You are on page 1of 4

PK07 Pengurusan Mesyuarat

PK 07/3
SEKOLAH KEBANGSAAN PENGKALAN BESAR
MINIT MESYUARAT PERSIAPAN AKHIR TAHUN SESI 2014
Tarikh

: 9 NOVEMBER 2014

Masa

: 1.20 PETANG

Tempat

: BILIK KOMPUTER S.K.P.B

Pengerusi

: TUAN HAJI YAHYA BIN RAKAM (GURU BESAR SKPB)

Kehadiran(Bilangan) : 11/13 ORANG


Turut Hadir (Jika ada) : 1

PERUTUSAN PENGERUSI

Tuan Haji Yahya Bin Rakam (Guru Besar SKPB)


Alu-aluan : Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua guru SKPB
ke mesyuarat bagi persipan akhir tahun 2014.
1.1

Pengerusi merakamkan ucapan terima kasih kepada


semua yang hadir ke mesyuarat pengurusan sekolah pada
petang ini. Beliau memaklumkan beberapa perkara penting yang
perlu diambil tindakan.
Tindakan : Makluman
1.2

Pengerusi memaklumkan bahawa persiapan markah bagi


peperiksaan akhir tahun perlu disiapkan sebelum Hari Anugerah
Kecemerlangan diadakan. Beliau memohon agar bagi mata
pelajaran bukan teras terbaik, kedudukan dalam kelas terbaik dan
lonjakan saujana turut diberikan hadiah bagi setiap tahun.
Tindakan : Makluman

1.3

Pengerusi meminta agar semua dokumen bagi murid-murid


Tahun 6 diletakkan dalam satu fail agar tersusun dan kemas.
Tindakan : Penyelaras Tahun 6

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

PK07 Pengurusan Mesyuarat

2.0

1.4

Selain itu, hadiah bagi cemerlang kokurikulum dan tokoh murid


diberikan untuk satu murid lelaki dan satu murid perempuan.
Tidak lupa juga bagi pembaca terbanyak untuk Tahap 1 dan
Tahap 2.
Tindakan : Makluman

1.5

Pengerusi memohon kepada semua guru agar membuat analisis


soalan selepas peperiksaan bagi tujuan panduan untuk membuat
penambahbaikan.
Tindakan : Makluman

MEMBENTANGKAN DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT


2.1 Setiausaha membentangkan minit mesyuarat pengurusan sekolah
kali 7 2014.
2.2 Puan Norzila mencadangkan Minit Mesyuarat Pengurusan
Sekolah kali 7 disahkan dan Encik Abd Latif menyokong.

3.0

PERKARA BERBANGKIT DAN MAKLUM BALAS


Tiada.

4.0

PEMBENTANGAN KERTAS-KERTAS KERJA


Tiada.

5.0

HAL-HAL LAIN
5.1. Puan Norzila memaklumkan bahawa pemulangan buku teks dan
pengambilan buku teks bagi sesi 2015 akan diadakan pada 17
November 2014. Bagi buku yang hilang atau rosak perlu diganti.
Beliaun memohon kepada guru kelas bagi memastikan semua
buku lengkap dan sempurna.
Tindakan: Semua guru kelas

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

PK07 Pengurusan Mesyuarat

5.2

Puan Noraishah memaklumkan agar fail SPSK dijadikan amalan


berterusan bagi membuat penambahbaikan bagi setiap tahun. Oleh
itu, guru-guru yang dipertanggungjawabkan hendaklah memastikan
agar maklumat-maklumat sentiasa dikemaskini dari masa ke masa.
Tindakan: Makluman

5.3

Beliau juga memberi peringatan agar perancangan strategik 2015,


pelan taktikal,pelan operasi dan analisa SWOT diletakkan di dalam
fail panitia bagi setiap matapelajaran.
Tindakan: Makluman

5.4 Encik Abd Latif (PGB HEM) meminta agar semua guru kelas
melengkapkan buku kedatangan murid sebelum sesi persekolahan
2014 berakhir. Selain itu, guru kelas juga diminta agar membuat
senarai semak bagi keperluan kelas seperti penyapu, tong sampah,
pembaris panjang, penyodok dan lain-lain.
Tindakan: Semua guru kelas
5.5 Puan Noraishah memaklumkan agar semua guru perlu
mengemaskini data LDP di one stop data centre bagi yang telah
menghadiri kursus KSSR bagi matapelajaran Tahun 5 2015.
Tindakan: Makluman
5.6

Puan Suziaton memaklumkan bahawa Kedai Buku akan dibuka


pada 24 Disember 2014 bagi tujuan penjualan buku sesi 2015.
Semua guru matapelajaran perlu menentukan buku latihan yang
akan digunakan kelak.
Tindakan: Makluman

PENUTUP
Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor
19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

PK07 Pengurusan Mesyuarat

Pengerusi mengucapkan terima kasih atas keprihatinan semua guru dalam


mesyuarat pada kali ini.
Tindakan : Makluman
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.40 petang

Disediakan oleh,
..........................................
(NOR ATIKAH ZAKARIA )
Setiausaha Kurikulum
Sekolah Kebangsaan Pengkalan Besar
Tarikh 9 November 2014

Disemak Oleh,
................................
(HJ YAHYA BIN RAKAM)
GURU BESAR
Sekolah Kebangsaan Pengkalan Besar
Tarikh : 9 November 2014

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

You might also like