You are on page 1of 4

Minit Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu Kali Ketiga 2015 Bil 3/2015

Tarikh

: 27-5-2015

Masa

: 1:30pm 2:30pm

Tempat

: Perpustakaan

Agenda:
1.0

Ucapan Pengerusi
Tuan pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua guru serta berterima kasih atas
kesudian para guru yang menghadiri mesyuarat pada petang ini.

2.0

Pengesahan Minit

3.0

Minit mesyuarat telah diluluskan tanpa sebarang pindaan.


Pencadang: En. Lee Kiat Chew
Penyokong: En Chin Yong Hui
Perkara Berbincang

3.1

Masalah yang dihadapi dalam PdP

3.1.
1

Tan Hui Ling - Tahun 2


Murid kekurangan persaingan yang sihat kerana hanya terdapat seorang murid dalam
kelas tersebut. Untuk menyelesai masalah ini, kelas cantum diwujudkan supaya murid
dapat menjalani aktiviti kumpulan.
Murid terlalu bergantung kepada guru. Murid menunggu jawapan daripada guru selepas
guru bertanya. Ini menyebabkan murid bersikap pasif dalam PdP. Selain itu, murid juga
tidak menjalankan ulang kaji dalam rumah menyebabkan guru perlu meluangkan masa
untuk mengulang topik yang sama. Guru telah menggunakan ganjaran supaya murid
lebih aktif dalam PdP dan juga menghantar kerja rumah dalam masa yang ditetapkan.

3.1.
2

Tan Xian Siang - Tahun 4


Murid tidak memberi perhatian semasa PdP. Murid mudah dipengaruhi oleh unsur luar
dan tidak menumpukan perhatian terhadap PdP. Guru menggunakan teknik mengajar
berpusatkan murid supaya murid dapat berfokus kepada aktiviti yang diberi oleh guru.
Murid tidak menyiapkan kerja rumah yang diberi oleh guru. Ini adalah kerana murid
tidak meluangkan masa dalam mengulangkaji atau membuat kerja rumah. Guru
menggunakan ganjaran dan denda untuk mendorong murid menyiapkan tugasan yang
diberi.

3.1.
3

3.2
3.2.
1

Tan Xian Hau - Tahun 6


Pengetahuan murid agak terhad. Ini menyebabkan murid tidak dapat membayang atau
memberi respon kepada soalan guru. Guru menggunakan peta i-Think untuk
mendorong murid berfikir sendiri dan menjana idea yang baru secara kreatif.
Murid sentiasa tidak menumpukan perhatian kepada PdP. Selain itu, murid juga
mengalami masalah tidak bersemangat kerana tidak mencukupi masa rehat. Guru
menggunakan bahan bantu belajar yang bergambar dan bahan maujud supaya dapat
menarik perhatian murid.
Tindakan: Guru-guru BM
Analisa Pencapaian Pertengahan Tahun / Analisa Item / Post Mortem
Keputusan Bahasa Malaysia murid-murid seperti berikut:
Tahun /
TOV
ETR
MAC
Mata
F
T
F
T
F
T
Pelajaran
Tahun 2
63
63
70
70
50
59
Tahun 4
55
56
70
65
30
28
Tahun 6
43
40
50
50
55
50

MEI
F

55
30
33

32
28
33

Petunjuk: F = Pemahaman, T = Penulisan


3.2.
2

Tindakan : Makluman Semua


Kelemahan bagi Tan Hui Ling (tahun 2)
Murid sentiasa melakukan kesalahan ejaan. Pengetahuan kosa kata murid agak
terhad telah menyebabkan murid melakukan kesalahan. Selain itu, struktur ayat murid
juga bersalah terutamanya di susun perkataan. Ini adalah kerana murid tidak boleh
mengenalpasti subjek dan predikat dengan betul. Kemahiran berfikir dan hubung kait
murid juga agak lemah. Murid tidak dapat memindahkan maklumat kepada perkataan.
Untuk mengatasi masalah kesalahan ejaan. Guru memperbanyakkan kekerapan ejaan
kosa kata dan perkataan termasuk juga kata kerja. Guru juga minta murid membuat
pembetulan tentang kesalahan mereka dengan segara. Selain itu, murid diminta
supaya mengulangkaji tentang kata adjektif yang diajar oleh guru. Guru pula
digalakkan menggunakan BBB yang bergambar atau secara lakonan semasa
mengajar kata adjektif. Guru membimbing murid untuk menganalisis atau membina
ayat dari tahap rendah untuk menyelesaikan masalah struktur ayat.

