You are on page 1of 2

Review jurnal

What are the major findings of the study?


Penyelidik telah menjalankan satu kajian statistik inferensi dengan menggunakan ujian signifikan
untuk menguji hipotesis kajian. Penyelidik menggunakan ujian -t. Melalui ujian statistik ini
penyelidik menolak hipotesis nul dan memutuskan bahawa terdapat kesan penyeliaan klinikal
yang signifikan terhadap prestasi pengajaran guru berdasarkan RPH, set induksi, penyampaian
dan perkembangan pelajaran, teknik penyoalan, penglibatan murid, peneguhan, latihan dan
tugasan murid, pemeriksaan latihan dan tugasan murid, penutupan pengajaran dan pengurusan
kelas. Secara keseluruhannya kajian ini telah mendapati bahawa penyeliaan klinikal memberi
kesan terhadap peratus keseluruhan aspek pengajaran guru di dalam bilik darjah. Menurut
penyelidik, hasil kajian ini adalah sama dengan hasil kajian penyelidik-penyelidik terdahulu yang
turut menegaskan bahawa penyeliaan pengajaran yang dilaksanakan di sekolah dapat
meningkatkan tahap perkembangan pengajaran. Menurut penyelidik lagi, kesan penyeliaan
klinikal ini membolehkan guru membuat pengubahsuaian amalan pengajaran yang baik dan
berkesan. Dari aspek pengurusan kelas, kajian ini mendapati bahawa penyeliaan klinikal ini
dapat meningkatkan keberkesanan pengurusan bilik darjah. Menurut kajian penyelidik ini juga
didapati guru-guru yang diperhatikan telah menunjukkan bahawa penyeliaan klinikal membantu
meningkatkan tahap profesionalisme guru. Daripada kajian ini juga mendapati guru perlu diberi
perhatian semasa menggunakan sudut mata pelajaran dan juga memastikan pelajar membawa
peralatan atau bahan yang diperlukan ke sekolah. Namun begitu, penyelidik juga mendapati hasil
kajian ini bercanggah dengan dapatan beberapa kajian penyelidik terdahulu yang mengatakan
amalan penyeliaan yang menggunakan pendekatan klinikal tidak efektif di mana proses terakhir
dalam pencerapan tidak dilaksanakan dengan sempurna oleh penyelia. Tetapi secara
keseluruhannya, penyelidik bertegas mengatakan bahawa aktiviti penyeliaan klinikal dapat

meningkatkan kualiti pengajaran guru di mana tanpa bimbingan dan bantuan, guru tidak dapat
berubah dan meningkatkan kualiti pengajaran sejajar dengan perkembangan bidang ilmu
pendidikan di dunia masa kini. Akhir sekali penyelidik memberi cadangan agar dibuat kajian
dalam aspek yang memberi kesan terhadap prestasi keseluruhan pengajaran guru terutamanya
aspek latar belakang dan latihan guru yang telah diterima serta aspek persepsi guru terhadap
amalan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

You might also like