You are on page 1of 8

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN KURIKULUM BIL.

2/2015
SMK ENTILIBON, TELUPID
TARIKH
MASA
TEMPAT

: 20 APRIL 2015 (Isnin)


: 12:42PM
: BILIK GERAKAN, SMK ENTILIBON

KEHADIRAN
1. EN. YUSUF ROSLI
Pengetua
2. USTAZ MOHD FAHMI BIN ZAINOL ABIDIN
Penolong Kanan Pentadbiran
3. EN. FAIZUL ISMAIL
Penolong Kanan Kokurikulum
4. EN. VIJAYA KUMAR
Penolong Kanan Petang
5. EN. MOHD SYAWAL BIN MAAROF
Ketua Panitia Sains & GPM PSS
6. EN. ROMELMAXMILLAN JONIUS
Ketua Panitia PJK
7. PN. MARIE MAGDALENE SUIMIN
Ketua Bidang Bahasa
8. PN. AZLINA SIPIN
Ketua Panitia Geografi & Setiausaha PT3
9. CIK SURIANI SUMBING
Ketua Panitia Sejarah
10.CIK BETTY DUIS
Setiausaha Peperiksaan
11.CIK YASINTAH YOHANES
Guru Jadual Waktu (Pagi)
12.PN. ALICIA ZININ
Ketua Panitia Bahasa Melayu
13.CIK NOORASMONY BT. ABU BAKAR
Guru Bimbingan dan Kaunseling
14.EN. ASRI B. KADIR
Ketua Panitia Kemahiran Hidup
15.USTAZ SAIFUL ISLAM
Ketua Panitia Pendidikan Islam

Pengerusi

16.EN. MAKLUS SABITING


Wakil Ketua Panitia PSV
17.EN. SUHAIMI SAIPUTDIN
Ketua Bidang Sains & Matematik
18.EN. ABEL SIANUNG
Ketua Panitia Ekonomi Asas & Perdagangan
19.EN. JONRIN MAKOPIN
Ketua Panitia Pendidikan Moral
20.EN. LIAN NANANG
Guru Jadual Waktu (Petang)
21.PN. SUZIAH RASLI
Ketua Panitia Matematik
22.CIK FAMIEZA JADIN
Penolong Setiausaha Kurikulum

TIDAK HADIR
1. EN. FAUZI BIN ZAKARIA
Kebangsaan)
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

(PKK

2. EN. SARIFUDDIN B. SAIMIN


Bersalin)
Ketua Bidang Teknik & Vokasional

(Cuti

3. EN. ABRAHAM Z. ILYAS


Ketua Bidang Kemanusiaan

(CRK)

4. PN. MARDIANA LUIS


Ketua Panitia PSV

(Cuti Bersalin)

5. PN. NEUMEY SUNSING


Setiausaha Kurikulum

(Cuti Bersalin)

6. TANIA DAVID APIN


Ketua Panitia Bahasa Inggeris

(CRK)

Isteri

1. UCAPAN PENGERUSI
1.1Pengetua mengucapkan salam dan terima kasih kepada semua guru
yang dapat hadir dalam Mesyuarat Kurikulum kali ke-2 bagi tahun 2015
juga berterima kasih kepada PK 1, Ustaz Fahmi berjaya mengadakan
Mesyuarat Kurikulum mengikut takwim yang ditetapkan dan kepada
Penolong Setiausaha yang mengambil alih tugas sementara sebagai
setiausaha dalam tempoh cuti bersalin PN. Neumey Sunsing.
1.2Pengetua juga mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang
terlibat dalam Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) mata pelajaran SPM
tahun 2014.
Tindakan: Makluman
1.3Disamping itu, pengetua mengingatkan kepada penolong setiausaha
bahawa minit mesyuarat perlu disiapkan dan diedarkan dalam tempoh
3 hari dan borang maklum balas minit mesyuarat perlu dijawab dan
dikembalikan.
Tindakan: Cik Famieza
1.4Pengetua sekali lagi mengingatkan tentang resolusi BARABIS oleh PPD
iaitu menggunakan Plan Do Check Action (PDCA) bagi tujuan
memastikan masalah dalam P&P dapat dikenalpasti awal dan
diselesaikan serta membuat SWOT.
1.5Walau bagaimanapun, pengerusi memaklumkan setakat ini GROWTH
belum ditaklimatkan oleh PPD.
1.6Kolaborasi dan Dialog Prestasi perlu dijalankan sekurang-kurangnya 12
kali setahun sama ada di peringkat sekolah atau peringkat PPD untuk
melihat perkembangan dan keupayaan pelajar dalam P&P. PPD juga
memberi penekanan masa tambahan seperti membuat kelas
tambahan.
1.7Pengetua berpendapat bahawa Keputusan SPM tahun 2014 menurun
berpunca daripada faktor Guru dan Pelajar. Secara umum, keputusan
SPM 2014 yang merosot adalah dipengaruhi oleh kepakaran dan
pengalaman guru. Peranan guru sangat penting dalam menentukan
peningkatan prestasi pelajar.
Tindakan: Makluman semua guru
1.8Cik Suriani dan Cik Famieza akan dihantar ke SMK Matupang untuk
bengkel bersama guru cemerlang Sejarah SMK Matupang.
Tindakan: Cik Suriani & Cik Famieza
1.9Pengerusi juga berpendapat bahawa kemerosotan keputusan SPM 2014
turut berpunca daripada pelajar. Walau bagaimanapun, peratus pelajar
ponteng sekolah di SMK Entilibon lebih rendah berbanding SMK Tongod
tetapi keputusan SMK Tongod jauh lebih baik daripada SMK Entilibon.
1.10 Pengerusi menyarankan supaya guru menumpukan perhatian lebih
kepada semua pelajar yang hadir kerana masalah ponteng bukan satu
faktor besar mempengaruhi kemerosotan GPS.
1.11 Bilangan calon SPM yang kerap ponteng sekolah sebagai alasan
punca kepada kemerosotan keputusan SPM tidak dapat diterima dan
Pengetua meminta guru kenal pasti punca sebenar sekolah mendapat
GPMP yang rendah.
Tindakan: Makluman semua
guru

