You are on page 1of 6

Al-Farabi

DALAM teks-teks Latin di Abad Pertengahan, ia dikenal dengan


nama Alfarabius atau Avennasar. Sedang sebutan al-Farabi diambil
dari nama kota kelahirannya, Farab. Nama lengkapnya Abu Nasr
Muhammad bjn Muhammad bjn Tarkhan bin Awzalagh al-Farabi. la
adalah salah seorang filsuf Muslim paling terkemuka dan masyhur,
di samping dikenal sebagai komentator Aristoteles dan sebagai
tokoh pertama di bidang logika. AI-Farabi lahir pada tahun 257
H/870 M. di daerah Farab, Wasij Turkistan, dan meninggal di
Damaskus pada tahun 339 H/950 M. dalam usia kurang lebih 80
tahun.

Sejak kecil ia sudah rnenunjukkan kecerdasannya yang luar biasa,


terutama di bidang bahasa, khususnya bahasa Persia, Turkistan dan
Kudistan, Ayahnya, seorang Iran yang kawin dengan wanita
Turkestan, rnenjadi pegawai (ka'id jaysh). Dalam usianya yang
masih sangat muda, ia bersama ayahnya pergi ke Baghdad, waktu
itu rnerupakan pusat pernerintahan dan ilmu pengetahuan untuk
belajar. Di sana ia juga belajar pada Abu Bisyr bin Mattius.

Pada mulanya, ia rnemusatkan perhatiannya di bidang logika dan


tata bahasa Arab (nahwu sharaf) pada Abu Bakr as-Sarraj. Sesudah
kemudian pindah ke Harran, lalu kembali lagi ke Baghdad untuk
belajar filsafat. Di sana al-Farabi rnenetap selama kurang lebih 30
tahun. Waktu puluhan tahun itu ia gunakan untuk belajar filsafat,
matematika, kedokteran, dan bahasa Arab. Sekaligus ia mengajar
dan menulis karya-karyanya. Pada tahun 330 H/942 M, ia pindah ke
Damsyik karena mendapat undangan dari pemerintah Syi'i
Hamdanid, Sayf ad-Dawlah, dan tinggal bersama para pengikutnya
serta beberapa rekannya, di Aleppo/ Halab sampai akhir hayatnya.

Guru filsafatnya adalah seorang Kristen Nestorian, Yuhanna bin


Haylan. AI-Farabi sendiri, menurut Ibnu Abi Ushaybi'ah, bersama al-
Mas'udi pada akhimya bekerja di sebuah cabang sekolah filsafat
Yunani di Alexandria, yang tetap dilanjutkannya sampai sesudah
penaklukan Arab. Beberapa rekannya menduga, ia pemah berada di
Antioch dan setelah itu sekolah mengutusnya belajar ke Marw dan
Harran, dan dari sana terus ke Baghdad. Gurunya sendiri, Yuhanna,
dikatakan berasal dari Marw dan ke Baghdad ta- hun 295 H/908 M
Jadi kemungkinan bahwa ia telah mengajar aI-Farabi ketika di Marw
tidak dapat dikesampingkan. Juga dapat diketahui bahwa aI-Farabi
tetap berhubungan dengan seorang komentator dan penerjemah
ulung Abu Bisyr Matta bjn Yunus, seorang tokoh terkemuka di
Sekolah Kristen Aristotelian di Baghdad, dan Farabi pun mempunyai
pengaruh besar pada Yahya bin Adi, wakil utamanya pada angkatan
berikutnya.
AI-Farabi memang jauh lebih dikenal sebagai seorang filsuf ulung
daripada seorang ahli di bidang lain. Namun demikian, dapat
diketahui, dari beberapa sumber, bahwa karya-karyanya banyak
pula yang menyangkut disiplin ilmu lain selain filsafat, misalnya
politik, etika, metafisika, logika, matematika, kedokteran, dan lain
sebagainya.

