You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT PANITIA KIMIA

SEKOLAH MENENGAH TEKNIK JOHOR BAHRU


BIL 1/2008
Tarikh
: 8 Januari 2008
Masa
: 10.10 10.40 pagi
Tempat: Bilik Guru
Kehadiran :
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

En Sheikh Ahmad Kamal Bin Sheikh Abdullah


En Noraini Bin Siis (wakil pengetua)
Pn Phang Geok Chin
En Sihat Bin Md Amin
Pn Siti Hurul Aini Bte Jailani
Cik Siti Aidatul Azwen Bte Bidin
Cik Nurul Ashadiah Bte Othman

Agenda :
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
Bil
1

Kata Alu-aluan Pengerusi mesyuarat.


Pengesahan minit mesyuarat.
Perkara berbangkit.
Post Mortem Peperiksaan Akhir Tahun 2007.
Program Peningkatan Prestasi untuk tahun 2008
PEKA Kimia.
Hal-hal lain.
Agenda
Kata alu-aluan Pengerusi mesyuarat
1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran
guru-guru kimia yang dapat meluangkan sedikit masa
untuk mesyuarat panitia hari ini.
1.2 Pengerusi mengharapkan kerjasama guru-guru kimia
kepada ketua panitia baru kerana Pn Norhaida telah
berpindah mengikut suami ke SMK Bedong, Kedah.
1.3 Pengerusi mengharapkan guru-guru lama dapat
membimbing guru-guru baru dalam P& P.
1.4 Pengerusi menyatakan bahawa kita telah kehilangan
dua guru yang sangat berpengalaman iaitu Pn
Norhaida dan Mr Eng Nguan Hong.
1.5 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran En Noraini Siis
sebagai Guru Kanan Sains dan Matematik yang baru.

Tindakan

Pengesahan Minit Mesyuarat


2.1 En Sihat mencadangkan agar minit mesyuarat Bil
3/2007 di sahkan dan di terima.
2.2 Di sokong oleh Cik Siti Aidatul Azwen

Tiada perkara berbangkit di bincangkan

Post Mortem Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 4, 2007


3.1 Keputusan Peperiksaan Setengah Tahun 2007 adalah
seperti berikut:
Peratus Lulus = 98.11 %
GPK = 4.05
3.2 Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun 2007 adalah
seperti berikut:
Peratus Lulus = 87.46 %
GPK = 5.79
3.3 Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun 2006 adalah
seperti berikut:
Peratus Lulus = 62.75 %
GPK = 7.40
3.4 Secara amnya, terdapat penurunan keputusan
daripada Peperiksaan Setengah Tahun ke Peperiksaan
Akhir Tahun. Tetapi terdapat peningkatan dari segi
perbandingan dengan tahun 2006.
3.5 Secara keseluruhannya di dapati pelajar kurang
bersedia dengan Peperiksaan Akhir tahun dan ini
menyebabkan keputusan peperiksaan menurun.
3.6 Di dapati juga penguasaan Bahasa Inggeris pelajar
tingkatan 4, 2008 lebih baik berbanding pelajar
tingkatan 5, 2007.
3.7 Pelajar perlu di dedahkan kepada soalan-soalan
bertulis dalam setiap tajuk serta mengulangkaji tajuk
tingkatan 4 dengan lebih lama.
3.8 Pelajar juga perlu di dedahkan dengan penulisan
soalan esei.

Program Peningkatan Prestasi untuk tahun 2008


4.1 Mengadakan modul ulangkaji kepada semua pelajar
Tingkatan 4 dan 5. Modul Tingkatan 4 akan di
sediakan oleh Cikgu Sihat manakala modul Tingkatan

Semua guru kimia

5 di adakan oleh Cikgu Sheikh.


4.2 Mengadakan Teknik Menjawab Soalan sebanyak 3
kali pada tahun ini.
4.3 Mengadakan Kelas Tambahan pada waktu petang dan
kelas ini mengutamakan ulangkaji serta P & P untuk
mempercepatkan pengajaran tajuk dalam kimia.
4.4 Mengadakan soalan masa cuti serta soalan ulangkaji
mingguan.
6

PEKA Kimia
6.1 Guru-guru mesti menyiapkan fail PEKA pelajarpelajar dengan secepat mungkin kerana pemantauan
penaksir PEKA akan di adakan pada bulan mac 2008
6.2 Guru-guru baru yang belum mahir dalam penaksiran
PEKA akan di beri taklimat kemudian oleh ketua
panitia.
6.3 Guru perlu menyediakan laporan PEKA sekurangkurang seperti berikut:
Tingkatan 4 2 laporan
Tingkatan 5 3 laporan
6.4 Fail Pengurusan Guru perlu di kemaskinikan

Hal-hal lain
7.1 Membincangkan penyediaan soalan untuk ujian dan
peperiksaan seperti di lampirkan.
7.2 Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Percubaan adalah
mengikut anjuran JPT atau akan di sediakan secara
dalaman.
7.3 Guru-guru di minta memberi kerja sama untuk
menghabiskan sukatan tingkatan 4 dengan seberapa
segera.
7.4 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada
guru-guru kimia dan berharap agar kecemerlangan
prestasi kimia dapat di kekalkan.

Penutup
Mesyuarat di tangguhkan pada pukul 11.00 pagi.
Di sediakan oleh:
Pn Siti Hurul Aini Bte Jailani
Setiausaha Mesyuarat Panitia Kimia
SMTJB

You might also like