMBINAAN GEOMETRI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
MATEMATIK
Oleh : Azlina Mohd Kosnin & Lok Yian Lin Fakulti Pendidikan, Universiti
Teknologi Malaysia
Kajian ini telah dijalankan untuk melihat keberkesanan perisian Geometers
Sketchpad (GSP) dalam meningkatkan tahap keupayaan visualisasi pelajar dan
tahap pencapaian pelajar dalam pembinaan geometri. Selain daripada itu,
keberkesanan GSP juga dikaji dalam membantu pelajar dari tahap pencapaian
matematik dan keupayaan visualisasi yang berbeza .

HBMT3403_V2 TEACHING OF LOWER SECONDARY MATHEMATICS PART II

Bil
1
2
3
4

Perkara

Penerangan

Kaedah Kajian

Kajian kuantitatif berbentuk eksperimen yang melibatkan satu

Alat Kajian
Tajuk Kajian
Keistimewaan / Kekuatan

kumpulan pretest-posttest dan temuduga berstruktur


Perisian Geometers Skechpad
Pembinaan Geometri
i.
Dapat meningkatkan minat pelajar
ii.
Membantu meningkatkan pemahaman dan pencapaian
pelajar
Pelajar dapat memahami konsep yang berkaitan dengan

iii.

panjang sisi, sudut dan nisbah bagi bentuk geometri


iv.

melalui perisian ini


Dapat membantu pelajar dalam membina bentuk-

v.
vi.

bentuk geometri.
Tidak menggunakan kertas dan set geometri
Sesuai bagi semua pelajar pelbagai tahap pencapaian

vii.

(pelajar lemah dan pelajar cemerlang)


Boleh membantu pelajar dalam memanipulasi dan
memutar gambarajah geometri dua dimensi secara

Masalah / Kelemahan

mental.
guru perlu masa yang lebih untuk menguasai

i.

kemahiran bagi perisian GSP terutamanya bagi guru


ii.

yang masih lemah dalam asas kemahiran komputer.


Kekurangan pendedahan mengenai perisian ini

iii.
iv.

menyebabkan ia tidak digunakan dengan meleluas.


Tempoh masa pengajaran terhad.
Bilangan komputer dalam makmal juga tidak dapat
menampungkan bilangan pelajar dalam satu kelas.

2.2

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK BERBANTUKAN


KOMPUTER:

KEBERKESANAN

PERISIAN

THE

GEOMETERS

SKETCHPAD UNTUK TAJUK PENJELMAAN


Oleh : Nor Hayati Bt. Hj. Mt. Ali Institut Perguruan Darulaman, Jitra
Kajian ini dijalankan untuk menguji keberkesanan perisisan The Geometers
Sketchpad (GSP) bagi Tajuk Penjelmaan Matematik Tingkatan 2 di Sekolah
Menengah Kebangsaan Jitra (SMKJ), Kedah Darul Aman
Bil

Perkara

Penerangan
6

HBMT3403_V2 TEACHING OF LOWER SECONDARY MATHEMATICS PART II

1
2
3
3

Kaedah Kajian
Alat Kajian
Tajuk Kajian
Keistimewaan / Kekuatan

Menggunakan reka bentuk kuasi eksperimen.


Perisian The Geometers Sketchpad
Penjelmaan
i.
Boleh digunakan untuk meneroka pelbagai rajah baru
tanpa memadam atau melukis semula rajah berkenaan.
Memudahkan para pengguna melukis apa jua bentuk

ii.

geometri, seperti segitiga, bulatan, garisan-garisan


lurus, bongkah-bongkah serta pelbagai bentuk dalam
iii.

tiga dimensi.
Dapat membantu pelajar menyelesaikan masalah dalam

iv.

bidang algebra, trigonometri dan kalkulus


Dapat
diaplikasikan
dalam
pengajaran

dan

pembelajaran

dan

translasi,

pantulan,

putaran

pembesaran, di samping dapat membuat pengiraan dan

pengukuran dengan lebih cepat dan tepat.