Karyanya di bidang logika antara lain:


I. "At- Tawti'a fi al-Mantiq", diedit oleh M. Turker dengan terjemahan
bahasa Turki (Ankara-1958 M).
2. "Introductory Section on Logic". Edisi bahasa Inggris oleh D.M.
Dunlop (1955 M), sedang edisi bahasa Turki oleh M. Turker (Ankara-
1958 M).
3. "Treatise in the Canons of Art of Poetry". Edisi bahasa Inggris oleh
A.J. Arberry (1938 M), sedang teks bahasa Arabnya dicetak ulang
oleh A. Badawi (Kairo-1953 M).

Karyanya di bidang flSika antara lain:


1. "On Vacuum", yang diedit dalam bahasa Inggris dan Turki oleh
Necati Lugal dan Aydin Sayli (Ankara-1951 M).
2. " Against Astrology" yang diedit oleh F. Dieterici (Leiden-1890 M.)
sedang terjemahannya dalam bahasa Jerman terbit tahun 1892 M.
3. "De Intellectu" ("Fi'l Aql"). Untuk buku ini terdapat edisi kritik oleh
M. Bouyges (Beirut-1936 M), sedang versi bahasa Latinnya
dikerjakan oleh E. Gilson (1929 M).

Dalam bidang metaflSika antara lain:


1. "About the Scope of Aristotle's Metaphysics" yang di edit dan
diterjemahkan dalam bahasa Jerman oleh F. Dieterici.
2. "On the One" ("Fi al-Wahid wa al-Wahda"), yang edisi kritik dan
terjemahannya dalam bahasa Inggris dikerja- kan oleh H. Musntaq.

Selain itu masih terdapat karangan lain, yakni "Survey of the


Sciences" ("Kitab Ihsa AI-Ulum"). Edisi terbaik buku ini dikerjakan
oleh Uthman Amin (Kairo-1931-1948 M), Diterjemahkan dalam
bahasa Latin abad tengah oleh A. Gonzales Palencia (Madrid-1932
M). Ini dikerjakan bersama dengan sebuah edisi teks bahasa Arab
dan sebuah terjemahan bahasa Spanyol.

Dari komentar-komentar dan ulasan-ulasannya, khususnya terhadap


"Organon " dan "Physic" (yang dibacanya lebih dari 40 kali) serta
buku "Meteorology", ia secara langsung memperkenalkan pikiran-
pikiran Aristoteles kepada bangsa Arab, Buah karyanya "De
Scientiis" dan "De Intellectu" didapatkan dalam buku "Alpharabii
Opera Omnis" (Paris-1638 M). Bukunya yang berjudul "De Ortu
Scientiarum "dieidt oleh C. Horten menerjemahkan, di sertai
tambahan penjelasan. " The Book of Germs" yang membahas
secara mendalam mengenai kuman, ditambah dengan komentar
dari Ismail.

Mengenali Falsafah Al-Farabi


Oleh Ibnu Umar

AL-FARABI lebih dikenali dengan gelaran Muallim al-Sani di kalangan


ahli-ahli falsafah Islam seperti Ibnu-Sina dan al-Kindi. Selain itu,
beliau juga terkenal dengan teori politiknya sebagaimana yang
tercatat didalam karya utamanya Ara’l Ahlil al-Madinah al-Fadhilah.

Akan tetapi, tidak ramai orang Islam pada waktu ini mengenalinya.
Apatah lagi mempelajari serta mengkaji keilmuannya. Maka, dengan
adanya artikel ini, dapatlah kita bersama-sama mengenali serta
mengambil sedikit sebanyak khazanah ilmu yang telah berkurun
lamanya ditinggalkan.

Menyoroti latar belakang kehidupan beliau, nama sebenarnya ialah


Abu Nashr Muhamad ibn Muhamad Ibn Tharkhan Ibn Auzalag. Beliau
dilahirkan pada tahun 259-339 hijrah (872-941 m), di Kota Farab
yang sekarang dikenali sebagai Kota Atrar yang terletak di wilayah
Turki.

Oleh kerana itu gelaran al-Farabi diambil sempena nama tempat


kelahirannya. Beliau hidup di zaman Dinasti Abasiyyah dibawah
pemerintahan Saifuddaulah. Bapanya berketurunan Parsi dan
ibunya berdarah Turki. Bapanya pernah menjadi seorang panglima
tentera dibawah kerajaan Turki.