1.12 Pengetua meminta En. Syawal menguruskan apa-apa cara untuk


belajar daripada SMK Ulu Sugut berkaitan teknik P&P dan peningkatan
prestasi MP Sains SPM.
Tindakan: En. Syawal
1.13 Pengetua juga meminta semua guru
menghabiskan sukatan pelajaran lebih awal
Ogos supaya guru boleh membuat latih tubi
pelajaran masing-masing kepada pelajar
berfokus dan berulang-ulang.

mata pelajaran untuk


sekitar bulan Julai atau
secukupnya dalam mata
sebelum SPM. Latihan

Tindakan: Guru semua Mata Pelajaran


1.14 Strategi Am, pengetua mencadangkan untuk menggugurkan mata
pelajaran elektif yang tidak menyumbang dalam meningkatkan
prestasi SPM supaya masa mengajar mata pelajaran elektif tersebut
boleh digunakan untuk mengajar mata pelajaran teras.
1.15 Pengetua meminta semua guru yang terlibat dalam mengajar mata
pelajaran elektif menyediakan hujah dan justifikasi masing-masing
sama ada hendak mengekalkan atau menggugurkan mata pelajaran
tersebut.
Tindakan: Guru mengajar MP elektif
1.16 Kemudahan dalam bilik darjah. Pengetua mengucapkan terima
kasih kepada guru-guru yang memberi maklumat tentang kerosakan
kemudahan sekolah terutamanya dalam bilik darjah. Pengetua
memaklumkan bahawa pihak pengurusan sekolah telah mengambil
tindakan sewajarnya dan sedaya upaya membaik pulih atau
menggantikan kemudahan yang diperlukan.
1.17 Pengetua memaklumkan kemudahan seperti tandas pelajar dan
tandas guru wanita sudah dibaiki dan mengharapkan keselesaan
penggunanya. Sekolah juga telah menerima 2 buah papan tulis bagi
diserahkan kepada 2 buah kelas yang terlibat dan pengetua berharap
agar kemudahan yang diberi dapat meningkatkan kualiti P&P. Pengetua
juga memaklumkan bahawa dewan terbuka sekolah telah dipasang
dinding supaya boleh digunakan oleh mana-mana guru yang ingin
membuat kelas tambahan.
Tindakan: Makluman
1.18 Pengetua bertanya kepada cikgu Syawal tentang perkembangan
LCD dan meminta disegerakan agar boleh diguna oleh guru-guru.
Tindakan: En. Syawal
1.19 Pengetua memberitahu tentang makluman daripada KPM pautan
1Bestari.net telah ditingkatkan daripada 2mbps kepada 4mbps/saat.
1.20 Pengetua berharap dengan adanya bilangan guru yang mencukupi
di SMKE akan dapat meningkatkan prestasi dan keputusan PT3 dan
guru-guru kena serius dalam menjalankan tanggungjawab dalam
proses P&P kerana pengetua amat berharap GPS dapat dipecahkan
daripada 6 kepada 5 pada tahun ini (2015).