3.2.
3

Kelemahan bagi Tan Xian Siang (tahun 4)


Seperti dengan murid tahun 2, Tan Xian Siang juga mengalami masalah struktur ayat
yang tidak betul. Murid berkemungkinan besar menterjemaah bahasa cina kepada

bahasa melayu. Tambahan pula, ayat yang dibina oleh murid juga wujud banyak
kesalahan ejaan.
Untuk mengatasi masalah kesalahan ejaan. Guru memperbanyakkan kekerapan ejaan
kosa kata dan perkataan termasuk juga kata kerja. Guru juga minta murid membuat
pembetulan tentang kesalahan mereka dengan segara. Guru menitikberatkan struktur
ayat supaya dapat mempelbagaikan struktur ayat. Contohnya menukar ayat pasif
kepada ayat aktif.

3.2.
4

3.3
3.3.
1

3.3.
2

3.3.

Kelemahan bagi Tan Xian Hau (tahun 6)


Kefahaman tentang petikan murid agak lemah. Iaitu hanya betul 2 daripada 10 soalan
pemahaman. Murid tidak membaca dengan bersungguh-sungguh semasa ujian.
Manakala dalam kertas penulisan, murid kerap melakukan kesalahan terutamanya di
dalam aspek ejaan. Murid juga lemah dalam penguasaan kosa kata semasa membina
ayat di bahagian A. Murid tidak dapat memahami isi tersirat pantun telah
menyebabkan murid mendapat markah yang rendah dalam bahagian C.
Penggunaan peta i-Think supaya merangsang pemikiran murid semasa PdP. Selain itu,
guru juga digalakkan menggunakan gambar atau bahan maujud semasa menjalan
pengajaran kosa kata. Guru membimbing murid ayat demi ayat supaya murid faham
tentang petikan. Guru boleh memilih petikan yang lebih pendek dan mudah difahami
semasa permulaan. Murid dilatih supaya menghabiskan latihan dalam masa yang
ditetapkan.
Tindakan: Guru-guru BM
Kaji Semula Program Peningkatan Kokurikulum
Program Mentor-Mentee diubahsuai dengan menambahkan bilangan murid. Tahun 4
juga menyertai program tersebut. Guru berkenaan dikehendaki menggunakan
courseware sebagai bahan.
Tindakan: Semua Guru BM
Penilaian diberi kepada murid setiap bulan untuk menguji tahap pencapaian. Murid
tahun 2 dan 4 diberi penilaian kecil manakala murid tahun 6 pula diberi ujian seperti
UPSR.
Tindakan: Semua Guru BM

Projek Shining Star diwujudkan. Proram ini adalah memberi ganjaran kepada murid
supaya mereka lebih aktif dalam PdP.
Tindakan: Semua Guru BM

3.3.
4
3.4
3.4.
1

4.0

Kelas tambahan diadakan untuk meningkatkan tahap pencapaian murid. Sasaran ialah
murid tahun 6 dan tahun 4. Mereka akan diberi tunjuk ajar berdasarkan tahap mereka
mengikut mata pelajaran masing-masing.
Tindakan: Semua Guru BM
Koakademik
Persatuan bahasa ditubuhkan untuk meningkatkan penguasaan kemahiran dalam mata
pelajaran bahasa. Aktiviti yang dijalankan adalah lebih meyeronokkan dan belajar
sambil bermain. Contoh aktiviti ialah Sahibba, Teka-teki, Teka Silang Kata, Nyanyian
lagu, lafaz pantun dan sebagainya.
Tindakan: Makluman Semua
Hal-hal lain

4.1

Kelas cantuman akan dijalankan dengan menggunakan standard pembelajaran yang


sama tetapi objektif yang berlainan. Tahun 2 boleh bercantum dengan tahun 4. Bagi
tahun 6, tahun 4 boleh dicantumkan kerana tahap pembelajaran lebih kurang sama.

4.2

5.0

Jadual waktu anjal dibincang antara guru-guru supaya dapat menyusun waktu yang
sesuai untuk menjalankan kelas cantuman.
Tindakan: Makluman Semua
Penangguhan Mesyuarat

5.1

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2:30 pm.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

______________
Wong Ke Yan
Setiausaha JK Panitia BM
SJK(C) Ladang Ulu Kanchong

______________
Wong Kok Keong
GPK Pentadbiran
SJK(C) Ladang Ulu Kanchong

You might also like