You are on page 1of 13

PENGENALAN

KEPADA
VIRUS KOMPUTER

DEFINISI VIRUS

Virus komputer merupakan sesebuah aturcara


atau program yang berupaya menyerang dan
merosakan failfail komputer yang dijangkitinya
dan kemudian bertukar dan membiak dengan
sendirinya.

DEFINISI LAIN BAGI VIRUS

Virus komputer ditakrifkan sebagai sejenis program parasit


yang tertanam di dalam salah sebuah perisian atau program.
Kebiasaannya ia disimpan atau terletak di kawasan tertentu
di dalam cakera yang dinamakan boot sector. Apabila kita
menjalankan atau melarikan perisian yang dijangkiti virus
tersebut atau cuba mengakses cakera yang dijangkiti ia akan
mengaktifkan virus tersebut.
Dengan perkataan lain, semua virus akan menyalin diri
mereka sendiri kerana kemahirannya bertukar dan membiak
dengan sendiri. Program ini bertujuan untuk merosakkan
sistem operasi dan menyebabkan komputer tidak boleh
berfungsi dengan baik atau terpadam terus.Ia memiliki
keupayaan parasit, boleh bercantum dengan sektor boot atau
fail di dalam komputer lalu bertindak sedemikian.

VIRUS BOOT SEKTOR

Menjangkiti sektor boot disket , rekod boot


utama dan rekod boot dos di dalam cakera
keras. Kesannya komputer tidak boleh
melakukan proses boot contoh virus boot
sektor adalah Form dan Stoned

VIRUS FAIL

Mendiami memori dan mejangkiti fail .com


dan EXE apabila ia dicapai contohnya Dark
Arenger dan Green Caterpillar .

VIRUS MULTIPARTIT

Mejangkiti pelbagai objek ,fail ,EXE ,rekod


boot utama menjadi TSR dan seterusnya
mejangkiti fail fail EXE dan .com yang lain
contohnya Tequile dan Anticad .

VIRUS PASANGAN

Menjangkiti fail .com dan menghasilkan


sesebuah fail EXE yang sama namanya.

VIRUS PENUKAR

Menukarkan sebahagian fail yang dijangkiti


dengan virus hingga menyebabkan fail
tersebut tidak dapat berfungsi .

VIRUS MAKRO

Menjangkiti fail template iaitu dot yang seiring


digunakan untuk mencipta fail dokumen atau
hamparan elektronik . Apabila fail template itu
dijangkiti , ia akan menjangkiti fail dokumen
dan hamparan elektronik yang lain .

VIRUS NIMDA

Adalah virus jenis cecacing dan lebih merbahaya


daripada virus jenis Code Red dan Sircam. Ianya
dikategorikan sebagai berisiko tinggi dan melakukan
serangan melalui tiga cara terhadap PC dan komputer
pelayan.
Ia juga mampu melemahkan sistem rangkaian
komputer dan trafik internet yang dihantar melalui
e-mail pengguna yang dijangkitinya melalui
komputer rangkaian yang dikongsi dan terhadap
komputer pelayan web.

SAMBUNGAN VIRUS NIMDA

Corak serangan, Nimda yang jika dibaca terbalik


berbunyi admin yang boleh dikatakan gabungan
virus Code Red dan Sircam kerana ia menggunakan
kaedah-kaedah yang terdapat dalam serangan keduadua virus itu
Kesan serangan virus nimda
Melambatkan proses data
Merosakkan komputer
Fail tidak boleh dibuka
Memusnahkan dokumen

KESAN SERANGAN VIRUS

Merosakkan rekod boot utama pada cakera keras.


Memadamkan fail-fail yang tersimpan di dalam
cakera keras.
Merosakkan fail-fail utama dan fail-fail simpanan
dalam cakera keras.
Mengubah aturcara perisian seterusnya memberi
laluan kepada penceroboh.
Menukar sistem BIOS yang menyimpan semua
maklumat perkakasan komputer.

KAEDAH MENGATASI

Tidak menggunakan perisian tiruan.


Pasang perisian anti-virus untuk melindungi komputer.
Kerap membuat salinan (backup).
Imbas (scan) virus pada setiap cakera atau disket yang hendak
digunakan.
Periksa e-mail terutama dari penghantar yang tidak dikenali.
Periksa fail yang dipindah turun, dengan menggunakan
perisian anti-virus.
Hentikan semua aktiviti komputer yang telah dijangkiti.
Selalu mengikuti perkembangan berita terbaru mengenai virus.
Men-download Microsoft outlook security patch ke dalam
sistem komputer pengguna.

You might also like