You are on page 1of 6

Jadual A.6.

4
Negara asal

Indonesia
Banglades
h
Nepal
Lain-lain

Jantina

Lelaki
Perempuan
Jumlah
Jantina
Lelaki
Jumlah
Jantina
Lelaki
Jumlah
Jantina
Lelaki
Perempuan
Jumlah
Jumlah

Gaji dan peluang pekerjaan di


Malaysia lebih lumayan
Setuju
Tidak setuju
25
52
77
15
15
6
6
2
1
3
101

2
2
4

Jumlah

27
54
81
15
15
6
6
2
1
3
105

Peratusa
n
(%)
77.10
14.29
5.71
2.90
100

Jadual di atas menunjukkan pekerja dari Indonesia yang bersetuju bahawa gaji dan
peluang pekerjaan di Malaysia lebih lumayan mencatatkan jumlah tertinggi iaitu seramai 77
(76.23%) orang berbanding pekerja asing dari negara yang disenaraikan. Berdasarkan jumlah
ini, pekerja perempuan terdiri daripada 52 (51.5%) orang dan pekerja lelaki terdiri daripada
25 orang daripada jumlah keseluruhan seramai 101 orang dan peratusan sebanyak 77.10 %.
Berdasarkan hasil kajian di atas, perbezaan gaji di Malaysia lebih tinggi berbanding
dengan Indonesia disebabkan kepesatan pembangunan ekonomi dan Malaysia menghadapi
buruh kurang mahir menunjukan bilangan buruh dari Indonesia paling ramai bersetuju
bahawa gaji dan peluang pekerjaan di Malaysia adalah lebih lumayan. Perbezaan kadar upah
di tempat asal dengan negara yang dituju juga mendorong mereka untuk berhijrah di mana
pekerja asing datang ke Malaysia untuk mendapatkan pekerjaan dan kadar upah yang tinggi
berbanding dengan negara asal seperti yang telah dinyatakan dalam kajian Che Hashim
Hassan (2009) bahawa kadar upah di Malaysia dengan kadar upah di Indonesia adalah lebih
10 kali ganda.

Jadual A.6.5

Negara asal

Indonesia

Jantina

Lelaki
Perempuan
Jumlah
Bangladesh Jantina
Lelaki
Jumlah
Nepal
Jantina
Lelaki
Jumlah
Lain-lain Jantina
Lelaki
Perempuan
Jumlah
Jumlah

Bagaimana anda mendapat informasi


tersebut
Keluarga
Rakandan
rakan yang Media
Chalo
saudaraPernah
massa
atau
mara
datang ke
agensi
malaysia
10
11
2
4
31
22
0
1
41
33
2
5
1
7
2
5
1
7
2
5
4
2
4
2
1
1
0
1
1
2
43
46
4
12

Jumlah Peratusan
(%)

27
54
81
15
15
6
6
2
1
3
105

Berdasarkan jadual A.6.5 di atas, maklumat daripada rakan-rakan yang pernah datang
ke Malaysia mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 43.80 % menunjukkan bahawa pekerja asing
mendapatkan informasi negara yang ingin ditujui (Malaysia). Daripada jumlah ini, seramai
33 orang (71.74%) adalah daripada Indonesia dan bilangan paling rendah adalah 2 orang
(4.3%) daripada negara lain-lain. Pekerja asing yang datang ke Malaysia dengan
menggunakan perkhidmatan Chalo atau agensi menunjukan jumlah yang rendah iaitu 12
orang (11.42%). Ini selaras dengan kajian yang dilakukan oleh Fauzi Sukimi (2009) yang
mendapati bahawa kejayaan seorang migran di Malaysia akan mengundang minat rakan
senegaranya untuk datang ke Malaysia. Selain itu, kemasukan warga asing di Malaysia
adalah disebabkan oleh saluran-saluran daripada pihak agensi, saudara-mara dan media sosial
yang dianggap memainkan peranan yang cukup penting dalam menyalurkan maklumat serta
mempengaruhi pemikiran rakyat negara mereka untuk berhijrah (Bukhory Ismail & Ismail
Sulaiman, 2007). Kajian yang dilakukan oleh White dan Woods (1980), mendapati seseorang
individu yang ingin berhijrah akan menjadikan golongan migran yang lain sebagai model
kelakuan atau proses membuat keputusan dengan berpandukan sumber yang boleh dipercayai
berkenaan peluang pekerjaan dan kemudahan yang ada di setiap tempat ingin dihijrah.

