You are on page 1of 6

EMPIRICISME

Oleh : Muhamad Tassim Bin zainal


1.0 EPISTIMOLOGI
Perkataan "empiricism" berasal dari perkataan Yunani (impeiria), bermaksud
"pengalaman".Aristotle

(384-322)

menyatakan,

sejumlah

besar

pengetahuan

memasuki minda melalui deria. Menekankan peranan pengalaman dan bukti, persepsi
deria terutamanya, dalam pembentukan idea, dan berhujah. Menurut Aristotle,
keseluruhan disiplin, yang melibatkan sains, geologi, biologi, meteorologi, dan botani
dibina atas pengetahuan (empiricism).
Menurut Alan Lacey (1996), Empirisme adalah satu aliran dalam falsafah yang
berpandangan bahawa pengetahuan secara keseluruhan atau parsial didasarkan kepada
pengalaman yang menggunakan pancaindera dan pengalaman yang dilalui oleh
seseorang individu atau manusia.
David hume (1711-1776), menyatakan deria hanya memberikan sejumlah kecil
pengetahuan.deria adalah terhad. (tanggapan terpencil dan minda palsu menganjurkan
kepada generalisasi saintifik). Bagi home, betapa teliti satu, dua atau seratus buah
anggur diperiksa, tidak ada kesan rasa grapeness, ciri-ciri umum bahawa anggur
memegang persamaan. Sedikit tentang data dan tidak mempunyai generalisasi yang
besar terhadap pandangan sains Aristotle.
Thomas Hobbes (1588-1679) menyatakan, pengalaman itu adalah keseluruhan
segala pengamatan yang disimpan didalam ingatan dan digabungkan dengan
pengharapan pada masa akan datang, sesuai dengan apa yang telah diamati pada masa
yang lampau. Hal ini merupakan penerangan kepada kita bahawa pengalaman
merupakan satu titik permulaan ilmu atau pengetahuan kepada manusia.
John Locke (1632-1704) memperkembangkan lagi aliran ini dengan menyatakan
bahawa, segala pengetahuan datang dari pengalaman dan tidak lebih dari itu. Bagi
Locke, akal manusia bersifat pasif dan taidak ubah seperti kertas yang kosong ketika
penerimaan ilmu. Akal akan mentafsirkan sesuatu ilmu yang datangnya daripada
pengalaman.

Oleh yang demikian, dapat dirangkumkan bahawa empiricism ini merupakan salah
satu sumber ilmu berteraskan pengalaman melalui pancaindera dan deria manusia
dalam ilmu falsafah barat.
2.0 TOKOH EMPIRICISME
a. Jonh Locke (1673-1704)
Beliau lahir pada tahun 1632 di Bristol England dan meninggal dunia pada tahun 1704
di Oates England. Locke juga merupakan pakar dalam politik, ilmu alam, dan
kedoktoran. Pemikiran John Locke diterjemah di dalam tiga kitab ilmiahnya, An essay
concerning human understanding (1600), letters on tolerantion (1689) dan Two
treatises on government (1690).
Segala sesuatu berasal dari pengalaman inderawi, bukan budi (otak). Otak tak lebih
dari sehelai kertas yang masih putih, baru melalui pengalamanlah kertas itu terisi.
Dengan demikian dia menyamakan pengalaman batiniah (yang bersumber dari akal
budi) dengan pengalaman lahiriah (yang bersumber dari empiri).
- John Locke (1673-1704) b. David Hume (1711-1776).
David Hume lahir di Edinburg, Scotland pada tahun 1711 dan meninggal dunia pada
tahun 1776 di kota yang sama. Hume seorang yang menguasai hukum, sastra dan juga
falsafah. Karya tepentingnya ialah An encuiry concercing human understanding
(1748) dan An encuiry into the principles of moral (1751).
Kata Hume, saya selalu memiliki persepsi pada setiap pengalaman saya .
Dari ungkapan ini Hume menyampaikan bahawa seluruh pemikiran dan pengalaman
tersusun dari rangkaian-rangkaian kesan (impression). Pemikiran ini lebih maju
selangkah dalam merumuskan bagaimana sesuatu pengetahuan akan terungkai dari
pengalaman, iaitu melalui sesuatu institusi dalam diri manusia dan kemudian menjadi
pengetahuan. Di samping itu pemikiran Hume ini merupakan usaha untuk
menganalisis agar empiricime dapat di rasionalkan teutama dalam pemunculan ilmu