Sementara itu dari sudut latar belakang pendidikan, ketika berusia


40 tahun beliau telah meninggalkan tempat lahirnya menuju ke kota
Baghdad semata-mata untuk menuntut ilmu. Ilmu pertama yang
dipelajarinya ialah ilmu Mantiq.

Beliau mempelajari ilmu tersebut dari gurunya bernama Abu Basyar


Matius ibn Yunus, seorang guru yang mahir dalam ilmu Mantiq di
Baghdad.

Selepas itu, beliau berhijrah ke Harran dan mempelajari bahasa


Arab dari gurunya bernama Abu Bakar Ibn as Sarrj. Sesudah selesai
pelajarannya di Harran, beliau kembali semula ke Baghdad kerana
ingin mempelajari ilmu Falsafah. Beliau telah menghabiskan masa
selama 30 tahun mempelajari ilmu ini. Di samping itu, beliau juga
telah membuat beberapa ulasan tentang karya-karya Falsafah dari
Yunani seperti karya Plato dan Aristotle.

Konsep kemasyarakatan menurut al-Farabi


Menurut al-Farabi, melalui pandangannya mengenai politik dan
kemasyarakatan yang dihuraikan secara panjang lebar di dalam
kitabnya iaitu Ara'1Ahli'1 Madinah al-Fadhilah, politik menduduki
tempat yang penting di dalam negara.

Ini kerana politik merupakan saranan penting bagi manusia untuk


memperoleh kebahagian dan kesejahteraan di dalam sesebuah
negara. Politik adalah fokus utama dalam membina struktur sesuatu
masyarakat.

Dalam usaha memperolehi kebahagian dan kesejahteraan ini,


manusia tidak boleh tidak mesti berkerjasama atau tolong
menolong antara satu sama lain untuk menjadi kuat dan
memperolehi apa yang dihajatinya.

Pada dasarnya manusia itu bersifat lemah. Oleh itu manusia perlu
berdampingan dan berkumpul dalam hidupnya. Dari perkumpulan
ini maka terbentuklah masyarakat.

Menurut al-Farabi lagi, masyarakat itu ada dua jenis, pertama ialah
masyarakat yang sempurna. Ini terdiri dari tiga kategori.

Masyarakat besar yang berupa kumpulan terbesar antarabangsa


(international).
Masyarakat sederhana yang wujud di dalam perkumpulan manusia
yang tinggal di dalam sebuah wilayah.
Masyarakat kecil yang wujud di dalam perkumpulan manusia,
penduduk kota yang tinggal disatu bahagian kecil dari wilayah.

Kedua, masyarakat tidak sempurna iaitu kumpulan manusia yang


tinggal di desa-desa, kampung-kampung, pinggir-pinggir bandar
dan lorong-lorong yang jauh dari kota dan bandar. la terdiri dari
masyarakat keluarga. Ini adalah masyarakat yang paling tidak
sempurna kerana ia sebahagian dari masyarakat desa.

Masyarakat desa pula adalah sebahagian dari masyarakat kota yang


tinggal di pinggir-pinggir kota dan bandar. Masyarakat kota pula
adalah sebahagian dari masyarakat wilayah. Masyarakat wilayah
pula adalah sebahagian dari masyarakat sempurna iaitu antara-
bangsa.

Dari susur jalur struktur masyarakat diatas, dapat kita fahami


bahawa masyarakat yang hidup secara terasing atau bersendiri
adalah masyarakat yang tidak sempurna seperti masyarakat desa
dan pinggir kata. Akan tetapi, jika masyarakat tersebut disatukan di
antara satu sama lain seperti masyarakat desa disatukan dengan
masyarakat desa yang lain, maka ia akan menjadi masyarakat yang
lebih besar.
Begitu juga bagi bentuk masyarakat yang lain. Al-Farabi
menyatakan bahawa penyatuan ini adalah perlu dalam sesebuah
negara kerana setiap kelompok masyarakat itu memerlukan
bantuan antara satu sama lain untuk mencapai kesejahteraan dan
kebahagiaan.