77.14
14.29
5.71
2.86
100

Jadual A.6.7

Negara asal

Indonesia

Jantina

Lelaki
Perempua
n
Jumlah
Bangladesh Jantina
Lelaki
Jumlah
Nepal
Jantina
Lelaki
Jumlah
Lain-lain
Jantina
Lelaki
Perempua
n
Jumlah
Jumlah

Adakah anda bersetuju


dengan kerajaan
Malaysia menggalakkan
kemasukan pekerja
asing
Setuju
Tidak
setuju
22
5
36
18

Jumlah

Peratusan
(%)

27
54

58
14
14
5
5
1
0

23
1
1
1
1
1
1

81
15
15
6
6
2
1

77.14

1
78

2
27

3
105

2.86
100

14.29
5.71

Berdasarkan jadual di atas, seramai 78 (74.3%) orang pekerja asing daripada negara
terpilih bersetuju bahawa kerajaan Malaysia menggalakkan kemasukan pekerja asing ke
Malaysia. Daripada jumlah ini, pekerja asing daripada Indonesia sekali lagi mencatatkan
jumlah tertinggi iaitu 58 orang (74.4%) manakala Bangladesh adalah sebanyak 14 orang
(18%), Nepala seramai 5 orang (6.41 %) dan lain-lain negara adalah hanya seorang sahaja
(1.28%)
Penglibatan pekerja asing tidak menyekat peluang pekerjaan pekerja tempatan, malah
ia dapat membantu dalam membangunkan ekonomi negara. Menurut Timbalan Menteri
Sumber Manusia, Datuk Abdul Rahman Bakar, ini kerana kebanyakan pekerja asing terlibat
dalam sektor yang memerlukan tenaga kudrat atau kategori yang dianggap kotor, bahaya dan
sukar dan tidak diminati oleh rakyat tempatan.19 Sekarang ini, lebih empat juta orang pekerja
asing berada di negara ini dan kebanyakannya mereka terlibat dalam enam sektor;
pembuatan, perladangan, pembantu rumah, pembinaan, perkhidmatan dan pertanian. 20
Bilangan pekerja asing yang banyak itu menandakan bahawa sebenarnya negara kita amat

bergantung kepada buruh asing dalam proses pertumbuhan dan pembangunan negara. Tanpa
sumbangan buruh asing, terutamanya dalam sektor pembinaan, pembuatan, pertanian dan
perkhidmatan pembantu rumah, ekonomi negara tidak dapat berkembang dengan cepat.
Malaysia sebuah Negara yang sedang pesat membangun dan mempunyai projek
pembangunan dalam hampir semua sektor ekonomi. Negara kita mengalami kekurangan
tenaga kerja terutamanya dalam sektor pertanian, pembinaan, kilang dan perkhidmatan. Kita
memerlukan tenaga kerja untuk membantu mengusahakan ladang kelapa sawit, ladang getah,
sawah padi, nelayan dan juga penternakan. Kita juga memerlukan tenaga kerja untuk
membantu di sektor pembinaan di mana kita tidak cukup buruh mahir bagi bekerja di sektor
tersebut. Kita memerlukan ramai pekerja untuk bekerja di kilang-kilang yang pesat
pertumbuhannya sekarang ini. Di sektor perkhidmatan, terutamanya perkhidmatan pembantu
rumah, pencucian pejabat dan kawasan dan perkhidmatan buruh kasar. Kedatangan pekerja
asing tersebut dapat menampung kekurangan tenaga kerja dalam sektor-sektor yang
disebutkan. Malaysia mendapat faedah bagi menampung kekurangan tenaga kerja dan dapat
meneruskan pengeluaran dan perkhidmatan ke peringkat yang maksima. Di samping itu,
firma-firma di Malaysia dapat mengurangkan tekanan kenaikan kadar upah akibat
kekurangan tenaga buruh. Permintaan terhadap buruh dapat ditampung oleh penawaran buruh
di pasaran. Jika tidak kerana kemasukan pekerja asing, firma-firma terpaksa membayar kadar
upah yang lebih tinggi kepada buruh tempatan dan tidak dapat memenuhi keperluan mereka
sehingga firma-firma tidak akan dapat memaksimumkan pengeluaran dan keuntungan
mereka.
Jadual A.6.8