pengetahuan yang di dasarkan pada pengamatan dan ujikaji, kemudian menimbulkan


kesan-kesan dan akhirnya menjadi ilmu pengetahuan.
2.0 SUMBER ILMU: EMPIRICISM
Setelah mengalami perkembangan ilmu yang luas, ahli falsafah barat telah
bergerak dan mencapai sesuatu sumber ilmu yang berlainan daripada tema yang
dibawa oleh Descartes. Kebanyakan ahli falsafah ketika itu mempunyai fahaman yang
sama di bawa oleh Francis Bacon, iaitu aliran empirisme, yang memberi tekanan
kepada empiri atau pengalaman sebagai sumber pengenalan ilmu. Dalam hal ini,
mereka sebenarnya tidak menolak sepenuhnya aliran rasionalisme. Kenbanyakan
mereka juga berpendapat bahawa empiricism dan rasionalisme adalah aliran atau
fahaman yang saling terkait antara satu sama lain.
Pada abad ke-17, Thomas Hobbes (1588-1679) merupakan individu pertama yang
mengikuti aliran empiricism di tanah inggeris. Beliau telah menyusun satu sistem
yang lengkap tentang ajaran empiricism ini. Beliau menyatukan aliran empiricism
dengan rasionalisme dalam bentuk satu ajaran falsafah yang konsekuen pada zaman
moden. Baginya, filmu falsafah itu bersifat umum yang mampu memberikan
penjelasan atau jawapan untuk sesuatu hokum alam.
Menurut Hobbes lagi, manusia dikelilingi oleh objek-objek atau perkara-perkara
bendawi yang mampu diamati padanya. Kita juga mampu menerangkan tentang
sesuatu perkara itu selepas kita melalui dengan pengalaman, merasai dengan deria,
dan mengamati dengan fikiran. Dengan cara itu kita mampu menghuraikan tentang
perkara-perkara alamiah. Impaknya, ia sebenarnya membantu manusia untuk
membuat keputusan sekaligus menjadi salah satu cabang ilmu pengetahuan kita.
Selepas itu, aliran empiricism diperkembangkan oleh John Locke (1632-1704).
Locke menentang keras teori rasionalisme Descartes. Manusia dilahirkan dengan tiada
asas ilmu. Manusia akan mula mengenal sesuatu dengan pengalaman yang mereka
lalui. Manusia akan mula mentafsir ilmu dengan pengalaman tentang ilmu tersebut.
John Locke berpendapat, yang paling penting bukanya metafizik manusia dimana roh
dan sifat manusia itu, tetapi yang paling penting adalah bagaimana manusia itu mula
megenal sesuatu. Melalui semua kajian dan pengamatan semua tokoh empiricism
diatas, empiricism boleh dibahagikan kepada beberapa jenis.

Pertama adalah aliran Empirio-Kritisisme, aliran ini disebut juga sebagai


Machisme. Ia salah satu aliran yang bersifat subjektif dan idealistik. Aliran ini
mentafsirkan bahawa dunia ini sebagai kumpulan neutral. Antara tokoh empiricisme
yang terkenal dalam idea ini adalah Berkeley dan David Hume. Aliran ini juga sangat
anti- kepada falsafah metafizik.
Jenis yang kedua, adalah Empirisme Logik. Dalam idea ini ia menghuraikan
empiricism kepada penyelesaian masalah menggunakan ilmu logik atau pemikiran
logik manusia. Idea ini berpegang kepada prinsip sesuatu pengalaman itu perlu ada
sebelum membuat sesuatu kesimpulan.
Yang terakhir ialah Empiris Radikal. Idea ini adalah yang paling terkenal jika
dibandingkan dengan jenis empiricism yang lain. Idea ini mengetengahkan
pengalaman melalui pancaindera sebagai asas kepada ilmu pengetahuan. Idea ini
perpegang kuat dengan prinsip asa;l empiricism dimana pengalaman merupakan satu
tali pengenalan kepada ilmu pengetahuan manusia.
Jika dinilai secara total, sumber ilmu melalui pengalaman ini telah melalui evolusi
yang panjang daripada peringkat asas idea ini dibentuk sehinggalah ke peringkat
praktikal nya. Secara amnya, empiricism ini mempunyai nilai dan prinsip yang kontra
dengan

