You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN CONVENT,

(SEKOLAH BERPRETASI TINGGI)


CAMERON HIGHLANDS, PAHANG

MINIT MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA PIBG KALI KEDUA 2015

TARIKH

12/5/2015

TEMPAT

BILIK GERAKAN SK CONVENT

MASA

2.30 PTG

PENGERUSI :
KEHADIRAN :

EN KHAIRUL NIZAM BIN GHAZALI


EN NORZIHAN BIN RIJALUDIN
EN MOHD FAUZI BIN MALEK
PN ZAINAB BT AYOB
EN MOHD PAZLI BIN GHAZALI
EN KHAIRUDIN BIN ABDUL AZIZ
EN AZARINAWATI BT MOHD SOOD
PN MAZLENA BT HJ MAZLAN
PN NORHAYATI CHAN BINTI ABDULLAH
PN UMI KALSOM BT IBRAHIM
EN KALAI
PN SALINA MAZLAN
EN BADRUL HISHAM BIN YUSOF

1.0

2.0

3.0

UCAPAN PENGERUSI
1.1
Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua AJK PIBG sesi 2015/2016
ke mesyuarat ahli jawatankuasa PIBG kali pertama 2015. Beliu
berharap agar pemantapan PIBG berlaku untuk tahun 2015 untuk
kecemerlangan sekolah seterusnya anak-anak murid Sekolah SK
Convent.
UCAPAN PENASIHAT
2.1
Tuan Penasihat mengucapkan tahniah atas perlantikan semua ahli
jawatankuasa PIBG 2015/2016 yang telah dilantik dalam pemilihan
mesyuarat agung PIBG lalu.
2.2
Beliau berharap PIBG sebagai medium ukhwah antara ibu bapa dan
guru-guru untuk menjayakan hasrat murni dalam memperkembangkan
kualiti pendidikan anak-anak.
2.3
Beliau menegaskan peranan PIBG berdasarkan perlembagaan yang
telah ditetapkan .
2.4
Tuan Penasihat menjanjjikan dariada pihak sekolah akan memberikan
sepenuh kerjasama dan komitmen penuh bagi menggerakkan PIBG
dan juga mengharapkan komitmen bersama dari pihak ahli
jawatankuasa PIBG untuk menggerakkan persatuan.
2.5
Beliau mengingatkan bahawa sebarang permasalahan yang timbul
hendaklah diselesaikan dengan menggunakan medium atau saluran
yang betul dan ahli jawatankuasa hendaklah telus dalam menjalankan
tangungjawab tanpa mengharapkan balasan.
2.6
Beliau juga berharap supaya AJK PIBG dapat menggerakkan persatuan
dengan baik supaya dapat memberikan impak yang positif kepada
anak-anak murid dan seterusnya dapat membawa SK Convent ke
tempat yang tertinggi pencapaiannya dalam sistem pendidikan
Negara.
YDP PIBG
3.1
Cadangan untuk melantik Setiausaha PIBG 2015/2016
Pn Azarinawati mencadangkan Pn Arhayu sebagai setiausaha PIBG dan
dipersetujui sebulat suara ahli mesyuarat.
3.2
Cadangan Bendahari PIBG 2015/2016
Cadangan Pn Norhayati untuk melantik En Pazli Ghazali sebagai
bendahari dan dipersetujui secara sebulat suara ahli mensyuarat.
3.3
cadangan Naib Bendahari PIBG 2015/2016
Pn Norhayati mencadangkan En Kalai sebagai N.Bendahari dan
dipersetujui oleh semua ahli mesyuarat.
3.4
Cadangan Program Tahunan PIBG 2015
Pn Mazlina mencadangkan Bengkel Bahasa Inggeris dan menyatakan
beliau boleh mendapatkan khidmat ex convent untuk menjalankan
bengkel tersebut. Pn Mazlina akan membuat kertas kerja Bengkel
Pemantapan Bahasa Inggeris.

Pn Zainab menyatakan acara wajib yang melibatkan PIBG adalan


seperti menganjurkan acara sukan tahunan, hari kecemerlanga,
sambutan hari guru. Beliau memohon unutk mendapatkan dana
kewangan PIBG bagi menampung perjalanan segala aktiviti yang
dirancang.
YDP memaklumkan bahawa yuran PIBG yang akan dipungut tidak
mencukupi untuk menampung program yang akan dijalankan kerana
majalah sekolah sahaja sudah berharga RM 25.00 senaskah. Beliau
mencadangkan diwujudkan kiosk PIBG di sekolah menjual barangan
cenderamata.
Pn Mazlina mencadangkan membuat sewaan tapak berniaga pada hari
program seminar sains. Kesemua keuntungan disalurkan ke tabung
PIBG. Beliau juga mencadangkan diadakan hari kantin.
Tuan Penasihat PIBG mencadangkan untuk mengadakan lawatan
penandaarasan ke SK Setiawangsa yang mana merupakan salah satu
persatuan PIBG yang terbaik.Beliau membenarkan PIBG mengambil
alih program recycle and reuse dan segala keuntungan disalurkan
kepada PIBG dan Pn Norhayati menawarkan diri untuk menyelia
program recycle and reuse.
4.0

Hal-hal lain
Pn Mazlina berharap pada tahun ini agar proses menyiapkan majalah
sekolah dipercepatkan dan diedarkan kepada murid pada tahun ini
juga.
Pn Azarinawati berharapkan agar dapat merapatkan hubungan antara
AJK PIBG dengan guru-guru dan mencadangkan mengadakan majlis
Tautan Kasih di Hotel Herritage.
En Pazli akan menetapkan satu tarikh untuk majlis bergambar AJK PIBG
untuk dimasukkan ke dalam majalah sekolah.

Ucapan Penangguhan
YDP berharap dengan adanya jalinan usaha sama antara AJK PIBG dan
kakitangan SK Convent dapat merealisasikan objektif penubuhan
Persatuan PIBG . Di samping isamping itu YDP berharap hubungan
baik kedua pihak haruslah dikekalkan untuk kejayaan PIBG dan
seterusnya membawakan hasil kepada anak-anak murid SK Convent.
YDP menangguhkan mesyuarat pada pukul 5.05 petang.

Disediakan Oleh

Disemak Oleh

..
N.Setiusaha PIBG

YDP PIBG

(Khairudin Bin Abd Aziz )

(Khairul Nizam Bin Ghazali)

You might also like