You are on page 1of 4

Bola Baling

III.

Menghantar Dan Menyambut Bola

Kecekapan membuat hantaran dan menyambut bola akan membantu pemain menguasai bola dan
seterusnya mengatur serangan oleh pasukannya. Kemahiran menyambut dan menghantar bola perlu
diberi perhatian dari awal latihan supaya para pelajar mengamalkan teknik yang sesuai dan
menunjukkan perlakuan yang bermutu semasa mengambil bahagian dalam permainan. Sebolehbolehnya latihan menghantar dan menyambut hendaklah mengutamakan latihan berkait daripada
latihan statik supaya latihan ini lebih bererti dan berhubung rapat dengan situasi permainan.
Jenis Hantaran
Dalam permainan bola baling, terdapat cara-cara penghantaran bola yang sama dengan cara-cara
yang digunakan dalam permainan bola keranjang dan bola jaring. Jenis hantaran yang biasa
digunakan adalah seperti berikut:

Hantaran bahu

Hantaran lantun

Hantaran aras dada

Hantaran lompat

Hantaran sisi

Prinsip Asas Hantaran Bola


Keberkesanan hantaran sesuatu bola oleh seorang pemain bola dilihat dari sejauh mana hantaran itu
memenuhi prinsip-prinsip asas yang berikut:

Suai-masa( timing ), bilakah bola patut dilepaskan?

Ketepatan, adakah bola ditujukan pada sasaran?

Arah, ke manakah bola dihantar supaya permainan menjadi positif?

Kekuatan, sekuat manakah bola patut dibaling dalam situasi yang dihadapi oleh pemain
supaya sesuai dengan jarak dan kedudukan pemain yang menerima bola?

Hantaran Bahu
Cara menghantar bola yang sering digunakan oleh pemain dalam permainan bola baling. Biasanya
cara ini digunakan semasa membuat hantaran jauh. Kelebihan cara ini ialah persediaan hantaran ini
boleh mengelirukan pihak lawan. Dari keadaan bersedia, pemain boleh terus mengelecek menjaring,
menukar hala hantaran, atau memusing badannya.

Hantaran Lantun
Diamalkan apabila membuat hantaran secara mengejut. Kelemahannya, adalah bola itu dapat
disekat oleh pihak lawan yang bertindak balas pantas. Hantaran jenis ini biasanya dilakukan
menggunakan sebelah tangan sahaja.
Hantaran Aras Dada
Berasal dari kemahiran yang sama dalam permainan bola keranjang. Sesuai untuk hantaran jarak
dekat aras dada. Pergerakan bola itu adalah hasil tolakan daripada jari-jari tangan. Tangan
hendaklah ikut lajak diakhir tolakan.
Hantaran Lompat
Ini adalah satu lagi gerakkeliru berasal dari permainan bola keranjang. Biasanya apabila seorang
penyerang melompat untuk menjaring, tidak berpeluang berbuat demikian, ia akan membuat
hantaran terus kepada kawannya supaya bola tidak terlepas kepada pihak lawan.
Hantaran Sisi
Cara hantaran sisi ini digunakan bila membuat hantaran jarak dekat dan pantas. Pemain tidak perlu
memusingkan badannya untuk menghadap ke arah pemain hantarannya apabila hantaran sisi
dilakukan. Hantaran cara ini banyak melibatkan pergerakan pergelangan tangan dan memang sesuai
bagi pemain yang mempunyai tapak tangan yang besar.

Butir-butir Mengajar Hantaran Bahu


1. Kawal bola dengan kelima-lima jari di belakangnya.
2. Sebelah kaki ke hadapan dan bahu tangan bebas menghala ke sasaran (penerima) bila
bersedia untuk membaling bola.
3. Gerakan bola dari belakang bahu dengan tangan dalam keadaan bengkok.
4. Semasa membaling bola siku mendahului lengan. Pergelangan tangan menjentik ke hadapan
( flick ), sebagai mengakhiri tindakan menghantar.
5. Tangan yang membaling ikut lajak dan mengakhiri di bahagian pinggang yang bertentangan
selepas bola dibaling.

Menyambut Bola
Untuk menguasai bola, setiap pemain mesti cekap menyambut bola yang dihantar kepadanya.
Kecekapan menangkap bola adalah perlu semasa berdiri untuk menerima hantaran, berlari dan
menyambut, dan juga dalam situasi di mana peman itu dikehendaki melompat untuk mendapat bola.
Penerimaan bola baik dengan sebelah atau kedua belah tangan hendaklah memenuhi tiga prinsip
asas iaitu:
1. Menyerap kepantasan bola.
2. Menguasai dan mengawal bola
3. Memindahkan bola itu ke kedudukan yang sesuai dengan tindakan atau pergerakkan yang
selanjutnya, mengelecek, menghantar dan menjaring.
Berikut adalah beberapa cara menyambut bola:

Dengan kedua-dua bela tangan- bola aras muka


Apabila hendak menyambut bola setinggi aras muka, pemain hendaklah sebolehbolehnya berada di belakang hala pergerakan bola itu. Kedua-dua belah tangan dihulur
secara lurus ke hadapan untuk menyambut bola. Sebaik sahaja disambut, bola
hendaklah dibawa dekat badan untuk kawalan yang lebih baik.

Dengan kedua-dua belah tangan- bola rendah


Untuk menyambut bola rendah, pemain hendaklah merendahkan badannya dan keduadua belah tangan dihulur untuk menerima bola yang menuju kepadanya. Jari-jari
menghala ke bawah semasa menyambut bola.

Menyambut bola dengan sebelah tangan


Cara ini hanya dapat diamalkan dalam situasi apabila penerima bola tidak menghadapi
tekanan dan gangguan daripada pihak lawan semasa hantaran dibuat. Penerima
hendaklah memerhatikan bola sehingga dapat disambutnya. Untuk kawalan bola yang
kemas, keseluruhan tapak tangan yang menyambut bola hendaklah berada di belakang
bola.

Menyambut bola tinggi


Jika perlu pemain hendaklah melompat untuk menyambut bola hantaran tinggi. Faktor
yang sangat penting dalam situasi ini adalah lompatan hendaklah pada masa yang
tepat. Kedua-dua belah tangan dihulurkan ke atas untuk menyambut bola. Sebaik
sahaja mendarat, bola hendaklah dibawa rapat ke badan supaya dapat mengawal
dengan lebih kemas.

You might also like