You are on page 1of 2

Pengetahuan Logikal-Mathematikal (Logical-Mathematical Knowledge) hanya wujud apabila

kanak-kanak bertidak ke atas objek. Bagaimana pun cara organisme itu bertindak dalam
pembentukan pengetahuan logikal-matematikal adalah berlainan. Pengetahuan logikal-
matematikal wujud bukan daripada sesuatu objek tetapi dibina daripada tindakan kanak-kanak
itu ke atas objek berkenaan. Objek itu merupakan saluran atau kaedah yang membolehkan
pembinaan itu berlaku atau wujud. Contoh: Seorang kanak-kanak bermain dengan 5 ketul batu.
Bila diletak dalam satu barisan dia mengira 5, bila dimasukkan dalam kotak dia mengira 5 dan
bila batu-batu itu dilonggokan dalam satu himpunan dia juga mengira 5. Lama-kelamaan,
kanak-kanak itu menguasai konsep bahawa, bagaimana batu-batu itu disusun atau diletak, dia
masih lagi terdiri daripada 5 ketul batu. Ini ialah, pengetahuan logikal-matematikal. Kita boleh
gantikan batu-batu itu dengan pensel atau duit syiling, konsepnya masih 5.

Hasil daripada ujian intelektual Piaget iaitu borang (4.1), Adik Amir dapat menguasai 4 ujian
iaitu ujian norbor, jarak,jisim dan bentuk ini dengan baik. Adik amir dapat menguasai konsep
bahawa, bagaimana objek yang digunakan dalam ujian iaitu duit syiling, kayu,air dan plastesin
itu disusun atau diletak, ia masih lagi sama walaupun bentuk atau bekas berubah.

Ujian Stanford-Binet telah memasuki edisi yang keempat yang direvisi pada
tahun 1985 (Hagen, Sattler, & Thorndike, 1985, Hagen, & Sattler, 1986). Ujian ini
mempunyai item-item yang berbeza-beza sifatnya mengikut umur orang yang mengambil
ujian ini. Contohnya, seorang kanak-kanak diminta menyalin objek atau menjawab soalan
tentang kehidupan sehari-hari. Orang yang lebih dewasa diminta menerangkan makna
peribahasa, menceritakan persamaan beberapa kumpulan perkataan. Ujian ini dijalankan
secara lisan. Penguji bermula dengan mencari tahap mental age di mana seseorang yang
diuji itu dapat menjawab semua soalan dengan betul. Kemudian, diberi soalan-soalan
yang semakin susah. Apabila tahap mental age telah sampai ke tahap di mana tiada item
lagi yang dapat dijawab, ujian itu selesai. Dengan memeriksa soalan-soalan yang betul
dan salah, penguji itu dapat mengira skor IQ.

Peringkat Preschematic (4-7 Tahun)


Peringkat ini memperlihatkan peningkatan daripada contengan bulatan kepada
percubaan pertama untuk melukis objek yang terdapat di sekelilingnya dengan
menggunakan garisan. Sebagai contoh ibu bapa dan orang yang rapat dengan
mereka dilukis dengan mempunyai karakter tangan dan kaki dan dilukis seolah-olah
terapung dan dengan saiz imej yang berbeza-beza.

PERKEMBANGAN ARTISTIK OLEH HURWITZ DAN DAY


Peringkat Manipulatif (2-5 tahun)
Peringkat Membuat Simbol (6-9 tahun)
Peringkat Pra-Remaja (10-13 tahun)
(c) Peringkat Schematic (7-9 Tahun)
Pada peringkat ini kanak-kanak kurang cenderung untuk melukis imej objek
berbanding pada peringkat awal tadi. Lukisan mula dihasilkan mengikut skema atau
konsep tertentu. Penekanan lebih diberikan kepada cara penyusunan objek dalam
imej selain daripada imej manusia dan objek yang terdapat di sekelilingnya. Sebagai
contoh, kanak-kanak mula membuat percubaan dengan membahagikan ruang pada
kertas lukisan kepada dua bahagian iaitu satah udara dan tanah.

Bagi pemandangan satah bawah objek disusun secara melintang dan sama
manakala objek udara pula dibiarkan kosong. Selain itu, lukisan yang dihasilkan
adalah spontan, bebas dan berskala besar. Tidak peka dengan karya mereka sendiri
dan tidak kisah dengan lukisan yang dihasilkan oleh rakan sebaya mereka dan
gemar untuk berkongsi.

Peringkat Dawning Realism atau The Gang Age (9-12 Tahun)


Pada peringkat ini, kanak-kanak terus melukis dengan mengekalkan konsep dan
skema tertentu. Perubahan pada peringkat ini adalah terhadap imej yang dilukis
secara realistik dan teliti. Imej lukisan mula mengecil dari segi saiz dan kanak-kanak
mula menunjukkan sifat kritikal dengan hasil karya sendiri. Mereka mula
membandingkan karya dengan karya rakan sebaya dan ini menjadikan mereka
berhati-hati dan sedikit individualistik serta menitikberatkan kualiti karya yang
dihasilkan.

(e) Peringkat Pseudonaturalistic atau Reasoning (12-14 Tahun)


Pada peringkat ini, kanak-kanak mula peka dengan konsep realistik di dalam
menghasilkan lukisan. Mereka menitikberatkan konsep kedudukan dan saiz rasional
imej. Mereka lebih gemar untuk melukis melalui konsep peniruan atau melalui objek
di hadapan mata berbanding dengan lukisan menerusi imaginasi. Lukisan yang
dihasilkan jarang dikongsi bersama dengan rakan sebaya dan perasaan malu dan
rendah diri akan timbul sekiranya lukisan yang dihasilkan tidak menarik.

Dalam topik ini anda telah didedahkan dengan maklumat mengenai mengapa kanak
gemar melukis dan seharusnya telah memahami mengapa Lukisan yang dihasilkan oleh
kanak-kanak mempunyai interpretasi dan makna yang berbeza dengan karya yang
dihasilkan oleh golongan dewasa. Karya yang dihasilkan oleh kanak-kanak merupakan
satu kaedah bagi mengenal pasti proses perkembangan mereka justeru dan boleh
gunakan pengetahuan ini untuk mengatur aktiviti yang menggalakkan perkembangan
artistik mereka. Selain daripada itu berikan peluang kepada kanak-kanak untuk bercerita
dan berkongsi pengalaman dengan rakan-rakan seusia dengan mereka supaya
pengalaman rakan yang lain turut menjadi sebahagian daripada proses pembelajaran.

You might also like