Para pelajar akan dapat belajar secara kendiri
Bahasa yang digunakan dalam perisian ini ialah Bahasa

v.
i.

Masalah / Kelemahan

Inggeris. Hal ini menyukarkan pelajar yang lemah


dalam penguasaan bahasa tersebut.
Kos memperoleh komputer adalah tinggi. Masalah ini

ii.

secara tidak langsung membatasi penggunaan perisian


GSP terutamanya di sekolah-sekolah luar bandar.
Tahap penguasaan kemahiran dalam bidang IT yang

iii.

agak rendah di kalangan sesetengah pelajar juga


menjadi penghalang kepada penggunaan perisian
tersebut.
2.3

KEBERKESANAN PENGGUNAAN PERISIAN PERMAINAN PENDIDIKAN


GOTRANS

DALAM

TINGKATAN DUA
Oleh : Emram

PEMBELAJARAN

Yunus

IPG

MATEMATIK

Kampus

Sultan

PELAJAR

Abdul

Halim

Kajian ini bertujuan membangunkan sebuah perisian permainan pendidikan


matematik tajuk Transformations tingkatan dua yang dinamakan sebagai Gotrans.
Gotrans dibangunkan menggunakan perisian Game Maker 6.0 dan digunakan
sebagai alat pengukuhan pembelajaran. Model pembangunan perisian yang
7

HBMT3403_V2 TEACHING OF LOWER SECONDARY MATHEMATICS PART II

digunakan adalah Model ADDIE dengan menerapkan tiga teori asas pembelajaran
iaitu teori tingkah laku, kognitif dan konstruktif serta memperkenalkan teori
pengajaran penyelesaian masalah Polya.
Bil
1
2
3
3

Perkara

Penerangan

Kaedah Kajian

Berbentuk kuasi-eksperimen dengan ujian pra dan pasca bagi

Alat Kajian
Tajuk Kajian
Keistimewaan / Kekuatan

kumpulan tidak seimbang.


Perisian permainan pendidikan matematik Gotrans.
Penjelmaan
i.
kadar peningkatan pencapaian pelajar

selepas

menggunakan Gotrans adalah lebih tinggi berbanding


dengan menggunakan perisian yang dibekalkan oleh
ii.

KPM.
Pembangunan Gotrans yang bersifat interaktif didapati

iii.

memberi kefahaman yang tinggi kepada pelajar.


Proses pembelajaran menggunakan perisian ini sangat
selesa, menyeronokkan dan meningkatkan motivasi

Masalah / Kelemahan
2.4

iv.

mereka meningkat untuk belajar.


Berjaya mengubah penilaian pelajar terhadap p&p

i.
ii.

matematik yang sebelum ini dianggap susah dan rumit.


Pihak guru perlu memahami perisian terlebih dahulu .
Perisian ini belum diperkenalkan kepada para guru

PENILAIAN KESESUAIAN BAHAN BANTU MENGAJAR JANGKA SUDUT


KHAS BAGI MATA PELAJARAN MATEMATIK
Oleh : Hamdan Said & Surizan Mohamad Azmi Fakulti Pendidikan, Universiti
Teknologi Malaysia
Kajian ini bertujuan untuk menilai kesesuaian bahan bantu mengajar Jangka
Sudut Khas bagi mata pelajaran Matematik dalam topik penjelmaan. Dalam
kajian ini, kesesuaian penggunaan Jangka Sudut Khas dalam pengajaran
dibandingkan dengan Kaedah Konvensional (menggunakan papan hitam dan
kapur).

