You are on page 1of 5

SMK KHIR JOHARI,36300

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN MORAL BIL 2/ 2015

Tarikh
Masa
Tempat

:
:
:

20 April 2015 (Isnin)


1.30 - 2.45 petang
Bilik Mesyuarat

Kehadiran :
1. Tn.Hj.Mohd.Nadzri b. Hashim ( Guru Kanan Kemanusiaan)
2. En Samsol Buhari B Abdullah (Ketua Panitia)
3. En Khairuddin B Che Daud @ Mat Zain
4. En. Mohd Yatim B Saniran
5. En Mohd Razali B Ahmad
6. Cik Nashiha Hakim Bt Mohamed Nasir ( Guru Ganti Pn Ruslina )
Tidak hadir :
1. Pn Norlia Bt Othman Tidak hadir bersebab
2. Pn.Ruslina bt.Nawawi cuti bersalin
3. En Hamdan B Sebum Tidak hadir bersebab
4. Pn Siti Hamsidah Bt Jurami

Agenda :
1.0

Perutusan Pengerusi
1.1
Majlis dimulakan dengan bacaan Ummul kitab al-Fatihah.
1.2
Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran guru-guru ke mesyuarat
panitia kali kedua dan mengalu-alukan kehadiran Cik Nashiha Hakim sebagai
anggota panitia yang baru bagi menggantikan Pn Ruslina yang bersalin.
Makluman

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat


2.1
2.2

3.0

Pencadang : En. Mohd Yatim B Saniran


Penyokong : En Samsol Buhari B Abdullah

Perkara Berbangkit dan maklum balas JKKS 1

3.1

3.2

3.3

4.0

Guru disarankan supaya melaksanakan Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS)


seperti yang telah ditetapkan oleh setiausaha PBS sekolah. Ketua Panitia juga
menyatakan hasrat penilaian PBS dilaksanakan sehingga band 5 dan tahap
paling minima band 3.
Ketua Panitia mengingatkan kepada guru menengah rendah agar pengisian
markah PBS secara off line dilaksanakan seperti yang telah ditetapkan oleh
Setiausah PBS.
Perkara 4.6.1, Ketua Panitia telah mengubah target sedia ada. Ketua Panitia
menyediakan target baru bagi tingkatan 4 dan tingkatan 5. Target tingkatan 1,2,
dan 3 semua lulus dengan kepujian terutama 3 kelas hadapan.
Makluman

Post Mortem Keputusan SPM 2014


4.1
Analisis kualiti A subjek pendidikan Moral ( lihat lampiran A )
4.2
Analisis keputusan Pendidikan Moral SPM ( lihat lampiran A )
Makluman

5.0

Dialog prestasi guru-guru mata pelajaran SPM


5.1
5.2

5.3

5.4

Keputusan SPM Pendidikan Moral Mengikut kelas ( lihat lampiran A )


Kekuatan
5.2.1 Pelajar yang sentiasa betul-betul minat dan sentiasa bersedia sebelum
PDP bermula.
5.2.2 Pelajar telah menguasai teknik menjawab
5.2.3 Pelajar menjawab semaksimum markah yang diperolehi dan
menggunakan kaedah +1
5.2.4 Guru yang berpengalaman dan pakar dalam subjek. Ada guru yang
terlibat secara langsung dalam menggubal soalan SPM
5.2.5 Kawalan kelas yang cemerlang membolehkan suasana PDP berjalan
lancar
5.2.6 Program yang dirancang berjalan lancar
Kelemahan
5.3.1 Pelajar tidak menguasai teknik menjawab dan tidak berminat serta
berusaha untuk menjawab soalan.
5.3.2 Pelajar cuai tidak menjawab ikut teknik yang diajar.
5.3.3 Pelajar tidak fokus dalam kelas
5.3.4 Pelajar tidak boleh membaca terutama kelas hujung.
5.3.5 Kadar ponteng yang tinggi

Cadangan/ cara mengatasi

5.4.1 Setiap PDP beri penekanan pada teknik menjawab yang betul dan
mudah.
5.4.2 Guru beri latihan setiap kali PDP dan sentiasa memantau latihan pelajar.
5.4.3 Bimbing pelajar satu demi satu dimana pelajar yang lemah, guru perlu
beri penekanan cara mendapatkan markah bagi setiap soalan. Pelajar
tidak digalakkan menghantar kertas jawapan dengan soalan yang tidak
berjawab.
5.4.5 Hafal nilai yang penting sahaja iaitu nilai bertanggungjawab, nilai
hemah tinggi, nila rasional dan nilai kasih sayang.
Makluman
6.0