Tindakan: Guru MP PT3


1.21 Pesanan pengetua kepada cikgu Marklus untuk mengajar PSV
sehingga hujung tahun 2015 kerana cikgu Mardiana masih dalam
tempoh cuti bersalin.
Tindakan: En. Maklus

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


2.1En. Jonrin mengesahkan minit mesyuarat dan pengetua mengucapkan
terima kasih kepadanya.
3. PERKARA BERBANGKIT DARIPADA MINIT LEPAS (BIL 1/2015)
3.1Pengetua menyatakan bahawa guru adalah penentu kepada kejayaan
atau kegagalan PPPM. Markah pemantauan yang dimasukkan dalam
SKPM begitu tinggi dan itulah markah kebolehan guru-guru.
3.2Pengetua mahu supaya amalan dan kebolehan guru-guru adalah sama.
Pengetua juga akan mencerap mana-mana guru tanpa makluman
terlebih dahulu.
3.3Fokus OTI dalam dialog prestasi dan cetak SKPM untuk dimasukkan ke
dalam BRM.
3.4Masih terdapat guru lewat 1-5 minit masuk ke kelas pada setiap waktu
P&P pertama dan ucapan terima kasih kepada guru yang masuk awal
atau tepat masa pada setiap waktu P&P.
3.5Jual beli jadual perlu direkodkan dan serah kepada cikgu Yasintah untuk
tujuan analisis pada akhir tahun.
3.6Jika terdapat sebarang perubahan tarikh pada takwim, digalakkan
untuk merujuk kepada PK1.
3.7Membuat laporan pemeriksaan buku latihan pelajar pada semester 1
dan semester 2.
3.8Program Co-academic perlu diperkasa dan semua program di bawah
mata pelajaran perlu diperbaiki dan dilaksanakan secara aktif
walaupun tidak bertanding di peringkat tinggi.
3.9Semua guru kelas diminta membuat laporan pemantauan guru ke
dalam kelas berdasarkan rekod pemantauan guru kelas.
3.10 PK1 memberi maklum balas berkenaan penghantaran RPH yang
masih kurang memberangsangkan. Tindakan akan dibuat sekiranya
masih berterusan terutamanya pada semester 2.
3.11 Pengetua mencadangkan PK1 menghantar memo kepada guru yang
tidak menghantar RPH.
3.12 Pengetua mengesyorkan guru supaya menggunakan bahan P&P
untuk dilekatkan pada papan info setiap panitia dan boleh melibatkan
pelajar dalam JK mata pelajaran. Sudut info mata pelajaran dalam kelas
dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu sudut sesi pagi, sesi petang dan
sudut asrama.
4. PELAPORAN UJIAN 1 & PELAPORAN AKTIVITI PANITIA
4.1
PANITIA PENDIDIKAN MORAL
- Lampiran: Laporan Lengkap Panitia Pendidikan Moral

En. Jonrin Makopin

4.2
PANITIA BAHASA MALAYSIA
Lampiran: Laporan Lengkap Panitia Bahasa Malaysia
Pn. Alicia Zinin

4.3
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
Lampiran: Laporan Lengkap Panitia Pendidikan Islam
Ustaz Saiful Islam

4.4PANITIA EKONOMI & PERDAGANGAN


Lampiran: Laporan Lengkap Panitia Ekonomi & Perdagangan
En. Abel Sianung

4.5
PANITIA BAHASA INGGERIS
Lampiran: Laporan Lengkap Panitia Bahasa Inggeris
Cik Tania David

4.6
PANITIA GEOGRAFI
Lampiran: Laporan Lengkap Panitia Geografi
Pn. Azlina Sipin

4.7
PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL
Lampiran: Laporan Lengkap Panitia Pendidikan Seni Visual
En. Maklus Sabiting

4.8
PANITIA SEJARAH
Lampiran: Laporan Lengkap Panitia Sejarah
Cik Suriani Sumbing

4.9
PANITIA SAINS
Lampiran: Laporan Lengkap Panitia Sains
En. Suhaimi Saiputdin

4.10 PANITIA MATEMATIK


Lampiran: Laporan Lengkap Panitia Matematik
Pn. Suziah Rasli
Tarikh akhir penghantaran pada 30 April 2015

5. HAL-HAL LAIN
5.1Cik Noorasmony memaklumkan bengkel 1 SPM akan diadakan pada
minggu pertama bulan mei dan meminta panitia menyediakan bajet
masing-masing. (respon PK1)
5.2Pn. Marie menyatakan dapatan kursus tentang PLC akan dipanjangkan
terlebih dahulu kepada guru-guru Bahasa Inggeris seterusnya kepada
panitia lain.
5.3PK Pentadbiran mengingatkan kepada guru bertugas mingguan
mengatur majlis perhimpunan pada setiap pagi hari isnin.
5.4Guru bertugas perlu mengawal keadaan pelajar semasa membeli di
kantin sekolah setiap kali waktu rehat.
Tindakan: Guru Bertugas