Bil
1

Perkara

Penerangan

Kaedah Kajian

menggunakan

rekabentuk

ujikaji

dan

dilakukan

dengan membentuk dua kumpulan responden


8

HBMT3403_V2 TEACHING OF LOWER SECONDARY MATHEMATICS PART II

2
3
3

Alat Kajian
Tajuk Kajian
Keistimewaan / Kekuatan

Masalah / Kelemahan

Jangka Sudut Khas


Penjelmaan
i.
Dapat membantu guru dalam mempelbagaikan kaedah
ii.
iii.

pengajaran.
Dapat menarik minat pelajar
Dapat meningkatkan pemahaman pelajar bagi topik

iv.

penjelmaan .
Membantu dalam meningkatkan interaksi antara guru

i.

dengan pelajar.
Masa yang panjang diperlukan bagi menjalankan

ii.

aktiviti .
Guru perlu menguasai penggunaan alatan ini dengan
baik bagi memastikan keberkesanannya .

HBMT3403_V2 TEACHING OF LOWER SECONDARY MATHEMATICS PART II

3.0

CABARAN DAN ISU ISU PENGGUNAAN TEKNOLOGI UNTUK MENGAJAR


TAJUK PEMBINAAN GEOMETRI BAGI PELAJAR MENENGAH RENDAH
3.1

KEKANGAN BAHASA PENGANTAR YANG DIGUNAKAN


Bahasa yang digunakan dalam perisian perisian seperti Geometers

Sketchpad (GSP) ini ialah Bahasa Inggeris. Penggunaan bahasa Inggeris dalam arahan
menu dalam perisian GSP menyukarkan sesetengah pelajar yang kurang mahir dalam
bahasa Inggeris. Hal ini menyukarkan pelajar yang lemah dalam penguasaan bahasa
tersebut. Ini sekaligus membantutkan minat pelajar terhadap penggunaan perisian ini .
Keadaan ini juga menyebabkan pelajar tidak memberikan tumpuan yang sepenuhnya
terhadap pengajaran guru kerana tidak memahami arahan pada perisian tersebut .
3.2

KOS YANG TINGGI DIPERLUKAN


Kos memperoleh komputer adalah tinggi. Masalah ini secara tidak langsung

membatasi penggunaan perisian GSP terutamanya di sekolah-sekolah luar bandar.


Kekurangan komputer menyebabkan beberapa orang pelajar terpaksa berkongsi
komputer. Ini menyebabkan sesetengah pelajar agak sukar untuk menyelesaikan masalah
secara individu. Akibatnya beberapa orang pelajar akan ketinggalan pengajaran guru .
3.3

TAHAP PENGUASAAN TEKNOLOGI YANG RENDAH


Tahap penguasaan kemahiran dalam bidang IT yang agak rendah di kalangan

sesetengah pelajar juga menjadi penghalang kepada penggunaan perisian dan teknologi
tersebut. Pelajar yang mempunyai akses terhadap komputer di rumah akan menghadapi
masalah bagi menguasai perisian yang digunakan .Selain itu , pegetahuan teknologi
dikalangan guru juga menimbulkan masalah kepada penggunaan teknologi dalam
pengajaran topik ini . Kementerian perlu menganjurkan pelbagai kursus bagi membantu
guru meningkatkan pemahaman mereka . Terdapat juga dalam kalangan guru terbabit
tidak dapat menguasai teknologi ini terus mengabaikannya dan tidak mengaplikasikan
dalam pDp . Ini mengakibatkan pembaziran yang besar .