Mereka perlu berkerjasama dalam mewujudkan kebahagian


tersebut. Kebahagiaan tidak akan dapat dicapai dengan hidup
secara bersendirian. (hana al Fakhuri dan Khlil al-Jar, Tarikh al-
Falsafah al-Arabiyyah, 1958, hal 141).

Konsep Negara menurut al-Farabi

Oleh kerana hidup bermasyarakat dan berkerjasama itu adalah


bertujuan memperoleh kesejahteraan dan kebahagiaan, maka
penubuhan sebuah negara adalah perlu bagi mencapai tujuan
tersebut. Negara yang paling baik menurut al-Farabi di panggil
Negara Utama. Konsep negara ini adalah berasal dari Plato (seorang
ahli falsafah Yunani), yang telah menyamakan sebuah negara
adalah seperti tubuh badan manusia.

Al-Farabi berpendapat, Negara Utama adalah sama dengan tubuh


badan yang sihat. Seluruh anggotanya saling berkerjasama untuk
membantu serta memelihara tubuh badan tersebut supaya sentiasa
berkeadaan baik.

Setiap anggota tubuh badan saling mengetahui tugas masing-


masing dan melaksanakan tugas itu mengikut kadar yang telah
ditentukan. Maka tidaklah berlaku tangan mengambil alih tugas kaki
dan begitulah sebaliknya.

Anggota yang paling penting ialah hati. la merupakan pengendali


utama bagi anggota-anggota yang lain. Hati ini disamakan dengan
pemimpin atau ketua sesebuah negara. Hanya hati yang baik dan
suci sahaja yang dapat menjadikan anggota tubuh badan yang lain
berkeadaan baik.

Manakala masyarakat disamakan dengan anggota-anggota tubuh


badan yang lain. Oleh yang demikian, untuk menjadikan sebuah
negara yang baik dana sempurna, maka setiap anggota masyarakat
perlu mengetahui tugas masing-masing dan mesti berkerjasama
antara satu sama lain.

Bagi yang ingin menjadi ketua negara atau pemimpin. Al-Farabi


telah menetapkan 12 syarat utama yang harus dimiliki:-

1.Sihat anggota tubuh badan,


2.Baik pemahaman dan pemikiran,
3.Cerdik dan bijak
4.Bahasa yang lembut dan baik,
5.Mencintai ilmu pengetahuan,
6.Tidak ghairah kepada makan, minum dan perkahwinan,
7.Mencintai kebenaran dan membenci penipuan,
8.Berjiwa besar dan mulia,
9.Tidak mencintai harta dan kebendaan,
10.Bercita-cita tinggi, berani dan tidak lemah mental,
11.Adil dan tidak sukar untuk memimpin,
12.Cintakan keadilan dan benci pada kezaliman.

Oleh itu, seorang pemimpin atau ketua negara yang berkelayakan


itu mesti memenuhi syarat-syarat di atas, (al-Farabi, Ara'1 ahli'1
Madinah al-Fadhilah, t.t. hal 81-90).

Kesimpulan

Demikianlah garis panduan yang diberikan oleh al-Farabi dalam


membentuk sebuah negara yang sejahtera. Jelas bagi kita
pembentukan sebuah negara memerlukan kerjasama dari semua
anggota masyarakat. Pemimpin pula perlu kepada sifat yang
berkelayakan untuk memimpin masyarakat tersebut.

Al-Farabi, disamping sebagai tokoh falsafah Islam, beliau juga


adalah seorang tokoh intelektual Islam yang mempunyai pandangan
tersendiri yang boleh di anggap sebagai usaha revolusi di dalam
bidang pemikiran Islam khususnya kemasyarakatan.

Beliau merupakan antara perintis-perintis ulung yang telah berjaya


menjadikan institusi falsafah sebagai saranan untuk mencapai
kebahagiaan dan kesejahteraan khususnya dibidang pembentukan
sebuah negara.

Melalui institusi ini juga beliau telah menampilkan teori-teori hidup


bermasyarakat dan berpolitik yang tidak bersalahan dengan al-
Quran dan hadith. Wallahua'alam!

dipetik dari :
http://www.majalah.com/tamadun/00feb/c4.htm

You might also like