Negara asal

Indonesia

Bangladesh
Nepal
Lain-lain

Jantina

Lelaki
Perempua
n
Jumlah
Jantina
Lelaki
Jumlah
Jantina
Lelaki
Jumlah
Jantina
Lelaki

Proses untuk
mendapatkan permit
kerja/ visa dari Pejabat
Imigresen Malaysia
lebih mudah dan cepat
Setuju
Tidak
setuju
15
12
40
14
55
7
7
4
4

26
8
8
2
2
2

Jumlah

Peratusan
(%)

27
54
81
15
15
6
6
2

77.14
14.29
5.71

Perempua
n
Jumlah
Jumlah

66

3
39

3
105

2.86
100

Berdasarkan jadual di atas, seramai 66 orang (62.86%) pekerja asing bersetuju


bahawa proses untuk mendapatkan permit kerja atau visa dari Pejabat Imigresen Malaysia
adalah lebih mudah dan cepat manakala seramai 39 orang (37.14 %) adalah tidak setuju.
Daripada jumlah ini, 55 orang (52.34%) adalah daripada Indonesia, 7 orang (6.67%) daripada
Bangladesh, 4 orang (3.81 %) daripada Nepal yang bersetuju.
Pekerja asiang yang memasuki Malaysia secara sah dapat dikategori berdasarkan permit kerja
yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa Imigresen. Terdapat tiga jenis permit yang dikeluarkan
iaitu pas lawatan kerja sementara, pas lawatan kerja Prosesional dan pas penggajian. Bagi pas
lawatan kerja sementara akan dikeluarkan kepada pekerja kurang mahir dan separuh mahir
yang berumur antara 18 hingga 45 tahun.

Negara asal

Indonesia
Bangladesh
Nepal

Lain-lain

Jantina

Lelaki
Perempuan
Jumlah
Jantina
Lelaki
Jumlah
Jantina
Lelaki
Jumlah
Lelaki
Perempuan
Jumlah
Jumlah

Siapakah yang membantu


anda dalam mendapatkan
permit kemasukan anda
Majikan/ Rakan- Keluarga
agensi
rakan
11
10
6
16
16
22
27
26
28
8
4
3
8
4
3
3
3
3
3

Jantina

38

2
1
3
36

31

Jumlah

27
54
81
15
15
6
6
2
1
3
105

Peratusan
(%)

77.14
14.29
5.71

2.86
100

Berdasarkan jadual di atas, seramai 38 orang (36.2%) pekerja asing menyatakan


bahawa pihak majikan atau agensi yang membantu mereka dalam mendapatkan permit

kemasukan ke Malaysia manakala, 36 orang (34.3%) menyatakan rakan-rakan yang


membantu mendapatkan permit manakala 31 orang (29.5%) menyatakan keluarga yang
membantu mereka mendapatkan permit. Keadaan ini selari dengan kajian yang dijalankan
oleh Che Hashim Hassan (2009) yang menyatakan bahawa kebanyakan pekerja asing di
Malaysia yang datang dari Nepal, Indonesia, India, Myanmar dan Bangladesh akan berhijrah
melalui agensi untuk mendapatkan permit dann menguruskan pekerjaan mereka sebaik tiba di
Malaysia.

You might also like