10

HBMT3403_V2 TEACHING OF LOWER SECONDARY MATHEMATICS PART II

4.0

CADANGAN BAGI MENGGABUNGKAN TEKNOLOGI SECARA BERKESAN


BAGI MENINGKATKAN PEMAHAMAN PELAJAR BAGI TAJUK
PEMBINAAN GEOMETRI

Bagi menggabungkan teknologi secara berkesan bagi meningkatkan pemahaman pelaajr


bagi tajuk Pembinaan Geometri ini beberapa langkah boleh dilakukan . Diantaranya adalah
menggunakan perisian Geometers Sketchpad (GSP) dan perisian lain dalam Bahasa Melayu . Ini
bagi membantu pelajar menguasai perisian perisian ini dengan baik sekaligus meningkatkan
keberkesanan pengajaran guru . Penggunaan Bahasa Melayu dalam perisian ini dapat menarik
minat pelajar yang berpencapaian rendah dan lemah penguasaan Bahasa Inggerisnya .
Selain itu , pihak KPM perlu melengkapkan Bilik Matematik dengan peralatan
peralatan ICT yang lengkap dan mencukupi bagi keperluan pelajar seperti yang disediakan bagi
makmal makmal Sains . Dengan itu , guru-guru tidak perlu membawa peralatan yang banyak
ke dalam kelas dan tidak perlu menempah bilik tayangan atau bilik media untuk menggunakan
perisian kursus ini. Di samping guru-guru Matematik tidak lagi terpaksa menggunakan bilik
tayangan atau bilik media atau terpaksa membawa peralatan seperti laptop, lcd, extension wire
di samping buku rekod mengajar ke dalam kelas. Meskipun memerlukan belanja yang besar dan
kos yang tinggi tetapi ia dapat membantu guru menggabungkan teknologi dengan pengajaran .
Bagi masalah tahap penguasaan teknologi yang rendah dalam kalangan pelajar dan
guru pula , pihak kementerian perlulah menyediakan pelbagai kursus dan kemudahan teknologi
kepada pelajar dan guru . Bagi pelajar , mereka perlu didedahkan dengan teknologi sejak dari
awal lagi terutamanya di kawasan kawasan pedalaman dan jauh dari bandar dengan
membekalkan kemudahan internet dan capaian komputer di sekolah serta mudah disertai oleh
pelajar . Bagi kalangan guru pula , pihak kementerian perlu menyediakan pelbagai kursus
berkaitan teknologi dalam pendidikan bagi membantu guru menggunakan teknologi dalam
pengajaran mereka . Selain itu , guru perlu diberikan motivasi yang kuat bagi mengelakkan
mereka kecewa dengan percubaan mereka mengajar dengan menggunakan teknologi .

11

HBMT3403_V2 TEACHING OF LOWER SECONDARY MATHEMATICS PART II

5.0

CABARAN DAN ISU ISU PENGGUNAAN TEKNOLOGI UNTUK MENGAJAR


TAJUK PENJELMAAN BAGI PELAJAR MENENGAH RENDAH
5.1

MASA YANG PANJANG DIPERLUKAN


Tempoh masa setiap sesi pengajaran adalah terhad. Ini menyebabkan pelajar

kekurangan masa untuk menggunakan komputer bagi menjawab beberapa soalan secara
sendirian. Selain itu , guru juga memerlukan masa yang panjang bagi menerangkan
konsep dan cara penggunaan kepada pelajar . Bagi penggunaan alatan seperti sesiku set
dan jangka lukis , guru memerlukan masa yang panjang unttuk menerangkan tatacara
penggunaan kepada pelajar .
5.2

KESELAMATAN PENGGUNAAN BAHAN TEKNOLOGI .


Bahan teknologi seperti jangka lukis dan sesiku set mempunyai bucu dan

hujung yang tajam . Sehubungan dengan itu , guru perlu memastikan pelajar
menggunakan alatan tersebut dengan langkah keselamatan yang betul bagi mengelakkan
berlakunya kemalangan . Hal ini menyukarkan guru menyampaikan isi pengajaran
terutamanya kepada kelas yang berpencapaian rendah .
5.3

ALAT BANTU MENGAJAR YANG BERAT DAN SUKAR DIBAWA .


Alat bantu mengajar yang bersaiz besar dan berat amat menyukarkan guru

untuk membawanya ke kelas . Sebagai contohnya , sekiranya guru ingin menggunakan


jangka lukis , guru perlu membawa jangka lukis yang disediakan yang bersaiz besar bagi
memudahkan guru melukis dan menunjukkan kepada pelajar . Begitu juga sekiranya guru
ingin menunjukkan penggunaan perisian komputer , guru perlu menyediakan komputer ,
LCD dan sebagainya bagi memudahkan penyampaian kepada pelajar .