5.5Beliau turut mengingatkan supaya guru-guru menghantar buku rekod


mengajar @ Rancangan Pengajaran Harian (RPH) mengikut masa iaitu
pada setiap hari Jumaat pada setiap minggu.
5.6Papan info setiap mata pelajaran perlu diisikan dengan maklumat P&P
dan aktiviti panitia haruslah mengikut takwim yang telah disediakan.
5.7Setiap program yang dijalankan oleh guru-guru perlu ada pemantauan
dan dicadangkan supaya bengkel kemahiran menjawab SPM dibuat
lewat sedikit iaitu menjelang hampir hari peperiksaan SPM kerana
kebanyakan pakar sudah menghadiri bengkel dan kursus.
Tindakan: Guru MP, KP & KB
5.8Pengetua meminta KP menyediakan fail pengurusan (fail meja & SKPM
2003, 2010), manual prosedur @ prosedur kualiti, semua pekeliling dan
mata pelajaran di bawah jagaan masing-masing.
5.9En. Asri memaklumkan tiada arus elektrik di bengkel Kemahiran Hidup
dan pengetua meminta laporan bertulis daripada En. Asri berkenaan
laporan ini. Tindakan: En. Asri
5.10 En. Jonrin memaklumkan terdapat 8 orang pelajar dari kelas 4
Delima yang sangat suka atau berminat dengan mata pelajaran
Pendidikan Seni Visual (PSV) dan menawarkan dirinya untuk membuat
kelas tambahan kepada mereka sebagai bimbingan selain menanyakan
sama ada boleh atau tidak mata pelajaran Tasawur digugurkan bagi
menggantikan PSV. Tindakan: Pentadbir
5.11 En. Faizul memaklumkan supaya membuat laporan bertulis tentang
apa-apa info pembangunan dan borang akan disediakannya.
5.12 En. Vijaya meminta data PT3 daripada guru yang mengajar
tingkatan 3 untuk membuat pelan taktikal pelajar PT3 selain meminta
guru memberi penekanan kepada ujian Lisan BM dan BI pelajar
tingkatan 3 serta memberi gambaran kepada guru mata pelajaran BM
& BI tingkatan 1 & 2 tentang pelaksanaan ujian lisan BM & BI.
5.13 En. Vijaya juga memaklumkan bahawa keputusan ujian dan
peperiksaan tingkatan 1 & 2 juga akan menggunakan SAPS untuk
tujuan membuat analisis kerana borang analisis keputusan PT3 yang
ada padanya sudah tidak releven untuk digunakan akibat daripada
perubahan gred.
5.14 Beliau memaklumkan lagi, guru BM tingkatan 2 iaitu Pn. Neumey
Sunsing sedang cuti bersalin dan sekolah tidak mendapat peruntukan
guru ganti daripada PPD. Oleh itu, beliau meminta guru-guru dari sesi
pagi untuk mengajar BM tingkatan 2 berdasarkan persetujuan dan
jadual telahpun dibuat.
6. PENUTUP
6.1Pengetua mengucapkan terima kasih kepada semua ketua panitia dan
ketua bidang kerana berjaya menyampaikan laporan ujian 1 dan
laporan aktiviti panitia.
6.2Pengetua sekali lagi mengingatkan agar guru-guru menggunakan
Headcount berbentuk excel untuk selaras kepada semua panitia.
6.3Pengetua juga mengingatkan supaya soalan peperiksaan pertengahan
tahun yang dibina adalah berkualiti dan menepati Jadual Spesifikasi
Ujian (JSU).
6.4Setiausaha diamanahkan untuk mengumpul laporan lengkap daripada
semua panitia sehingga 30 April 2015 (Khamis) untuk diserahkan
kepada PK Pentadbiran.
6.5Mesyuarat ditangguhkan tepat pada jam 04:26pm.

PENCATAT MINIT
Penolong Setiausaha Kurikulum
SMK ENTILIBON TELUPID SABAH
20 APRIL 2015 & 23 APRIL 2015

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

(FAMIEZA BINTI JADIN)


Penolong Setiausaha Kurikulum
SMK Entilibon, Telupid.

(USTAZ MOHD FAHMI BIN ZAINOL


ABIDIN)
Penolong Kanan Pentadbiran
SMK Entilibon, Telupid.

Disahkan oleh,

Disokong oleh,

.
(
)

(
)

You might also like