You are on page 1of 4

SEKOLAH MEN.

KEB JELI ( 2 ), KUALA BALAH KELANTAN


MINIT MESYUARAT UNIT HEM
Tarikh

: 27 Mei 2015 / Rabu

Masa

: 2.00 3.30 PETANG

Tempat

: Bilk Mesyuarat Utama

Pengerusi

: Puan Normala bt Mohd Hassan

BIL 2 / TAHUN 2015

KATA ALU-ALUAN PENGERUSI


Pengerusi mengucapkan tahniah dan mengalu-alukan kehadiran guru yang telah di lantik di dalam unit
HEM yang merupakan nadi utama pengurusan sekolah. Semua AJK Hem perlu sedar kepentingan unit
HEM, mengambil berat, mengenalpasti pelajar untuk melahirkan insan kamil. Tanggungjawab unit HEM
mengenalpasti pelajar yang berpotensi serta boleh mengharumkan nama sekolah.

MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LEPAS.


2.1. Dibentang oleh : Puan Normala bt Mohd Hassa
Dicadang untuk disahkan oleh : Puan Idayu Yusuf
Disokong untuk pengesahan oleh : Cik Rubiah bt Abas

PERKARA BERBANGKIT
Tiada perkara berbangkit

CADANGAN PROGRAM HEM SEPANJANG TAHUN 2015


( Rujuk lampiran )
4.1 Pendaftaran T1 telah selesai dijalankan dan pengerusi mengingatkan kepada semua guru
tingkatan supaya mengisi dan melengkapkan buku daftar agong terutamanya bagi pelajar
Tingkatan 1. Pengerusi juga mengingatkan supaya mana-mana pelajar dari tingkatan lain
yang mendaftar masuk ke sekolah pada tahun ini juga perlu dimasukkan ke dalam buku
daftar agong.
Tindakan : Guru tingkatan
4.2 Majlis Watikah Perlantikan Pengawas akan diadakan pada 23 Februari untuk semua 28 orang
pengawas sekolah dan 19 orang pengawas pusat sumber yang telah dilantik. Majlis akan dirasmikan
oleh Ketua Polis PPD Jeli Tuan Shiekh Azhar bin Shiekh Omar. Raptai majlis akan diadakan pada hari
khamis pada pukul 2.00 petang. Surat makluman juga akan dihantar ke PPD Jeli.
Tindakan : SU Pengawas
4.3 Unit 3 K memaklumkan bahawa pertandingan keceriaan kelas telah pun bermula pada
minggu yang lalu dan hadiah hanya akan diberikan setiap sebulan sekali dalam bentuk wang.
Markah dikira berdasarkan markah purata mingguan mengikut kriteria yang telah ditetapkan
di dalam borang. Hanya kelas dengan markah paling tinggi yang akan menerima hadiah .
Hadiah dalam bentuk wang tunai RM 20 dan sijil. Piala pusingan perlu disediakan untuk diberikan
Pada akhir tahun untuk kelas yang banyak menerima sijil sepanjang tahun.
Tindakan : SU 3K , guru tingkatan, guru bertugas
4.4 SU SPBT diminta memastikan semua pelajar telah mendapat buku teks untuk sesi
pembelajaran tahun 2015. SU SPBT memaklumkan supaya mana-mana pelajar baru yang
belum mendapat buku teks supaya mengambil buku teks di bilik SPBT pada waktu rehat
atau pada waktu pagi hari rabu dan khamis. Mana-mana pelajar yang tidak mematuhi masa
ini tidak akan dilayan .
Tindakan : SU SPBT

4.5 Unit disiplin memaklumkan kepada ahli mesyuarat antara beberapa penambahbaikankan yang telah
dilakukan hasil perbincangan bersama dengan PK Hem bagi menangani masalah disiplin pelajar
pada tahun 2015. Perkara tersebut ialah :
i) Pelajar tidak dibenarkan masuk ke kelas pada waktu pagi. Pelajar dikehendaki terus berkumpul di
dewan terbuka apabila sampai ke sekolah.
ii) Pada waktu rehat, pelajar juga tidak dibenarkan berada di dalam kelas.
iii) Pagar /grill di tangga akan ditutup pada waktu pagi dan waktu rehat oleh pengawas bertugas.
iv) Pengawas yang bertugas di kantin, koperasi dan tangga akan dibenarkan keluar rehat 5 minit awal.
( Senarai nama pengawas yang bertugas akan diserahkan kepada PK Hem )
Tindakan : SU Disiplin / pengawas
4.6 Guru tingkatan
i) Guru tingkatan diminta mengenalpasti pelajar yang boleh dihantar surat amaran ponteng dan surat
amaran hendaklah dihantar mengikut prosedur. Surat amaran hendaklah disimpan satu salinan di
pejabat dan satu salinan di simpan oleh guru tingkatan.
ii) Guru tingkatan diminta mengingatkan kepada pelajar di dalam kelas mengenai bayaran tambahan
yang perlu dijelaskan iaitu sumbangan PIBG ( dibayar oleh adik ), kebajikan RM 5 ( semua pelajar )
dan kecemerlangan ( semua pelajar tingkatan 3 dan 5 )
iii) Pelajar juga tidak dibenarkan bertukar sekolah di dalam PPD Jeli kecuali bagi pelajar tingkatan 4
yang hendak mengambil aliran sains.
iv) Pengerusi mengingatkan guru tingakatan supaya tidak membawa register keluar dari pejabat.
Kehadiran pelajar hendaklah dicatat setiap hari dan hendaklah ditutup setiap bulan. Jika berlaku
kesilapan di dalam buku tersebut, jangan di liquid. Pelajar yang keluar sebelum pukul 8 dikira tidak
hadir dan mana-mana pelajar yang balik sebelum pukul 11.00 hanya dibenarkan balik bersama
ibubapa/penjaga.
Tindakan : Guru Tingkatan
5.

HAL-HAL LAIN
5.1 PK Hem mengingatkan semua guru supaya sentiasa merujuk beliau sekiranya ada masalah yang
berkaitan dengan unit HEM. Beliau juga mengingatkan guru supaya sentiasa bersedia dengan lawatan
mengejut dan menggunakan panggilan Encik/Puan/ Tuan pada pelawat yang datang.
5.2 Peringatan kepada semua ketua panitia supaya melengkapkan fail sebagai persediaan TASK FORCE
yang akan membuat lawatan ke sekolah.
PENUTUP
a) Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat.
b) Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.00 petang.

Disediakan oleh,
..........................................
(
Noredah Jamiaan
)
Setiausaha
Tarikh : 28 Mei 2015

Disemak Oleh,
...............................
( Normala bt Mohd Hassan )
Pengerusi
Tarikh : 28 Mei 2015

You might also like