6.0

CADANGAN BAGI MENGGABUNGKAN TEKNOLOGI SECARA BERKESAN


BAGI

MENINGKATKAN

PEMAHAMAN

PENJELMAAN
12

PELAJAR

BAGI

TAJUK

HBMT3403_V2 TEACHING OF LOWER SECONDARY MATHEMATICS PART II

Bagi menggabungkan teknologi secara berkesan bagi meningkatkan pemahaman pelajar


bagi tajuk penjelmaan pula , beberapa langkah boleh dipraktikkan . Bagi menangani kekakangan
masa dimana masa yang panjang diperlukan guru perlu bijak membahagikan masa bagi
menyampaikan pengajaran . Guru perlu mengatur aktiviti supaya benar benar sesuai dengan
masa yang diperuntukkan . Disini kemahiran merancang pengajaran amat diperlukan oleh guru
supaya pengajaran yang berkesan dapat disediakan kepada pelajar .
Bagi menangani masalah keselamatan penggunaan alatan pula , pelajar sekolah
menengah merupakan pelajar dewasa . Sehubungan dengan itu , guru perlu menggunakan
kebijaksanaan mereka memotivasikan pelajar supaya tidak bermain main dengan alatan yang
dibekalkan . Selain itu , guru perlu menyediakan aktiviti yang menyeronokkan supaya pelajar
leka dengan aktiviti tersebut sekaligus tidak bermain semasa pDp dijalankan . Guru juga perlu
menerangkan langkah keselamatan kepada pelajar semasa awal pengajaran dan mengingatkan
pelajar tentang bahayanya penyalahgunaan alatan tersebut .
Disamping itu , bagi mengatasi masalah dan isu beban kepada guru pula , pihak sekolah
boleh menyediakan bilik khas bagi pengajaran Matematik . Justeru itu , guru tidak perlu
mengangkut alat bantu mengajar yang berat dan besar ke kelas kerana semuanya telah disediakan
di bilik khas tersebut .

7.0

PENUTUP
Kewujudan teknologi dalam pendidikan matematik bukan sahaja mengubah corak dan

cara guru mengajar matematik tetapi turut mengubah kandungan matematik yang dipelajari oleh
murid. Matlamat pendidikan matematik adalah untuk melahirkan warga yang bukan sahaja

13

HBMT3403_V2 TEACHING OF LOWER SECONDARY MATHEMATICS PART II

berupaya untuk mengaplikasikan apa yang mereka telah pelajari dalam situasi dunia sebenar
tetapi juga berupaya menyelesaikan masalah yang belum pernah mereka temui.
Pengaplikasian teknologi dalam pendidikan matematik khususnya dan amnya dalam
pendidikan sejagat sudah sampai masanya ke arah mewujudkan generasi berteknologi
mengharungi era globalisasi yang berdaya saing dalam k-ekonomi selaras dengan wawasan 2020
negara. Institusi pendidikan sebagai wadah terpenting semestinya melakukan inovasi drastik ke
arah pencapaian matlamat. Potensi dan teknologi yang amat canggih perlu dimanafaatkan
sewajarnya dan sepenuhnya. Oleh itu, untuk mencapai matlamat pendidikan di Malaysia, satu
anjakan paradigma diperlukan dalam cara berfikir dan penggunaan teknologi.
Bagi kedua dua tajuk yang dibincangkan , didapati penggunaan teknologi sangat
berkesan dalam meningkatkan minat dan kefahaman pelajar . Justeru itu , guru perlulah bijak
menggunakan teknologi bagi menyampaikan pengajaran yang berkesan kepada pelajar . Pihak
sekolah juga perlu menyediakan kemudahan yang lengkap bagi memotivasikan guru
mengaplikasikan teknologi dalam pengajaran .

