You are on page 1of 4

Ujian Objektif

Pengenalan
Ujian objektif ialah suatu jenis ujian terdiri daripada item-item (soalan) yang
memerlukan calon:
1.Memberi jawapan dengan cara menanda, membulat atau menggaris gerak balas
(respon) yang tepat.
2.Melengkapkan ayat dengan perkataan yang sesuai atau memadankan perkarayang
berkaitan dengan menggunakan garis lurus.
Ujian objektif ini mempunyai ciri keobjektifan yang paling tinggi kerana jawapan calon
dapat diperiksa dengan mudah dan tepat.
Jawapan yang sama akan diberi markah yang sama oleh sesiapa yang memeriksanya.
Ujian objektif biasanya dibina dalam dua jenis kumpulan iaitu jenis bekalan dan jenis
pilihan.
ITEM UJIAN OBJEKTIF JENIS BEKALAN
Item ujian objektif jenis bekalan merupakan item respons bebas yang memerlukan
calon memberi jawapan yang pendek atau melengkapkan ayat dengan perkataan yang
tepat.
Item jenis bekalan bolehlah dibina dalam bentuk soalan ataupun kenyataan.
a) Contoh-contoh item objektif berbentuk soalan:
- Siapakah yang digelar Bapa Malaysia?.......................................
- Berapa gram di dalam satu kilogram?........................................
b) Contoh-contoh item objektif berbentuk kenyataan:
- Genggam bara api...... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ...
- Nama ibu negara Malaysia adalah..... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ...
Item objektif jenis pilihan merupakan item respons tetap yang memerlukan calon
menanda, membulat, menggaris atau menyesuaikan gerak balas dengan tepat.
ITEM UJIAN OBJEKTIF JENIS PILIHAN
Bentuk item objektif jenis pilihan biasanya boleh dibina dalam tiga jenis iaitu:
a) Item betul / salah
b) Item padanan
c) Item aneka pilihan

Item betul / salah


Bentuk item betul / salah mengandungi soalan pokok berbentuk kenyataan samada
betul atau salah sebagai pilihan jawapan.
Contoh:
a)Ikan paus merupakan sejenis amfibia.
Betul / Salah
b)Pahang terletak di Malaysia timur.
Betul / Salah
Item padanan
Item ini berbentuk dua kumpulan objek atau perkara yang berkaitan.
Calon dikehendaki menjawab item ini dengan menggunakan garis menanda kedua-dua
objek atau yang berkaitan
Contoh:
a)Suaikan operasi darab dengan jawapannya
Item aneka pilihan
Item ini merupakan bentuk ujian objektif yang paling kerap digunakan dalam ujian dan
peperiksaan.
Bentuk item aneka pilihan ini mengandungi satu pokok item yang berfungsisebagai
soalan dan diikuti dengan beberapa gerak balas yang berfungsisebagai pilihan
jawapan. Antara beberapa pilihan jawapan tersebut, terdapat satu jawapan yang betul.
Item aneka pilihan
Jawapan yang betul ini dinamakan sebagai kunci atau petanda. Gerak balas yang lain
pula dinamakan sebagai pengganggu distraktor.
Contoh:
i)Bentuk aneka pilihan berbentuk soalan:
Yang manakah di antara pernyataan-pernyataan berikut adalah salah?
A.Semua benda hidup boleh bernafas.
B.Semua benda hidup boleh berkumuh.
C.Semua benda hidup bergerak.
D.Semua benda hidup boleh berenang
Item aneka pilihan
ii)Bentuk item aneka pilihan berbentuk ayat tidak lengkap:

Malaysia dibentuk pada tahun__________ .


A. 1956
B. 1957
C. 1959
D. 1963
Item aneka pilihan
iii)Contoh item aneka pilihan berbentuk cantuman:Haiwan yang berdarah panas dan bertelur ialah:
I. Kelawar
II. Burung
III. Itik
IV. Buaya
A.I dan II sahaja
B.II dan III sahaja
C.III dan IV sahaja
D.I dan III sahaja
ARAS KEMAHIRAN ITEM OBJEKTIF ANEKA PILIHAN
PEMBINAAN ITEM UIJAN OBJEKTIF

1.Aras Pengetahuan
Siapakah Perdana Menteri Malaysia yang kelima?
A.Tun Mahathir
B.Tun Abdul Razak
C.Datuk Sri Abdullah Ahmad Badawi
D.Tun Hussein Onn
2.Aras Kefahaman
Hassan jarang lewat datang ke sekolah. Maksud perkataan lewat ialah?
A. Cepat
B. Tepat
C. Lambat
D. Lebih
3.Aras Aplikasi
Jangan pedulikan jemputan Ali kerana dia________________ sahaja.
A. Ajak-ajak ayam
B. Cakar ayam
C. Cakap angin
D. Cakap kosong
4.Aras Analisis
Perbezaan kubus dan kuboid adalah kuboid mempunyai_______________
A. Enam permukaan yang berbeza
B. Sisi yang berbeza
C. Isipadu yang lebih besar
D. Bucu yang lebih kecil

5.Aras Sintesis
Sekumpulan haiwan mempunyai sifat-sifat berikut:
Berdarah sejuk
Bernafas dengan kulit dan paru-paru
Bertelur dan persenyawaan di luar
Rupa anak tidak serupa dengan ibu bapa
Kumpulan haiwan yang dimaksudkan ialah:
A. Mamalia
B. Amfibia
C. Reptilia
D. Ikan
6.Aras Penilaian
Di antara pendekatan-pendekatan berikut, yang manakah PALING berkesan digunakan
untuk menyerap nilai-nilai murni dalam jiwa kanak-kanak?
A. Asuhan di rumah
B. Pengajaran di sekolah
C. Aktiviti kokurikulum
D. Budaya sekolah
PRINSIP-PRINSIP MEMBINA ITEM JENIS BETUL-SALAH
1. Kenyataan betul atau salah hendaklah berkaitan dengan perkara-perkara penting
sahaja.
2. Kenyataan yang digubal itu hendaklah benar-benar betul atau benar-benar salah
sahaja.
3. Jangan membina kenyataan yang terlalu nyata betul atau terlalu nyata salah kerana
ini tidak akan benar-benar menguji calon secara objektif.
4. Pada prinsipnya, gubal lebih banyak kenyataan dalam bentuk salah daripada
kenyataan yang betul, kerana ramai calon biasanya lebih cenderung memilih betul
sebagai jawapan apabila mereka kurang pasti sama ada kenyataan itu betul atau
salah.
5. Elakkan daripada menggunakan perkataan seperti semua, tiap-tiap, hanya dan
sebagainya yang merupakan petunjuk kepada salah atau benar kenyataan
tersebut.
6. Elakkan menggunakan kenyataan-kenyataan yang dipetik sebulat-bulatnya
daripada buku teks. Ini akan menolong calon menjawab soalan tanpa berfikir
panjang
PRNISIP-PRINSIP MENULIS ITEM ANEKA PILIHAN
1. Pokok soalan harus ditulis dalam bahasa yang mudah difahami.
2. Pokok soalan yang berbentuk negatif haruslah dikurangkan atau dielakkan
langsung.
3. Pilihan jawapan atau gerak balas hendaklah ditulis sejajar dengan pokok soalan.

You might also like