ajaran rasionalisme. Setiap ahli falsafah yang berpegang dengan ajaran

empiricism mahupun rasionalisme mempunyai sebab dan hujah mereka yang


tersendiri untuk memperkukuhkan pendirian masing-masing. Dan inilah ciri-ciri ahli
falsafah yang hebat dimana sifat mereka yang cintakan kebijaksanaan dan berbahas
melalui ilmu dan hujah konkrit.

3.0 PERBAHASAN ANTARA EMPIRICISME DAN RASIONALISME


Kedua-dua cabang ilmu ini mempunyai tokoh falsafah nya yang tersendiri.
Contohnya, Rene Descartes (1569-1650) dan De Spinoza (1632-1677) merupakan
tokoh terkenal dalam fahaman rasionalisme. Manakala Thomas Hobbes (1588-1679)
dan John Locke (1632-1704) pula merupakan tokoh falsafah terkenal untuk ajaran
Empiricisme.

Pendirian ahli rasionalis berpendapat bahawa pengalaman itu hanya sejenis


perangsang kepada ilmu bawaan (innate ideas) dan bukan nya sumber utama dalam
ilmu pengetahuan. Para rasionalis juga menyatakan bahawa pancaindera manusia
adalah terbatas. Maka, pengetahuan manusia juga terbatas. Bagi mereka lagi,
pancaindera manusia juga boleh menipu. Contohnya, fatamorgana dimana kadangkala
kita melihat objek yang tidak wujud jauh di depan kita. Sedangkan objek itu
sebenarnya hanyalah ilusi yang terhasil daripada pelbagai faktor.
Dipihak empiris, mereka berhujah menyatakan teori rasionalisme adalah teori
yang mempunyai banyak percanggahan. Mereka optimis bahawa analisis mereka
dimana ilmu pengetahuan itu berteraskan pengalaman dan pancaindera bercanggah
dengan prinsip idea bawaan oleh pihak rasionalis. Para tokoh empiris juga
menyatakan bahawa ilmu deduktif pihak rasionalis sangat bertentangan dengan realiti
kehidupan yang sedang berjalan. Contohnya, teori ahli rasionalis menyatakan bahawa
manusia dilahirkan dengan kemampuan dan ilmu yang tersendiri dan sedia ada
sedamgkan, realitinya semua manusia dilahirkan dengan keadaan buta huruf dan tidak
tahu membaca. Persoalannya, manakah idea atau ilmu bawaan yang dikata kan oleh
ahli rasionalis ini ?
Sememangnya, wujud percanggahan diantara kedua-dua fahaman berkaitan
sumber ilmu ini. Namun sebagai seorang ahli falsafah, ketidaksamaan itu juga mampu
memberi impak kepada bidang ilmu falsafah itu sendiri. Hal ini dapat dilihat apabila
wujud cabang-cabang falsafah yang menerangkan diantara metafizik dimana
persoalan tentang roh dan supernatural manusia dikaji dan bidang ilmu falsafah yang
berkaitan dengan bendawi ataupun ontologi mampu dihuraikan dengan jelas oleh ahli
falsafah yang juga mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing.

RUJUKAN
1. Harun Hadiwijono. 1980. Sari Filsafat Barat. Yogyakarta. Penerbit Kanisius.
2. Alan Lacey. 1996. Dictionary Of Philosophy.

You might also like