2,770 patah perkataan

8.0

RUJUKAN
1. Azlina Mohd Kosnin & Suhaila Abdullah. (2008). Kesan kaedah pengajaran berbantukan
Geometers Sketchpad terhadap pencapaian pelajar dalam topik Transformasi. Universiti
Teknologi Malaysia: Jurnal
2. Nor Hayati Bt. Hj. Mt. Ali . Pengajaran matematik berbantikan komputer : Keberkesanan
perisian The Geometers Sketchpad untuk tajuk Penjelmaan . Institut Perguruan
Darulaman, Jitra : Jurnal

14

HBMT3403_V2 TEACHING OF LOWER SECONDARY MATHEMATICS PART II

3. Emram Yunus . Keberkesanan penggunaan perisian permainan pendidikan Gotrans dalam


pembelajaran Matematik Pelajar Tingkatan Dua . IPG Kampus Sultan Abdul Halim :
Jurnal
4. Azlina Mohd Kosnin & Lok Yian Lin . Keberkesanan perisisan Geometers Sketchpad
untuk tajuk Pembinaan Geometri dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik .
Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia
5. Hamdan Said & Surizan Mohamad Azmi . Penilaian Kesesuaian Bahan Bantu Mengajar
Jangka Sudut Khas Bagi Mata Pelajaran Matematik. Fakulti Pendidikan, Universiti
Teknologi Malaysia.
6. Atan Long (1988). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
7. Baharuddin Aris & Mohd b. Bilal Ali (1995). " Pendekatan Alternatif Dalam Pengajaran
dan Pembelajaran Matematik" . Kertas yang dibentangkan dalam Persidangan
Kebangsaan Pendidikan Matematik Ke 4. Kuantan: BPG
8. Jamaludin Ibrahim (1989). " Pengajaran Berbantukan Komputer Berkepintaran: Implikasi
Kepada Pengajaran dan Pembelajaran". Proceedings of the National Symposium on
Educational Computing. USM : MCCE
9. Koh Lee Ling, Choy Sau Kam, Lai Kim Leong, Khaw Ah Hong & Seah Ai Kuan. (2008).
Kesan pembelajaran koperatif terhadap sikap dan pencapaian matematik bagi muridmurid sekolah rendah di sekitar Bandar Kuching, IPBL: Jurnal Penyelidikan Jilid 8: 5064.
10. Ee Ah Meng (1995). Murid dan Proses Pembelajaran Asas Pendidikan. Shah Alam:
Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
11. Ismail Zain (2001). Aplikasi Multimedia Dalam Pengajaran. Utusan Publications &
Distributar Sdn. Bhd.
12. Jaya Kumar C. Koran (2002). Apikasi E-Learning dalam Pengajaran dan Pembelajaran
di Sekolah-Sekolah Malaysia. Cadangan Pelaksanaan Paa Senario Masa Kini. Pasukan
Projek Rintis Sekolah Bestari Bahagia Teknologi Pendidikan, Kementrian Pendidikan
Malaysia.
13. Jackiw, Nicholas. (1991). The Geometers Sketchpad. Berkeley, California: Key
Curriculum Press.
14. http://www.ipbl.edu.my/portal/penyelidikan/seminarpapers/2003/norhayatiIPDAkk.pdf
15. http://eprints.utm.my/10764/3/Penilaian_Kesesuaian_Bahan_Bantu_Mengajar_Jangka_S
udut_Khas_Bagi_Mata_Pelajaran_Matematik.pdf
16. http://eprints.utm.my/10239/2/Lok_Yian_Lin.pdf
17. https://www.academia.edu/4075439/emram_yunus_artikel_gotrans

15

HBMT3403_V2 TEACHING OF LOWER SECONDARY MATHEMATICS PART II

18. http://nurkasihwatie.blogspot.my/2011/06/geometers-sketchpad-gsp-dalammatematik.html
19. http://issuestechnology.blogspot.my/2012_03_01_archive.html

16

You might also like