Program Peningkatan Akademik


6.1

6.2

Program utama:
6.1.1 PdP berkesan berjalan lancar setiap waktu pendidikan moral dan
mencapai objektif, beri perhatian teknik mengajar, patuhi masa
mengajar ( MMI ), mengajar ikut sukatan pelajaran tahunan, latihan dan
kuiz serta penggunaan ICT dan pembelajaran kumpulan.
6.1.2 Latih tubi terancang menjawab soalan peperiksaan negeri lain.
6.1.3 Latihan topikal dan kepelbagaian teknik PDP
6.1.4 Pengukuhan nilai dan kata kunci 5 minit sebelum PDP
6.1.5 Kaedah kelas kepong untuk kelas lemah
6.1.6 Kaedah fokus untuk lulus ( minimum silibus untuk kelas lemah )
program ini berjalan seperti dirancang tetapi kurang mendapat
sambutan. Ketua Panitia mencadangkan program ini diadakan diawal
waktu dan cadangan ini akan dikemukakan kepada pentadbir agar
diluluskan kelaas ini diadakan di awal waktu
Makluman
Program sokongan
6.2.1 Kelas Tambahan/Kelas Bimbingan telah berjalan sejak Januari
mengikut jadual.
6.2.2 Teknik menjawab soalan bagi pelajar tingkatan 4 dan 5. belum lagi
berjalan tetapi perancangan program ini akan dilaksanakan padan bulan
Mei
6.2.3 Gerak gempur SPM. Akan dilaksanakan pada bulan 7,8,9,10
6.2.4 Kem/ceramah. Sasaran pelajar Pendidikan Moral dan akan dilaksakan
pada bulan Julai.
6.2.5 Klinik moral. Sasaran pelajar Pendidikan Moral yang lemah dan akan
dilaksanakan pada bulan Jun.
6.2.6 Program yang dianjurkan oleh PPD. setakat ini belum ada dalam
jadual dan akan menyertai sekiranya ada.
6.2.7
Nota padat untuk tingkatan 4 dan 5. telah diagihkan pada bulan
Januari yang lalu.

6.2.8

7.0

Lawatan sambil belajar. akan dibincangkan kemudian berkaitan tarikh


dan tempat. Cadangan program pada bulan Okt.
Makluman

Maklum balas pengurusan panitia


7.1
7.3

Pengurusan fail panitia. 17 fail yang perlu dan sepatutnya diisi serta di
kemaskini. Pentadbir akan menyemak fail tersebut pada hujung bulan 4.
Alat bantu mengajar atau peralatan yang diperlukan bagi memantapkan PDP
boleh memaklumkan kepada Ketua Panitia
Makluman

8.0

Pengurusan Jadual waktu


8.1
En Yatim mencadangkan agar dipecahkan kepada dua orang guru dalam
setiap tingkatan. Pencalonan cikgu Hamdan bagi membantu cikgu Yatim
dan menambah seorang lagi guru bagi tingkatan 2 dan 3.
8.2
Ketua Panitia mencadangkan agar tingkatan 4 Cempaka dan tingkatan 4
Anggerik perlu dipisahkan seperti sebelum ini kerana prestasi kelas yang
berbeza.
Tindakan : Semua guru

9.0

Pengurusan bilik darjah abad ke-21


9.1
9.2
9.3
9.4
9.5

10.0

Guru disarankan mengajar menggunakan pelbagai kaedah dan aktiviti.


Susunan meja dan kedudukan pelajar dalam kelas perlu disesuaikan agar
suasana pembelajaran bertambah ceria
Guru perlu tegas dengan pelajar terutama berkaitan latihan dan tugasan yang
diberi.
Memperkenalkan program PLC iaitu profesional program bimbingan guru
dalam Pembelajaran dan Pengajaran
Pembelajaran kaedah kumpulan dan pembentangan pelajar
Tindakan : Semua guru

Hal-hal lain
10.1
Tn Hj. Mohd.Nadzri menyatakan kepada semua guru agar melaksanakan
tugas dengan penuh keihklasan.

10.2

10.3

Tn Hj Mohd Nazri juga menngugcapkan tahniah kepada Ketua Panitia


Pendidikan Moral dan juga guru-guru yang lain atas peningkatan peratus
lulus dan berharap pada tahun ini akan mencatat peningkatan. Pelajar
Menengah rendah perlu ada asas yang kukuh berkaitan sebelum memasuki
alam menengah atas. Penekanan soalan berkaitan KBAT agar para pelajar
mampu bersaing. Guru subjek pendidikan moral selalu bertukar-tukar maka
Tn Hj menyarankan agar para guru sentiasa rapat dengan Ketua Panitia
kerana beliau merupakan guru yang pakar dalam bidang tersebut. Para guru
mestilah menghantar beberapa buah buku latihan pelajar untuk disemak dan
dicop.
Ketua panitia menjelaskan bahawa penulisan objektif pembelajaran dalam
buku rekod mestilah sesuatu yang dapat diukur. Refleksi pula perlu
menjelaskan tindakan susulan berdasarkan objektif yang dicapai.

.
Tindakan : Semua guru

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.00 petang.

DISEDIAKAN OLEH:

DISEMAK OLEH

..............................................
KHAIRUDDIN B CHE DAUD @ MAT ZAIN
( S/U PENDIDIKAN MORAL )

................................................
EN SAMSOL BUHARI B ABDULLAH
( KP PENDIDIKAN MORAL )

DISAHKAN OLEH:

..........................................................................................
TUAN HAJI MOHAMAD NADZRI B, HASHIM
( GK KEMANUSIAAN )

You might also like